Atuk tembak mati perompak remaja
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
apendy@hmetro.com.my
SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di rumah mangsa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, lelaki berusia 70 tahun itu yang juga bekas mandur estet berada di tingkat atas rumahnya apabila terdengar bunyi bising di tingkat bawah sebelum terlihat seorang remaja lelaki mengacukan parang kepada pembantu rumah serta dua cucunya berusia lapan dan 10 tahun.
Warga emas itu masuk ke biliknya untuk mengambil selaras senapang patah dan ketika bergegas turun dia terserempak suspek yang pada masa sama menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Dengan pantas, dia melepaskan dua das tembakan dan satu daripadanya mengenai rusuk remaja itu sebelum rebah di atas tangga.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata perompak remaja yang terkena tembakan itu mati ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurutnya, ketika kejadian ada lima penghuni dalam rumah itu iaitu lelaki warga emas berkenaan, anak lelaki dan dua cucunya serta seorang pembantu rumah
“Siasatan awal mendapati lima suspek terbabit kes itu. Tiga daripada mereka menunggu dalam kereta sementara seorang berkawal di pintu rumah. Hanya remaja yang mati ditembak itu masuk ke rumah.
“Sebaik memasuki rumah, remaja itu mengacu parang kepada pembantu rumah serta mengugut untuk membunuh dua kanak-kanak yang ketika itu berada di tingkat bawah sekiranya bapa kanak-kanak terbabit enggan memberi kerjasama menyerahkan barang berharga kepadanya,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, polis kini giat memburu keempat-empat suspek terbabit yang dipercayai berusia antara 17 dan 20 tahun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata,” katanya.
Sementara itu, ibu suspek yang ditembak meraung ketika datang menuntut mayat anak sulungnya itu di PPUM di sini, petang semalam.
Wanita berusia 40 tahun itu memberitahu dia tidak menyangka anaknya terbabit kegiatan samun berkumpulan berikutan selama ini dia diberitahu anaknya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kenderaan.
Menurutnya, dia cuba menghubungi anaknya kira-kira jam 11 pagi semalam, namun panggilannya tidak dijawab menyebabkan dia menghantar SMS bagi mengetahui keadaan anaknya itu.
“Saya amat terkejut apabila polis datang ke rumah dan memberitahu anak saya mati ditembak kerana melakukan rompakan.
“Saya sedih kerana suami saya masih meringkuk di penjara selepas terbabit kes pukul dan kini anak saya terbabit kes jenayah,” katanya
MENGAKU SALAH...pasangan warga Indonesia Nordin (kanan) dan Uswatun (dua dari kiri) diiringi penguat kuasa Jawi selepas perbicaraan semalam.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Uswatun dan Nurdin (umur tidak dinyatakan) di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, selepas mahkamah menerima pengakuan salah mereka.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka hanya perlu membayar RM150 setiap seorang kerana mereka dibenarkan menambah daripada wang jaminan yang dikenakan terhadap mereka sebelum ini iaitu masing-masing RM650.
Kedua-dua tertuduh yang hanya menundukkan muka turut berdepan hukuman penjara 12 hari sekiranya mereka gagal membayar denda seperti yang diperintahkan mahkamah.
Mahkamah juga memerintahkan barangan hantaran milik pasangan itu dilupuskan.
Mengikut pertuduhan, mereka di dakwa melakukan di sebuah rumah di rumah No 51, Lot 2242, Jalan Kubur, Kampung Pantai Dalam dekat sini, jam 7.45 malam pada 13 November 2010
Pasangan itu masing-masing didakwa mengikut Seksyen 39 dan Seksyen 40 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 40 (2) yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding semalam, kedua-dua tertuduh memohon supaya hukuman yang dikenakan kepada mereka diringankan kerana masih menanggung keluarga. Bagaimanapun, Pendakwa Syarie Mohd Sohibul Kahfi daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mereka bukan saja melakukan kesalahan berdasarkan undang malah turut melanggar hukum syarak.
“Perkahwinan adalah sesuatu digalakkan dalam Islam untuk menambahkan bilangan zuriat dan generasi yang akan mengembangkan Islam.
“Namun, perkahwinan itu perlu mengikut prosedur terutama hukum syarak. Jika kamu atau mana-mana pihak mempunyai masalah mengenai wali, kamu boleh merujuk kepada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya
Koma lima hari
Oleh Salman Hamat dan Ahmad Othman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
NOR SUBORY...dikejar ular tedung
Mohd Safa Mausor, 50, yang dipatuk ular ketika cuba menangkap reptilia itu di kuarters Syarikat Air Johor Holdings di Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, Khamis lalu, baru sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam, selepas menjalani dua pembedahan hujung minggu lalu.
Dalam kejadian jam 12.37 tengah hari itu, mangsa bersama rakannya, Nor Subory Md Esa, 40, ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan ada ular tedung dalam parit di luar kuarters.
Beberapa minit kemudian mereka mengesan lokasi haiwan berbisa itu bersembunyi dan membuat perancangan menangkapnya.
“Bagaimanapun, tiba-tiba haiwan itu mengeluarkan kepala dari tempat persembunyiannya sambil beberapa kali menyambar ke arah saya menyebabkan saya terjatuh ketika mengelak.
“Pada masa sama haiwan itu dapat melepaskan diri dan mula mengejar saya. Risau berlaku perkara tidak diingini, Mohd Safa cuba mengalihkan perhatian ular berkenaan daripada terus meluru ke arah saya,” katanya ketika dihubungi di Kota Tinggi, malam tadi.
Selepas haiwan berbisa itu ditangkap, kedua-dua anggota terbabit singgah di Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk menjalani pemeriksaan di Jabatan Kecemasan.
“Dalam perjalanan pulang Mohd Safa tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit, malah memandu kereta pacuan empat roda yang kami naiki.
“Risau dengan keadaannya saya bertanya sama ada berasa kebas atau sakit, dia hanya menjawab kesan gigitan itu hanya luka biasa.
“Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan dia ditahan di wad untuk rawatan lanjut, tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri menyebabkan doktor mengambil keputusan memindahkannya ke HSI,” katanya.
Difahamkan, mangsa dimasukkan ke ICU hospital terbabit pada hari kejadian. Selepas menjalani pembedahan Ahad lalu, Mohd Safa dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu, anak Mohd Safa yang enggan dikenali berkata, mangsa juga menunjukkan perkembangan positif apabila sudah sedar, tetapi masih lemah.
“Walaupun sudah sedar dan membuka mata, ayah tidak bercakap berikutan keadaannya masih lemah, tetapi kami bersyukur kerana dia selamat.
“Doktor masih memantau perkembangan mangsa dan kini masih ditempatkan di wad ICU bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi
No comments:
Post a Comment