DUNIA
Budak 3 tahun temui loket RM12.41 juta
|
|
HOCKLEY, Britain - Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex, lapor sebuah akhbar semalam.
Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.
Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.
Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.
Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."
Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.
Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.
Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi. - Agensi
DUNIA
Wanita paling rendah di dunia berasa gembira
|
|
ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman menyatakan perasaan gembiranya selepas dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 sentimeter dan seberat 6.8 kilogram (kg).
Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki berkata, semasa di zaman kanak-kanak, dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya.
"Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.
Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun.
Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut.
Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti. - Agensi
DUNIA
Angka kematian akibat Merapi cecah 273 orang
JAKARTA - Gunung berapi Merapi telah membunuh seramai 273 mangsa sejak ia meletus pada bulan lalu, selain menyebabkan lebih 300,000 penduduk tinggal di kem-kem sementara.Sebelum ini, jumlah kematian yang dicatatkan ialah seramai 259 orang sejak ia meletus pada 26 Oktober lalu.
Menurut seorang pegawai pengurusan bencana, pasukan penyelamat telah menemui mayat-mayat di sekeliling kawasan gunung berapi tersebut.
Pada Selasa lalu, seramai 50,000 penduduk telah kembali ke kampung halaman masing-masing selepas pemerintah Indonesia menilai semula zon berbahaya dengan menyatakan gunung tersebut tidak lagi berbahaya.
Pada tahun 1930, letusan Gunung Merapi membunuh lebih 1,300 orang.
Namun, pakar-pakar gunung berapi Indonesia menyatakan letusan terbaru baru-baru ini adalah yang terkuat sejak tahun 1972. - AFP
DUNIA
Tempahan untuk membeli robot meningkat
CHARLESTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pencipta robot di AS, Scott Maclean berkata, dia dihubungi dengan beberapa pelanggan di Britain untuk membeli robot ciptaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Maclean, 47, menjelaskan terdapat beberapa pembeli dari Britain yang mahu membeli robot buatannya termasuk seorang lelaki bangsawan.
"Kami turut menmperoleh pelanggan dari Eropah, Rusia, Korea dan beberapa tempat lagi di dunia," katanya.
Menurutnya, beberapa minggu lalu, dia berbincang dengan seorang wanita yang mahu memperoleh robot seperti selebriti komedi Britain, Graham Norton.
"Saya turut diminta oleh beberapa orang untuk menghasilkan robot yang kelihatan seperti aktres Angelina Jolie, Pamela Anderson dan Michael Jackson.
"Namun, saya tidak boleh menghasilkan robot itu tanpa mendapat kebenaran mereka (selebriti tersebut)," katanya.
Antara robot ciptaan Maclean ialah Suzie Software yang tidak boleh bercakap.
Robot itu dijual pada harga AS$2,945 (RM9,214). - Agensi
No comments:
Post a Comment