Thursday, March 17, 2011

SEMUA MANUSIA MERUPAKAN CALON MENUNGGU...MENUNGGU PANGGILAN ILLAHI@MATI...JADI JANGAN MELAWAN ALLAH....MELAWAN HUKUM2 ALLAH...KALAU BUKAN BIDANG KITA JANGAN NAK ULAS2@KOMEN2...DAN JANGAN BERI FATWA ATAU HUKUM NAK JAGA KEDUDUKAN....MAKSIAT LAIN TAK DITEGUR...NI ULAMAK JENIS PILIH BULU...HAKIKATNYA...MEREKA NAK JAGA PERIUK NASI...MEREKA TAK TAHU..HAKIKATNYA ALLAH LAH JAGA PERIUK NASINYA...MATI MAKA TAK ADA LAGI PERIUK NASI

Remaja digilis lori tangki



PASIR GUDANG – Seorang remaja lelaki terbunuh dalam kemalangan maut di Kilometer 92.1 lebuh raya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru, berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Pegawai Turus Trafik Kontinjen Johor, Deputi Superintendan Roslan Ali ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mangsa, Shahrul Shafiq Azman, 19, beralamat di Taman Munsyi Ibrahim, Johor Bahru meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 dari tempat kerja di Pasir Gudang ke Perling dipercayai mencelah-celah antara bas dengan kenderaan di lorong kanan.

“Siasatan awal kita mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan kenderaan lain sebelum terbabas dan terperosok ke bawah lori tangki.

“Mangsa yang mengalami cedera parah terutama di bahagian kepala sehingga otaknya berkecai dan bertaburan di atas lebuh raya meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya.

Roslan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan telah dituntut oleh waris, semalam.

Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melibatkan kemalangan maut.

“Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan teruk dari kedua-dua hala memandangkan laluan menghala ke Johor Bahru ditutup, manakala pemandu di laluan menghala ke Pasir Gudang pula memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.

“Kenderaan yang menghala ke Johor Bahru terpaksa menggunakan laluan melalui simpang stesen minyak memandangkan laluan lebuh raya ditutup sementara sebelum mayat dihantar ke HSI.

Bagaimanapun beberapa anggota trafik yang bergegas ke tempat kejadian berjaya membantu mengawal lalu lintas.

Warga emas maut tersepit

KULAIJAYA – Seorang warga emas maut dalam nahas kemalangan jalan raya membabitkan dua lori di Kilometer 42.7, Lebuhraya Utara-Selatan yang berlaku kira-kira jam 6 pagi, semalam.

Mangsa, Hee A Li, 68, yang juga merupakan kelindan salah sebuah lori sarat dengan muatan daging dilaporkan maut di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduknya, ketika bersama pemandunya dalam perjalanan membuat penghantaran ke Pasir Gudang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berumur 39 tahun telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi lori di hadapannya.

“Pelanggaran itu menyebabkan lori yang melanggar itu terbabas ke bahu jalan sehingga termasuk ke dalam longkang yang terdapat pada kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian.

Mohd Kamil berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu dan kelindan lori terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing sehingga mengakibatkan salah seorang dari mereka maut dan seorang lagi mengalami kecederaan parah.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemandu yang cedera parah masih dirawat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), di sini,” katanya.

Sementara itu Mohd Kamil memberitahu, pemandu dan kelindan sebuah lagi lori yang terbabit dalam kemalangan itu, berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Dua sahabat maut dirempuh

SUNGAI SIPUT – Dua remaja yang juga sahabat baik, Mohd Saiful Nizam Karim, 20, dan Khairul Fauzi Ahmad Redzuan, 22, maut setelah mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di kilometer 15.5 Jalan R.E, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki yang kebetulan berada di laluan berkenaan tidak dapat mengelak motosikal mangsa dan merempuhnya menyebabkan kedua-duanya parah.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di sekitar Perlop dan penunggang serta pembonceng ketika itu dalam perjalanan dari Lintang menuju ke Jalong.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa berasal dari Chemor dan datang ke Sungai siput atas urusan tertentu serta dalam perjalanan pulang terlibat dalam kemalangan itu.

“Mayat mangsa di hantar ke Bilik Mayat Hospital Sungai Siput untuk tujuan bedah siasat dan menunggu tuntutan oleh waris,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1978.

“Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan serta segala maklumat berhubung kes ini masih dikumpul dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.


Dua maut dalam kemalangan berasingan

KUANTAN -Dua maut dalam nahas jalan raya membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita di lokasi berbeza di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kemalangan di Jalan Tanjung Lumpur, seorang penunggang motosikal meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 1.40 petang.

Ketua Jabatan Keten-teraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Muhamad Muda, 56, beralamat di Jalan Peramu dikatakan dari arah Kuantan menuju ke Tanjung Lumpur.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sendiri berada di lorong kanan sebelum sebuah kereta dari Kampung Tanjung Lumpur menyusur keluar dari lorong kiri.

“Pemandu kereta itu memasuki lorong mangsa sekali gus bergesel dengan motosikal sebelum mangsa terjatuh ke jalan.

“Mangsa di bawa ke HTAA namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu kereta, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pembantu farmasi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Dalam kes berasingan pula, Fauzi memberitahu seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta Toyota Wish di Kilometer (KM) 26 Jalan Kuantan-Nenasi, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Mangsa, Zurina Kal-thom Abdul Majid, 22, dari Taman Johor Jaya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Ketika kejadian, kereta Viva itu dikatakan memasuki laluan kereta Toyota dari arah belakang secara tiba-tiba.

“Pemandu kereta To-yota dari Pekan menuju ke Nenasi tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta mangsa.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Tak sempat lihat bayi sulung

KUALA TERENGGANU - “Tidak sangka arwah pergi tanpa sempat melihat anak sulungya. Arwah juga sudah memilih beberapa nama untuk anaknya, yang juga bakal cucu sulung saya itu, tapi tidak sangka dia pergi lebih awal,” demikian kata Othman Ali, 52, bapa mangsa kemalangan maut di Kilometer 37 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, semalam.

Othman memberitahu, anak kedua daripada tujuh beradik itu baru berkahwin kira-kira lapan bulan lalu dan sedang menunggu kehadiran cahaya mata sulung.

“Arwah seolah-olah tidak sabar menunggu kelahiran bayi pertamanya. Isterinya Norafidah Ismail, 24, kini sedang sarat mengandung enam bulan. Arwah pendiam orangnya,” katanya yang turut mengakui perubahan anaknya sejak akhir-akhir ini.

Mangsa, Ahmad Afendie Othman, 26, merupakan tenaga pengajar di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTIC), Kampung Teris, dekat sini, maut selepas Proton Waja dipandunya dirempuh sebuah lori yang sarat membawa muatan makanan sejuk beku dari arah bertentangan.


Mati ditetak depan rumah

KAJANG: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditetak sekumpulan empat lelaki di hadapan rumahnya di Taman Jasmin, di sini, kelmarin.
Selain mangsa, seorang mekanik yang membaiki kereta mangsa di hadapan rumah itu turut terkena ‘amukan’ kumpulan lelaki terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bersama mekanik yang berusia 42 tahun berkenaan berada di hadapan rumah sebelum dihampiri sebuah kereta.
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata suspek yang menaiki kereta berhenti sebelum tiga suspek keluar dari kereta sambil memegang senjata dipercayai parang lalu menyerang mangsa.

“Suspek menyerang mangsa menyebabkan mangsa parah di badan selain tangan kanannya hampir putus.

“Malah, mekanik terbabit turut diserang kumpulan suspek menyebabkan dia parah di tangan dan belakang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sejurus menetak mangsa dan mekanik itu, suspek melarikan diri.

Difahamkan, keluarga mangsa yang berada dalam rumah berkenaan mendengar bunyi bising keluar rumah dan terkejut sebaik melihat keadaan mangsa serta rakannya itu berlumuran darah.
“Bapa mangsa yang berusia 50-an membawa mangsa dan rakannya ke hospital berhampiran.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah. Bagaimanapun, mekanik berkenaan berjaya diselamatkan dan menerima rawatan lanjut,” katanya.

Azman berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Usaha mencari suspek masih diteruskan. Siasatan awal mendapati motif kejadian kerana dendam,” katanya.

No comments:

Post a Comment