Friday, November 19, 2010

MALAYSIA OH MALAYSIA..BILA HUKUM ALLAH DIABAIKAN....ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA BAGI MEMBALAS KEDERHAKAAN MANUSIA

Sifat keji pemuda terbalas


KOTA BHARU - Sifat keji seorang pemuda yang merogol anak saudara tirinya sendiri terbalas apabila dia dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku 3 Jun lalu, tertuduh tanpa perikemanusiaan sanggup merogol mangsa yang baru berumur 10 tahun dan lebih memilukan dia mengidap sakit jantung.

Hakim Dazuki Ali mengarahkan tertuduh yang bekerja sendiri menjalani hukuman tersebut daripada tarikh dia ditangkap pada 5 Jun lalu iaitu dua hari selepas kejadian berkenaan berlaku.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian ibu mangsa tidak ada di rumah dan dia sedang bermain dengan adik perempuannya yang masih kecil di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Tok Batek, Jalan Pantai Cahaya Bulan pada 3 Jun 2010, lebih kurang pukul 2 petang.

Dalam pada itu, tertuduh yang berpakaian kemeja T dan berseluar putih dalam rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh yang sepatutnya melindungi seorang kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun, sembilan bulan ketika itu.

Bagaimanapun menurutnya, tertuduh telah bertindak tidak berperikemanusiaan apabila mengambil kesempatan merogol seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain di dalam sebuah bilik di rumahnya.

”Apa yang lebih malang lagi, mangsa merupakan penghidap sakit jantung sejak kecil dan telah mengenali tertuduh dalam tempoh yang lama menyebabkan dia berasa takut dan trauma,” katanya.

Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan


Dua remaja maut

KUANTAN – Dua remaja maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di antara satu sama lain dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Pantai Sepat, Kampung Sepat di sini, malam kelmarin.

Lebih tragis, salah seorang daripada remaja itu maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah dengan cebisan otak yang terburai keluar.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.14 malam itu mengakibatkan Fahrizal Wasrodlin, 17, Mohd Tarmizi Ahmad, 19, mati serta-merta di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila Fahrizal yang menunggang motosikal Honda Wave dan datang dari arah Cherok Paloh ke Kuantan tiba-tiba bertembung dengan Mohd Tarmizi yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS2 dari arah bertentangan.

“Pada masa sama, seorang penunggang dari arah belakang Fahrizal cuba mengelak dan terjatuh mengakibatkan kecederaan di bahagian badan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Katanya, Fahrizal dari Taman Sriku, Jalan Gambang dan Mohd Tarmizi dari Kampung Pak Mahat, Kempadang maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa memiliki lesen memandu tetapi dipercayai tidak memakai topi keledar


Sabung nyawa ke sekolah

KOTA TINGGI – Abdul Hamid yang telah bekerja selama sepuluh tahun sebagai penghantar murid sekolah di situ berkata, bagaimanapun, sebarang kejadian berbahaya tidak pernah berlaku ke atas murid di sekolah tersebut tetapi berlaku kepada anak penduduk berhampiran.

“Sepanjang saya membawa sampan menghantar murid ke sekolah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku tetapi seorang kanak-kanak pernah terjatuh di tepi tangga berikutan tiada pengadang dan mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala.

“Namun kejadian tersebut sepatutnya menjadi iktibar kepada kita dan perlu beringat sebelum kejadian lebih teruk berlaku kepada murid sekolah,” katanya.

Abdul Hamid berkata, selain tiada pengadang pada jambatan, di jeti juga menghadapi masalah sama menyebabkan murid dari sekolah terbabit tidak berhati-hati sewaktu naik ke dalam sampan.

“Pengadang hanya ada di jeti pada sudut kanan dan kiri sahaja menyebabkan murid-murid biasanya meloncat sahaja apabila sampan �sampai di jeti,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panchor, Mohd Zawawi Musa berkata, jambatan tersebut dilihat semakin bahaya apabila terdapat pantun yang melanggar rakit di kawasan itu menyebabkan kayu berpaku berlonggok terapung di tepi jambatan tersebut.

“Saya bimbang jika murid tergelincir atau terjatuh ke dalam sungai lalu terkena kayu dan paku di sebelah jambatan,” katanya.

Menurut Mohd Zawawi, pihaknya telah membuat surat permohonan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama merangkap Exco Kerajaan Negeri, Asiah Mat Ariff, sejak setahun lalu.

“Pihak sekolah telah pun menghantar surat permohonan kepada Yang Berhormat Asiah pada April tahun lalu melalui Ketua Kampung Panchor, namun masih tidak mendapat sebarang tindak balas.

