Sunday, November 14, 2010

PEREMPUAN KELUAR RUMAH.....MENGUNDANG BAHAYA DIRI SENDIRI

Ibu rayu Kyma pulang


SHAH ALAM – Seorang ibu merayu anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Genting Kelang, Setapak, Kuala Lumpur, seminggu lalu.

Wan Nurhakimah Wan Manah, 13, yang dipanggil Kyma oleh keluarganya, dikatakan menghilangkan diri bersama dua rakan sekolahnya yang tinggal di flat sama, Ahad lalu.

Ibunya, Nor Hazita Shaari, 44, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah kakak iparnya, tidak jauh dari kediamannya untuk berubat dan berehat selepas paru-parunya dijangkiti kuman.

Katanya, dia cuba menghubungi anaknya beberapa kali yang ditinggalkan sendirian di rumah, Sabtu lalu, tetapi gagal sehinggalah panggilannya berjawab, kira-kira jam 12.30 pagi keesokannya.

“Jiran mendakwa, mereka melihat Kyma ada di rumah pada waktu siang (Sabtu) dan pada malamnya pula dia pergi ke rumah dua rakannya iaitu adik-beradik di tingkat 10, blok sama dengan kediaman kami.

“Panggilan telefon dijawab selepas anak saya pulang daripada rumah rakannya. Kyma ada meminta izin untuk balik ke kampung rakannya keesokan hari (Ahad), tetapi saya tidak membenarkannya, lalu talian ditamatkan,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam


Komputer riba rendahkan kualiti sperma lelaki

NEW YORK - Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.

"Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma," katanya



Pekerja stesen minyak menangis diugut bunuh


SHAH ALAM – Seorang pekerja stesen minyak hanya mampu menangis apabila diugut bunuh, manakala rakannya sempat mengunci diri dalam stor sejurus kejadian samun tiga lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Glenmarie U1/1, di sini, semalam.

Salim Al Makmun, 28, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.35 pagi ketika dia bersama rakannya, Mohd Rafiqul Islam, 25 sedang tidur dalam stesen minyak terbabit.

“Kami berdua terjaga apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat akibat kaca pecah berderai.

“Rakan saya kemudian lari dan mengunci pintu di dalam stor manakala saya tidak sempat berbuat apa-apa selepas dikepung dua lelaki bertopeng dan diugut bunuh menyebabkan saya menggeletar sambil menangis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, semua penjenayah terbabit bagaimanapun berjaya ditembak mati polis di Jalan Kerjaya di sini, sejurus selesai melakukan samun berkenaan.

Salim mendakwa semua penjenayah itu memecahkan cermin kedai menggunakan tukul sebelum masuk ke dalam stesen minyak itu.

“Mereka berparang dan dua daripadanya bertopeng dan seorang lagi memakai topi keledar.

“Dalam sekelip mata mereka ambil semua barang berharga dalam kedai itu dan saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang diapa-apakan,” katanya yang bekerja di stesen itu sejak dua tahun lalu

Polis tembak mati tiga anggota Geng Minyak

SHAH ALAM – Tiga remaja dipercayai anggota Geng Minyak ditembak mati di Jalan Kerjaya, Glenmarie, sejurus selepas menyamun sebuah stesen minyak di U1/1, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, semua mereka ditembak sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira dua kilometer dari stesen minyak terbabit.

Tiga suspek itu dikenali sebagai Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Muhamad Hanafi Omar, 22.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan sekitar terserempak dengan suspek yang baru selesai menyamun sebuah stesen minyak.

“Anggota peronda bertindak mengejar kereta Proton Waja yang dinaiki suspek terbabit sebelum kenderaan polis dilanggar dan suspek terbabas ke kiri jalan.

“Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menye�rang polis menyebabkan anggota tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan semua mereka maut di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Turut berada di tempat kejadian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah.

Difahamkan, semua suspek berasal dari Cheras dan sebulan lalu, geng itu disyaki terbabit kejadian samun stesen minyak di Monteres dan Bukit Subang, dan Glenmarie.

Katanya, polis juga menemui dua mesin tunai dipercayai milik stesen minyak itu.

No comments:

Post a Comment