Jatuh dalam lubang berapi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak
PARAH...Nurzilawati melecur 26 peratus dari bahagian pinggang ke bawah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini, ketiga-tiga mangsa jatuh ke dalam lubang itu sejurus lantai bas berkenaan runtuh akibat letupan yang berlaku.
Ketika kejadian bas itu berhenti di persimpangan lampu isyarat dan ketiga-tiga mangsa yang dalam perjalanan pulang ke asrama di Subang Bestari, dekat sini, selepas membeli-belah di ibu kota sempena cuti Aidiladha, duduk di kerusi paling belakang.
Seorang mangsa, Nurzilawati Hussin, 20, berkata sedang rancak berbual, enjin bas di bawah lantai tempat mereka duduk tiba-tiba meletup, menyebabkan dia terus terperosok masuk ke bahagian enjin.
“Kejadian berlaku sekelip mata dan api menyambar kaki serta baju kurung dipakai saya hingga paras punggung. Dalam keadaan cemas itu saya sempat ditarik keluar rakan ke tempat selamat.
“Dalam keadaan terbaring kesakitan di tepi jalan, seorang lelaki yang simpati mencurahkan air ke kaki saya yang panas akibat terbakar,” katanya.
Nurzilawati dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kecederaan melecur dialaminya serius dan memerlukan pembedahan segera.
“Doktor memberitahu hampir 26 peratus tubuh saya melecur. Malah saya terpaksa menjalani pembedahan lebih tiga jam pagi tadi (semalam) memulihkan kulit melecur teruk,” katanya.
Menurutnya, dia belum lagi memaklumkan kejadian menimpanya kepada ibu bapanya di Batu Rakit, Terengganu kerana bimbang mereka sukar menerimanya.
“Saya sedih kerana kecederaan yang saya alami menyebabkan saya tidak dapat menduduki peperiksaan kolej bakal bermula 13 Disember depan.
“Saya mungkin terpaksa mengulangi semula semester ini dan membayar yuran kira-kira RM10,000. Itu satu lagi beban kerana bapa saya hanya bekerja sebagai penjual sate,” kata Nurzilawati.
Menurutnya, kesan kebakaran itu menyebabkan kulit bahagian punggung hingga tapak kakinya sakit seperti dihiris benda tajam selain menyebabkan dia tidak boleh bergerak.
Dia yang cedera paling teruk berbanding dua rakan lain mendakwa memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
Seorang lagi mangsa, Nur Nadia Husna Arshad, 20, turut melecur 11 peratus dari paha ke bawah.
Menurutnya, sebelum enjin bas itu meletup dia bersama Nurzilawati dan seorang lagi kawan, Nur Aisyah Abd Samad, 20, duduk di kerusi belakang bas dengan penutup enjin terletak berdekatan kaki mereka.
“Sebaik bas berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, enjin bas tiba-tiba meletup dan mengeluarkan percikan api sebelum asap memenuhi bas.
“Kami bertiga kelam-kabut selamatkan diri dan saya tidak boleh melihat dengan jelas. Ketika hendak lari ke pintu bas, saya terjerumus ke dalam lubang di lantai bas.
“Saya terperosok di bahagian enjin hingga paras pinggang mengakibatkan kedua-dua kaki sangat pedih akibat terkena wap panas dan percikan api,” katanya yang ditemui di PPUM, semalam.
Nur Nadia berkata, selepas jatuh dia menguatkan diri keluar dari lubang itu dan merangkak ke pintu bas sebelum Nur Aisyah memapahnya keluar.
“Doktor beritahu saya perlu masa tiga hingga empat minggu untuk pulih, itupun jika menggunakan ubat khas yang agak mahal kosnya dan perlu dibayar tunai.
“Wakil syarikat bas datang melawat dan berjanji menanggung segala kos. Kalau benar saya harap mereka dapat bayar segera kerana saya ingin menduduki peperiksaan Disember ini,” katanya.
Sementara itu, Nur Aisyah yang dibenarkan keluar berikutan hanya melecur di tapak kaki kanan pula berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka selamat walaupun berdepan insiden paling bahaya pernah mereka alami.
Enam tahun derita batin
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mior Azlan Mior Kamarul Baid
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.
“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.
Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya
“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.
“Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.
“Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.
“Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara,” katanya.
Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.
“Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.
“Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain,” katanya.
Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.
“Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.
“Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.
“Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.
“Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata,” katanya.
Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.
Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.
“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.
“Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri,” katanya
Remaja perempuan pencuri nangis ditahan
Remaja berkenaan menangis ketakutan ketika dia dan rakannya dicekup di rumahnya di Pusat Komersial Ampang, di sini, awal pagi Rabu lalu.
Remaja yang sudah tidak lagi bersekolah itu difahamkan sudah 10 kali melakukan kegiatan samun di kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, mereka dicekup ketika sedang berehat di rumah berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang juga ketua kumpulan itu.
Katanya, kumpulan suspek lebih dikenali dengan panggilan Geng Harun bersempena dengan nama ketua kumpulan itu yang berusia 24 tahun.
“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kedua-dua suspek , polis turut menemui dua bilah parang dan beberapa keping kad sim telefon dipercayai disamun daripada mangsa
“Pihak polis juga masih menjalankan saringan air kencing ke atas mereka bagi memastikan sama ada mereka positif mengambil dadah atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan itu dikesan hanya menjalankan kegiatan pada awal pagi ke atas kedua-dua premis berkenaan kerana ketika itu kurang pelanggan.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang remaja bersama tiga rakannya ditahan ketika berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Hotel Flaminggo, di sini, kira-kira jam 5 pagi semalam.
Ketika dicekup semua mereka berada di dalam sebuah kereta jenis Honda Civic hitam yang sedang berhenti di bahu jalan.
Abd Jalil berkata, semua mereka berusia antara 16 dan 24 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan dalam kereta berkenaan, polis menemui tiga bilah parang dan dua bilah pisau lipat di bawah tempat duduk depan dan belakang yang dipercayai digunakan suspek bagi menyamun mangsa
Peluk ibu sebelum 'ghaib'
Karimah berkata, anaknya itu keluar dari rumah seawal jam 6.30 pagi dengan membawa sebuah beg sandang dipercayai selepas kecewa bercinta dengan seorang lelaki baru dikenali menerusi laman sembang sosial Internet.
Biarpun mengalami darah tinggi, beliau dan suaminya, Abdul Rahman Ahmad, 68, semalam, sanggup meredah perjalanan sejauh 300 kilometer dari Pulau Pinang ke Melaka semata-mata untuk mengesan anak bongsunya.
Difahamkan, anak bongsu dari lima beradik itu yang juga penuntut di sebuah kolej swasta di Ipoh, Perak, bertindak demikian selepas berlaku perselisihan dengan keluarga yang menegur perubahan dirinya selepas mengenali beberapa lelaki.
Pasangan terbabit datang ke rumah keluarga mereka di sini sejak kelmarin dan ditemani anak perempuan serta menantu mereka.
“Sebelum ini dia pernah memberitahu ada berkawan dengan seorang lelaki, tetapi dia kecewa selepas mengetahui teman lelakinya itu sudah memiliki teman wanita
“Dia sebelum ini seorang pendiam dan kurang bercakap di rumah. Namun, sejak empat bulan lalu selepas menuntut di sebuah kolej swasta, perangainya mula berubah dan sering ingkar peraturan kolej dan keluar dari asrama bersama teman lelaki yang baru dikenali,” katanya.
Sementara itu, menantunya, Nur Hakim Ismail, 28, mengharapkan kerjasama semua pihak atau rakan-rakan yang mengenali Nur Bazilah atau lebih mesra dengan panggilan Adik, menghubunginya di talian 012-4031985 atau hubungi balai polis berdekatan sekiranya adik iparnya itu ditemui
Adik rindu kakak hilang
Siti Nasihah atau panggilan manjanya, Ana, anak sulung daripada dua beradik gagal dikesan selepas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil, Kedah pada 2 November lalu.
Mohd Subri, pengawal keselamatan di Hospital Seberang Jaya di sini berkata, kali terakhir anaknya dilihat dalam perjalanan ke sekolah membonceng motosikal seorang lelaki.
“Saya dimaklumkan rakan sekolahnya, mereka nampaknya membonceng motosikal seorang lelaki yang tidak dikenali. “Sehari selepas itu, saya tidak mendapat berita daripadanya lalu membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil,” katanya di pejabat Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, lebih memilukan ketika sambutan Aidiladha lalu kerana dia sekeluarga tidak dapat meraikannya seperti biasa berikutan teringatkan nasib Siti Nasihah.
“Adiknya, Siti Nor Alia, 11, asyik menangis kerana rindukan kakaknya. Saya sendiri menahan sebak setiap kali menatap gambarnya sehingga tidak dapat memberi tumpuan pada kerja,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Siti Nasihah boleh menghubungi Mohd Subri di 013-4563742 atau balai polis berhampiran
Saya sendiri menahan sebak setiap kali menatap gambarnya sehingga tidak dapat memberi tumpuan pada kerja,” katanya.
Walaupun mencuba pelbagai kaedah tradisional termasuk mendapatkan khidmat bomoh, kelibat Siti Nasihah gagal dikesan.
“Saya juga mencari merata tempat sekitar Kedah, tetapi tidak mendapat sebarang maklumat, malah bantuan anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah (Pekida) turut digunakan, namun tidak berhasil. “Saya bertambah cemas sebaik membaca berita dalam akhbar mengenai penemuan mayat terbakar tidak dikenali di Kulim Hi-Tech, baru-baru ini,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Siti Nasihah boleh menghubungi Mohd Subri di 013-4563742 atau balai polis berhampiran
Tidak pulang selepas solat Aidiladha
Isterinya, Che Som Husain, 48, berkata, suaminya, Rasul Ali, 57, yang sebelum ini pernah mengalami hilang ingatan akibat kemalangan motosikal tidak pulang sejak pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Zuhur. Katanya, dia bimbang dengan keselamatan suaminya yang memerlukan ubat setiap hari kerana belum benar-benar pulih daripada kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan Ogos lalu.
Katanya, biasanya suaminya pulang selepas menunaikan solat dan jika hilang ingatan, dia tidak pergi jauh, tetapi hanya mundar-mandir di rumah jiran yang membantunya pulang. “Bagaimanapun, Rabu lalu dia tidak pulang selepas pergi ke masjid menyebabkan kami sekeluarga bimbang dengan keselamatannya.
“Saya minta anak kami Mohd Adnan, 25, pergi ke masjid dan kawasan sekitar mencarinya, namun tidak berjumpa hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Che Som berkata, ketika keluar rumah suaminya memakai baju kemeja lengan pendek berwarna biru dengan corak kotak coklat, berkain pelekat putih dan menaiki motosikal Honda Wave 100 bernombor pendaftaran PJG 8005 berwarna biru tanpa membawa pengenalan diri.
Katanya, selepas kehilangan Rasul, anaknya Mohamad Firdaus, 28, membuat laporan di Balai Polis Kulim.
“Saya bimbangkan keselamatannya dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suami supaya segera menghubungi talian 04-4910918, talian telefon bimbit 012-5425360 (Mohamad Firdaus), 012-4465824 (Mohamad Adnan) atau menghubungi mana-mana balai polis,” katanya Katanya, selepas kehilangan suaminya itu, seorang lagi anaknya Mohamad Firdaus, 28, membuat laporan di Balai Polis Kulim
“Saya bimbang kerana selain perlu mengambil ubat hilang ingatan, suami saya juga perlu makan ubat untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi.
“Saya bimbangkan keselamatannya dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suami supaya segera menghubungi talian 04-4910918, talian telefon bimbit 012-5425360 (Mohamad Firdaus), 012-4465824 (Mohamad Adnan) atau menghubungi mana-mana balai polis," katanya
Suami lari isteri dicekup
Lebih mendukacitakan, suami wanita berkenaan berusia 45 tahun sanggup lari meninggalkan isterinya seorang diri selepas serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di kediaman pasangan itu di sini pada 12 November lalu.
Ketika serbuan dilakukan, pasangan suami isteri berkenaan cuba melarikan diri dengan terjun melalui pintu belakang rumah mereka, namun isteri suspek gagal berbuat demikian.
Anggota polis juga terpaksa bergelut beberapa minit dengan suami suspek sebelum dia dapat meloloskan diri masuk ke dalam hutan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, berkata dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pahit Luar itu, pihaknya menahan suri rumah berkenaan yang ketika itu leka membungkus air ketum untuk dijual kepada pelanggannya.
“Atas maklumat awam dan risikan, sekumpulan anggota kami menyerbu ke rumah suspek kira-kira jam 6 petang dan mendapati seorang wanita warga Thailand bersama suaminya sedang memproses daun ketum di dalam rumah mereka
“Pemeriksaan mendapati, suspek menyembunyikan dua guni daun ketum basah seberat enam kilogram (kg) bersama 27 bungkus air ketum yang sudah diproses dalam sebuah almari di belakang rumahnya,” katanya.
Katanya, siasatan awal ke atas wanita itu mendapati suaminya memaksanya untuk menjual air dan daun ketum bagi menanggung perbelanjaan harian keluarga termasuk empat anak mereka berusia antara empat hingga 21 tahun.
Katanya, serbuan kedua di kampung sama selang 20 minit selepas itu, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana menyimpan seguni daun ketum basah seberat 3 kg.
600 kawal perbicaraan
Perkara itu dinyatakan Ketua Pejabat Pendakwa Raya Bandung, Joko Siswanto selepas mengadakan perbincangan kawalan keselamatan dengan pelbagai agensi.
Joko berkata, langkah mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan ialah kerana perbicaraan itu yang dianggap terbesar dalam sejarah industri hiburan Indonesia, mendapat tumpuan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan agama.
Ariek atau Nazreil Irham berdepan dengan tuduhan menyebar video lucahnya dengan dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.
“Perbicaraan Ariel bukan perbicaraan biasa. Kerana itu kami meminta kerjasama polis. Seramai 600 anggota keselamatan akan mengawal perbicaraan itu,” kata Joko.
Beberapa pertubuhan agama, termasuk Barisan Umat Islam (FUI) sudah menyuarakan hasrat untuk mengikuti perbicaraan berkenaan
“Suspek yang juga seorang penoreh getah sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama dan kesnya masih dalam proses perbicaraan.
“Kedua-dua suspek ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan akan dikenakan penjara tidak melebihi empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya
Joko juga berkata, tidak ada layanan istimewa akan diberikan kepada Ariel.
“Dia akan dibawa ke mahkamah dengan kenderaan yang sama yang digunakan untuk membawa tahanan lain kecuali keadaan keamanan memaksa dia dibawa dengan kenderaan lain,” katanya.
Pasangan kembar seiras bunuh diri
Bagaimanapun, seorang daripada mereka terselamat, kata sumber polis, semalam.
Menurut polis, Louie Perea, seorang daripada pasangan kembar itu, 29, yang terselamat cedera di kepala disoal siasat polis selama dua jam.
Namun, dia enggan menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian
“Punca tembakan belum diketahui...Kami sudah menyoal mangsa tetapi dia enggan menjawab,” kata Perea di pejabatnya di Arapahoe, Colorado.
Kembar yang terselamat itu tertekan, kecewa dan marah,” kata Perez.
Pihak berkuasa masih menyiasat mengenai punca kejadian. - AFP
No comments:
Post a Comment