Sunday, November 14, 2010

LIHAT..ADAKAH IA MENEPATI HUKUM SYARAK...TANYALAH ULAMAK YANG ARIF BAB AURAT WANITA....JANGAN SEDAP BERKARYA TAPI TAK TEPAT....

STAILO


Jubah kontemporari Poya





INSTRUMEN gamelan rona keemasan yang diatur di sebalik panel kaca bersebelahan pintu masuk butik Poya menyuntik elemen tradisional keMelayuan. Apatah lagi nilai-nilai tradisi itu diperindah dengan hiasan model patung yang dibaluti kebaya potongan klasik dan aksesori etnik.
Tatkala mengatur langkah ke dalam perut butik, kelihatan tepak sirih yang diletakkan di tepi dinding.
Gantungan beberapa buah bingkai gambar yang berisi kebaya Nyonya di dinding segenap ruang jelas menceritakan Poya merupakan sebuah butik yang sarat dengan fesyen klasik, tradisional dan etnik.
“Benar, keseluruhan rangkaian busana dan aksesori yang ditawarkan di Poya menampilkan konsep rekaan Melayu tradisional. Pada masa yang sama, kami turut menyelitkan sentuhan rekaan moden kontemporari yang ideal untuk orang dewasa mahupun anak-anak muda pada hari ini.


JUBAH moden jenama Poya dihiasi dengan perincian manik dan labuci di bahagian pergelangan tangan dan dada.


“Inisiatif ini penting supaya penularan pakaian moden dan Barat tidak menyekat populariti pakaian tradisional. Memandangkan sebahagian wanita menyifatkan dres dan blaus pakaian santai paling ideal manakala kemeja dan sut pula untuk gaya ke pejabat. Padahal pakaian tradisional juga boleh dipakai pada setiap masa dan acara,” jelas pengasas dan pemilik Poya, Sharifah Naemah Khalidza, 54.
Ini terbukti apabila Sharifah menunjukkan model patung yang ‘bergaya’ dengan kebaya pendek rona jingga terang bersama skirt hitam separa lutut. Penampilan sedemikian disifatkan sesuai ke pejabat sekiranya ditambah dengan pemakaian jaket formal rona gelap dan sepatu tumit tinggi.
Selain kebaya pendek, butik Poya turut menawarkan koleksi baju Kedah pelbagai warna menarik. Terang Sharifah: “Baju Kedah ibarat fesyen tiga dalam satu. Bagi penggemar konsep tradisional gayakan baju Kedah bersama kain sedondon.
“Jika inginkan imej ala etnik, padankan ia dengan kain pario corak abstrak atau batik manakala untuk tampil ranggi gabung baju Kedah bersama seluar atau skirt denim dan aksesori konsep funky,” ujar Sharifah yang mengusahakan butik Poya bersama anak perempuannya, Adilah Ahmad Khairudin, 27.
Usai melayan pelanggan yang membeli dua helai blaus kain kapas Jepun, Adilah mula mencelah tentang keistimewaan butik Poya. Katanya, menjelang tahun 2010, butik Poya yang sudah memiliki tiga cawangan di Bangsar, Petaling Jaya dan terbaru di Subang Jaya.
Kini, pengunjung bukan sahaja berpeluang memiliki baju kurung, baju Kedah dan kebaya malah turut ditawarkan dres kaftan dan blaus moden.


BUTANG cheong sam diterapkan pada rekaan jubah belah tepi.


Fesyen muslimah moden
Namun blaus moden itu tetap menerapkan elemen tradisional seperti sulaman dan kerawang di bahagian leher, pergelangan tangan dan kaki blaus. Ia sesuai digayakan oleh wanita yang bertudung ataupun mereka yang kurang gemar penampilan seksi dan terdedah.
“Wanita bertudung kini semakin bijak berfesyen. Mereka gemarkan sesuatu yang trendy dan ranggi asalkan tidak lari daripada ciri-ciri Muslimah. Inilah yang sedang kami usahakan iaitu menghasilkan busana yang sesuai untuk wanita bertudung ataupun tidak.
“Selain itu, sempena sambutan Aidiladha, butik Poya mengalu-alukan kehadiran pengunjung yang ingin membeli busana untuk digayakan pada pagi raya. Jika bosan berbaju kurung usah bimbang kerana koleksi raya dan Muslimah Poya terdiri daripada seleksi kaftan mini, dres kaftan dan jubah moden,” tutur Adilah sambil membetulkan jubah moden warna pic yang digayakan oleh model Azar Azmi.
Keistimewaan jubah keluaran Poya terletak pada rekaannya yang berkonsepkan dres labuh. Ia didatangkan dalam rona ceria dan dihiasi dengan perincian serta aplikasi pelbagai teknik jahitan menawan. Antaranya teknik ropol bertingkat di bahagian dada, labuci, dan penggunaan butang cheong sam di bahagian kolar jubah.

KOMBINASI kaftan dan pario abstrak rona kontra.



“Kami tampilkan kelainan agar golongan muda juga tertarik menggayakan jubah moden dan dres kaftan. Segelintir remaja kurang gemar memakai jubah dari Asia Barat kerana potongannya terlalu longgar dan warna gelap.
“Sehubungan itu, koleksi jubah moden dan dres kaftan Poya memberi peluang kepada pelanggan bereksperimen dengan tudung atau lilitan turban warna-warna kontra. Tak semestinya warna tudung perlu sedondon dengan baju. Kadangkala kita boleh pilih warna selendang yang sama dengan warna labuci ataupun warna sulaman yang menghiasi jubah,” ulas Adilah ketika ditemui di cawangan butik Poya di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor.


No comments:

Post a Comment