Yuna Selesa Selepas Dua Tahun Jadi Penyanyi
Kata Yuna, dia semakin selesa untuk berurusan dengan beberapa pihak terutamanya yang berkaitan dalam industri hiburan.
"Sekarang saya akui sudah selesa untuk berurusan dengan pihak yang terlibat dalam industri ini. Kalau dulu saya terpaksa melalui semuanya sendiri dan tidak kenal dengan siapa-siapa.
"Yalah, saya bukan dibesarkan dengan selok belok dunia muzik. Semuanya dibuat dengan sendiri berdasarkan minat sahaja," ujar Yuna yang juga pernah dikatakan tidak mesra media.
Tambahnya lagi, di awal kemunculannya dia sukar untuk mendapat kepercayaan dari pendengar disebabkan imej dan genre muzik yang cuba disampaikan.
"Dulu ramai yang tidak kenal saya dan saya juga agak malu-malu ketika itu. Tapi sekarang Alhamdulilah sudah ramai orang yang kenal.
"Namun cabaran sekarang untuk membuktikan saya mampu membawa pelbagai lagu selain lagu Dan Sebenarnya yang semamangnya seperti sudah menjadi "trade mark" untuk saya," katanya.
Dalam pada itu, Yuna kini dalam proses menyiapkan projek album di Amerika Syarikat dengan sebuah syarikat rakaman Kensel Studios.
Katanya, melalui kerjasama dengan label tersebut, dia akan menembusi pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.
"Saya akan kembali ke Amerika pada Januari nanti bagi menyiapakn projek tersebut. Kini saya sudah siap empat buah lagu dan akan merakamkan enam buah lagu lagi.
"Kemungkinan kali ini saya akan berada di sana selama enam bulan bagi menyiapkan sepenuhnya album tersebut," katanya.
Jelas Yuna, dia tidak menolak kemungkinan menghadapi kesukaran untuk diterima oleh masyarakat luar kerana imej bertudung.
"Saya akui mungkin agak sukar untuk mereka menerima saya disebabkan imej bertudung. Oleh itu saya perlu berusaha lebih dua kali ganda," katanya.
Yuna yang turut tersenarai dalam separuh akhir Muzik Muzik melalui lagu Cinta Sempurna ini mengharapkan lagu tersebut berjaya ke peringkat seterusnya.
Baginya lagu yang dicipta empat tahun lalu itu mempunyai kekuatan tersendiri.
"Saya harap sangat lagu ini sampai ke peringkat akhir, saya mahu orang memahami apa sebenarnay yang ingin saya samapaikan dalam lagu ini.
"Bagi saya lagu ini berbeza dan ada keistimewaan tersendiri," ujarnya.
No comments:
Post a Comment