Wednesday, November 17, 2010

HIDUP MATI SEMUA KUASA ALLAH...MATI TAK MENGENAL USIA...MATI KITA TAK TAHU BILA...DAN BAGAIMANA KITA MATI...JADI JANGAN KITA BERLAGAK SOMBONG...BERTERUSAN LAWAN ALLAH DAN BUAT MAKSIAT...ORANG NI SEBENARNYA BODOH SOMBONG...

NEGARA


Wanita maut di tangan kekasih

GEORGE TOWN - Seorang wanita Indonesia maut apabila dia yang membonceng motosikal yang ditunggangi kekasihnya ditolak dari kenderaan itu selepas pasangan itu bergaduh.
Kejadian pada pukul 11.30 pagi di Jalan Pahang kelmarin itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Atika, 20-an dan kekasihnya seorang warga India keluar bersama dengan menunggang motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said berkata, dalam perjalanan pulang ke rumah mangsa, pasangan itu dikatakan bergaduh.
"Punca pergaduhan disebabkan suspek merasakan dirinya seolah-olah diketepikan oleh mangsa.
"Kemuncak kepada pergaduhan itu, mangsa meminta hubungan mereka diputuskan selain meminta dia dihantar pulang," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, berang dengan permintaan kekasihnya itu, suspek yang berusia 30-an bertindak ganas dengan menolak mangsa yang berada di belakangnya sehingga mangsa terjatuh dari motosikal.
Kejadian malang itu berlaku tidak jauh dari rumah mangsa.
Katanya, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala kerana terhantuk dengan benda keras di jalan sehingga dia tidak sedarkan diri


NEGARA


Peguam dibunuh depan isteri


DI depan rumahnya di Taman Desa Rishah, Buntong, Ipoh, Balasunderam (gambar kecil) mati dibunuh kelmarin.



IPOH – Seorang wanita hanya mampu menjerit apabila melihat suaminya seorang peguam ditikam bertubi-tubi oleh empat lelaki bertopeng di depan rumah mereka di Taman Desa Rishah, Buntong di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, G. Balasunderam, 57, yang cedera parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini empat jam selepas dirawat.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, kejadian berlaku semasa mangsa turun dari keretanya di depan rumah selepas pulang dari pejabat.
“Isteri mangsa L. Pusphalatha, 48, ketika itu berada di dalam rumah dan berlari keluar setelah mendengar bunyi bising itu,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke HPRB untuk mendapatkan rawatan namun usaha menyelamatkannya tidak berjaya kerana dia mengalami luka yang banyak akibat ditikam dengan pisau rambo.
Balasunderam meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki, G. Somaskantha, 5.
Zakaria memberitahu, empat penjenayah terbabit melarikan diri dengan dua buah motosikal.
“Motif pembunuhan peguam itu masih dalam siasatan dan sehingga petang ini (semalam) belum ada tangkapan,” katanya


NEGARA


Lelaki mati lari daripada polis


keadaan kereta Perodua Kancil selepas merempuh sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail semalam.



KUALA LUMPUR – Tindakan dua pemuda yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini mengundang padah apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, seorang lelaki yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia dua jam selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian sepasukan anggota polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut cuba menahan sebuah kereta Perodua Kancil untuk diperiksa.
“Malangnya pemandu kereta tersebut enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri.
“Ketika memecut laju, pemandu kereta tersebut melanggar kereta peronda polis,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Zulkarnain, melihat tindakan bahaya itu, anggota polis itu mengejar kereta yang dinaiki dua lelaki itu yang menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini.
“Ketika sampai di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Ismail, kereta Perodua Kancil itu telah merempuh pula sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki oleh orang awam menyebabkan kereta itu remuk teruk,” kata beliau


Mati selepas mabuk

JOHOR BAHRU – Akibat mabuk dan cuba menyejukkan badan selepas minum arak, seorang warga Myanmar mati dipercayai lemas selepas terjun ke sungai yang berarus deras.

Mayat mangsa dijumpai berhampiran jeti Kampung Bakar Batu pada jam 2.45 petang, di sini, semalam, selepas operasi menyelamat dilakukan.

Mangsa, Tun Tun Nyang, 25, dipercayai mabuk bersama rakannya di sungai Mount Austin, terjun ke sungai berkenaan bertujuan untuk mandi selepas dikatakan ‘panas’ akibat minum arak.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa terjun ke sungai berkenaan untuk menyejukkan badan selepas ‘panas’ apabila minum arak.

“Dia terjun ke sungai berkenaan untuk mandi selepas minum arak, saya melarangnya untuk terjun kerana air ketika itu laju dan deras,” katanya


Mayat mangsa pembunuhan kejam ditemui rentung


KULIM - Mayat seorang yang belum dikenal pasti jantinanya dijumpai rentung keseluruhan anggota badannya dipercayai akibat dibakar di kawasan semak berhampiran Kulim Golf Resort, di sini, kira-kira jam lapan malam semalam.

Dua pekerja berusia 40 dan 20-an yang sedang menjalankan kerja baik pulih paip di sekitar kawasan itu berkata, mereka terhidu bau benda terbakar ketika menghampiri tempat itu.

Mereka terkejut dengan kehadiran polis dan memaklumkan kepada mereka bahawa terdapat kes pembunuhan berlaku di tempat mereka membuat kerja.

“Kami menjalankan kerja baik pulih di kawasan ini sejak dua hari lalu. Kami memang ada terhidu bau benda terbakar dan tidak menyangka ia adalah mayat manusia. Kami terkejut apabila ternampak ramai anggota polis di jalan utama. Kami kemudiannya dimaklumkan berlaku satu pembunuhan di sekitar kawasan kami membuat kerja,” kata seorang daripada pekerja itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song ketika ditemui di tempat kejadian berkata, sehingga kini, polis masih belum mengenal pasti identiti serta jantina mangsa kerana mayatnya rentung.

Selain itu katanya, tidak ada sebarang tanda pengenalan diri dijumpai tempat mangsa dibakar.

Menurutnya, polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pembunuhan itu supaya menyalurkan maklumat itu kepada Asisten Superintendan V Saravanan atau balai polis berhampiran.

“Polis mendapat maklumat daripada orang awam tentang penemuan mayat rentung kira-kira jam lapan malam. Anggota polis diarahkan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mengesahkan ia mayat manusia.

"Daripada maklumat diterima, mayat tanpa beridentiti itu dijumpai dalam kawasan belukar kira-kira 300 hingga 400 meter dari jalan utama. Sehingga kini polis belum mengesahkan jantina mangsa. Ma�yat ditemui di mana hampir seluruh badannya hangus," katanya.

Su Song berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Selain itu, saya minta kerjasama mana-mana ahli keluarga yang mendapati waris mereka hilang membuat laporan polis,” katanya.

Pada mayat mangsa yang dipercayai dibakar atas tayar itu, hanya bahagian jari kaki, tulang di bahagian kaki mangsa dan sedikit bahagian tulang dada saja yang tidak sempat terbakar.

Mayat itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment