Amyza Aznan Naik Angin Dihalau Pekerja Butik
PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan kecewa dengan sikap seorang individu terkenal yang bertindak menghalaunyadan beberapa orang kru produksi di sebuah lokasi penggambaran.
Menurut Amyza, perkara tersebut terjadi ketika mereka sedang melakukan penggambaran untuk sebuah program televisyen berjudul Mister And Misses terbitan Astro di sebuah butik barang kemas terkemuka, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Kejadian itu terjadi ketika kru produksi tumpang duduk dan berehat di sofa sebuah butik perhiasan yang dijadikan lokasi penggambaran.
"Selepas itu individu tersebut datang dan mengarahkan agar kami ambil barang dan keluar dari butik berkenaan dengan cara yang kasar.
"Dia sangat biadap seperti menganggap kami semua ini orang bawahannya. Setelah berlaku sedikit kekecohan akhirnya lokasi penggambaran kami dialih ke butik barangan kemas sebelah," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Individu yang dimaksudkan Amyza itu merupakan orang yang sering berurusan dengan para artis dan wartawan dalam mempromosikan butik berkenaan.
Jelas Amyza, individu itu seharusnya bertindak dengan cara yang lebih sopan jika tidak selesa dengan penggambaran yang sedang dilakukan di lokasi tersebut.
"Sebagai seorang yang bekerja memberi publisiti, dia sepatutnya tahu menjaga komunikasi dengan semua orang, bukan menganggap kami seperti orang bawahan,"
"Paling tidak pun dia sepatutnya bercakap jika tidak suka dengan sesuatu perkara supaya kami boleh memahaminya. Ia bukanlah satu masalah pun.
"Kami tahu kami hanya dari produksi tempatan dan tidak sehebat mana, tapi kami juga ada harga diri dan tidak bolehlah dia sewenang-wenangnya menghalau kami sebegitu," katanya
Edlin AF2 Masih 'Hidup' Walaupun Tiada Publisiti
PETALING JAYA: Penyanyi Edlin yang dilahirkan menerusi program Akademi Fantasia musim kedua (AF2) masih setia dan cintakan dunia seni hiburan tanah air walaupun tidak mendapat publisiti.
Pemilik nama sebenar Edlin Datuk Abdul Rahim, 27, ini akui kerja yang dilakukannya sekarang seperti berlakon teater kurang mendapat pendedahan media elektronik dan cetak.
Bukan itu sahaja, lagu-lagu yang telah dirakamkan oleh anak sulung daripada dua beradik ini juga pernah ditolak oleh stesen radio dan kini hanya sekadar dijadikan koleksi sendiri.
Biarpun pelbagai ranjau cabaran dilaluinya, Edlin tidak pernah mengaku kalah dan masih setia untuk bekerja dalam industri ini.
“Saya anggap belum sampai rezeki untuk membuat album lebih-lebih lagi dengan keadaan industri muzik sekarang.
“Walaupun tiada album, saya masih lagi menyanyi dan menjayakan persembahan tertutup dan persembahan anjuran Astro,” katanya dalam satu temubual bersama mStar Online di Menara Star, di sini, Rabu.
Antara aktiviti yang diaturkan oleh pihak Astro termasuklah Gempak Selebriti Astro dan Marhaban Astro.
Edlin bersyukur kerana sepanjang tujuh tahun ini Astro tidak pernah terkecuali memanggilnya bagi menjayakan persembahan.
“Saya bukan merupakan artis bawah naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) tetapi sehingga kini Astro tidak pernah lupa untuk mengundang saya menjayakan mana-mana persembahan.
“Selain mengikuti program anjuran Astro, saya juga aktif berlakon teater muzikal dan bangsawan. Setakat ini saya telah berlakon dalam tujuh buah teater seperti Aladdin dan Dendam Tanjung Puri,” ujarnya yang turut bekerja sebagai ‘setiausaha’ bapanya di rumah.
Bapanya bekerja sebagai ahli perniagaan dan Edlin membantu menguruskan jadual kerja bapanya itu
Faizal Tahir Pertaruh Tuah Tiga Lagu
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Faizal Tahir yakin tiga lagunya yang tercalon ke separuh akhir Muzik Muzik 25 kali ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk ke peringkat Anugerah Juara Lagu.
Tiga lagu tersebut ialah i>Selamat Malam, Hanyut dan Adernalin.
Kata Faizal, impiannya menjadi kenyataan apabila lagu-lagu itu terpilih untuk bersaing dalam rancangan berkenaan yang akan bermula 8 November ini.
"Kali ini merupakan paling banyak pencalonan untuk lagu saya. Saya merasakan ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan.
"Memang sukar untuk sampai ke peringkat akhir namun saya yakin ketiga-tiga lagu itu mempunyai kekuatannya tersendiri," katanya.
Bagaimanapun, menurut Faizal, dia mengakui persaingan kali ini sangat sengit kerana semua lagu yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri.
"Saya juga akui kali ini lagu-lagu yang dipertandingkan hebat-hebat belaka. Malah lagu yang saya rasa paling kuat ialah Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain.
"Saya sendiri merasakan ia bakal menjadi juara Anugerah Juara Lagu kali ini, lagi pula pada pemerhatian saya komposer Taja seorang yang boleh pergi jauh," katanya.
Namun begitu, Faizal turut memberitahu dia agak tertekan apabila memperolehi giliran terakhir pada ketiga-tiga pusinganseparuh akhir tersebut.
Ia disebabkan Faizal perlu membuat persembahan lebih baik daripada peserta sebelumnya.
"Sudah tentu saya tertekan apabila mendapat giliran terakhir bagi ketiga-tiga lagu ini. Terutamanya apabila melihat penyanyi lain buat persembahan dengan baik di atas pentas dan kita akan memikirkan untuk beri lebih baik," ujarnya
d'Masiv Buat Lagu Untuk Mangsa Gunung Merapi
VOKALIS kumpulan d'Masiv, Rian prihatin dengan bencana yang terjadi akibat letusan gunung Merapi dan Tsunami di Indonesia baru-baru ini.
Oleh itu dia berhasrat untuk mencipta sebuah lagu kepada mangsa yang terkorban.
"Saya tersentuh melihat keadaan mangsa yang melalui bencana itu, jadi saya akan membuat sebuah lagu khas sebagai peringatan kepada masyarakat Indonesia," ujarnya.
"Kini ia masih lagi dalam proses, tunggu sahaja nanti hasilnya," katanya.
Bukan sekadar lagu, kumpulan muzik ini juga juga membantu mangsa bencana tersebut dengan mengumpulkan dana kepada mereka melalui kutipan konsert d'Masiv akan datang.
Menurut Rian lagi, dia juga bimbang ketika dikhabarkan tentang letusan gunung Merapi itu berikutan keluarganya juga berada di Yogjakarta.
"Ketika berita itu, saya terus menghubungi keluarga di kampung. Namun kami bernasib baik kerana lokasi itu jauh dari perkampungan keluarga saya
No comments:
Post a Comment