Thursday, March 17, 2011

SAH TABUNG HAJI BERNIAGA...BERNIAGA MESTI NAK UNTUNG...SEDANGKAN ORANG PERGI NAK BERIBADAH...JANGAN JADI SYARAT RUKUN HAJI...KENA PI HAJI KENA MELALUI TABUNG HAJI...BUKA LAGI SYARIKAT YANG SAMA FUNGSI DENGAN TABUNG HAJI BARU ADA PERSAINGAN SEPERTI PERNIAGAAN LAIN...JANGAN SAMPAI DI AKHIRAT TAK BOLEH JAWAB DAH...

Tabung Haji serah RM5.7j zakat perniagaan


KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) semalam menyerahkan zakat perniagaan RM5.7 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk tempoh tahun lepas, peningkatan 3.6 peratus berbanding RM5.6 juta pada 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peningkatan jumlah zakat TH pada tahun lalu disebabkan berlakunya penambahan pendeposit TH di Wilayah Persekutuan.

“Jumlah pendeposit TH Wilayah Persekutuan pada tahun lalu adalah 390,999 orang berbanding 355,579 pada 2009 dan dijangka meningkat tahun ini,” katanya selepas menerima zakat itu untuk pihak MAIWP daripada Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail, di sini.

Jamil Khir berkata, PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan zakat perniagaan RM35 juta pada tahun ini setelah berjaya mengutip RM33.6 juta pada tahun lalu, peningkatan 15 peratus berbanding RM29.1 juta pada 2009.

Sehingga Januari lalu, PPZ-MAIWP mengutip zakat perniagaan RM799,731.10, meningkat 42 peratus berbanding kuti-pan pada bulan sama tahun lalu, RM563,519.17.

“Sebagai usaha mengalakkan pembayaran zakat perniagaan oleh syarikat di Wilayah Persekutuan, MAIWP membenarkan pengembalian semula wang zakat 3/8 daripada jumlah dibayar itu untuk diagihkan kepada asnaf yang ditentukan panel syariah syarikat,” katanya.

Mengenai masalah pasangan kahwin lari di luar negara, Jamil Khir berkata, pelbagai masalah akan timbul sekiranya gagal mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam negeri selepas bernikah di luar negara.

Menurutnya, antara masalah yang akan timbul ialah kesukaran mendaftarkan anak yang baru lahir di Jabatan Pendafataran Negara (JPN) untuk mendapatkan Sijil Kelahiran, mendaftar anak ke sekolah rendah dan menengah dan mendapat pinjaman pendidikan.

“Pasangan berhasrat kahwin lari perlu menyelesaikan masalah mereka dan bukannya mengikut perasaan serta kebanyakan kes kahwin lari disebabkan tidak mendapat persetujuan daripada anggota keluarga,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment