Monday, November 1, 2010

BILA MANUSIA TIDAK BERSYUKUR...MEMBUAT MUNGKAR DAN TAK MEMOHON BERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT

Merapi terus mengamuk



PENDUDUK Kampung Balerante, Klaten, meninggalkan kediaman mereka selepas Gunung Merapi memuntah- kan asap panas, semalam.
PENDUDUK Kampung Balerante, Klaten, meninggalkan kediaman mereka selepas Gunung Merapi memuntah- kan asap panas, semalam.
SEORANG lelaki ditangkap kerana menjarah kampung yang ditinggalkan mangsa letupan gunung berapi 

di Sleman, semalam.
SEORANG lelaki ditangkap kerana menjarah kampung yang ditinggalkan mangsa letupan gunung berapi di Sleman, semalam.
JAKARTA: Gunung Merapi memuntahkan lebih banyak asap dan debu panas semalam selepas meletup sekali lagi, yang paling kuat dalam masa seminggu. Bagaimanapun, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.
Letupan baru itu berlaku ketika Indonesia terus bergelut dalam menghadapi bencana tsunami yang memusnahkan satu rangkaian pulau pedalamannya di Sumatera.

Bencana kembar yang melanda Indonesia hampir serentak menyebabkan kira-kira 500 orang terbunuh, sekali gus menguji kecekapan kerajaan dalam menangani kecemasan.
Dalam kedua-dua kejadian itu, tentera dikerah untuk membantu.

Gunung Merapi di Jawa Tengah, antara 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia, meragut 38 nyawa sejak mula meletup seminggu lalu.

Hampir semua penduduk yang tinggal di lereng gunung berkenaan, yang dulunya subur tetapi kini dilitupi debu, sudah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara yang sesak.

Sebahagiannya menjerit dan menangis ketika diangkut oleh anggota tentera.

Sementara itu, kira-kira 1,300 kilometer ke barat, sebuah pesawat pengangkut C-130, enam helikopter dan empat bot mengangkut bantuan ke beberapa pulau yang terjejas teruk akibat tsunami minggu lalu, memusnahkan ratusan rumah, masjid dan gereja

Angka kematian akibat ombak besar itu yang berpunca daripada gempa bumi berukuran 7.7 magnitud sudah mencecah 450 orang sementara mangsa yang hilang kini tidak sampai 100.

Kejadian letupan gunung berapi dan gempa bumi itu yang berlaku selang 24 jam menyebabkan timbul persoalan kemungkinan kedua-duanya mempunyai kaitan. Sehubungan itu, kerajaan Indonesia meningkatkan tahap berjaga-jaga terhadap 21 gunung berapi lain yang kebanyakannya menunjukkan peningkatan dalam aktiviti, bergegar dan mengeluarkan asap hitam tebal. - Reuters

No comments:

Post a Comment