Jais serbu bilik asmara
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunri@hmetro.com.my
shamsulmunri@hmetro.com.my
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin.
BUKA...penguat kuasa MPSJ memecahkan pintu sebuah rumah dalam operasi, kelmarin.
Gadis itu dicekup penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika berbaring bersama pasangannya dalam bilik berkenaan.
Dalam operasi bersepadu bermula kira-kira jam 11 malam itu, dua lagi wanita yang bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam ditahan dalam bilik berasingan di kawasan sama.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan ketika ditemui berkata, semua wanita itu dipercayai sudah dua tahun menginap di bilik berkenaan.
Katanya, mereka tinggal di bilik kecil yang diubah suai secara haram dari sebuah unit pangsapuri. “Setiap unit pangsapuri empat tingkat di Kawasan Perindustrian Puchong Utama itu memiliki tiga bilik tidur, namun pemiliknya mengubahsuai dengan meletakkan papan penghadang menjadikannya 10 bilik kecil.
“Kami mengesan taktik ini selepas mendapat maklumat jiran dan hasil pemeriksaan, tiga rumah di kawasan itu mengubah suai kediaman berkenaan kepada 10 bilik kecil setiap unit,” katanya
Beliau berkata, tindakan pemilik rumah terbabit menyalahi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM25,000.
Menurutnya, tindakan pemilik terbabit juga membahayakan nyawa penyewa di bilik kecil berkenaan sekiranya berlaku kebakaran atau struktur papan berkenaan runtuh.
Katanya, semua bilik berkenaan akan diruntuhkan segera dan pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan jika ada unit kediaman di sekitar mereka yang diubah suai dengan cara sama.
Menurutnya, tiga gadis yang dicekup itu akan diserahkan kepada Jais untuk tindakan lanjut
Gadis lari nyaris dirogol
Lebih menjadi sesalan bagi remaja itu apabila dia dan seorang rakannya nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang kononnya ingin membantu membawanya pulang ke rumah.
Menurutnya, perasaan kesal kerana menurut kehendak hati yang mahu mencari ketenangan dan kebebasan dengan lari daripada rumah menghantui dirinya apatah lagi bila mengenangkan dia terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
“Saya dan rakan terpaksa meminta wang daripada orang yang kami temui kerana ingin membeli makanan. Ketika itu baru saya tahu betapa susahnya bila berjauhan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Akhbar ini Ahad lalu melaporkan kehilangan Nur Hakimah dan rakannya yang dikenali sebagai Amylia,16 dan adiknya, Adila, 13 dan kebimbangan keluarga mengenai keselamatan mereka.
Nur Hakimah berkata, mereka merayau-rayau di pusat beli-belah dan pada jam 3 pagi mereka didatangi seorang lelaki ketika berada berhampiran Hentian Puduraya yang mahu menghantar mereka pulang ke rumah
“Tetapi, kerana dia bermotosikal, lelaki itu memaklumkan akan membawa saya dan Amylia dahulu sebelum berpatah balik mengambil Adila kemudian.
“Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah berkenaan, lelaki itu cuba merogol kami dan dalam keadaan kelam-kabut itu, kami berjaya melarikan diri,” katanya.
Katanya, sejak kehilangan Nur Hakimah, mereka sekeluarga bimbang keselamatannya hingga penyakit batuk kering yang dihadapinya semakin teruk
Dua pelanggan urut lari bogel
Bagaimanapun, tindakan mereka itu gagal selepas ditahan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, kira-kira jam 11.30 malam. Premis yang dipercayai berselindung di sebalik papan tanda sebuah pusat kesihatan dan refleksologi itu baru beroperasi beberapa bulan lalu dan mewajibkan pekerjanya mengenakan pakaian mencolok mata bagi menarik pelanggan.
Jurucakap polis berkata, bayaran RM100 dikenakan kepada pelanggan bagi urutan badan dan kaki manakala tambahan RM50 dikenakan bagi mereka yang inginkan urutan batin.
“Premis terbabit beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam.
“Premis itu didapati diubah suai menjadi beberapa bilik kecil yang dilengkapi tilam,” katanya.
Katanya, dalam serbuan itu juga, enam wanita termasuk penjaganya yang berusia 27 hingga 39 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja dan dokumen sah
Menurutnya, mereka terdiri daripada seorang warga Indonesia, seorang warga Thailand dan empat warga China.
Katanya, semua mereka memiliki pasport, tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial yang diberikan dengan bekerja sebagai tukang urut.
Jala bayi: Mayat ditemui terapung di sungai
HULU KLANG: Seorang lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berhampiran flat PKNS AU3, Keramat di sini, terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki di tebing sungai itu, petang semalam.
Dia memaklumkan kejadian itu kepada penghuni flat berhampiran sebelum mereka melaporkan penemuan itu kepada polis. Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan keadaan mayat yang lebam dan kebiruan, polis percaya bayi terbabit berada di kawasan itu sejak dua atau tiga hari lalu.
“Ketika ditemui mayat bayi itu dalam keadaan terlingkup dan tidak berbaju dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu yang tercacak di tebing sungai itu,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal terhadap mayat bayi berkenaan tidak terdapat sebarang kecederaan dan usia sebenar serta keturunannya belum dapat dikenal pasti.
“Setakat ini, kita tidak dapat pastikan sama ada bayi berkenaan baru dilahirkan kerana ketika ditemui tidak terdapat tali pusat pada badannya. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Abd Jalil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan
No comments:
Post a Comment