Monday, November 15, 2010

JANGAN BUAT DOSA JARIAH...TERUK DALAM KUBUR...BUKA AURAT..BERGAUL BEBAS BUKAN BUSUK LAGI MALAH HARAM...JANGAN BUAT TAK TAHU PULAK....

Isu Gambar Cium, Qasha Enggan Ambil Tindakan

PETALING JAYA: Pelakon baru, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen,18, atau Qasha tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan selepas gambar “panas” kononnya aksi dia dengan juara raja lawak, Nabil Ahmad,27, bercium tersebar.
Beritahu Qasha, dia lebih selesa untuk berdiam diri sehingga kontroversi itu hilang begitu sahaja.
"Buat apa saya nak ambil tindakan? Saya lebih selesa untuk mendiamkan diri dan biarlah orang nak fikir apa-apa pun kerana saya telah menafikannya.
"Sekarang ini, walaupun saya menidakkan gambar tersebut, ia telah pun tersebar dan orang boleh melihatnya pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita nak ambil tindakan, ia tak mendorong apa-apa pun.
"Oleh itu, saya mahu senyap seketika dan tenangkan fikiran," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Qasha, walaupun kontroversi itu melanda dirinya, dia tetap tabah dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Kebetulan pula sempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, saya mahu berada di samping keluarga di Kelantan. Saya mengakui saya rasa tertekan dan fikiran saya kosong akibat kejadian ini. Tetapi sekarang ini saya dah okey. Hidup perlu diteruskan," ujarnya tenang.
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan menyiarkan gambar panas yang dikatakan milik kedua-dua pelakon itu tetapi mereka menafikannya.
Sebaliknya Qasha dan Nabil mendakwa ia hanyalah teknik “super impose” berteknologi tinggi yang dibuat untuk menjatuhkan kerjaya mereka


Anggap Dunia Seni 'Busuk', Faezah Mahu Bersara Jadi Pelakon
PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat tahun lagi kerana menganggap dunia glamor yang dilaluinya adalah “busuk”.
Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia bosan dengan 'taktik kotor' yang digunakan oleh kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar 'dikipas' sebelum memberi peranan atau watak kepada pelakon dalam sesebuah terbitan mereka.
"Sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam dunia lakonan, apa yang saya lihat, seseorang pelakon itu diberi peluang berlakon walaupun lakonan mereka tidak berkualiti dan tak sehebat mana.
"Mereka perlu mengipas para penerbit mahupun pengarah untuk mendapatkan sesebuah tawaran berlakon.
"Saya masih ingat lagi ketika awal-awal pembabitan saya dalam industri seni, pihak produksi mengugut saya untuk menjatuhkan karier saya jika tidak mengikut kata-kata mereka.
"Cukuplah dengan apa yang dilalui. Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila. Dunia glamor itu busuk," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Justeru itu, Faezah merancang untuk membuka sebuah pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari selok-belok mengenai pengurusan pusat asuhan tersebut.
Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan sedang hangat bercinta dengan pengarah drama Asmara, Heikal Hanafiah, Faezah menafikan sekeras-kerasnya.
"Saya terkejut dengan gosip itu. Kenapa dia? Tak mungkinlah saya nak bercinta dengan dia. Kami berkawan biasa saja, tidak lebih dari itu.
"Saya akui masa penggambaran drama Asmara, kami ada berbuka puasa bersama, itu pun ditemani pembantu peribadi saya.
"Inilah kali pertama saya disoal mengenai gosip cinta. Saya ini jenis yang jarang keluar rumah jika tidak ada apa-apa aktiviti lakonan, dengan harapan ingin menjaga diiri agar tiada kontroversi," ujarnya.
Faezah bakal memulakan penggambaran filem Halilintar pada bulan ini dan sambungan Asmara 2 pada tahun hadapan


