NEGARA
NI ARTIS...ADAKAH AKAN MENJADI IKUTAN REMAJA..
Ameng dipenjara, denda
KUALA LUMPUR - Selepas hampir enam bulan turun naik mahkamah atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia didapati bersalah semalam.
Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes itu.
Ameng, 42, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail diperintahkan oleh Zaki Asyraf dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain diletakkan di bawah pengawasan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun.
"Mahkamah telah mencapai keputusan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu yang bermula daripada tarikh sabitan (semalam)," kata beliau.
Zaki Asyraf dalam keputusannya berkata, keterangan tertuduh dalam prosiding membela diri bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya adalah tidak berasas.
"Selain keterangan saksi yang lain, keterangan tertuduh sendiri yang menyatakan dirinya dianiayai adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan tiada kena mengena langsung dengan pertuduhan," katanya.
Bagaimanapun, Zaki Asyraf membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pengawasan dengan mengenakan syarat tambahan Ameng perlu memfailkan notis rayuan semalam dan wang jaminan sebelum ini iaitu RM3,500 dinaikkan kepada RM5,500
NEGARA
IA JUGA PATUT DISETERIKA JUGA
Guru berdepan hukuman setimpal
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya dia terbukti melakukan penderaan menggunakan seterika panas terhadap beberapa pelajarnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya berlaku di sekolah yang merupakan tempat paling selamat buat pelajar.
“Pihak sekolah perlu ambil berat dan pandang serius hal seperti itu kerana kita ada peraturan disiplin yang ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.
“Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak boleh biarkan dan tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja yang melakukan hal sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran BioMalaysia 2010 di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan melampau seorang guru yang didakwa menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar-pelajar asrama SMK Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan supaya bangun menunaikan solat Subuh pada 12 Oktober lalu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan laporan awal kejadian itu, ia kelihatan benar-benar berlaku dan beliau telah meminta Pengarah Pelajaran Kelantan untuk menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci
NEGARA
TAKDIR KEMATIAN BERMACAM2...NI KETENTUAN ALLAH...INGATLAH AKAN KEMATIAN...JANGAN INGAT SERONOK AJE....
Lebah serang penoreh getah
KEMAMAN - Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ketika dia dalam perjalanan pulang bersama isteri selepas menoreh getah berhampiran rumahnya di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah dekat sini kelmarin.
Mangsa, Din Ali (gambar kecil), 54, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Hospital Kemaman selepas terkena sebanyak 102 sengatan di muka dan badannya.
Namun isteri Din, Khersiyah Engku Hassan, 51, pula hanya dimasukkan ke wad di hospital sama semalaman kerana turut disengat serangga itu.
Sebelum kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama isterinya baru habis menoreh getah di kebun mereka yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.
Mengimbas kembali kejadian itu, Khersiyah berkata, ketika mereka berjalan kaki untuk pulang, terdapat seekor lebah hinggap di pipinya menyebabkan dia menampar lebah itu sehingga mati.
"Sejurus itu juga muncul sekumpulan lebah yang tidak tahu dari arah mana terus menyerang dan menyengat kami berdua," katanya yang mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya sempat meminta tolong dan mengarahkan agar mereka berpecah bagi menyelamatkan diri masing-masing.
Katanya, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan dalam tempoh itu dia sempat melihat suaminya terjatuh beberapa kali ketika cuba melarikan diri
NEGARA
YANG PERGI TETAP PERGI...HIDUP TERPAKSA DITERUSKAN...BERTAQWALAH...
Isteri mangsa nahas derita sakit
BESUT – Sudah jatuh ditimpa tangga.
Itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung ibu tunggal, Che Marina Awang, 23, yang kehilangan suami dan anak selepas kedua-duanya terlibat dalam kemalangan di Jalan Penarik-Permaisuri dekat Kampung Nyatuh, Setiu dekat sini kelmarin.
Che Marina yang kematian suami, Noorazry Elmy Sidek, 29, dan anak tunggalnya, Noor Amysha Maisarah, berusia setahun, mengakui dia kini terpaksa menanggung kesakitan kerana payu daranya mula membengkak akibat lebihan susu.
Anaknya, Noor Amysha Maisarah sebelum ini bergantung sepenuhnya dengan susu badan.
“Orang kata tanah kubur boleh digunakan untuk kurangkan sakit ini, jadi saya ambil sedikit (tanah kubur) untuk dijadikan ubat,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian anak, suami dan dua iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Bual, Pasir Akar di sini semalam.
Selain dua beranak itu, turut terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dengan sebuah van itu ialah dua ipar Che Marina iaitu Noorazydyelwy Sidek, 32, dan Noor Afzan Efizalman, 16.
Kejadian pukul 1.30 petang kelmarin itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah van yang dinaiki 13 penumpang. Salah seorang penumpang van itu, Mek Wook Yaakob, 76, turut terbunuh
NEGARA
DICURI DAN JENAYAH DLL SEBAHAGIAN RAGAM KEHIDUPAN...BERLINDUNGLAH KITA KEPADA ALLAH...
Peniaga dipukau lelaki berkopiah
SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.
Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.
Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.
“Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.
“Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam
NEGARA
UJIAN ALLAH TAK MENGIRA MASA DAN TEMPAT...REDA DAN BERSABARLAH....
Kedah, Perlis mula dilanda banjir
ALOR SETAR - Kedah dan Perlis mula dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin.
Ekoran itu, lebih 3,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di dua negeri terbabit ekoran rumah masing-masing dinaiki air sedalam lebih satu meter.
Di Kedah, empat daerah dinaiki air iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar di mana lebih 2,000 penduduk dipindahkan dan beberapa jalan raya ditutup.
Di Padang Terap, 1,449 penduduk daripada 385 keluarga di 18 buah kampung dipindahkan.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Nurul Aziati Ahmad Salmi memberitahu, mangsa dipindahkan pada pukul 7 pagi dan antara kampung terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja dan Padang Sanai.
Katanya, pusat-pusat pemindahan dibuka di dewan Kampung Mani A, surau Kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung dan Bendang Raja.
Tambahnya, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter (m) berbanding paras bahaya 17.07m manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai, Sungai Kubu dan Sungai Naka.
Di Kubang Pasu, 491 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Changlun, Sekolah Kebangsaan Malau dan Changkat Setoi
DUNIA
BERTAQWALAH...MUHASABAHLAH
Merapi meletus lagi
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi di sini meletus lagi dengan mengeluarkan gas panas dan serpihan dalam letupan paling kuat dalam minggu ini.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kematian dilaporkan ekoran perkembangan terbaru itu.
Gunung Merapi yang merupakan salah sebuah daripada 129 gunung berapi paling aktif di Indonesia telah meragut 38 nyawa sejak ia mula meletus seminggu lalu.
Lebih 69,000 orang telah dipindahkan dari kawasan sekitar cerun gunung itu yang kini diselubungi dengan debu.
Sejumlah orang yang mendapatkan perlindungan di kem-kem milik pemerintah beberapa kilometer dari gunung itu turut melarikan diri ekoran bunyi letusan kuat semalam.
Menurut seorang pegawai yang memantau aktiviti gunung itu, Subrandrio, gunung itu turut mengeluarkan beberapa bunyi letusan.
Gunung itu telah meletus beberapa kali sejak dua abad lalu.
Pada 1994, seramai 60 orang terbunuh manakala pada 1930 puluhan penduduk sebuah kampung melecur menyebabkan 1,300 orang maut.
Seorang ahli vulkanologi pemerintah, Gede Swantika berkata, para pemantau mendapati terdapat lebih banyak gunung berapi didapati menunjukkan tanda-tanda aktiviti seismos bermula 2 September lalu.
"Kami boleh menyatakan ia amat luar biasa, kira-kira 20 (gunung berapi menunjukkan aktiviti seismos) pada masa yang sama," katanya.
Seorang ahli geologi, Brent McInnes berkata, jika terdapat 20 buah gunung berapi menunjukkan peningkatan aktiviti seismos, perhatian perlu diberikan ke atas gunung tersebut.
Dia yang merupakan profesor di Universiti Curtin, Australia berkata, peningkatan aktiviti di gunung-gunung tersebut menunjukkan kemungkinan satu penstrukturan semula plat sedang berlaku.
Sementara itu, puluhan penduduk di Desa Sangup, Kecamatan Musuk, Boyolali, Jateng, pengsan kerana terhidu bau belerang akibat letusan Gunung Merapi semalam pada waktu pagi.
Menurut akhbar Kompas.com semalam, mangsa-mangsa itu dirawat di Pos Klinik Desa Karanganyar.
Menurut seorang penduduk, Yulianto, letusan itu menyebabkan bau belerang menjadi kuat manakala udara menjadi panas sehingga menyebabkan penduduk panik dan menyelamatkan diri ke tempat yang selamat. - Agensi
No comments:
Post a Comment