Sunday, November 14, 2010

NI SATU LAGI HALAL HARAM MAIM BELASAH AJE....SATU MUFTI TAK KOMEN BERDOSA....

VARIA


Perkahwinan bak di kayangan


PASANGAN mempelai kini berpeluang meraikan hari bersejarah di Mega View Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur.


MENGGAMIT memori hari persandingan di luar kediaman pastinya memberi seribu erti kepada raja sehari dan tetamu jemputan. Bagi anda yang merancang mahu mendirikan rumah tangga, apa kata intai pakej perkahwinan di menara tertinggi di Asia iaitu Menara Kuala Lumpur.
Pakej Perkahwinan Melayu D'Kayangan menawarkan pakej akad nikah dan perkahwinan Melayu bagi pasangan mempelai yang inginkan kelainan sempena hari bersejarah mereka.
Pasangan pengantin diberi dua pilihan lokasi berlainan untuk melangsungkan persandingan iaitu di Mega View Banquet Deck dengan ketinggian 282 meter dari aras bumi.
Selain itu, bagi suasana secara terbuka pula anda boleh memilih halaman Kampung Budaya 1Malaysia yang terletak di pekarangan Menara Kuala Lumpur.

PAKEJ Perkahwinan Melayu D'Kayangan menawarkan pakej akad nikah dan majlis perkahwinan berkonsepkan Melayu.


"Kita ingin mengelak persandingan biasa seperti di dewan atau rumah. Jadi suasana indah di Menara Kuala Lumpur mampu memberikan pengantin sudut keraian yang lebih romantik.
"Bakal pengantin berpeluang merakamkan potret perkahwinan di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur," beritahu Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd. Said.
Sementara itu, bagi menentukan konsep pelamin yang diimpikan, setiap pasangan raja sehari boleh memberi idea mengikut kehendak masing-masing.
Sambil menjamah hidangan yang disediakan oleh Felda D'Saji Sdn. Bhd., tetamu dan pengantin bakal dihiburkan dengan iringan alunan muzik tradisional dan gamelan.
Tawaran harga yang dikenakan bagi Mega View Banquet Deck terdapat dalam tiga pilihan iaitu menu Cindai, Sutera dan Songket. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM1,500 hingga RM1,700 untuk satu meja.
Kampung Budaya 1Malaysia turut menawarkan kategori menu tersebut dengan tawaran harga bermula RM900 hingga RM1,100 untuk satu meja

No comments:

Post a Comment