“Saya faham, kerajaan terpaksa mengutamakan kepentingan masyarakat yang lebih memerlukan namun pada masa sama saya mengharapkan keselamatan pelajar juga diutamakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Mat Ariff berkata, masalah tersebut telah diusulkan kepada pihak bertanggungjawab dan beliau turut berharap masalah itu dapat diselesaikan pada kadar segera.

“Saya telah mengusulkan masalah itu kepada pihak berwajib dan mengambil sedikit masa bagi membendung masalah ini,” katanya.


Bas terjunam elak kereta

SOLOK MENGGONG - Perjalanan seorang lelaki untuk mengeluarkan wang di pekan Tampin terkandas di tengah jalan apabila bas Maraliner yang dinaikinya terbabas.

Kejadian itu berlaku selepas bas terbabit mengelak daripada bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, bas domestik Maraliner yang dipandu Zainal Yusuf, 44, dari arah Alor Gajah menuju ke Hutan Percha bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Pesona yang dipandu di laluan bertentangan ketika cuba memotong.

Akibatnya, bas berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sehingga remuk teruk, cermin hadapan pecah termasuk bumbung kemek selepas terbabas, melanggar pokok dan terjunam ke ladang sawit.

Penumpang bas, Malik Sudi, 43, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk bahagian tengah dan terkejut apabila bas tiba-tiba membelok ke kiri jalan, sebelum terjunam ke dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan.

“Masa kejadian, saya rasa bas bergegar sebelum terbabas dan terjunam. Saya tidak mampu buat apa-apa kerana terlalu terkejut, tambahan pula cuma saya seorang penumpang yang ada dalam bas terbabit.

“Saya cukup berdebar ketika merasakan baha­gian hadapan bas berlanggar sebab selepas bertembung, bas terus terbabas dan hampir melanggar sebatang pokok di sebelah kanan. Tidak mustahil keadaan ini boleh membawa kemungki­nan kecederaan yang parah," katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, dia menyedari kehadiran kereta yang dipandu seorang lelaki berbangsa Melayu dan berusaha untuk brek bagi mengelak berlaku pertembungan tetapi gagal kerana bas masih bergerak perlahan.

Zainal bersama konduktor bas berkenaan, Mohd Husin Hak, 25, hanya mampu berserah apabila mendapati kereta dari arah bertentangan memasuki laluannya ketika cuba memotong dua kenderaan di hadapan termasuk sebuah lori tetapi tidak sempat mengelak.

“Saya dah bagi lampu amaran dari jauh sebab ketika kejadian hujan lebat dan saya tahu jalan licin. Apabila menyedari ada kereta memasuki laluan saya, saya segera tekan brek dan bagi lampu tetapi pemandu terbabit terus memandu laju untuk memotong.

"Inilah pertama kali saya terbabit dalam kemala­ngan selepas 12 tahun bekerja sebagai pemandu bas. Saya cuma cedera ringan di kaki kanan dan sakit di bagi akibat terhentak dengan stereng bas, sementara konduktor serta penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya



Tembakan disangka bunyi mercun

KUALA LUMPUR – Jiran bekas banduan yang ditemui mati dengan kesan tembakan menyangka, letupan didengarnya adalah bunyi mercun sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Mo, 65, sewaktu kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak lelakinya.

“Saya terdengar bunyi letupan seolah-olah bunyi mercun.

“Saya tidak sangka bunyi letupan itu adalah tembakan kerana sekarang ini musim perayaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sebelum ini, beberapa lelaki dipercayai ah long pernah datang ke rumah mangsa dan turut menyimbah cat merah.

“Dia (mangsa) beberapa kali membersihkan rumah dan turut mengecat semula dinding,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Chan Khiam Wei, 36, ditemui mati dengan kesan tembak di kepalanya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak.:

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu dipercayai berlaku setelah mangsa tidak mampu membayar hutang ah long.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, terdapat kesan tembakan di kening kanan mangsa dan polis menemui sepucuk pistol revolver .38 tidak jauh darinya.

“Tiada sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah dalam rumahnya dan kita sedang menyiasat bagaimana si mati (mangsa) mempunyai pistol.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa mempunyai rekod pinjaman dengan ah long dan kami sedang menyiasat identiti ah long tersebut,” katanya.

Katanya, mangsa juga penagih berdasarkan penemuan satu penyedut dadah jenis ketamin di rumahnya.

Katanya, pemeriksaan pada mayat mendapati, terdapat tatu bercorak tengkorak di bahagian kiri betis dan kepala harimau di dada mangsa

No comments:

Post a Comment