HIBURAN
Separuh akhir Bintang Klasik Nasional
IRAMA klasik tidak lapuk ditelan waktu. Meskipun irama klasik sering dikaitkan dengan mereka yang mencecah usia emas, namun, kini semakin ramai anak muda yang tertarik dengan keindahan irama yang cukup popular sekitar tahun 1950-an hingga 1980-an.
Nama-nama penyanyi seperti Puan Sri Saloma, Fazidah Jonet, Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais dan Tan Sri P. Ramlee antara nama penyanyi yang cukup popular ketika era kegemilangan mereka dan lagu-lagu dendangan mereka sering menjadi pilihan dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional yang diadakan setiap tahun.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya peserta peringkat akhir akan muncul di kaca televisyen, kali ini peringkat separuh akhir juga disiarkan ditelevisyen.
Seramai 24 peserta yang bersaing dalam peringkat akhir tetapi cuma 12 orang sahaja yang telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Menemubual 12 orang daripada 24 orang peserta yang layak ke peringkat akhir benar-benar membuktikan irama klasik juga begitu mekar dalam jiwa orang muda.
Buktinya Danie Hasbullah Mohd. Razi berusia 16 tahun merupakan peserta paling muda yang menyertai pertandingan ini. Remaja yang berasal dari Klang, Selangor itu menyifatkan pertandingan seperti ini sesuatu yang cukup bermanafaat.
“Selain ia sebuah pertandingan untuk merebut hadiah utama, pertandingan ini juga dapat memartabatkan lagi lagu-lagu lama yang semakin dilupakan. Saya sendiri amat meminati irama klasik walaupun saya seorang remaja," tuturnya.
Dibahagikan kepada enam zon berlainan iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak, dua wakil setiap zon iaitu juara dan naib juara kategori lelaki dan kategori wanita bakal beraksi di peringkat separuh akhir.
Selain Danie, peserta lain yang turut bertanding adalah Hasfareza Harun (Kedah), Nur Syazwani Abu Zarin (Negeri Sembilan), Nur Idayu Mohd. Sopiee (Johor), Norakmazulaika Abd. Khalid (Pahang), Masitah Mohd. Airani (Sarawak), Siti Naqiah Mohd. Abdul Tahar (Sabah), Fitri Hakim
Omar Walid (Perak), Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Melaka), Syamsul Nizam Ali (Pahang), Merazan Mechang (Sarawak) dan Fazrul Misran (Sabah).
Bagi Nur Idayu dari Johor yang merupakan pemenang naib johan Idola P. Ramlee dan Saloma 2007 serta naib johan Lagu Melayu Asli 2009, penyertaannya dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional bukanlah yang pertama.
Pernah mencuba nasib pada tahun 2008, dia bagaimanapun gagal meraih sebarang tempat tiga teratas. Tidak berputus asa dan mahu mencuba nasib lagi pada tahun ini, Nur Idayu mengharapkan nasib akan menyebelahinya tahun ini.
“Saya memang minat irama asli dan klasik kerana kebanyakan pertandingan nyanyian yang saya sertai adalah pertandingan lagu-lagu klasik dan asli. Sebenarnya bukan mudah untuk bawakan lagu-lagu lama berbanding lagu moden kerana ia banyak lenggok.
“Dalam pertandingan ini saya lihat kesemua peserta mempunyai kelebihan tersendiri dan kebanyakan mereka merupakan juara di negeri masing-masing.
“Jadi, saya cuma mengharapkan kepada rezeki dan nasib, andai tahun ini bukan rezeki saya, saya pasti akan cuba lagi pada tahun hadapan,” kata pemilik Sarjana Muda Pengurusan itu lagi.
Peringkat separuh akhir yang telah dirakamkan pada 6 November lalu, akan ditayangkan buat tontonan penonton pada hari ini di TV2, manakala, peringkat akhir pula akan disiarkan secara langsung di TV1 pada 28 November ini.
Pertandingan akhir akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan bermula pukul 8.30 malam.
Bagi penduduk di kawasan sekitar yang berminat memeriahkan lagi pertandingan ini, mereka dialu-alukan untuk melihat pertandingan ini secara langsung di auditorium.
Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada peringkat akhir ialah wang tunai RM15,000 kepada juara, manakala naib johan menerima wang tunai RM10,000 dan pemenang ketiga memperolehi wang tunai RM5,000 selain masing-masing akan menerima trofi dan sijil penghargaan.
