Friday, November 19, 2010

TANDA2 AKHIR ZAMAN....MANUSIA MASIH LEKA DENGAN DUNIA...ILMUAN ISLAM SEBAHAGIAN LEKA DENGAN DUNIA...DIBARAT MULA BERPUSU2 MASUK ISLAM DAN MENGKAJI ISLAM...MAKA SEDARLAH...HADIRLAH KE MAJLIS2 ILMU ISLAM...KENALI LAH ALLAH BALIK...

Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya


PASUKAN penyelamat memeriksa kereta Kia Optima yang terjatuh ke dalam selut.



KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak di sini berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan

PASUKAN penyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan Kia Spectra yang ditemui dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah, hari ini.

Kereta dalam gaung: Tiada bukti jenayah, nahas - Polis

2010/11/19

KUALA LUMPUR: Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu

"Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan.

"Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.

Kereta itu ditemui pada 3 petang semalam oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu. - BERNAMA

Mayat amah Indonesia ditemui dalam tong sampah di Arab Saudi


2010/11/19

JAKARTA: Indonesia menuntut siasatan terhadap laporan bahawa seorang pembantu rumah dari negara itu dikatakan dibunuh oleh majikannya di Arab Saudi dan mayatnya dibuang ke dalam tong sampah - kes penderaan kedua yang dilaporkan minggu ini.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberitahu pemberita demikian selepas mesyuarat Kabinet bagi membincangkan keperluan melindungi ratusan ribu rakyatnya yang pergi ke negara Asia Barat untuk bekerja

Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhaimin Iskandar, berkata pasukan kedutaan dihantar ke bandar Abha bagi menyiasat dakwaan bahawa pembantu rumah berusia 36 tahun itu, Kikim Komalasari, sudah dibunuh oleh majikannya.
Leher wanita itu dilaporkan dikelar manakala di seluruh badannya terdapat luka besar.

“Sungguh mengejutkan untuk didengar...ia di luar batasan kemanusiaan," kata Susilo.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia itu berpuas hati dengan tindakan segera kerajaan Arab Saudi.

“Saya harap pelakunya akan dihukum mengikut undang-undang," katanya.
Laporan itu muncul ketika sepasukan pegawai Indonesian menuju Arab Saudi untuk mendapatkan pembelaan dan rawatan kepada seorang lagi pembantu rumah, Sumiati Salan Mustapa, yang dimasukkan ke hospital di Madinah sejak 8 November lalu.

Majikan wanita berusia 23 tahun itu didakwa membakar, mematah jari dan menggunting bibir mangsa. - AP


NEGARA


Mayat adik disangka buah kelapa


Ahli keluarga menunggu pasukan menyelamat mencari Fadzwan (gambar kecil) yang hilang dibawa ombak di pantai Telaga Daing, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tidak menyangka tubuh manusia yang disangka buah kelapa yang terdampar di tepi pantai Telaga Daing dekat sini rupa-rupanya jasad adik bongsunya yang hilang ketika mandi petang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa Muhammad Fadzwan Jamaluddin, 12, mati lemas ketika dia mandi di pantai tersebut bersama empat rakannya.
Ketika mandi mangsa yang memperoleh keputusan 2A dan 3B dalam Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini dibawa ombak kuat ke tengah pantai yang dalam.
Abang mangsa, Fadli Izudin, 27, berkata, mayat adiknya itu hanya ditemui oleh pasukan penyelamat dan orang ramai pada pukul 10 pagi semalam selepas operasi mencari dimulakan sejak malam kelmarin.
Menurutnya, mayat adiknya ditemui terdampar di tepi pantai, kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.
“Ketika kejadian, saya masih berada di Kuala Lumpur kerana berkerja dan selepas dimaklumkan, saya terus balik ke Kuala Terengganu untuk sama-sama mencari Fadzwan


NEGARA


Pelancong jadi perompak


EMPAT warga asing yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang semalam.



AMPANG - Polis berjaya mematahkan kegiatan sekumpulan empat penjenayah warga Amerika Latin yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penjenayah tersebut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 44 tahun dari Costa Rica, Bolivia dan Mexico yang masuk ke negara ini sebagai pelancong.
Menurutnya, mereka ditahan ketika cuba melakukan pecah rumah di Jalan Chong Kong Lin 2 di sini pagi kelmarin.
Ujarnya, sebelum memecah masuk rumah seorang pesara berumur 72 tahun itu, suspek wanita tersebut telah menekan loceng rumah.
"Apabila tiada orang membuka pintu dan pasti penghuni sudah keluar, mereka telah masuk ke dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam


NEGARA


Rakyat kita diperalat sindiket kad kredit

KUALA LUMPUR - Kebanyakan rakyat Malaysia yang ditangkap di luar negara atas kesalahan menggunakan kad kredit klon dipercayai menjadi orang suruhan kepada sindiket penipuan.
Mereka dikatakan dibekalkan dengan kad kredit dan diarahkan untuk membeli pelbagai barangan mahal dan berjenama di luar negara.
Apabila kembali ke ibu negara, barangan itu akan dijual oleh sindiket tersebut di pasaran tempatan dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai.
Sindiket jenayah komersial itu dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa ekoran penahanan rakyat Malaysia di luar negara seperti Ireland, Kuwait dan China.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay mendedahkan, sejak tahun 2004, seramai 209 rakyat negara ini ditahan dan dibicarakan di luar negara atas kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan kad kredit


NEGARA


Peniaga kena gantung


ROSLAN (tengah) diiring keluar dari Mahkamah Tinggi George Town selepas didapati bersalah membunuh Jasni semalam.



GEORGE TOWN - Gantung sampai mati.
Demikian nasib penjual ikan, Roslan Hussin apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas dia didapati bersalah membunuh rakan karibnya, Jasni Hamid pada 23 Mac 2008.
Ketika Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman tersebut, raut wajah Roslan, 43, atau lebih dikenali sebagai Lan Ikan yang memakai baju kemeja kotak-kotak hitam putih dan berseluar jean biru bertukar suram.
Tertuduh yang diwakili peguam K. Simon Murali pada mulanya mendengar penghakiman tersebut dengan teliti tetapi selepas keputusan dibacakan dia dilihat berpusing beberapa kali ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam


DUNIA


Mekah dilanda banjir


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.



MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.
Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.
Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.
Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.
Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.
Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.
Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.
Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.
Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.

BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.



Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.
Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.
Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi


DUNIA


Kumpulan dedah payu dara jadi popular di Ukraine


GAMBAR fail menunjukkan seorang anggota polis menangkap seorang anggota pertubuhan wanita Femen yang mendedahkan payu dara di depan sebuah ibu pejabat polis di Kiev, Ukarine pada 9 November lalu.



KIEV, Ukraine - Bagaimanakah cara untuk memprotes keganasan domestik, rasuah dan lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke Ukraine?
Jawapannya ialah tanggalkan coli anda.
Sekumpulan aktivis muda termasuk wanita semakin menjadi popular kerana mereka melancarkan protes dengan tidak memakai baju.
Wanita-wanita yang mendedahkan payu dara itu turut bergelut dengan anggota-anggota polis yang menangkap mereka.
"Jika seksualiti digunakan untuk menjual kereta dan biskut, kenapakah tidak menggunakannya untuk tujuan sosial dan projek politik," kata seorang pemimpin kumpulan aktivis itu, Anna Hutsul, 26.
Dia yang menjadi anggota pertubuhan Femen berkata: "Kadangkala anda perlu menunjukkan payu dara anda untuk tujuan ideologi."
Kumpulan itu yang ditubuhkan dua tahun lalu kini menjadi pergerakan yang popular sehingga mendapat liputan berita, program bual bicara dan blog gosip.
Anggota-anggota kumpulan itu menjadi amat popular sehinggakan Hutsul merancang untuk melancarkan parti politik bagi bertanding mendapatkan kerusi di Parlimen. - AP


DUNIA


Mayat amah di tempat pembuangan sampah


ANGGOTA-ANGGOTA pertubuhan pemantau imigran melakukan tunjuk perasaan bagi memprotes penderaan amah Indonesia, Sumiati dengan berhimpun di luar Kedutaan Arab Saudi di Jakarta semalam.



JAKARTA - Indonesia semalam menuntut satu siasatan dijalankan berikutan satu laporan yang menyatakan seorang amah, Kikim Komalasari telah dibunuh oleh majikannya dan dibuang ke tempat pembuangan sampah, sekali gus menjadi kes kedua berkaitan penderaan amah di Arab Saudi pada minggu ini.
"Sangat mengejutkan dan ia tidak berperikemanusiaan. Saya amat berharap penjenayah itu akan dihukum," kata Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi membincangkan keperluan melindungi ratusan ribu warga Indonesia yang bekerja di negara Asia Barat.
Menteri Buruh Indonesia, Muhaimin Iskandar menyatakan, satu pasukan kedutaan telah dihantar ke Abha, Arab Saudi untuk meninjau dakwaan bahawa seorang amah berusia 36 tahun dibunuh oleh majikannya.
Leher Kikim dilaporkan dikelar selain dia didapati mengalami luka serius di tubuhnya.
Laporan itu didedahkan semasa satu pasukan pegawai Indonesia dihantar ke Arab Saudi untuk mencari keadilan dan memberi bantuan perubatan kepada seorang lagi amah, Sumiati Salan Mustapa, 23.
Sumiati dimasukkan di hospital sejak 8 November lalu di Madinah.
Majikannya didakwa mencederakan Sumiati dengan api, mematahkan jari tengah dan memotong bibirnya dengan menggunakan gunting.
Pada awal minggu ini, badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York menggesa Arab Saudi, Jordan dan Kuwait supaya lebih serius untuk melindungi pekerja asing di negara mereka. - AP


DUNIA


Lebih 2,000 janin ditemui di kuil di Thai


GAMBAR menunjukkan sejumlah bungkusan plastik yang mengandungi janin di sebuah rumah mayat di Bangkok semalam.



BANGKOK - Polis Thailand semalam menemui lebih 2,000 janin dalam bungkusan plastik yang digugurkan secara haram di sebuah rumah mayat di sebuah kuil Buddha di Phya Krai, Bangkok.
Dua orang penjaga kuil mengaku menyembunyikan janin-janin itu di dalam tiga tempat simpanan yang berasingan. Kedua-dua penjaga itu mendedahkan, satu rangkaian klinik pengguguran telah mengupah mereka untuk menyimpan janin tersebut.
Namun, mereka tidak mengetahui bilangan janin yang telah disimpan di dalam rumah mayat tersebut.
"Di dalam sebuah bilik, kami telah menemui janin-janin. Kami kini membuka bilik yang seterusnya," kata Komander Polis Metropolitan Bangkok, Kolonel Sombat Milintajinda.
Sebahagian janin itu telah disimpan selama lebih setahun.
Penemuan itu menggemparkan Thailand, sekali gus menunjukkan situasi pengguguran bayi secara haram di negara berkenaan.
Kementerian Kesihatan menganggarkan daripada satu juta kehamilan, 80,000 bayi digugurkan secara haram.
Ketua penyiasat dari balai polis Phya Krai berkata, setakat ini seorang wanita berusia 33 tahun telah ditahan dan dia mengaku melakukan pengguguran secara haram.
Jenayah itu terbongkar apabila bilangan janin didapati meningkat semasa kerja-kerja pengubahsuaian kuil sedang dijalankan. - AFP


DUNIA


Guru wanita laku hubungan seks dengan pelajar


JENNIFER RIOJAS


FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam.
Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.
Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).
Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan seorang pelajar berumur 16 tahun.
Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.
Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.
Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu. - Agensi


DUNIA


Ibu gajah berlawan dengan buaya


SEEKOR buaya berpaut pada belalai ibu gajah.



LUSAKA - Seekor ibu gajah menunjukkan tekadnya berlawan dengan seekor buaya yang menarik belalainya, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar menyiarkan detik-detik ibu gajah itu mengheret buaya tersebut dengan kuat ke tebing Sungai Luangwa di Taman Negara Luangwa Selatan di Zambia baru-baru ini.
Buaya itu akhirnya terpaksa melepaskan belalai daripada mulutnya kerana ibu gajah tersebut mengheretnya ke tebing sungai.
Ketika kejadian, gajah itu sedang minum air bersama seekor anaknya. - Agensi


DUNIA


Wanita Britain tangkap ikan gergasi


JO GREEN menarik ikan sturgeon di Sungai Fraser, Kanada baru-baru ini.


OTTAWA, Kanada - Seorang pemancing ikan dari Britain, Jo Green membuktikan bahawa wanita juga mampu menangkap ikan air tawar antara yang paling besar di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Green yang berusia 43 tahun mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan sturgeon seberat 158.7 kilogram. Ikan dari keluarga Acipenseridae itu ditangkapnya di Sungai Fraser di Kanada, baru-baru ini.
Ikan gergasi itu dikatakan menarik bot Green sejauh 3.2 kilometer. Dia kemudiannya melepaskan ikan tersebut ke dalam sungai.
"Tangan dan kaki saya sangat lenguh. Saya rasa amat letih. Ikan ini melompat dua kali dan kelihatan marah," jelas Green.
Ikan itu pada kebiasaannya hidup di sungai dan tasik di Amerika Utara. - Agensi





DUNIA


Tom Cruise panjat puncak Burj Khalifa


SALAH satu aksi Tom Cruise yang melakukan sendiri lagak ngeri di bangunan Burj Khalifa di Dubai kelmarin.



DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Pelakon terkenal yang gemar melakukan aksi lagak ngeri, Tom Cruise memanjat puncak menara bangunan Burj Khalifa di Dubai untuk satu adegan dalam filem terbarunya, Mission Impossible IV, lapor sebuah akhbar semalam.
Cruise dilihat berada di puncak bangunan yang berketinggian 828 meter itu kelmarin.
Kembali memegang watak sebagai perisik Ethan Hunt dalam filem berkenaan, Cruise sebelum ini berlari di bahagian tingkap di bawah dek peninjau menara tersebut yang berada di tingkat 124 untuk satu adegan kejar mengejar.
Dalam satu sidang media minggu lalu, Cruise memberitahu bahawa dia akan menghabiskan banyak masa di bangunan tersebut.
"Saya tidak boleh memberitahu perinciannya, tetapi saya akan berada di atas sana," kata Cruise.
Seorang jurucakapnya menjelaskan, Cruise sudah agak lama membuat persiapan untuk aksi itu.
"Dia percaya jika aksi lagak ngeri itu dilakukannya sendiri, penonton akan lebih percaya wataknya dalam filem tersebut," katanya. - Agensi


DUNIA


Planet dari galaksi lain ditemui


GAMBAR lakaran artis menunjukkan planet baru yang ditemui ahli-ahli astronomi Eropah di luar galaksi Bima Sakti.



WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi Eropah buat pertama kalinya menemui sebuah planet di luar galaksi Bima Sakti yang menempatkan Bumi, menurut satu penyelidikan yang disiarkan kelmarin di Amerika Syarikat (AS).
Planet baru yang mengelilingi sebuah bintang itu lebih besar daripada planet Musytari.
Ia terletak sejauh 2,000 tahun cahaya dari Bumi.
Menurut penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal Science Express, planet dan bintang itu dipercayai sebahagian daripada sekumpulan bintang selepas galaksi mini yang hilang ditelan Bima Sakti kira-kira sembilan tahun lalu.
Ahli-ahli astronomi berjaya mengesan planet baru itu yang diberi nama HIP 13044 b dengan menumpukan ke atas pergerakan bintang tersebut.
Planet itu ditemui dengan menggunakan teleskop yang dimiliki Makmal Eropah Selatan di Balai Cerap La Silla di Chile.
Menurut ahli-ahli astronomi, planet itu agak panas kerana ia mengelilingi dekat dengan bintang tersebut.
Planet itu mengambil masa mengelilingi orbit selama 16 hari untuk menamatkan satu pusingan, kata mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment