Friday, November 19, 2010

BUAT APA TAJUK DAN DRAMA KALAU LANGGAR HUKUM ALLAH...NAK BUAT APA...TUBUH PARTI...PARTI BIAR MEMPERJUANGKAN ISLAM...JIKA TIDAK JADI SIA2...

Kereta Dalam Gaung: Tiada Bukti Jenayah Atau Kemalangan,
 
KUALA LUMPUR: Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu.
"Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Abdul Rahim berkata polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan.
"Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.
Kereta itu ditemui pada pukul 3 petang Khamis oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu

Gambar arkib yang dirakam pada 17 Januari 2007 menunjukkan pelombong bekerja di lombong batu arang Pike River di Atarau, New Zealand. Letupan bawah tanah menggegarkan kawasan itu, Jumaat mengakibatkan kira-kira 30 pekerja hilang. - Foto AP


AYOUB Siri Terbaru Samarinda
PETALING JAYA: Drama terbaru TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November ini.
Drama ini kemudiannya akan ke udara pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.
Drama bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hitler M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.
Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, drama ini bakal memaparkan elemen-elemen baru dengan berteraskan pergolakan dunia korporat yang sememangnya sinonim dengan slot Samarinda.
“Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran dan gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat.
TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda.
Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB," katanya.
Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.
Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.
Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.
Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah


Zaid Umum Keluar PKR 16 Disember, Tubuh Parti Baru...

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat secara rasminya mengisytiharkan keluar daripada parti itu - 18 bulan selepas menyertainya.
Surat mengenai keputusannya untuk meninggalkan PKR telah dihantar ke Ibu Pejabat parti itu hari ini.
Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di Tropicana di sini, Zaid mengumumkan bahawa pengundurannya daripada PKR akan berkuat-kuasa pada 16 Disember depan.
"Tak ada apa-apa signifikan dengan tarikh 16 Disember, kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) suka tarikh 16 September...saya pula suka 16 Disember," katanya dalam nada sinis pada sidang akhbarnya itu.
Zaid sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan timbalan presiden minggu lalu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kepimpinan parti yang didakwanya dicemari unsur penipuan.
Mengulas mengenai pengundurannya itu Zaid berkata beliau kecewa apabila beberapa pemimpin kanan PKR menuduhnya berniat jahat dan cuba merosakan parti.
"Saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini pengkianat parti dan berniat jahat.
"Jadi agaklah sukar untuk saya terus (berada) dalam parti di mana pemimpin-pemimpin kanan telah menganggap saya sebagai orang jahat, eloklah saya berhenti daripada parti ini," katanya.
Sebaliknya Zaid berkata beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat jahat terhadap parti itu kerana yakin bahawa PKR merupakan parti yang akan memperjuangkan kebenaran dan ketelusan.
"Saya tidak pernah berniat jahat terhadap parti. Saya masuk PKR bersama anak-anak saya sebagai ahli seumur hidup.
"Saya bayar yuran yang tinggi kerana pada masa itu saya ingat inilah parti yang memperjuangkan kebenaran dan ketelusan dan memberi harapan baru kepada rakyat di negara ini... saya amat kecewa bila dituduh sedemikian," katanya.
Serentak dengan itu juga, beliau turut mengumumkan hasratnya untuk menubuhkan sebuah parti baru dalam masa terdekat.
Malah Zaid turut mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas tiket parti barunya itu.
"Saya akan bekerja dengan penyokong saya, saya akan siap sediakan diri untuk pilihan raya akan datang, kalau ada kemampuan dan sokongan kami akan tubuhkan parti baru.
"Jadi rakyat ada pilihan, siapa yang mahu kongsi angan-angan bersama Anwar mereka boleh teruskan, siapa yang mahu melihat politik sebenar dalam negara yang berteraskan prinsip, mereka mungkin boleh pilih parti saya...saya akan bertanding," katanya.
Ditanya mengenai ideologi parti barunya itu, Zaid berkata: "Ideologi kena tunggu dulu. Saya banyak bercakap mengenai perjuangan yang berteraskan kepada kebenaran, perkara yang betul, demokratik, parti yang tak ada banyak sangat kerenah serta parti yang berteraskan isu-isu pentig untuk rakyat."
Berhubung kemampunya untuk bertanding tanpa jentera yang kukuh, Zaid berkata beliau yakin rakyat akan membuat pilihan berdasarkan perjuangan yang akan dibawanya.
"Saya mungkin tak ada sekarang (jentera), tapi mungkin akan ada kemudian. Dari segi pilihan raya kita tidak terlalu memikirkan boleh menang berapa kerusi atau majorit...apa yang perlu ialah sediakan perjuangan dan mesej.
"Itu yang lebih penting, kita cuba terangkan apakah perjuangan parti sebenar dan insyaAllah akan mendapat sokongan," katanya.
Ditanya sama ada parti barunya itu menyokong sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat, Zaid berkata: "Kita saya mahu berkawan dengan semua, saya berjuang kepada benda benar sepeti isu tertentu.
"Kalaulah ada pemimpin yang cakap karut dan cakap perkara tak betul, saya tak sokonglah...tak kira BN atau pakatan, itu perjuangan saya."
Diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum akan datang sekiranya gagal menubuhkan parti barunya dalam masa terdekat beliau berkata perkara itu mungkin pilihan terakhirnya.
"Saya rasa susah juga nak gagal sebab banyak parti di Malayisa, tapi kalau terpaksa...bebaslah.
"Tapi eloklah kita bertanding di bawah satu label, ada kawan-kawan lebih bersemangat, kalau bebas keseorangan sangat. elok kalau ada kawan-kawan dan pengikut yang besar," katanya

No comments:

Post a Comment