"Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi" - Noh (Hujan)
Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, dekat sini yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak-saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak.
Menurut Nina, tujuan mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut adalah untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.
"Mengikut perancangan, kami akan bernikah sempena tarikh lahir saya iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula kami akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur.
"Di Sarawak pula majlis resepsi diadakan pada 15 Julai 2011. Sebenarnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga, tetapi kerana kesuntukan masa dan jadual karier yang padat, kami terpaksa menukar tarikh," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.
Sementara itu menurut Noh, cinta mereka mula berputik selepas menerbitkan lagu duetnya bersama Nina berjudul Kurnia.
"Ramai yang menyangka lagu Kurnia dicipta ketika kami sedang bercinta tetapi sebenarnya kami bercinta selepas lagu itu dihasilkan.
Ditanya mengenai imej Nina selepas berumah tangga nanti, kata Noh, dia tidak melarang bakal isterinya itu untuk bergaya tetapi secara berseloroh dia mahu Nina tidak kelihatan seksi.
"Hmm... Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini," katanya sambil ketawa.
Kedua mereka bercadang untuk berbulan madu ke Mauritius atau London selepas majlis perkahwinan nanti.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak bercadang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini selepas kahwin kerana ingin mengukuhkan kerjaya masing-masing.
"Mungkin kami akan memiliki anak pada tahun 2013," kata Noh.
Akim ‘Gelojoh’ Ketika Bikin Lagu
Selepas memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), pemuda berusia 19 tahun ini kerap muncul dengan lagu terbarunya.
Selepas lagu Bengang, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad tampil dengan lagu Inilah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya oleh diri-sendiri.
Kini, dia semakin galak muncul dengan lagu-lagu terbaru lain termasuklah Bawa Kau Pergi dan Janji.
Akim akui dia seorang yang ‘gelojoh’ apabila tiba saat berkarya. Lebih-lebih lagi bila dia sudah mendapat melodi sesebuah lagu itu.
“Kadangkala idea untuk membuat melodi datang sekali imbas apabila saya memegang gitar. Jadi, selepas itu saya tak tunggu lama-lama untuk menyiapkan sesebuah lagu itu,” ujarnya yang bercita-cita besar dalam bidang gubahan lagu ini.
Mendengar setiap ilham dan cetusan idea yang dirasai dalam setiap lagunya, Akim lebih terdedah dengan lirik-lirik berbaur cinta.
Sengaja menduga sama ada pemuda tinggi lampai ini sedang dilamun cinta, namun dia hanya membalas dengan senyuman yang manis.
“Saya memang dilamun cinta dan wanita itu adalah mak saya. Dia berada jauh daripada saya iaitu di Johor. Jadi, saya dedikasikan lagu-lagu tersebut untuk dia dan berjanji untuk membahagiakannya.
“Mak sentiasa berada dalam hati saya. Setakat ini, saya belum boleh terima untuk bercinta dengan wanita lain kerana tidak mahu ada apa-apa ikatan tetapi saya lebih suka berkawan,” kata Akim.
Menyentuh tentang perancangan masa hadapan, Akim mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang gubahan lagu.
Kata Akim, dia tidak mahu menjadi seorang yang tamak dengan melakukan semua perkara tetapi lebih memfokuskan kepada karier sebagai seorang komposer dan penyanyi.
Memandangkan ramai pihak yang mula memerhatikan Akim, tidak dinafikan ada penyanyi yang mula meminta untuk menyanyikan lagu ciptaannya.
“Saya terpaksa tolak permintaan beberapa penyanyi yang minta untuk menyanyikan lagu saya kerana saya belum berani membuat lagu untuk mereka. Mungkin pada masa akan datang, saya akan cuba.
“Saya sentiasa belajar cara-cara membuat lirik lagu yang baik dengan mendapatkan tunjuk ajar penulis lirik lagu Bengang dan Noktah Cinta iaitu Sheikh Qalam,” ujar pelakon drama bersiri Kau Dan Aku 2 ini.
Erti Pengorbanan Artis Di Aidiladha
Namun, di sebalik kemeriahan itu, ada juga beberapa rakan artis yang tidak bernasib baik kerana terpaksa bekerja pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 November tahun ini.
Inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan yang harus ditempuhi oleh mereka.
Bagi pasangan suami isteri, Zila dan Along, mereka menyambut perayaan tersebut di lokasi penggambaran filem Hello.
“Pada Hari Raya Aidiladha tahun ini, saya terpaksa menemani Along berlakon filem Hello arahan A.R Badul. Jadi kami tidak dapat menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga.
“Sepatutnya kami akan ke kampung Along di Kedah tetapi niat tersebut terpaksa dibatalkan,” kata Zila yang turut berasa gembira kerana perayaan tersebut bersamaan dengan tarikh Hari Lahirnya.
Sementara aktres Ayu Raudhah yang sedang menanti masa diijabkabulkan dengan pemain bola sepak Zaquan Adha turut mengalami nasib yang sama dengan pasangan tersebut.
Dia ke Singapura pada Hari Raya Aidiladha itu untuk menjalani penggambaran filem Empayar yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD.
“Ini merupakan pertama kali saya menyambut Hari Raya Aidiladha tidak semeriah seperti sebelum ini. Saya rasa perayaan Aidiladha sangat penting dan tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama keluarga.
“Walaupun Raya Haji, tetapi saya biasanya beria-ia menyambutnya dan lebih seronok apabila dengan keluarga,” katanya yang akan pergi ke Singapura selama tiga hari
No comments:
Post a Comment