Kes kahwin Siam naik mendadak
SONGKHLA: Peningkatan mendadak pasangan Malaysia yang berkahwin di selatan Thailand terutama di pekan ini menimbulkan kebimbangan termasuk membabitkan status pasangan dan pengesahan perkahwinan sama ada setiap pasangan mematuhi hukum syarak.
Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, dalam tempoh 10 tahun lalu, 11,170 pasangan dari Malaysia mendaftar melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand, 3,260 pernikahan saja dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu mengkaji perkembangan ‘kahwin siam’ itu memandangkan jumlah pasangan yang berkahwin dan mendaftar dengan jabatan agama di negara jiran berkenaan meningkat secara mendadak setiap tahun.
“Kami tidak boleh menjalankan siasatan terperinci dan menghalang pasangan itu mendaftar selepas diiijabkabulkan puluhan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama di Malaysia,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di pejabatnya, di sini, petang kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan maklum balas, sebahagian besar perkahwinan di selatan Thailand dilakukan kerana kononnya mendapat halangan keluarga, hantaran perkahwinan tinggi selain peraturan ketat pihak berkuasa agama negeri dan berkahwin dengan warga asing.
“Jika permasalahan ini dapat dirungkaikan, kami yakin jumlah pasangan yang berkahwin di selatan Thailand dapat dikurangkan kerana pasangan yang datang ke sini hanya mahu berkahwin secara mudah tanpa memikirkan soal lain termasuk dari segi hukum.
“Kini, timbul soal marhalah iaitu syarat jarak melebihi 80 batu untuk mengesahkan perkahwinan seseorang wanita tanpa menggunakan wali sah. “Malah, ada antara mereka di kalangan wanita menetap di Alor Setar atau Kangar bererti itu tidak sah kerana jaraknya tidak sampai satu marhalah,” katanya.
Mengikut statistik penikahan dari Pejabat Konsul Malaysia, jumlah pasangan berkahwin di selatan Thailand meningkat mendadak dalam lima tahun kebelakangan ini iaitu membabitkan 314 pasangan pada 2005, 2006 (845 pasangan), 2007 (1,944 pasangan), 2008 (2,342 pasangan) dan 2009 (2,172 pasangan).
Jumlah itu jauh berbeza berbanding 2001 hingga 2004 iaitu antara 50 hingga 60 pasangan setiap tahun.
ADA YG MENARIK LAGI...ANAK NAK BERMADU BAPA TAK IZINKAN@TAK MAU JADI WALI...TAPI JIKA NAK BERPOLIGAMI...BOLEH PULA MEMADUKAN ANAK ORANG...NI DOUBLE STANDARD....
Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, dalam tempoh 10 tahun lalu, 11,170 pasangan dari Malaysia mendaftar melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand, 3,260 pernikahan saja dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu mengkaji perkembangan ‘kahwin siam’ itu memandangkan jumlah pasangan yang berkahwin dan mendaftar dengan jabatan agama di negara jiran berkenaan meningkat secara mendadak setiap tahun.
“Kami tidak boleh menjalankan siasatan terperinci dan menghalang pasangan itu mendaftar selepas diiijabkabulkan puluhan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama di Malaysia,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di pejabatnya, di sini, petang kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan maklum balas, sebahagian besar perkahwinan di selatan Thailand dilakukan kerana kononnya mendapat halangan keluarga, hantaran perkahwinan tinggi selain peraturan ketat pihak berkuasa agama negeri dan berkahwin dengan warga asing.
“Jika permasalahan ini dapat dirungkaikan, kami yakin jumlah pasangan yang berkahwin di selatan Thailand dapat dikurangkan kerana pasangan yang datang ke sini hanya mahu berkahwin secara mudah tanpa memikirkan soal lain termasuk dari segi hukum.
“Kini, timbul soal marhalah iaitu syarat jarak melebihi 80 batu untuk mengesahkan perkahwinan seseorang wanita tanpa menggunakan wali sah. “Malah, ada antara mereka di kalangan wanita menetap di Alor Setar atau Kangar bererti itu tidak sah kerana jaraknya tidak sampai satu marhalah,” katanya.
Mengikut statistik penikahan dari Pejabat Konsul Malaysia, jumlah pasangan berkahwin di selatan Thailand meningkat mendadak dalam lima tahun kebelakangan ini iaitu membabitkan 314 pasangan pada 2005, 2006 (845 pasangan), 2007 (1,944 pasangan), 2008 (2,342 pasangan) dan 2009 (2,172 pasangan).
No comments:
Post a Comment