Lahir bayi luar nikah di bilik air
Dalam kejadian jam 4.20 petang Jumaat lalu di Taman Widuri, gadis berkenaan melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat sebelum bayi itu meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kakak gadis itu yang berusia 20-an memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis sebelum gadis itu bersama bayi berkenaan dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap.
“Hasil bedah siasat ke atas bayi terbabit di Hospital Sungai Bakap, doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia dalam kandungan.
Gadis itu dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Menurutnya, kakak gadis itu mendakwa dia dan keluarga tidak mengetahui adiknya hamil kerana keadaan fizikalnya tidak kelihatan seperti wanita mengandung
“Ketika kejadian, kakak gadis itu melihat adiknya masuk ke bilik air, namun bimbang kerana adiknya lama dalam bilik air.
“Kakaknya memeriksa adiknya serta bayi yang masih bertali pusat sebelum mendapati bayi itu meninggal dunia,” katanya.
Shafien berkata, ketika siasatan awal, suspek yang kurang bercakap mengaku berkawan dengan seorang lelaki yang juga teman lelakinya berusia awal 20-an.
Tuntut telefon hingga diperkosa
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
Suspek dikenali sebagai Andreyan itu dipercayai merogol mangsa hanya kerana cemburu apabila terlihat wanita senegaranya itu berbual dengan lelaki warga Myamnar yang juga rakan sekerja mangsa dua hari sebelum itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa terserempak semula dengan suspek berusia 32 tahun itu sehari kemudian dan meminta telefon bimbitnya dipulangkan.
Beliau berkata, suspek mengajak mangsa berusia 24 tahun itu pergi ke rumahnya di Malim, kononnya bagi mengambil telefon itu.
“Namun, mangsa terpaksa pulang hampa apabila suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak memulangkan telefon bimbitnya seperti dijanjikan.
“Bagaimanapun Rabu lalu, mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol lelaki itu ketika datang sekali lagi ke rumah suspek di Malim untuk mendapatkan telefon bimbitnya
Dalam laporannya, mangsa mendakwa dirogol suspek pada jam 1 tengah hari,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin.
Mohd Adnan berkata, ketika mangsa diperkosa, isteri suspek tiada di rumah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Orang ramai boleh menghubungi Asisten Superintendan Nor Zarini Ariffin di talian 019-7731273 begin_of_the_skype_highlighting 019-7731273 end_of_the_skype_highlighting atau Inspektor Norehan Omar (010-9069307). Alamat terakhir suspek ialah No 3-10 Pangsapuri Dahlia Blok 2 Jalan Zahir 6 Taman Malim Jaya
Isteri tidur di tempat suami tenggelam
Walaupun sedih menerima khabar duka, Norlaila Parijam, 38, bersyukur mayat suaminya, Mohd Nor Miskam, 36, akhirnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sekitar lokasi kejadian jam 7.30 pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 10 meter dari lokasi jengkautnya tenggelam masih lengkap berpakaian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat.
Menurut Norlaila, beberapa hari sebelum kejadian, suaminya pulang ke rumah di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam untuk menemuinya dan anak sebelum kembali ke Johor Bahru bagi menyambung kerja.
“Saya agak pelik dengan tindakannya yang tiba-tiba berpesan kepada anak supaya rajin sembahyang, mengaji al-Quran dan belajar jika dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui Bilik Mayat HSA.
Budak 5 tahun bantu ayah ditendang penyerang
“Mereka tidak berperikemanusiaan...mujur isteri sempat meminta tolong melalui pintu belakang selepas memukul kumpulan empat lelaki bersenjatakan tiga pedang dan kayu itu dengan penyapu menyebabkan mereka melarikan diri,” kata Rozimi Ludin@Arifin, 38, yang patah kaki kanan dan tangan selain parah di sebahagian besar badan.
Mangsa diperlakukan seperti haiwan peliharaan akibat dilibas dengan pedang samurai dan kayu oleh tiga lelaki tidak dikenali kira-kira jam 9.30 malam 4 November lalu dan lebih menyedihkan ia dilakukan di depan ahli keluarganya di Sungai Tong, dekat sini.
Menurutnya, ketika kejadian, empat anak dan isterinya menonton televisyen bersama sebelum terdengar suara orang memberi salam menyebabkan anaknya yang berusia 11 tahun membuka pintu.
Sebaik menjawab salam dan membuka pintu, Rozimi berkata, seorang lelaki memberitahu ingin berjumpa sambil menarik tangannya keluar dari rumah, namun selepas merasakan sesuatu tidak kena, dia menarik semula tangan sebelum tiga lelaki yang bersembunyi di tepi rumah menyerbu masuk.
Beliau berkata demikian ketika dikunjungi Pengarah Urusan Imza Construction Sdn Bhd, Mohd Azmi Mohd Noor, pengendali projek pembinaan masjid Sungai Tong yang ingin mendapatkan gambaran sebenar selepas kejadian itu dikatakan mempunyai kaitan dengan urusan projek di situ
Bagaimanapun, Mohd Azmi lega selepas mangsa memberitahu kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan urusan yang dijalankan syarikatnya.
Sayu kumpul cebisan mayat
Oleh Salman Hamat
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, anak saudaranya, Mohamad Syaril Basseri, 18, dan rakan, Johari Jumbery, 31, maut di lokasi kejadian selepas digilis kereta api.
Yusof hanya dapat mengecam dan membezakan cebisan mayat Mohamad Syaril berpandukan susuk badannya yang kurus berbanding Johari yang agak berisi berikutan keadaan mayat mangsa hancur selain baju dipakai koyak-rabak.
“Walaupun lokasi kemalangan hanya 10 meter di belakang rumah, saya hanya mengetahui berkaitan kejadian selepas didatangi anggota polis meminta mengesahkan Syaril adalah anak saudara saya berdasarkan kad pengenalan ditemui.
“Selepas mengesahkannya, saya terus berlari ke arah landasan kereta api untuk mengetahui keadaan sebenar sebelum bersama-sama dengan yang lain mengutip cebisan badannya,” katanya.
Terdahulu, sebelum kejadian mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam dengan alasan menemui rakan sekerja yang tinggal di rumah bersebelahan.
Kami menyangka dia akan pulang seperti biasa, bagaimanapun kira-kira jam 1 pagi, anak saya mengetuk pintu bilik dan memaklumkan orang ramai dan polis berkumpul di belakang rumah.
“Beberapa minit kemudian seorang anggota polis datang sambil menunjukkan kad pengenalan milik Syaril dan menceritakan kejadian, saya bagai tidak percaya itu adalah anak saudara saya.
Mangsa sebelum ini jarang menggunakan landasan, bagaimanapun seminggu sebelum kejadian kedua-dua rakan karib itu dilihat kerap melalui jalan sama untuk pulang ke rumah.
Sementara itu adik Johari, Sariah, 25, mengatakan dia terkilan dengan pemergian abangnya berikutan berlaku selisih faham antara mereka baru-baru ini.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu jam 3 pagi semalam selepas dimaklumkan adik yang tinggal di kawasan berhampiran.
“Memang sedih kerana sejak berselisih faham, kami tidak lagi bercakap dan kali terakhir saya melihat abang sehari sebelum kejadian yang ketika itu sedang membeli bakso di gerai.
“Kami berselisih di jalan dan dia yang menyedari kehadiran saya kemudian membuka ruang untuk lalu sambil menundukkan kepala sambil mendiamkan diri,” katanya.
Sariah berkata, sebelum kejadian abangnya berkelakuan pelik apabila dia yang sebelum ini jarang bercakap dengan adik-beradik lain bersikap peramah serta ceria.
“Menurut adik yang tinggal serumah dengan abang, dia bukan saja ceria dan membelanja mereka makan malah turut membelikan kad tambah nilai prabayar,” katanya.
Sariah juga tidak dapat menahan kesedihan selepas dimaklumkan kepala, tangan dan kaki mangsa terputus manakala beberapa bahagian badan Johari yang lain dikatakan masih belum ditemui.
Satu daripada kaki Johari pula ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulaijaya (HK) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga petang semalam bagi urusan pengebumian
Tertidur atas rel
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, Mohamad Syaril Basseri, 18, dan rakannya Johari Jumbery, 31, dilihat melalui landasan terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas makan di gerai berhampiran.
“Mereka dipercayai tertidur di atas landasan dan polis masih lagi menjalankan siasatan berkaitan perkara itu,” katanya, semalam.
Menurut Zulkefly, sejurus kejadian, pemandu kereta api berasakan ada yang tidak kena dan segera menghubungi pegawai bertugas di Stesen Keretapi Kulai memaklumkan dia melanggar sesuatu sebelum menghubungi polis. “Ketika kejadian kereta api Senandung Ekspress Mutiara itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur,” katanya
Rentung atas kerusi dalam pusat tuisyen
Kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu disedari orang ramai apabila melihat api marak dalam pusat tuisyen berkenaan sebelum mereka menghubungi bomba. Sebaik api dipadamkan, mangsa ditemui rentung dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi.
Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 48 tahun dilihat memasuki pusat tuisyen milik teman wanitanya itu selepas jam 12 tengah malam dan kira-kira sejam kemudian kebakaran berlaku.
Penolong Pengarah (operasi) Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu jam 1.43 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Jinjang bergegas ke tempat kejadian lima minit kemudian.
Menurutnya, sebaik tiba di bangunan rumah kedai tiga tingkat berkenaan, pihaknya mendapati berlaku kebakaran kecil dalam sebuah premis di tingkat satu.
“Sebaik api padam, kami mendapati seorang lelaki rentung dalam keadaan duduk di atas kerusi,” katanya ketika dihubungi semalam
Motif bunuh 3 beranak belum diketahui
Namun, katanya, Kementerian Luar sudah menghantar pegawai dari Pejabat Konsul Malaysia di Chennai ke Hospital Madurai untuk tindakan selanjutnya.
“Apa yang saya boleh pastikan, tiga beranak itu dibunuh dan suaminya rakyat Malaysia. Saya juga masih menunggu laporan lengkap.
“Motif pembunuhan belum pasti,” katanya, dihubungi semalam.
M Adhila Banu, 24, dan dua anaknya Ajira Banu, 5, serta Mohd Aslam, 7, dilaporkan mangsa pembunuhan kejam, manakala mayat mereka yang reput ditemui dalam terusan di Vadipatti, Madurai, Tamil Nadu, pagi Khamis lalu.
Mayat Ajira Banu dan Mohd Aslam ditemui kira-kira lima kilometer dari mayat ibu mereka.
Jakim sahkan minyak sapi QBB halal
Laman web Halal Malaysia, berkata sijil itu diberikan selepas pemeriksaan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan ‘product tracebility’.
Katanya, tiga elemen diguna pakai iaitu ‘supplier traceability’, ‘process traceability dan ‘costumer traceability’.
“Jakim memaklumkan, minyak sapi jenama QBB Pure Ghee keluaran QBI Packaging adalah menepati konsep Halalan Toyiban dengan itu permohonan halal daripada terbabit sudah diluluskan pada 1 November,” katanya.
No comments:
Post a Comment