Sunday, November 14, 2010

BOGEL...LUCAH DENGAN BLUE FILEM SUDAH JADI BIASA...AKHIRNYA ZINA TERANG2AN...INI KESAN HUKUM ALLAH DIABAIKAN OLEH MANUSIA TAK PERCAYA KEKUASAAN ALLAH

DUNIA


Gambar bogel Ratu Cantik Dunia 2010 tersebar


ALEXANDRIA MILLS


LOS ANGELES - Satu-satunya rakyat Amerika Syarikat (AS) yang berjaya dipilih memenangi Ratu Cantik Dunia 2010, Alexandria Mills kini berdepan dengan skandal apabila gambar bogelnya kini tersebar luas, lapor sebuah akhbar semalam.
Mills yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia pada bulan lepas di China dikatakan merakam gambarnya dalam keadaan bogel di bilik mandi pada musim panas yang lalu.
Gadis berusia 18 tahun itu telah merakamkan gambarnya duduk di dalam tandas kemudian menghantar rakaman tersebut kepada teman lelakinya ketika itu.
Mills bukan ratu cantik pertama yang berhadapan dengan kontroversi seperti itu di AS.
Seorang gadis, Carrie Prejean terpaksa menerima hakikat gelarannya dilucutkan sebagai Ratu Cantik California setelah gambar-gambar seksi dan satu video seksnya tersebar luas. - Agensi




DUNIA


Uji bakat cari peserta program realiti bogel


SEORANG lelaki menyertai sesi uji bakat program The Nak'd Truth di Resort Caliente, Tasik Land O', Amerika Syarikat kelmarin.


TASIK LAND O,' Amerika Syarikat (AS) - Seramai 125 orang termasuk wanita menyertai uji bakat dalam satu program realiti yang memerlukan mereka tidak memakai sebarang pakaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Program realiti itu menjalani penggambaran di sebuah resort untuk golongan suka berbogel, Resort Caliente di sini.
Seorang peserta, Horace Tidwell berharap dia akan berjaya dalam uji bakat yang diadakan kelmarin.
Ada di antara peserta uji bakat itu berasal dari negara luar selain penari bogel.
Dalam program itu, tujuh peserta berumur 20 tahun hingga 35 tahun akan berbogel selama 30 hari semasa mereka bekerja di sekitar resort tersebut.
Temu ramah peserta dibuat di laman web Caliente dan para penonton boleh mengundi untuk memilih peserta pilihan mereka.
Penerbit program yang berjudul The Nak'd Truth itu berharap uji bakat tersebut akan berakhir semalam. - Agensi

DUNIA


Kuda padi teman gadis buta


MONA RAMOUNI keluar dari sebuah bas bersama dengan kuda padi miliknya di Lansing.


LANSING, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita Muslim yang buta, Mona Ramouni berusia 28 tahun menggunakan seekor kuda padi untuk membimbingnya berjalan kaki ke tempat belajarnya, Universiti State Michigan di sini.
Dia yang belajar jurusan psikologi di universiti tersebut membeli kuda yang sudah dilatih untuk membimbing orang buta itu dengan menggunakan wang simpanan daripada pendapatannya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat tulisan untuk orang buta selama tiga tahun.
Mona mengetahui mengenai kuda padi yang digunakan untuk orang buta itu menerusi satu laman web pada April 2008.
Menurut Mona, kuda itu yang diberi nama Cali telah memberikan keyakinan kepadanya selepas dia berputus asa untuk berjalan kerana ketiadaan seseorang untuk membimbingnya.
Gadis itu dilahirkan tidak cukup bulan semasa masih bayi dan dia menjadi buta sejurus dilahirkan.
Kuda itu membimbing Mona keluar dari bas dan berjalan memasuki kelas di universitinya. - Agensi



DUNIA


Guna jentera pengorek larikan mesin wang tunai


GAMBAR menunjukkan sebuah jentera pengorek dekat runtuhan dinding yang menempatkan sebuah mesin wang tunai yang telah dilarikan sekumpulan perompak di sebuah bank di Maidstone, Britain kelmarin.


MAIDSTONE, Britain - Sekumpulan perompak menggunakan sebuah jentera pengorek yang dicuri dari sebuah tapak pembinaan untuk melarikan mesin pengeluaran wang tunai dari sebuah bank di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penduduk di sebuah flat di atas bank itu terjaga selepas jentera penggorek itu meruntuhkan dinding di bilik mandinya.
Namun, tidak ada seorang pun yang cedera dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi kelmarin.
Seorang pegawai polis, Sarjan Shelley Chantler berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta untuk memberi maklumat kepada pihaknya.
Menurutnya, sebuah trak berwarna biru ditemui ditinggalkan di tepi jalan dekat kawasan berhampiran dengan bank itu. - Agensi


DUNIA


Suu Kyi buat ucapan pertama


AUNG SAN SUU KYI berucap di depan penyokongnya.


YANGON - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menemui para penyokongnya semalam dan meminta mereka bersatu selepas dia dibebaskan dari tahanan rumah oleh junta tentera kelmarin.
"Tolong kekalkan tenaga anda untuk kami. Jika kita bekerjasama, kita akan mencapai matlamat," katanya kepada ribuan penyokongnya di luar ibu pejabat partinya.
Beliau berkata, pengasingannya daripada orang ramai dengan ditahan di rumah tidak melemahkan pendiriannya bagi menentang pemerintahan tentera.
"Saya mahu bekerja dengan semua pasukan demokrasi," katanya yang berumur 65 tahun dan pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan.
Beliau dipenjarakan oleh junta tentera selama 15 daripada 21 tahun kehidupannya di negara ini.
"Saya percaya hak asasi manusia dan saya percaya kedaulatan undang-undang," tambahnya.
Anak perempuan wira kemerdekaan Myanmar, mendiang Jeneral Aung San itu menjadi harapan besar dalam kalangan penyokongnya untuk membawa masa depan lebih baik di negara yang miskin itu. Negara itu sudah lebih separuh abad berada dalam pemerintahan junta tentera.
Menurut Suu Kyi, beliau mahu mendengar suara rakyat sebelum memutuskan tindakan yang selanjutnya selepas satu keputusan pilihan raya seminggu lalu menunjukkan proksi junta tentera menang besar.
Pejuang itu turut memberitahu pemberita dalam sidang akhbar bahawa beliau berminat untuk mengadakan dialog dan perdamaian kebangsaan.
Beliau dibebaskan kelmarin selepas tujuh tahun menjalani tahanan di rumah atas kesalahanmelanggar undang-undang keselamatan negara kerana membenarkan seorang penceroboh warga Amerika Syarikat (AS) tinggal di rumahnya selama dua malam.
Perjuangan Suu Kyi untuk negaranya telah menyebabkan beliau mengalami banyak kehilangan antaranya suaminya yang merupakan warga Britain, Michael Aris meninggal dunia pada 1999.
Suaminya yang merupakan seorang ahli akademik dan menghidap kanser tidak dibenarkan untuk memperoleh visa oleh junta tentera bagi melihat isterinya.
Suu Kyi juga tidak pernah melihat dua anak lelakinya selama sedekad dan tidak pernah menemui cucunya.
Menurut Kedutaan Britain, beliau dalam keadaan emosi semasa berbual dengan anak lelaki bongsunya, Kim Aris selepas dibebaskan.
Ketika mengulas mengenai pembebasan Suu Kyi, Presiden AS, Barack Obama memuji pembebsan wanita itu.
"Sama ada Aung San Suu Kyi tinggal di dalam penjara di rumahnya atau dipenjara di negaranya, fakta tidak berubah bahawa beliau dan penentang politik yang diwakilinya telah secara sistematiknya disenyapkan, dikurung dan dilucutkan peluang untuk terlibat dalam proses politik," kata Obama dalam satu kenyataan. - Agensi



No comments:

Post a Comment