Friday, March 18, 2011

BETUL ANCAK AKAN DIHANYUTKAN...DISEBUT DALAM KITAB RISALAH TAUHID....TETAPI APA JUGA UPACARA JIKA KITA ANGGAP ADA KUASA...BERKAT DAN SEUMPAMA DENGAN DILARANG JUGA....SEBAB ADA UNSUR SYIRIK....ADA BENDA LAIN BERKONGSI KUASA DENGAN ALLAH...NAK DIRI TIANG DIRIKAN AJE LAH...TAK YAH UPACARA2...

Itu bukan ancak


IPOH – Perbuatan menaikkan tiang seri dan merenjis yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong tahun lalu, tidak salah di sisi syarak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Syariah dan mendapati perbuatan itu bukan ancak seperti yang didakwa.

Menurutnya, jika ada mana-mana pihak mendakwa perbuatan itu upacara ancak, mereka perlu kemukakan bukti.

“Sekiranya bukti itu sahih dan boleh diterima pakai, jawatan kuasa akan mengadakan mesyuarat sekali lagi untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin, ketika mengulas desakan yang dibuat Dewan Pemuda Pas Negeri Perak.

Sebelum ini Pemuda Pas Negeri beberapa kali mendesak supaya perbuatan yang dilakukan Dr Zambry diwartakan.

Menurut Harussani, berdasarkan definisi di dalam Kamus Dewan dan Kitab Tajul Muluk, upacara yang dilakukan itu bukan perbuatan ancak.

Beliau berkata, mengikut Kitab Tajul Muluk karangan Al-Hafiz Abdul Azim Al Manzari, upacara ancak melibatkan bacaan mantera tertentu dan terdapat bahan-bahan tertentu yang digunakan untuk tujuan itu.

Katanya, kitab itu juga menjelaskan upacara ancak itu mesti mempunyai satu bekas dan dibuat tiga jenis nasi berwarna merah, kuning dan putih; tiga biji telur berwarna merah, kuning dan putih; tiga jenis pisang dan beberapa bahan lain sebelum ia dihanyutkan ke laut.

“Upacara merenjis sebenarnya sudah sebati dengan masyarakat Melayu dan ia tidak melibatkan masalah akidah.

“Melainkan jika perbuatan yang dilakukan itu mengikut Kitab Tajul Muluk, itu memang jelas khurafat dan haram dilakukan.

“Dalam upacara MB jelas menunjukkan tiada peralatan atau perbuatan yang membuktikan ia adalah upacara ancak,” katanya.

 CUBA FAHAMI FIRMAN ALLAH SWT NI...


لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)



أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)



وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)


mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka."
(Surah Al-Syura 42: Ayat 7)


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)

Dan firman Allah s.w.t;

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya.
(Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).




وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).
(Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

No comments:

Post a Comment