Album Himpunan 32 Lirik Habsah Hassan Dilancar
Habsah Hassan
KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman Warner Music melancarkan album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan, memuatkan himpunan koleksi lagu-lagu popular penulis lirik itu yang menjadi evergreen pada hari ini.
Album yang memuatkan 32 lagu tersebut dipilih berdasarkan kepada koleksi lagu yang dipegang hak ciptanya oleh Warner Chappell Malaysia.
Menurut Pengurus Strategik Domestik Warner Music Malaysia, Shafie Yusof, usaha menghasilkan album berkenaan sudah dirancang sejak empat tahun lalu tetapi hanya terlaksana pada tahun ini,.
Pemilihan Habsah Hassan pula kerana karyanya yang menarik selain lagu-lagunya juga mempunyai nilai komersial yang tinggi.
“Daripada beratus-ratus lagu kak Chah (Habsah), hanya 32 lagu sahaja dipilih kerana kami melihat kepada nilai komersil terhadap lagu berkenaan yang mempunyai daya penariknya sebagai sebuah karya evergreen pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran album berkenaan di Restoran Puteri, Sungai Penchala di sini, Isnin.
Kata Shafie lagi, walaupun Habsah mempunyai banyak lagu popular, buat masa ini pihaknya hanya memilih rangkaian lagu yang dimiliki oleh Warner Chappell Malaysia terlebih dahulu.
Dia turut membayangkan jika album tersebut mendapat sambutan, tidak mustahil lagu-lagu Habsah yang dimiliki oleh syarikat lain akan turut diterbitkan.
“Biarlah buat masa ini kami memilih lagu daripada rangkaian lagu milik Warner Chappell dahulu. Mungkin selepas ini kita boleh memilih lagu Kak Chah yang dimiliki oleh EMI atau syarikat rakaman lain pula,” ujarnya.
Antara lagu yang terdapat dalam album berkenaan ialah Merisik Khabar (Sudirman), Aku Hanya Pendatang (Francisca Peter), Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud), Kau Yang Tersendiri (Jay Jay), Sendiri (Jamal Abdillah) dan Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy & Martin).
Sementara itu menurut Habsah, pemilihan lagu dalam album berkenaan adalah atas persetujuannya dan juga syarikat berkenaan.
Katanya, karya beliau yang terdapat dalam album itu cukup istimewa kerana ia ibarat sebuah kisah benar.
Lirik-lirik yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada pengalaman seseorang dan juga pengalamannya sendiri.
“Saya menghasilkan lirik dengan penuh perasaan. Kebanyakan lirik dalam lagu itu adalah sesuatu kisah yang diceritakan kepada saya selain beberapa pengalaman lain yang saya terjemahkan dalam lirik lagu.
“Mungkin dengan kesungguhan dan juga ilham itu, lirik-lirik saya agak berbeza selain mampu untuk diingati sampai hari ini,” katanya.
Ditanya dalam banyak-banyak lirik dalam album berkenaan yang manakah paling istimewa buatnya, kata Habsah lagu nyanyian Allahyarham Sudirman iaitu merisik Khabar mempunyai makna yang mendalam.
Ujar Habsah, disebabkan mempunyai hubungan baik dengan Sudirman, maka segala perasaan Allahyarham itu diterjemahkan dalam karyanya
“Saya memang rapat dengan arwah. Sebab itulah apabila saya menghasilkan lirik lagunya, ia benar-benar mampu mempengaruhi jiwa kerana ia dibuat berdasarkan kepada perasaannya yang saya hayati,” ujarnya.
Album yang dijual dengan harga RM26.90 itu telah berada di pasaran sejak dua bulan lalu.
habis


Jom Jalan Bersama PLUS Di TV3
PETALING JAYA: Terbaru di TV3 dan dibawakan khas dengan kerjasama PLUS Expressways Berhad (PLUS), sebuah program travelog Jom Jalan Bersama PLUS mengajak anda meneroka pengalaman baru di lebuh raya.
Jom Jalan Bersama PLUS akan mula bersiaran pada 15 November ini, setiap hari Isnin, jam 6.00 petang.
Program travelog santai ini akan memaparkan beberapa artis jemputan menerusi 13 episod terbitannya.
Pada setiap episod, anda akan dibawa bersama-sama melalui lokasi persinggahan menarik yang sesuai untuk rekreasi dan riadah sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
Bersama personaliti televisyen seperti Teh Syuhaida, Shera Aiyob serta selebriti popular Black Mentor, Shamsul Ghau Ghau, Kumpulan Hujan, Kenchana Devi, Nabil Raja Lawak, Ezany, Alif Satar dan ramai lagi, ikuti pengalaman baru mereka dalam menyelusuri lebuh raya yang mungkin sudah menjadi kebiasaan ketika menuju ke sesuatu destinasi.
Antara paparan yang menarik dalam Jom Jalan Bersama PLUS selama 13 episod ialah melawat Menara Jam Condong di Teluk Intan; menjalani aktiviti white water rafting di Sungai Kampar; mendampingi gajah di Kuala Gandah; meredah hutan rekreasi dan taman herba di Skudai, merehatkan minda di Hot Spring Sungkai, berkelah di Gunung Semanggol dan sebagainya.
Majlis pelancaran program Jom Jalan Bersama PLUS dimulakan dengan rombongan media dan artis jemputan yang bertolak dari perkarangan Sri Pentas ke Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (Arah Selatan) di Lebuhraya Elite.
Turut hadir di sesi pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi, Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, dan Pengerusi PLUS Expressways Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim, serta selebriti Shamsul Ghau Ghau.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar: “Dengan kerjasama PLUS Expressways, TV3 mengajak para penonton untuk mengenali semula tempat-tempat menarik di Malaysia menerusi program Jom Jalan Bersama PLUS.
“Dalam perjalanan di lebuh raya, sebenarnya kita masih boleh merancang sesuatu aktiviti baik aktiviti lasak seperti meneroka hutan rekreasi dan taman herba di Skudai atau singgah di dusun buah-buahan di Kuala Lipis dan juga menikmati juadah tempatan yang istimewa di bandar-bandar selepas susur keluar daripada lebuh raya. Perjalanan anda pasti lebih menyeronokkan untuk menyelami kehidupan penduduk tempatan yang bertempat di susur keluar lebuh raya.”
Pengerusi PLUS Expressways Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata: “PLUS Expressways komited dalam menjadikan perjalanan di lebuh raya selamat, lancar dan selesa pada setiap masa.
"Justeru itu, kami mengambil pendekatan bekerjasama dengan pihak TV3 dalam menerbitkan program “Jom Jalan Bersama PLUS” untuk membantu mempromosikan lagi destinasi-destinasi pelancongan yang mudah dikunjungi menerusi Lebuhraya Utara-Selatan.
"Selain itu, kami turut menyediakan tip-tip keselamatan bagi pemanduan yang selamat di lebuh raya. Di samping itu, penonton TV3 juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat berhubung perkhidmatan sampingan yang disediakan di lebuh raya seperti perkhidmatan PLUSRonda, kawasan-kawasan rehat dan lain-lain lagi,” tambah Mohd Sherif


Mayat Rentung Ditemui Di Kelab Golf
KULIM: Mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh ditemui hampir rentung berhampiran kawasan semak berdekatan sebuah kelab golf di kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP), Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Suu Song berkata, mayat tidak dikenali identiti itu ditemui dalam keadaan separuh rentung dan hanya tinggal tangan dan kaki oleh seorang penoreh getah kira-kira pukul 8 malam.
Beliau berkata, polis percaya mangsa dibakar di tempat kejadian yang sering dijadikan kawasan pembakaran sampah itu sejak beberapa hari lalu.
"Kita percaya mangsa dibuang dan dibakar di situ berikutan tempat itu terpencil dan jauh kira-kira 300 meter dari jalan besar," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa memandangkan tiada dokumen diri dijumpai di situ.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment