Thursday, March 17, 2011

KENA TAHU YANG FARDU DAN YANG SUNNAT...DAH LEPAS KE FARDU AIN..TAKLIM ITU GURU@USTAZ...TAKLUM TU PELAJAR@PENUNTUT..KENA ADA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR...ISLAM LUAS DAN BUKANNYA SEMPIT...DAKWAH MENYELURUH TERMASUK ORANG KAFIR....TAK BOLEH IBADAH KEJAR PAHALA...TU IBADAH AHLI SUDAGAR...KEJE NAK UNTUNG...KEJAYAAN TAK BOLEH DIUNGKIT2...JANGAN PRANGSKA BURUK KAT USTAZ@ULAMAK...JIKA APA DIKATA DIBUAT BAGUSLAH...DAN TAHNIAH....JANGAN BENCI MAJLIS PE NGAJIAN ATAU LARI DARI MAJLIS PENGAJIAN..ITU SAMA MENGHINA SUNNAH...RASULLULLAH SAW MENGAJAR@MAJLIS PENGAJIAN KEPADA SAHABAT2....HINGGA ILMU ITU SAMPAI KE KITA....ULAMAK PEWARIS NABI...MAKSUD HADIS..

Apa yang dibuat Jemaah Tabligh ketika keluar di jalan allah

APA YANG DIBUAT JEMAAH TABLIGH KETIKA MEREKA KELUAR DI JALAN ALLAH

Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh iaitu Dakwah, Taklim Wa Taklum, dan Tazkiyah. Sesuai dengan firman Allah, "Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul di tengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (dakwah), mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (Taklim wa Taklum) dan Tazkiyah (zikir ibadah dan khidmat). Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana." (Surah Al-Baqarah, ayat 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangunkan Kaabah sehingga mereka katakan : "Inilah amalan masjid yang diinginkan Nabi Ibrahim alaihissalam."

Mereka membahagikan waktu ketika khuruj dengan tertib sebagai berikut :

4 Jam untuk Dakwah yang terdiri dari :

1. Jaulah Umumi (jumpa seluruh orang kampung).

2. Jaulah Khususi (jumpa orang perseorangan sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya ulama atau umara).

3. Jaulah Taklimi (mereka berkeliling untuk mengajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang mereka buat).

4. Jaulah Tasykili (mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka).

5. Jaulah Ushuli (mereka datang kepada orang yang niat untuk keluar bersama dengan mereka dan berpindah ke kampung lain).


4 Jam mereka gunakan untuk Taklim yang terdiri dari :

1. Taklim Kitabi.

2. Taklim Halaqah al-Quran.

3. Taklim Enam Sifat.

4. Muzakarah Adab-Adab Sunnah Sehari-hari.

5. Taklim Infradi, iaitu membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i.


4 Jam mereka gunakan untuk Zikir Ibadah yang terdiri dari :

1. Solat berjemaah.

2. Solat-solat sunat.

3. Zikir pagi dan petang.

4. Solat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari.

5. Tilawah al-Quran.

6. Doa-doa masnunah.


4 Jam mereka gunakan untuk Khidmat yang terdiri dari :

1. Khidmat kepada Amir.

2. Khidmat kepada Jemaah.

3. Khidmat kepada orang kampung.

4. Khidmat kepada diri sendiri.


Semuanya merangkumi waktu selama 16 Jam dan selebihnya digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk keperluan peribadi lainnya.

Apabila mereka keluar ikut tertib dengan ikut kepada amalan ijtima’i secara total, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat islah setelah pulang, bahkan mereka mampu menjaga solat berjemaah dan muamalah dan mu’asyarahnya menjadi lebih baik.

Kegagalan orang yang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tidak ada islah dan setelah itu susah untuk diperbaiki lagi dan menjadi hijab bagi manusia lain untuk dapat hidayah.


3 Perkara yang menyebabkan seseorang berjaya keluar di jalan Allah :

1. Keluar dengan mentaati Amir.

2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat.

3. Keluar semata-mata kerana Allah SWT.


Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2 perkara :

1. Dicabut sifat haiwan (binatang) dari diri mereka.

2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.

Telah banyak terbukti perubahan yang terjadi pada orang yang keluar di jalan Allah. Mereka yang sebelumnya orang yang rosak agamanya atau sampah masyarakat samada orang awam yang jahil dalam agama, pengamal rasuah, penagih dadah, mat rempit, kutu rayau, pemuzik, ahli-ahli korporat, para eksekutif, pengemis yang merempat dan sebagainya yang sebelumnya jauh dari agama, mereka kini menjadi pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang lain untuk menjadi baik.

Sehingga satu ketika Amir mereka Syaikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rahimah Kumullah pernah dikritik orang katanya, "Jemaah Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada Nahi mungkar." Maka beliau katakan : Hadis yang menyebut, “Jika kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’ (ubahlah) bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian! Perubahan hidup mereka dari maksiat kepada taat."

Enam (6) Sifat Jemaah Tabligh

Yang menarik dari Enam Sifat Jemaah Tabligh ini merupakan ciri khas mereka yang tidak dimiliki oleh harokah lain. Bahkan Enam Sifat seperti kod (tanda) untuk membezakan mereka dengan yang lain. Untuk masuk negara Israel misalnya kebanyakan gerakan Islam tidak boleh tetapi Jemaah Tabligh tidak ditahan kehadirannya di Israel kerana mereka gunakan jemaah yang berasal dari negeri yang ada hubungan diplomatik dengan Israel iaitu Singpura, Australia, dsb.

Untuk membezakan Jemaah Tabligh atau bukan, maka orang Israel akan menguji mereka di 'check point' dengan Enam Sifat. Yang menakjubkan ramai ahli jemaah mereka yang berasal dari orang-orang Arab, Jordan atau Yaman yang sebelumnya menganut Wahabi (golongan yang tidak mahu menerima sesuatu yang tidak ada tuntunan dari al-Quran dan As-Sunnah), ketika salah seorang ditanya kenapa terima Enam Sifat? Mereka katakan bahawa Enam Sifat ada dalam Surah Thaha iaitu pesanan Allah SWT kepada Nabi Musa alaihissalam sebelum pergi berdakwah kepada Firaun, Samiri, Hamman, Baslam dan Qorun.

1. "Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku.

2. "Dirikan solat untuk ingat pada Ku.

3. "Pergilah kamu dan saudaramu (Harun as) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Ku.

4. "Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut.

5. "Aku pilih engkau untuk diri Ku.

6. "Pergilah kamu kepada Firaun kerana dia telah melampaui batas.


Enam Sifat yang perlu diperkatakan berulang-ulang

1. Yakin terhadap hakikat kalimah "La ilaha illa Allah."

2. Solat Khusyu’ wal Khudu’.

3. Ilmu ma’a Zikir.

4. Ikramul Muslimin (Akhlak terhadap orang Islam dan adil terhadap orang kafir seperti ucapan lemah lembut kepada Firaun).

5. Tashhiihunniyah (Amal semata-mata kerana Allah).

6. Dakwah dan Tabligh.

Lihatlah tuan-tuan enam sifat di atas adakah yang ikhtilaf dengan al-Quran dan Hadis.


Jemaah Tabligh selesaikan masalah umat dengan amalan masjid

Dari Surah Al Baqarah ayat 129 terdapat doa Nabi Ibrahim yang dipohon ketika di Kaabah (masjid) iaitu memohon amal Nabi iaitu Dakwah,Taklim, dan Tazkiyah. Hal ini adalah untuk menghilangkan penyakit asal manusia iaitu :

1. Takut kepada selain Allah kerana ketika manusia hadir di dunia terus berhubung dengan kekuatan makhluk, sedangkan Allah menyempurnakan diri untuk uji hambaNya.

2. Hidup dengan cara kebiasaan sendiri, kerana untuk atasi keadaan hidup yang susah mereka berusaha selagi mampu bertahan sehingga ketika berhasil maka diyakini sebagai cara hidup yang baik (adat).

3. Memakai hukum selain yang diturunkan Allah SWT kerana berjaya mengatasi persoalan hidup, maka dibuatlah menjadi satu undang-undang.


Amalan Nabi berfungsi untuk :

1. Dakwah untuk memasukkan iman yakin kepada manusia sehingga keluar kebesaran makhluk dan masuk kebesaran Allah SWT.

2. Taklim untuk mengenalkan cara hidup para anbia sehingga dapat mengubah cara hidup adat menjadi cara hidup secara sunnah.

3. Tazkiyah untuk mensucikan kehidupan manusia dari dosa ketika jumpa dengan Allah. Di zaman Nabi, semua penzina, pencuri, pemabuk dsbnya datang kepada hukum Islam untuk minta disucikan. Sehingga hukum tegak bukan cari pelaku maksiat tetapi orang datang kepada hukum untuk tazkiyah.


Syaikh Ilyas Rahimah Kumullah mengatakan amalan masjid (amalan Nabi) adalah :

1. Dakwah.

2. Taklim wa Taklum.

3. Zikir Ibadah.

4. Khidmat.


4 Penyakit yang menjangkiti umat :

1. Hubbuddunya (cinta dunia).

2. Bodoh dalam agama (tidak tahu hukum).

3. Maksiat kepada Allah Ijtima’i (bersama-sama).

4. Mudah berpecah belah.


Cara pengubatannya (mengatasinya) :

1. Jadikan dakwah sebagai maksud hidup umat.

2. Taklim wa Taklum.

3. Zikir Ibadah (solat mencegah Fahsya dan Mungkar).

4. Khidmat kepada orang Islam.


Program Jaulah (Ghast)

Julah adalah tulang belakang dakwah, kerana semua anbia’ mengadakan jaulah (keliling jumpa manusia). Jaulah merupakan kumpulan usaha atas amal Nabi yang dikerjakan dalam waktu bersamaan dengan dakwah, taklim, zikir ibadah, dan khidmat.

Jaulah atau Ghast dibahagi menjadi 2 bahagian iaitu : Di luar dan di dalam.

Di dalam masjid hidupkan amalan : Taklim dengan cara taqrir (mengulang-ulang pentingnya amal agama dan kerja agama), zikir dikerjakan oleh seorang atau lebih mudzakir, dan khidmat dikerjakan oleh seorang atau lebih istiqbal.

Bahagian yang di luar : Dalam surah Yassin diceritakan tentang jaulah Habb Annajar di mana beliau disyahidkan ketika buat jaulah.

"Tatkala Kami utus dua orang (Mutakallim dan Amir)." QS Yassin, ayat 14.

"Maka Kami kuatkan dengan yang ketiga (makmur)." QS Yassin, ayat 14.

"Dan datanglah seseorang dari pinggiran kota dengan tergesa-gesa (Dalil)." QS Yassin, ayat 20.

Dengan dalil yang kuat serta adab-adab yang tinggi maka jaulah merupakan asbab hidayah bagi manusia. Ramai orang yang terkesan dengan cara jaulah ini. Mereka datangi para pemabuk, rumah orang kaya, orang miskin, orang sakit, orang lapar, dll tidak terkesan dengan keadaan mad’u nya.

Adakah cara dakwah yang lebih haq, lebih hebat dari ini? Suatu cara dakwah yang sudah teruji dalam al-Quran menghantarkan Habib Annajar menjadi Mukromin. Bukan dakwah uji atau percubaaan tuan-tuan!

Kebodohan seorang ustaz ketika menghujat Jemaah Tabligh, ia katakan : Maulana Ilyas Rahimah Kumullah membuat kerja dakwah pertama kali di India di mana negeri yang majoritinya beragama Hindu. Pendita mereka di sana biasanya menziarahi umatnya dengan datang ke rumah-rumah. Maka Maulana Ilyas Rahimah Kumullah adalah ikut-ikutan cara pendita Hindu yang mengunjungi orang dari rumah ke rumah. Pelik bukan? Ada ustaz yang tidak tahu bahawa Nabi SAW berdakwah dengan berjumpa setiap manusia dari rumah ke rumah.

Insyallah tuan-tuan yang mulia, kita akan berjumpa lagi dalam artikel yang lain nanti. Jazakallahu khairan.

No comments:

Post a Comment