Monday, November 15, 2010

YANG ROGOL..ZINA..SUKA SAMA SUKA...RASUAH KADANG2 TANGAN2 AJAIB MASUK CAMPUR....MAKA LEPASLAH...JERUNG BANYAK LEPAS...AKHIRAT MAMPUS TAK LEPAS TERMASUK TANGAN2 AJAIB TU SEKALI..BEGITU PENZINA...MEMANG ORANG NI TAK INGAT MATI...INGAT BOLEH TONGKAT DUNIA...UNDANG2 QURAN TAKUT DIJALANKAN...TAKUT DIRI SENDIRI KENA...MEMANG ORANG NI TAK SEDAR DIRI...

Tertipu cinta RM11,000

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kerugian hampir RM11,000 akibat terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga asing selepas berkenalan melalui satu laman sembang.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Madam Ng, 42, tidak menyangka menjadi mangsa kepada sindiket penipuan Internet yang mensasarkan wanita berusia kerana terlalu mempercayai lelaki itu.

“Saya mengenali Lesley Rowlandd yang berasal dari United Kingdom pada Mac lalu. Sejak itu, kami saling berbalas e-mel dan saya tidak mengesyaki apa-apa mengenainya. Selepas tiga bulan perkenalan, dia menawarkan mahu mengirim barang sebagai tanda persahabatan.
“Bagi meyakinkan saya, dia memberi alamat laman web syarikat penghantaran itu serta kod bagi saya mengaksesnya. Dia memberitahu saya isi kandungan kirimannya iaitu sekeping gambar, sejambak bunga ros, beg tangan dan rantai,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini semalam.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai sebuah syarikat swasta kemudian menerima panggilan daripada Lesley yang mendakwa bungkusan kirimannya itu perlu diinsuranskan selain perlu membuat bayaran tambahan berjumlah lebih RM4,500.

“Selepas itu, saya dihubungi pula seorang wanita bernama Norazlina Hashim yang mendakwa dari pihak kastam dan memaklumkan saya perlu membayar pengisytiharan kastam sebanyak RM6,500 ke atas bungkusan dikirim Lesley. “Saya yang terlalu gembira dengan kiriman itu terus memasukkan jumlah diminta ke akaun sebuah bank tempatan seperti diberi wanita itu,” katanya. Bagaimanapun, sehari selepas itu, Norazlina menelefon memberitahu bungkusan Lesley mengandungi wang tunai berjumlah 10,000 pound (kira-kira RM53,000) dan meminta menjelaskan bayaran tambahan sebanyak RM25,000. Difahamkan, mangsa yang tidak mempunyai wang sebanyak itu kemudian berunding dengan Norazlina dan dengan persetujuan ketuanya, mangsa hanya perlu membayar RM1,000

Ketika itu, Ng menyedari dia ditipu dan enggan melayan permintaan wanita itu. “Saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta wang saya dikembalikan tetapi tidak dilayan. Sebaliknya Norazlina mengugut jika gagal melunaskan bayaran itu, pihaknya akan memulangkan bungkusan itu kepada Lesley.

Madam Ng berkata, pada 28 Oktober lalu, dia menerima panggilan telefon daripada peguam bernama Raymond yang bersimpati dengan nasib menimpanya dan mendakwa mahu membantu tetapi mangsa percaya peguam itu turut terbabit.
“Pada 9 November lalu, saya menerima kotak bungkusan dikirim Lesley. Tetapi apa yang mengejutkan kotak itu mengandungi ‘bom’ dan sejumlah duit di bawah bom itu,” katanya.

“Saya bimbang ia meletup, saya segera menutup kotak itu dan memaklumkan lelaki yang menghantar kotak itu yang ia bukan milik saya,” katanya.

Ng membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, di sini sebelum membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Ketua Bironya, Datuk Michael Chong berkata, tahun ini pihaknya menerima lapan laporan menggunakan taktik sama



Penjual DVD muat turun cerita lucah di Internet



RAMPAS...sebahagian DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.
RAMPAS...sebahagian DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai menjual cakera video digital (DVD) lucah di Taman Seri Segambut, di sini, dikesan menggunakan taktik baru dengan memuat turun cerita lucah dari Internet terus ke dalam bentuk DVD selepas dipilih pelanggan mengikut cita rasa masing-masing.
Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila kedai terbabit diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu berjaya merampas DVD dianggarkan bernilai lebih RM13,000 termasuk DVD tanpa sijil perakuan B dan lucah, malah semua DVD itu ditemui di sepanjang laluan anak tangga menuju ke bahagian atas kedai terbabit.
Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah, berkata hasil pemantauan KDN selama seminggu, taktik licik penjual DVD lucah terbabit dikesan sebelum serbuan dibuat.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan ketika waktu rehat itu mendapati ramai pelanggan asyik mencari bahan lucah baru untuk dimuat turun seterusnya dibeli jika berpuas hati dengan jalan cerita porno terbabit.

“Hanya berbekalkan RM80 sebulan untuk melanggan laman web lucah di Internet, pemilik kedai terbabit mampu mengaut keuntungan berlipat ganda,” katanya

Nor Aziah berkata, pemilik kedai terbabit kini ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 bagi kesalahan mengedar DVD tanpa Perakuan B dan filem lucah.



'Main gitar' bergilir-gilir

Oleh Hadzlihady Hassan

AMPANG: Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.

Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.

“Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar

“Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.
“Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.

“Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.

“Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.

“Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.

“Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya


Seorang lagi anggota JPJ ditahan SPRM



SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menahan seorang lagi kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri berhubung kes kehilangan wang kutipan berjumlah RM660,000 kononnya digunakan untuk menjayakan sebuah majlis makan amal yang tidak wujud, semalam.
Sumber SPRM berkata, kakitangan berusia 45 tahun berkenaan ditahan di kediamannya sekitar Klang, Selangor, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

“Anggota berkenaan kini direman sehingga Khamis depan dan kita setakat ini sudah menahan tiga anggota JPJ negeri bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dua lagi anggota JPJ termasuk seorang pegawai turut direman sehingga tempoh sama,’’ katanya.
Menurut sumber itu, pihaknya akan terus membongkar penyelewengan dilakukan oleh anggota JPJ yang melesapkan semua wang kutipan berkenaan daripada akaun Kelab Sukan dan Kebajikan JPJ Negeri Sembilan atas nama Majlis Mesra jabatan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hishammuddin Hashim, mengesahkan perkara itu dan berkata sehingga kini, hanya empat syarikat dan individu tampil membuat laporan berhubung sumbangan yang mereka lakukan untuk majlis terbabit.

“Justeru, saya meminta mereka mempunyai maklumat tampil membantu siasatan kes berkenaan. Ia dianggap penting untuk mengumpulkan semua bukti berkaitan wang RM660,000 yang sudah lesap dan hanya berbaki RM4,000,” katanya


Buru 2 peragut



KUALA LUMPUR: Polis masih memburu dua peragut yang bertindak kejam merodok pinggang dan belakang seorang gadis dengan pisau selepas gadis terbabit cuba mempertahankan beg tangannya daripada dirampas.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid, berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat kerana pihaknya mengalami kesukaran dalam mengenal pasti suspek berikutan belum ada maklumat tepat.

Menurutnya, mangsa Tsu Ai Ling, 19, dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keterangannya sudah diambil, namun mangsa tidak dapat mengenal pasti suspek kerana kedua-dua mereka memakai topi keledar.
“Ketika ini, kami belum dapat kesan suspek kerana mangsa dan rakan yang turut bersamanya ketika kejadian tidak dapat mengecam wajah atau nombor pendaftaran motosikal ditunggangi suspek kerana kejadian berlaku begitu pantas serta mereka memakai topi keledar,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan seorang gadis kritikal selepas dirodok empat kali dengan pisau ketika dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama


Dedah maklumat

Oleh Abdullah Wahab

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya mendedahkan secara terperinci berhubung kos majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang didakwanya melebihi RM800,000.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jika benar seperti yang didakwa, beliau mahu tahu setiap sen wang yang dibelanjakan dan maklumat itu perlu dihebahkan kepada umum.

“Pendedahan itu penting bagi membolehkan kami mengetahui ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan dan rakyat juga perlu diberitahu berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.
Sabtu lalu, akhbar melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda untuk menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung hari ini selepas mendapat tahu kos majlis berkenaan melebihi RM300,000.

Keesokan harinya, Noh Omar pada sidang akhbar mendakwa kos majlis berkenaan sebenarnya lebih RM800,000 selepas beliau mendapat maklumat bahawa sebahagian daripada jumlah itu dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkan majlis berkenaan.

Abdul Khalid menegaskan, siasatan awal pihaknya mendapati perbelanjaan majlis sambutan itu sekitar RM300,000 dan kos yang tinggi disebabkan sewaan beberapa khemah bernilai RM100,000

“Oleh kerana kita merasakan kos yang dikeluarkan itu tinggi, kita mengarahkan sambutan itu dibatalkan serta-merta,” katanya.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar kelmarin turut mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Sharifuldin Sulaiman bercuti bergaji selama sebulan.
Tindakan itu bagi memastikan siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu dilakukan dengan cepat dan bebas


Gelora pada bekas isteri



AMPANG: Seorang lelaki dipercayai gila talak cuba merogol bekas isterinya selepas menyedari jandanya itu semakin bergaya.
Kejadian berlaku di sebuah rumah flat di Ampang Saujana di sini, Rabu lalu kira-kira jam 6 petang apabila lelaki terbabit yang berusia 30-an berpura-pura mahu melawat anak mereka yang dijaga bekas isterinya itu.

Mangsa seorang jururawat pada mulanya tidak menyangka bekas suaminya sanggup melakukan perbuatan keji itu.
Bagaimanapun, niat jahat lelaki itu tidak tercapai apabila mangsa menjerit membuatkan anaknya yang sedang bermain di luar rumah meluru masuk sebelum lelaki itu menghentikan perbuatannya.

Menurut sumber polis, terkejut melihat anaknya masuk ke dalam bilik, lelaki itu terus menghentikan perbuatan kejinya itu sebelum memarahi kanak-kanak terbabit.

“Mangsa pada mulanya didatangi bekas suaminya itu yang tinggal berhampiran sebelum menariknya masuk ke dalam bilik

“Ketika itulah, lelaki terbabit dengan rakus meraba seluruh tubuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa menjerit sebelum anak lelakinya yang bermain di luar rumah meluru masuk membuatkan lelaki itu membatalkan hasrat merogol mangsa.
“Selepas itu, mangsa mengambil kesempatan melarikan diri dan bersembunyi di bilik lain.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan cuba menolak pintu berkenaan walaupun sudah dikunci dari dalam,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit hanya meninggalkan rumah berkenaan selepas menyedari kepulangan bekas ibu mentuanya ke rumah itu.

No comments:

Post a Comment