Tuesday, November 2, 2010

JANGAN KITA DAH TAHU ITU DOSA TAPI KITA LANGGAR SEMACAM AJE.....

BELASAH ALLAH BAGAIMANA....DENGAN DOSA PERGAULAN BEBAS DAN AURAT YANG TIDAK DIJAGA...DAN MEROSAKKAN MASYARAKAT.....TUNGGUUUUU....
Idham & David Teo Pula "Belasah" Ahmad Puad Onah

Ahmad Idham
PETALING JAYA: Pengarah Ahmad Idham menganggap pelantikan Pengurus Besar, Grand Briliance Sdn. Bhd. (GBSB), Ahmad Puad Onah menganggotai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai Timbalan Pengerusi agak kelakar kerana Ahmad Puad seperti melanggar prinsipnya sebelum ini.
Kata Idham, ketika menerima jawatan tersebut, dia berharap Ahmad Puad menolaknya memandangkan Ahmad Puad mempunyai pelbagai jawatan dalam industri perfileman tempatan seperti Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Presiden Penerbit Filem Malaysia (PFM).
“Selama ini beria-ia dia membuat sidang akhbar mengutuk saya dan David. Saya ada juga tunggu dia untuk melihat dia menolak jawatan tersebut.
"Nampaknya perkara itu tidak berlaku dan nampaklah Ahmad Puad telah melanggar prinsip.
“Cuma apa yang pelik, kami menerima surat daripada pihak Gafim mengenai pelantikan itu tanpa sokongan dan tandatangan presiden daripada 12 persatuan di bawah Gafim,” jelasnya.
Tambah Idham, berdasarkan profil Ahmad Puad, dia tidak pernah menjalankan sebarang projek membabitkan industri filem serta kurang profesional dalam bidang perfileman.
“Nak ikutkan bila dia menyandang jawatan presiden pun sudah menjadi satu tanda tanya yang besar. Dia bukanlah seorang penerbit filem. Dia hanya duduk di sebuah syarikat terbitan drama dan filem yang besar dan turut makan gaji bulan. Dari situ kita boleh melihat kepincangannya.
“Saya akan mengambil tindakan jika perlu. Ia bergantung kepada keadaan. Apa-apa pun, saya perlu memikirkan impak terhadap nama saya, industri sendiri sebelum membuat tindakan undang-undang. Sedihnya sehingga hari ini tiada siapa pun yang membetulkan keadaan atau mencuci calar di muka saya akibat tuduhan yang dikenakan,” tuturnya.
Sebelum ini, Ahmad Puad pernah mempersoalkan pelantikan produser filem David Teo dan pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai ahli perbadanan dengan alasan mereka adalah karyawan yang aktif dan mempunyai syarikat sendiri. Ia dikhuatiri berlakunya konflik kepentingan.
Ketika kecoh isu tersebut, Ahmad Puad pula menerima tawaran menganggotai Finas sedangkan dia juga masih memegang jawatan di GBSB.
Fikir Mahu Saman - David Teo
Menurut David Teo pula, dia sedang mengemas kini tuduhan-tuduhan yang pernah dibuat oleh Ahmad Puad sebelum memikirkan kewajaran tindakan undang-undang diambil ke atasnya.
“Ahmad Puad disifatkan sebagai budak-budak yang bercakap tanpa berfikir dan terlalu mementingkan diri sendiri.
“Secara peribadi, saya akan sama ada mahu ambil tindakan undang-undang atau tidak. Ia bergantung kepada keinginan saya serta berdasarkan nasihat peguam,” katanya.
Beritahu David, pelantikan Ahmad Puad sebagai Timbalan Pengerusi Finas hanya akan merosakkan industri perfileman tempatan, tambahan pula Ahmad Puad tidak mempunyai kelayakan atau kejayaan berkaitan perfileman dalam rekod perkhidmatannya.
“Pada pandangan saya, industri filem kita akan penuh dengan politik dan birokrasi apabila dia mengambil alih jawatan itu.
Ahmad Puad Onah
“Apatah lagi, dia tidak pernah menyumbang apa-apa ataupun berkarya dalam mana-mana filem. Dia sekadar menjadi seorang penerbit dari sebuah stesen televisyen swasta sahaja," katanya.
Tidak minta dilantik – Ahmad Puad Onah
Sementara itu, Ahmad Puad menegaskan, dia tidak meminta untuk dilantik sebagai Iimbalan Pengerusi Perbadanan itu sebaliknya ia diputuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
"Datuk Rais telah memutuskan sesiapa yang menjadi Presiden Gafim, hendaklah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Finas.
“Jika mahu bercakap tentang prinsip saya sebelum ini dan kedudukan sebagai presiden, ia tiada kena mengena dengan syarikat.
“Saya cuma persoalkan, ahli lembaga Finas perlu bebas daripada kepentingan peribadi dan isunya adalah kami mahu mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, bukan persoalkan pelantikan mereka (David dan Idham).
“Dalam sidang akhbar sebelum ini memorandum yang dihantar kepada pihak kementerian tidak dijawab tapi selepas itu, pihak kementerian telah memanggil kami dan menjelaskan sebarang pelantikan dibuat atas kuasa pihak kementerian itu sendiri,” jelasnya.
* Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang



JADI ANAK EMAS ALLAH LEBIH AULA...JANGAN KITA REDA HIBURAN YANG MELALAIKAN....KITA TIADK BOLEH MENGHALALKAN CARA....
Benarkah Salih Yaccob Anak Emas Sinar FM?

Salih Yaccob menyambut ulang tahun ke-30 dalam industri hiburan di Restorak Subak, Bukit Lanjan, Sabtu lalu. - Foto oleh AZMAN GHANI
PETALING JAYA: Kejayaan stesen radio Sinar FM yang mempunyai rating tinggi menyebabkan pelakon Salih Yaccob dikatakan sebagai anak emas kerana menjadi penyumbang kepada populariti stesen tersebut.
Malah majlis meraikan 30 tahun Salih dalam industri hiburan yang turut disertai petugas Sinar FM di Restoran Subak, Bukit Lanjan, di sini pada Sabtu lalu menguatkan lagi spekulasi berkenaan.
Bagaimanapun, Pengurus Program Sinar FM, Rostam Z. Said, berkata Sinar FM mendapat nombor 1 disebabkan kekuatan muzik tidak hanya disebabkan deejaynya.
Salih beramah mesra dengan pemenang peraduan SMS 'SY...I Follow' anjuran Sinar FM pada Ogos lalu.
“Walaupun penyampai radio itu memainkan peranan penting tapi saya menjaga anak buah sama rata dan tidak timbul isu anak emas,” kata Rostam atau dikenali dengan nama Pak Tam.
Ketika soalan tentang anak emas itu diajukan kepada Salih yang dikenali sebagai SY, Abang Jam, Mak Ning, Wak dan Mat Salih di kalangan pendengar Sinar FM, dia hanya tersenyum sebaliknya memberitahu majlis berkenaan dibiayai oleh dia sendiri.
“Saya mendapat komen daripada pendengar, kebanyakannya menyukai lawak dan keletah saya dan rakan-rakan pada waktu pagi kerana ia menyeronokkan.
“Dengan penglibatan saya dalam Sinar FM sekurang-kurangnya saya mampu memberikan sesuatu kepada pendengar seperti nasihat,” kata Salih yang telah empat tahun bekerja di stesen radio itu.
Salih bersama sebahagian peminatnya.
Tidak dinafikan celoteh antara Salih bersama-sama dua lagi penyampai iaitu Kak Engku (Raja Azura) dan Krill (Khairil Rashid) dalam slot Sinar Pagi yang bermula pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat agak menghiburkan.
Sengaja mengusik Salih tentang watak-watak seperti Abang Jam dan sebagainya itu, dia berkata setiap watak itu memberikan peranan tersendiri untuk mengisi slot selama empat jam yang diberikan.
“Nama Abang Jam saya ambil daripada nama karakter Jamil dalam filem Madu Tiga. Sementara watak Mat Salih pula saya dapati ia mampu menarik pendengar yang suka mendengar gurauan dalam Bahasa Inggeris.
“Walaupun saya tidak betul Bercakap bahasa Inggeris, tetapi ada yang memahami apa yang saya cuba sampaikan itu,” ujarnya.
Rostam atau Pak Tam (kiri) merakamkan gambar Salih yang menyanyi karaoke sambil menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu retro.
Turut meraikan majlis tersebut ialah 12 orang pendengar bertuah yang memenangi peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) SY…I Follow pada Ogos lalu. Mereka memenangi hadiah berupa cenderahati dari Sinar FM dan makan malam bersama-sama Salih



TIPU DAN BOHONG TETAP DOSA....
Muhyiddin Mahu Tiada Lagi Pihak Putar Belit Fakta Projek Warisan Merdeka
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu tiada lagi pihak memutarbelitkan fakta mengenai projek Warisan Merdeka yang akan dibangunkan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sambil menegaskan bahawa projek itu bukan dibiayai oleh kerajaan, Timbalan Perdana Menteri meminta supaya pihak berkenaan tidak memandang rendah akan kebijaksanaan institusi permodalan itu untuk membangunkan projek membabitkan pembinaan menara 100 tingkat.
"Tentu dia (PNB) bijak, jangan kita pandang rendah tentang kebijaksanaan PNB yang telah wujud sekian lama dan memberi hasil pulangan yang baik kepada pemilik saham.
"Saya tidak fikir ada pihak yang harus memutar (fakta) kecuali dia berniat tidak baik melihat ini sebagai suatu perkara yang tidak beri faedah kepada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan BioMalaysia 2010 di sini Isnin.
Muhyiddin berkata demikian semasa menjawab satu soalan mengenai tindakan sesetengah pihak yang masih lagi mempertikaikan kewajaran pembangunan Warisan Merdeka, sebagai satu lagi mercu tanda negara.
Muhyiddin berkata projek itu bukanlah projek ikonik semata-mata tetapi mempunyai faedah dan pulangan kepada para pelabur yang telah difikirkan oleh PNB sebelum bercadang untuk membangunkan projek mega itu


BAGAIMANA MAHKAMAH ALLAH ESOK...
Mahkamah Benar Rayuan Khalid
PUTRAJAYA: Dua kes saman membabitkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akan didengar oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi yang lain.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf menarik diri daripada mendengar saman itu atas alasan wujud elemen berat sebelah.
Panel tiga hakim itu diketuai oleh Hakim K.N.Segara dan dianggotai oleh Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
Abdul Khalid mengemukakan permohonan rayuan selepas Rohana pada 22 Sept lalu enggan menarik diri daripada mendengar dua saman itu.
Abdul Khalid menyaman BIMB pada 18 Mei 2007 kerana mendakwa bank itu telah melakukan kesalahan melupuskan saham beliau dalam Guthrie yang diperoleh menerusi pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) pada 30 April 2001.
Beliau memohon perintah bahawa terdapat kontrak cagaran antara beliau dan bank itu berhubung pinjaman berkenaan.
Abdul Khalid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB.
BIMB pula mengemukakan saman balas terhadap Menteri Besar Selangor itu pada 24 Mei, 2007 bagi mendapatkan wang berjumlah RM66.67 juta, dengan mendakwa perjanjian BBA telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman itu.
Abdul Khalid kemudian memohon untuk memecat Rohana daripada mendengar kes saman itu atas dasar hakim itu pernah menjadi timbalan pengarah bahagian Perbankan Islam dan Jabatan Takaful di Bank Negara.
Hakim itu dikatakan mempunyai hubungan komunikasi dengan bekas Ketua Pegawai Operasi BIMB, Fazlur Rahman Ebrahim, yang merupakan saksi penting dalam dua kes saman itu.
Pada Ogos tahun lepas, Rohana memerintahkan Abdul Hkalid membayar RM66.67 juta dalam penghakiman ringkas yang diperoleh oleh BIMB tetapi Mahkamah Rayuan pada 3 Mac lalu, mengenepikan penghakiman itu dan merintahkan perbicaraan penuh mengenai isu-isu yang dibangkitkan.
Abdul Khalid diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Matthew Thomas Philip dan Asma Mohd Yunus manakala BIMB pula oleh Tommy Thomas. - BERNAMA



RASULLULLAH SAW PUN SEKALI SAHAJA MENUNAIKAN HAJI....KALAU BANYAK KALI...TUJUAN UNTUK MENUNJUK2 MAKA HUKUMNYA....HARAM...
Jemaah Haji Baru Balik Dari Tanah Suci Dilarang Daftar Semula - Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Tabung Haji telah menguatkuasakan larangan kepada jemaah haji yang baru balik daripada menunaikan ibadat itu, untuk mendaftar semula, mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya, mereka yang ingin mendaftar semula boleh berbuat demikian selepas tempoh lima tahun.
"Ini adalah syarat baru yang diperketatkan berbanding syarat sedia ada iaitu tidak boleh tunai haji dalam tempoh lima tahun," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini Isnin.
Katanya langkah itu juga adalah usaha Tabung Haji bagi memberi peluang kepada umat Islam yang baru kali pertama menunaikan ibadat haji.
Bagaimanapun, katanya, kelonggaran syarat akan diberikan kepada pihak yang berkaitan seperti mengiringi mahram yang terpilih, mengiringi warga tua yang diberi keutamaan berdasarkan garis usia tertentu yang diputuskan untuk tahun berkenaan dan mereka yang ditugaskan ke tanah suci Mekah.
Tabung Haji juga telah mewujudkan dasar menghalang mereka di bawah umur 15 tahun daripada menunaikan haji dengan tujuan meningkatkan peluang kepada umat Islam yang telah lanjut usia berbanding yang belum baligh, katanya.
"Dasar ini telah dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun depan," katanya.
Dalam pada itu, bagi memenuhi permohonan haji yang semakin meningkat saban tahun, Tabung Haji telah mengemukakan kepada Kerajaan Arab Saudi supaya meningkatkan kuota jemaah haji Malaysia kepada 28,000 orang berdasarkan jumlah penduduk yang berjumlah 28 juta orang.
Katanya, pada masa ini kuota jemaah haji Malaysia ialah seramai 26,000 orang setahun iaitu kuota yang disepakati semua negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sejak 1981.
"Pada masa ini susunan 26,000 orang setiap tahun telah pun siap dibuat untuk 23 tahun ke hadapan berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima dan berpandukan prinsip yang mendaftar dahulu, didahulukan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak cadangan supaya agihan kuota menunaikan haji dibuat mengikut negeri kerana jumlah pendaftaran semasa yang diterima melambangkan jumlah umat Islam di setiap negeri.
Ini kerana, pada kebiasaannya, negeri yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai mempunyai jumlah pendaftaran haji yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.- BERNAMA


PERMATA BOLEH...TAPI BIAR BERDASARKAN ISLAM JANGAN BERDASARKAN SEKULAR...
Rosmah Cadang Risda Tubuh Pusat Asuhan Permata
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri rosmah Mansor mencadangkan agar Risda menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak berasaskan sukatan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Permata Negara) di semua kawasannya.
Beliau berkata penyediaan pusat seumpama itu membolehkan anak-anak pekebun kecil di luar bandar mendapat peluang dan tidak terpinggir daripada mengecapi pendidikan awal secara holistik.
"Saya berpendapat adalah menjadi tangungjawab para ibu menyediakan asaspendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak dari semasa kecil lagi sebagai saham masa depan mereka, keluarga dan negara," katanya dalam ucapan merasmikan perhimpunan 1,000 Wanita Pekebun Kecil Kebangsaan di ibu pejabat Risda di sini Selasa.
Rosmah, yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, pihaknya sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menyediakan pusat asuhan Permatadi tempat kerja mereka.
"Mana-mana pembinaan pusat asuhan yang mengikuti silibus PERMATA akan mendapat peruntukan daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata sejak dua tahun lepas, lebih 400 pusat asuhan kanak-kanak milik Jabatan Pembangunan Komuniti, Jabatan Perpaduan Negara serta pusat asuhan kanak-kanak di pejabat yang baru dibina, telah dinaik taraf atau diperbaharui sebagai pusat-pusat Permata Negara.
Menurutnya, pusat-pusat Permata Negara kini telah dibina dengan cantik sehingga terdapat kanak-kanak yang mahu menginap terus di pusat itu berbanding di rumah mereka.
Pada majlis itu, Risda memberi pengiktirafan Anugerah Wira Wanita 1Malaysiakepada Rosmah kerana jasa dan sumbangan beliau dalam pelbagai pertubuhan sertamembangunkan masyarakat wanita, Orang Kurang Upaya dan Program Anak PermataNegara dan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bulan lepas.
Risda turut menyampaikan anugerah kepada wanita pekebun kecil yang banyak menyumbangkan jasa serta berjaya dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, keluargadan kemasyarakatan dengan masing-masing menerima RM1,000, piala dan sijil.
Anugerah Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) diberikan kepada PWPK Durian Chondong, Muar, Johor manakala Anugerah Tokoh Usahawan Wanita Pekebun Kecil diberi kepada Nura Mardi dari Kampung Pasir Semenyih, Selangor dan Anugerah Tokoh Wanita Pekebun Kecil dimenangi Ronirah Kusni dari Kampung Parit Haji Hassan, Simpang Renggam, Johor.
Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata Risda memberi tumpuan khusus kepada kaum wanita untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam pembangunan masyarakat pekebun kecil termasuk penubuhan 766 PWPK dengan keanggotaan seramai 12,845 orang di seluruh negara. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment