Wednesday, November 17, 2010

BERSYUKURLAH JIKA DALAM KEADAAN BAHGIA DAN AMAN DAMAI...GUNALAH UNTUK TAAT PADA ALLAH BUKANNYA DERHAKA PADA ALLAH...KERANA ADA RAMAI ALLAH UJI DENGAN PELBAGAI KESUSAHAN...MUHASABAHLAH DIRI...BERHENTI MEMBUAT KEMAKSIATAN DAN PERKARA MUNGKAR...ALLAH BERKUASA PADA SEGALA SESUATU...

NEGARA


Empat terkorban pagi Aidiladha


KEADAAN kreta Proton Iswara dinaiki enam beranak yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Slim River semalam.


SLIM RIVER – Hasrat enam sekeluarga menyambut Hari Raya Aidiladha bersama sanak saudara di kampung tidak kesampaian apabila empat daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Slim River di sini semalam.
Mereka yang terbunuh dalam kemalangan pada pukul 2 pagi itu ialah Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd. Nor, 33, dan dua anak kembar mereka, Fitri dan Fikri yang berusia enam tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Supritendan Anuar Osman berkata, dua lagi anak pasangan itu, Fatihah, 4, melecur tangan kirinya akibat terkena besi kereta panas.
Dia kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Anak sulung pasangan itu, Firdaus, 8, pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Slim River (HSR).

'Nak abah, nak mama'

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

TERLANTAR...Fatiha yang melecur  dirawat di Wad Kebakaran HRPB.
TERLANTAR...Fatiha yang melecur dirawat di Wad Kebakaran HRPB.
MAUT...kembar, Fitri (kiri) dan Fikri.
MAUT...kembar, Fitri (kiri) dan Fikri.
IPOH: “Nak abah, nak mama,” itu perkataan diucapkan berulang kali oleh Fatiha Shaiful Fadzilah, 4, yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan ibu dan bapa serta dua abang kembarnya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di Kilometer (KM) 377.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berdekatan Slim River itu, empat beranak terbabit maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki dirempuh sebuah treler dari belakang.

Mereka yang terbunuh ialah Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya, Siti Suzana Mohd Noor, 33, dan anak kembar mereka, Fitri dan Fikri berusia enam tahun manakala dua lagi anak mereka iaitu Firdaus, 8, dan Fatiha, cedera.
Ibu saudara Fatiha yang juga adik bongsu Shaiful Fadzilah, Nor Azizah Shahar, 23, ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam berkata, Fatiha ditempatkan di Wad Kebakaran hospital itu pada awal pagi semalam bagi rawatan susulan akibat kecederaan serta melecur di tangan kiri.

Nor Azizah berkata, abangnya tidak merancang pulang ke kampung sebelum ini, namun mengubah keputusan itu dan memaklumkan kepada keluarga di Kampung Gua Badak, Lenggong dari rumah mereka di Taman Ekamatahari, Labu, Seremban, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

“Sebelum ini, arwah pernah memaklumkan dia sekeluarga tak jadi balik berikutan kekangan kerja, namun mengubah keputusan itu pada saat akhir

“Dia memaklumkan kepada kami sebelum bertolak pulang ke kampung. Bagaimanapun, selepas menunggu sehingga jam 2 pagi, tapi mereka belum tiba membuatkan kami sekeluarga curiga,” katanya.

Nor Azizah menghubungi Shaiful Fadzilah kira-kira jam 4 pagi untuk mengetahui keadaan mereka sekeluarga, namun tiada jawapan sebelum dihubungi polis lima minit kemudian memaklumkan arwah sekeluarga terbabit kemalangan ngeri menyebabkan dia bergegas ke Hospital Slim River.
Menurutnya, arwah abangnya ada merancang mengkhatankan anak kembarnya itu di kampung memandangkan ketika ini musim cuti sekolah selain menyambut Aidiladha.

“Kali terakhir saya menemui mereka sekeluarga pada Aidilfitri lalu,” katanya sebak.

Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati Fatiha masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan dia kerap kali meracau serta menangis sambil memanggil ibu dan bapanya.

Kanak-kanak malang itu belum dimaklumkan kematian ibu dan bapa serta abang kembarnya.

Abang sulung Fatiha, Firdaus pula masih dirawat di Hospital Slim River kerana cedera di kaki manakala keempat-empat ahli keluarganya yang meninggal dunia dalam nahas itu dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum jenazah mereka dituntut ahli keluarga, petang semalam.

Semua jenazah empat beranak itu dikebumikan di kampung kelahiran Shaiful Fadzilah di Kampung Gua Badak, Lenggong, petang semalam


'Baru semalam kami bergurau'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabas sebelum melanggar tiang monorel, pagi semalam. Gambar kecil, Intan.
REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabas sebelum melanggar tiang monorel, pagi semalam. Gambar kecil, Intan.
KUALA LUMPUR: “Saya masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya Intan sudah tiada, sedangkan baru semalam, kami sempat bergurau,” kata kakak mangsa kemalangan maut di Jalan Bangsar, Liza Mohd Nazri, 35.
Liza berkata, adiknya, Intan Safiah Mohd Nazri, 25, seorang anak yang manja dengan keluarga kerana dia adalah anak bongsu daripada enam adik beradik sehingga makannya juga masih bersuap.

Intan maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan serta melanggar tiang monorel di depan dataran Maybank, kira-kira 5.25 pagi semalam.
Beliau juga kakitangan pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor yang menerajui Syarikat Suhan Movie “Sehingga kini pun jika arwah pulang ke rumah emak, Aisyah Mohamad, 60-an, di Subang, emak akan menyuapkan makanan kepadanya.

“Kali terakhir Intan makan bersuap minggu lalu ketika pulang ke rumah emak. Itulah suapan terakhir emak untuk Intan sebelum dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya, cuma pada hari kejadian selepas pulang ke rumah di Kampung Kerinchi pada jam 7.30 malam, arwah hanya berkurung di dalam bilik

“Saya cuba mengetuk pintu biliknya beberapa kali tetapi tidak dibuka. Arwah cuma meminta saya tunggu sekejap kerana sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbit.

“Tidak lama kemudian arwah memberitahu saya hendak pulang ke rumah emak. Pada waktu itu, arwah hanya membawa beg sandang dan beg tangan keluar dari rumah kira-kira jam 8.30 malam,” katanya.
Bagaimanapun, selepas itu Liza tidak pulang sebaliknya keluarganya dikejutkan dengan satu panggilan misteri daripada seorang lelaki yang hanya memberitahu nombor pendaftaran kenderaan milik arwah kemalangan.

Bapa mangsa, Mohd Nazri Andak Lam, 75, berkata, dia menyangka arwah yang menghubunginya tetapi terkejut suara lelaki bercakap memberitahu kereta anaknya kemalangan.

Menurutnya, selepas itu, dia cuba menghubungi semula namun telefon bimbit berkenaan sudah dimatikan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala dan maut serta- merta di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan selepas waktu Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinchi


Risau anak makin ganas

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

CEDERA...Rakiah menunjukkan kesan luka kepada salah seorang anaknya, manakala gambar sebelah mangsa mengemas barang yang disepah suspek.
CEDERA...Rakiah menunjukkan kesan luka kepada salah seorang anaknya, manakala gambar sebelah mangsa mengemas barang yang disepah suspek.
KUALA TERENGGANU: Buntu memikirkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapinya, seorang ibu meminta pihak tertentu ‘mengambil’ anaknya yang menghidap sakit mental untuk ditempatkan di pusat pemulihan atau rumah kebajikan.
Rakiah Ngah, 60, seorang tukang sapu dari Kampung Laut di sini, berkata, dia kini hilang punca untuk mengawal anaknya, Ahmad Shaari Mohamed, 27, yang berperangai pelik dan semakin ganas sehingga sanggup mencederakannya.

Warga emas itu bimbang sekiranya Ahmad Shaari dibiarkan tanpa kawalan atau rawatan sewajarnya, nyawanya sendiri akan melayang kerana tindakan anaknya semakin keterlaluan.
“Kebelakangan ini, anak semakin ganas. Ahad lalu, dia menggigit lengan kanan saya sehingga luka dan bengkak.

“Ketika itu, saya berseorangan mencarinya di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk mengambil beg sandang yang dicurinya, tetapi dia menggigit lengan kanan saya dengan sekuat hati untuk melepaskan diri,” katanya.

Rakiah berkata, mujurlah beberapa anggota polis yang bertugas di pondok berhampiran bertindak pantas menyelamatkannya kerana sebelum itu dia memberitahu mereka mengenai tujuannya ke situ untuk mencari anaknya

Menurutnya, selepas itu, anggota polis terbabit terus menahan anaknya itu dan dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan berikutan anaknya mempunyai kad pesakit mental.

Katanya, Ahmad Shaari menjadi kurang siuman selepas rumah mereka dibakar jiran, 10 tahun lalu dan selepas tragedi itu perangai anaknya berubah menjadi pendendam

No comments:

Post a Comment