Bagaimanapun, peserta yang gagal mendapat tempat pertama hingga ketiga, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya akan menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan
HIBURAN
Sam tidak menduakan Bunkface
BAND Bunkface tidak ada kurangnya. Popular, meraih pelbagai anugerah dan menerima tawaran persembahan sehingga ke luar negara, tetapi nampaknya itu semua tidak mencukupi buat vokalis Bunkface, Sam.
Baru melahirkan sebuah album berjudul Phobia Phoney, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom 'meninggalkan' teman-teman seperjuangannya dalam Bunkface, Youk (pemain gitar bass) dan Paan (pemain gitar utama) dengan menubuhkan band baru, The Azenders.
Malah, lagu single pertama The Azenders berjudul Ladies And Gentlemen telah pun berkumandang di corong-corong radio dan tidak lama lagi bakal menyusul single kedua berjudul Peribadi.
Tidak melatah apatah lagi menyalurkan tanda amarah, Sam yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini hanya tertawa apabila disoal tentang berita dia meninggalkan Bunkface.
Katanya dalam senyuman meleret: "Mana ada tinggalkan Bunkface. Bunkface tetap ada, The Azenders adalah projek solo saya bersama beberapa teman yang lain.
"Rasanya ramai juga pemuzik membikin projek seperti ini walaupun mereka telah mempunyai sebuah band yang dikenali."
Tambah Sam yang berusia 23 tahun, tujuannya melahirkan The Azenders bukanlah untuk mencari keuntungan atau populariti yang lebih daripada Bunkface tetapi demi kepuasannya berkarya dalam muzik.
Baginya Bunkface tiada gantinya begitu juga dengan teman-teman di dalam band itu, cuma mindanya memerlukan ruang yang lebih luas untuk melampiaskan idea kreatifnya itu.
"The Azenders wujud kerana saya hanya ingin kepuasan dalam membikin muzik. Bunkface mempunyai imej dan bunyinya yang tersendiri, sangat berbeza dengan The Azenders.
"Meskipun The Azenders masih menyalurkan irama rock, kepada mereka yang telah mendengar lagu pertama kami, akan tahu perbezaannya," jelas Sam tentang band yang ditubuhkan 3 bulan lalu itu.
Sungguhpun masih baru, semua ahli di dalam The Azenders, Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (strings) yang juga mempunyai band mereka sendiri selain The Azenders sudah lama mengenali antara satu sama lain.
"The Azenders merupakan band kedua setiap ahli, jadi rasanya tidak ada isu yang harus diperbesarkan kerana kami bersatu hanya kerana muzik," tutur Sam.
Disoal tidakkah sukar untuk mengimbangi masa antara Bunkface dan The Azenders, jawab Sam: "Saya memang kena pandai membahagikan masa antara dua band tetapi saya akan memberi keutamaan pada Bunkface kerana ia adalah band saya manakala The Azenders merupakan projek solo.
"Setakat hari ini semuanya berjalan lancar dan saya masih sibuk bersama Bunkface, apa-apa pun kami akan berbincang," katanya.
Youk dan Paan yang berada duduk di sebelah Sam juga menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Sam, malah tiada rasa cemburu bersarang di hati.
"Tiada halangan daripada kami, selagi dia boleh bahagikan komitmen kami beri sokongan seratus peratus. Kami tidak cemburu dan mendoakan kejayaan The Azenders.
"Mungkin pada masa depan kami juga akan membikin projek solo seperti ini, jadi kami tidak boleh menghalang Sam untuk berkarya," luah Youk.
Andai pada masa depan The Azenders menjadi pesaing terdekat Bunkface, bagaimana pula kedudukan Sam ketika itu?
Balas Sam: "Sekarang ini saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ramai lagi yang tidak kenal The Azenders. Popular atau jadi pesaing, itu terletak di tangan peminat."
Lebar sayap ke Eropah
Saat temu bual dijalankan mereka bertiga baru sahaja pulang dari United Kingdom, England kerana mengadakan persembahan di O2 Academy Music Festival anjuran Jar Music Group.
Selama sembilan hari di sana, mereka sempat meraih pengalaman dengan melihat cara kerja band-band antarabangsa yang lain.
Malah, kehadiran pemuzik dari Klang, Selangor itu juga menjadi perhatian banyak syarikat rakaman di sana.
"Kami ada menerima tawaran daripada beberapa syarikat rakaman di sana yang berminat dengan muzik kami tetapi setakat ini belum ada surat hitam putih, jadi kami tidak boleh cakap lebih-lebih.
"Ikut hati mahu tandatangan sahaja kontrak di sana tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira dan diteliti sebelum menandatangani sebarang kontrak. Kalau ada rezeki, syukur alhamdulillah," ujar Sam.
Bercerita lanjut tentang kunjungan mereka ke United Kingdom, masing-masing menunjukkan kasut yang di sarung mereka.
"Kasut ini kami beli di sana, rekaannya unik dan harganya agak mahal sebab duit mereka tinggi lima kali ganda daripada duit Malaysia.
"Selain itu, kami juga ada beli baju dan purata seorang menghabiskan wang sebanyak RM4,000. Jumlah itu termasuk semua perbelanjaan kami di sana," kata Paan.
NEGARA
SEPADAN...Elyana bersama suami selepas majlis akad nikah.
Dengan sekali lafaz, pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan oleh bapanya, Emrizal Shamsuddin pada jam 9.30 malam.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 23, menerima mas kahwin RM80 dan hantaran RM22,000.
Dia kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden biru Tiffany sedondon dengan pasangannya hasil sentuhan pereka tersohor, Hatta Dolmat.
Elyana juga menerima tujuh dulang hantaran antaranya tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set haruman penjagaan badan dan coklat.
Pengantin perempuan turut membalas tujuh dulang hantaran termasuk jam tangan, sepatu, dompet, set haruman dan buah-buahan.
Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 11 Julai 2009.
Majlis persandingan pasangan itu berlangsung di Duchess Place malam ini dan majlis di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Mentakab, Pahang, minggu depan.
Elyana, popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu serta Kalis Rindu selain berlakon dalam filem seram, Seriau serta Gong dan komedi remaja, Dunia Baru
Elyana pilih Khairul sebagai teman hidup
KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun berkenalan, penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin pada majlis pernikahan di Ampang dekat sini malam tadi.
Elyana, 23, dan Khairul, 35, pemilik restoran Jepun di Bangsar dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Emrizal Shamsudein.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu kelihatan anggun dengan persalinan baju kurung moden berwarna biru rekaan pereka fesyen terkenal, Hattan Dolmat.
Dia menerima wang hantaran berjumlah RM22,000 dan mas kahwin RM80 serta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak lelaki.
Elyana memilih Khairul Anuar sebagai pasangan hidup kerana menganggap suaminya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.
Pasangan itu telah bertunang pada 11 Julai 2009.
Majlis resepsi pengantin perempuan berlangsung hari ini di Duchess Place, Ampang manakala majlis pihak lelaki akan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat, Mentakab, Pahang pada 27 November.
Pasangan itu hanya merancang untuk berbulan madu tahun depan memandangkan masing-masing mempunyai jadual kerjaya yang padat
Elyana Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.
Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.
Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.
Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.
Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan
Ariel Sering Bertanya Tentang Anak
SUDAH hampir lima bulan, Nazriel Irham atau Ariel berada di penjara. Sepanjang tempoh penahanannya, Ariel sering bertanyakan tentang keadaan anak dari penikahannya dengan Sarah Amalia.“Ketika berbuat Ariel sering bertanya tentang keadaan anaknya. Dia bilang rindu dengan anaknya. Hampir lima bulan juga dia tidak bertemu dengan anak kesayangannya itu,” kata peguam Ariel, Boy Afrian Bondjol seperti dipetik Vivanews.com.
Bukan itu sahaja, kekasih Luna Maya itu juga sering bertanya tentang perjalanan kes yang sedang dihadapinya itu.
Sidang perdana Ariel akan diadakan di Pengadilan Negeri Bandung pada 22 November ini.
Menurut Boy, anak guamnya itu kini berasa lega keraan kes tersebut akan disegerakan
Rihanna Tolak Bergambar Bogel
BIARPUN penyanyi popular Rihanna sering tampil dengan berpakaian seksi mengakui tidak mahu beraksi bogel demi wang semata-mata.Penyanyi lagu Umbrella itu memberitahu pendiriannya untuk tidak bergambar bogel sekalipun ditawarkan dengan sejumlah wang yang banyak.
“Jika saya harus berbogel bukan semata-mata untuk duit. Saya ada pendirian saya sendiri,” kata Rihanna seperti dipetik dari Showbizspy.com.
Rihanna juga baru sahaja menolak tawaran majalah Playboy yang meminta dia untuk beraksi menghirahkan untuk majalah tersebut.
“Saya ditawarkan untuk berbogel di majalah tersebut dan mereka menawarkan dengan sejumlah bayaran yang agak tinggi untuk gambar tanpa sehelai benang,” ujarnya.
Dia juga menegaskan enggan mempamerkan tubuhnya secara umum kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarganya. Perkara yang sama juga telah dinyatakan pada tahun 2008 lalu.
“Ibu akan membunuh saya jika saya bergambar bogel,” katanya
Emma Watson Minta Nasihat Tentang Lelaki
SERING gagal dalam perhubungan cinta telah membuatkan pelakon Harry Potter, Emma Watson berasa putus asa. Dia juga mengaku sukar untuk memahami lelaki.Dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Brown Universiti, Amerika, turut meminta nasihat dari kedua rakannya iaitu Deniel Radcliffe dan Rupert Grint.
“Ketika di lokasi penggambaran saya sering bertanya tentang cinta dan lelaki dengan Radcliffe dan grint. Saya tidak mahu berpura-pura memahami lelaki,” kata Watson seperti dipetik dari Femalefirst.
Buat masa ini, aktres tersebut menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih disisi sehingga dia mengakui bosan dengan kehidupannya kini.
Dia juga berharap dengan pandangan yang diberikan oleh rakan-rakannya itu dia boleh memahami tentang lelaki.
“Mereka telah membantu saya memahami lelaki. Saya juga menganggap mereka sebagai abang yang sering memberi perlindungan kepada saya,” katanya tentang Radcliffe dan Grant.
Bagaimanapun, Watson bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya
'Erra Fazira Art Club' Bantu Kanak-Kanak Jadi Kreatif
KUALA LUMPUR: Selebriti popular tanah air, Erra Fazira dengan kerjasama syarikat pengeluar alat tulis dan mewarna, Staedtler (Malaysia) Bhd, telah melancarkan sebuah kelab yang bertujuan memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak.
Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu Erra berkata berkata idea menubuhkan "Erra Fazira Art Club" itu tercetus apabila beliau menyedari bahawa usaha memupuk pemikiran dan kemahiran kreatif kanak-kanak perlu bermula sejak mereka dari kecil lagi.
"Melihat anak perempuan saya, Engku Aleesya Engku Emran, membesar di depan mata, saya dapati pemikiran dan kemahiran kreatif amat penting dalam perkembangan kanak-kanak," katanya.
Erra berkata selain kelab tersebut, turut ditubuhkan ialah Dana Erra Fazira-Staedtler, yang bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui setiap pembelian produk Staedtler dengan logo "Erra Fazira Art Club".
"Dana ini untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik agar cemerlang dalam bidang seni dan kreatif di mana sebahagian hasil pembelian produk Staedler akan disalurkan kepada dana ini. Sumbangan ini akan diberikan setiap tiga bulan sekali," katanya.
Mereka berminat boleh melayari laman web www.erra-artclub.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA
Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu Erra berkata berkata idea menubuhkan "Erra Fazira Art Club" itu tercetus apabila beliau menyedari bahawa usaha memupuk pemikiran dan kemahiran kreatif kanak-kanak perlu bermula sejak mereka dari kecil lagi.
"Melihat anak perempuan saya, Engku Aleesya Engku Emran, membesar di depan mata, saya dapati pemikiran dan kemahiran kreatif amat penting dalam perkembangan kanak-kanak," katanya.
Erra berkata selain kelab tersebut, turut ditubuhkan ialah Dana Erra Fazira-Staedtler, yang bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui setiap pembelian produk Staedtler dengan logo "Erra Fazira Art Club".
"Dana ini untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik agar cemerlang dalam bidang seni dan kreatif di mana sebahagian hasil pembelian produk Staedler akan disalurkan kepada dana ini. Sumbangan ini akan diberikan setiap tiga bulan sekali," katanya.
Mereka berminat boleh melayari laman web www.erra-artclub.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment