Wednesday, November 3, 2010

MANUSIA NI TAK CUKUP KUASA YANG ADA SERTA KEKAYAAN YANG ADA....DAH MATI BARU RASA CUKUP....SEBAB KUASA DAH HILANG .....

Dipanggil puteri telaga puaka


BESUT – Bingung dan tidak masuk akal. Begitulah keadaan tiga buah keluarga di Kampung Beliku, Hulu Besut yang buntu apabila sepuluh kanak-kanak dan remaja perempuan keluarga tersebut secara tiba-tiba hilang ingatan dan berlari serentak menuju ke sebuah telaga kaki bukit berhampiran yang tidak digunakan lagi.

Tambah mencemaskan, gadis sunti itu bertindak sedemikian lebih 10 kali sehari bertujuan ingin terjun ke dalam telaga tersebut.

Kejadian itu berlaku sejak tiga minggu lalu, pada mulanya beberapa kanak-kanak dan remaja perempuan berusia lima hingga 19 tahun dari tiga keluarga diserang penyakit ganjil dan mereka kemudiannya berlari ke telaga berkenaan yang dimiliki ibu kepada salah seorang bapa mangsa, Zulkifli Ibrahim, 45.

Menurut Zulkifli, telaga berkenaan dimiliki ibunya yang tinggal bersebelahan rumahnya.

"Telaga itu tidak digunakan sejak dua tahun lalu kerana kawasan ini sudah dibekalkan dengan kemudahan air paip," katanya.

Katanya, kejadian yang menimpa empat anaknya dan enam lagi anak abang dan jirannya yang seperti diserang histeria itu amat mencemaskan.

“Mula-mula sekali anak perempuan saya yang diserang penyakit misteri ini, Siti Nor Atiqah, 14, iaitu kira-kira empat bulan lalu sebelum merebak kepada anak saya yang lain dan anak abang saya, Fauzi.

“Apabila mendapat rawatan bomoh anak saya yang sakit misteri selama sebulan (empat bulan lalu) sembuh sebelum diserang semula peringkat kedua dan ketiga sejak tiga minggu lalu," katanya.

Kali ini katanya, lebih ramai mangsa terlibat apabila keluarga jiran saya Ibrahim Daud, 38, turut menerima nasib sama.

Kata Zulkifli, pada peringkat awal, semua mangsa tiba-tiba berasa ketakutan dan menggelupur kesakitan selama beberapa minit ataupun hingga 30 minit sebelum kembali normal.

Bagaimanapun katanya, dua minggu kemudian keadaan mangsa berubah, selepas mengalami ketakutan secara tiba-tiba semua kanak-kanak terlibat akan berlari serentak menuju ke bukit berdekatan kononnya mereka mendakwa ada ‘puteri’ yang memanggil.

“Apabila mendapat rawatan bomoh, mereka tidak lagi berlari ke arah bukit sebalik berlari ke arah jalan raya yang terletak 100 meter dari rumah semua mangsa.

“Pada minggu lepas secara tiba-tiba semua mangsa berlari serentak ke dalam sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah dan apabila sampai di situ mereka jatuh selonggok di satu tempat dalam keadaan lemah serta tidak sedarkan diri,” beritahu Zulkifli yang kelihatan letih kerana terpaksa berjaga dan berkawal sepanjang masa sehinggakan dia mendakwa makan dan tidur tidak menentu.

Kata Zulkifli, dia terpaksa meminjam sebuah lori kecil bagi membawa mangsa di ladang kelapa sawit itu untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, kejadian tersebut agak misteri dan sukar diterima akal kerana sekiranya salah seorang daripada mereka diserang penyakit itu secara serentak mangsa lain yang berada di dalam rumah berasingan akan berlari ke arah yang sama.

“Kami memerlukan bantuan jiran tetangga untuk mengawasi kanak-kanak ini dan menghalang mereka daripada terjun ke dalam perigi yang agak dalam itu.

“kejadian serentak dan mereka yang terbabit berlari laju untuk terjun telaga pasti memerlukan ramai orang untuk mengawal.

"Keluarga yang terlibat dengan kejadian misteri ini memerlukan kawalan 24 jam, mujurlah rakan dan saudara mara datang membantu,” katanya risau sekiranya ada mangsa yang terlepas dan terjun ke dalam telaga.

Kanak-kanak paling muda yang diserang ialah Nurul Aliya Sazlin berusia 5 tahun, iaitu anak Ibrahim malahan isteri Ibrahim juga diserang penyakit tersebut tetapi hanya beberapa hari saja.

Ibrahim berkata, keluarganya dan dua keluarga lagi begitu tertekan dengan masalah itu memandangkan kejadian kanak-kanak itu berlari ke telaga kadang-kadang berlaku pada waktu malam dan awal pagi.

“Kami sekeluarga tidak boleh lalai, pada waktu malam rumah kena betul-betul berkunci kerana jika berlaku pada waktu malam sukar untuk menghalang mereka yang berlari serentak,” katanya


Bayi dibungkus kain batik

MERSING - Penduduk Felda Nitar 1 gempar apabila dikejutkan dengan tangisan bayi lelaki yang dipercayai dibuang berdekatan sebuah rumah peneroka di sini, kelmarin.

Bayi itu ditemui dalam keadaan uri belum dipotong dan berbungkus dengan kain batik.

Bayi seberat 2.4 kg berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan dan terus ditinggalkan di situ kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Siti Zaharah Ahmad, 54, berkata, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu ada bayi ditemui berdekatan rumahnya.

Sebaik saja mendapat berita tersebut, Siti Zaharah bergegas ke luar rumah untuk melihat keadaan bayi berkenaan yang dibaluti kain batik dan masih berlumuran darah.

“Saya dapati bayi berkenaan menangis akibat kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada tubuh badannya kerana baru ditinggalkan di situ, katanya.

Menurutnya, dia bersama seorang lagi jirannya bergegas membawa masuk bayi berkenaan ke dalam rumah dan menyelimutkannya dengan kain lebih tebal, katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, bayi lelaki itu kemudian diambil dan seterusnya diazankan oleh salah seorang penduduk Felda berkenaan.

“Syukurlah bayi berkenaan selamat dan tiada perkara buruk menimpanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mad Nor Rasid semasa dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan pihaknya ada menerima laporan kejadian tersebut.

“Pada masa ini, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Mersing untuk penjagaan dan rawatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila kes selesai,” katanya.



Hari penentu perang serba salah

Bermula jam 8 pagi hari ini, pengundi akan turun untuk menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi memilih calon wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sehingga kini, ramai pihak masih belum mampu membuat tekaan siapakah calon yang menjadi pilihan pengundi dan parti manakah yang sudah menempah tiket untuk menang.

Keadaan yang masih samar-samar ini mungkin disebabkan oleh suasana pilihan raya yang suam-suam kuku tanpa sebarang kempen yang keras dan juga provokasi melampau.

Perang ‘serba salah’ ini berkemungkinan berkait rapat dengan isu royalti minyak Negeri Kelantan yang membabitkan kerajaan ngeri dengan kerajaan pusat.

Apa yang pasti Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku li ini telah membuat perubahan dalam corak kempen BN di DUN Galas iaitu dengan kaedah bertemu masyarakat.

Semua ceramah pemimpin-pemimpin kuat BN dibatalkan dan diganti dengan aktiviti minum kopi di kedai mamak dan juga menonton bola di gerai bersama pengundi.

Manakala Pas pula, tidak seperti pilihan raya sebelum ini tidak lagi menyerang peribadi calon dan juga Tengku Razaleigh dalam ceramah dan juga kempen mereka.

Pas juga turut memberi amaran akan memberi kad kuning kepada penceramah yang ingkar dengan arahan supaya tidak menyentuh Ku Li dalam ceramah Pas di sebelah malam.

Senario ini pastinya berbeza jika kita mahu bandingkan dengan pilihan raya sebelum ini, contohnya terdekat seperti di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.

Hari ini, semua pengundi dinasihatkan perlu turun awal ke pusat pembuangan undi, bukannya kerana takutkan hujan tetapi untuk mengelakkan budaya ‘last minit’ dalam kalangan masyarakat kita memakan diri.

Apa yang boleh diperkatakan kali ini, senario di Galas merupakan satu contoh terbaik kepada semua parti politik di negara ini bahawa dalam pilihan raya tidak perlu lakukan serangan provokasi yang melampau untuk menang.

Perkara yang penting adalah cara untuk menawan hati pengundi menerusi tawaran janji-janji pembangunan yang boleh dimanfaatkan oleh pengundi itu sendiri.

Sekiranya BN berjaya memenangi kerusi DUN ini nanti, maka bolehlah kita simpulkan di sini bahawa kaedah baru yang dibawa oleh Ku Li ini berkesan dan patut diteruskan.

Namun, sekiranya kalah, strategi berkempen BN perlu ditukarkan segera bagi mengelakkan kekalahan berturut-turut menimpa mereka lagi.

Manakala, Pas pula sekiranya menang, mereka bolehlah berbangga bahawa kini kubu kuat Ku Li mudah dipecahkan oleh jentera Pas dan ini juga membuktikan bahawa kemenangan Pas di Galas sebelum ini bukannya hanya kebetulan sahaja.

Sekiranya kalah, Pas perlu mengkaji semula kehendak pengundi di Gua Musang yang sejak dahulu lagi merupakan pengikut setia Ku Li dari Semangat 46.

Tinjauan oleh Ilham Centre mendapati, lebih separuh daripada pengundi di Galas masih menyembunyikan pendirian politik mereka dan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap “tawaran politik” daripada kedua-dua parti bertanding.

Hari ini semua pengundi termasuk yang masih di atas pagar perlu membuat pilihan bijak siapakah wakil rakyat yang layak dan mampu berada di kawasan mereka di kala penduduk DUN Galas memerlukan khidmat mereka.

Persoalan sama ada Dr Zulkefli Mohamed ataupun Ab Aziz Yusoff, terpulang kepada pengundi untuk menilai siapa dan parti mana yang berhak mendapat penghormatan tersebut, selamat mengundi!

Pelakon disangka penjenayah ditembak mati

CEBU - Seorang pelakon Filipina yang sedang beraksi dalam satu penggambaran filem ditembak mati oleh pengawal keselamatan sebuah kampung selepas dia disalah anggap sebagai penjenayah sebenar.

Kirk Abella sedang menjalani penggambaran watak penyerang bersenjata yang memakai topeng dan pelakon itu membawa bersama sebuah pistol mainan sambil menunggang motorsikal di bandar pelabuhan di Cebu, Sabtu lalu.

Lakonan meyakinkan Abella menyebabkan anggota pasukan keselamatan daerah itu, Eddie Cuizon, menganggapnya sebagai penjenayah sebenar dan menembak bahagian belakang badan pelakon itu.

Cuizon kemudian menyedari kesilapannya dan menyerah diri kepada polis


Rusia, Jepun berantakan

TOKYO - Pertelingkahan berhubung perebutan kawasan antara Jepun dan Rusia semakin meruncing selepas Tokyo memanggil pulang dutanya di Rusia, Masaharu Kono, semalam.

Tindakan yang dilihat bakal menjejaskan hubungan diplomatik dua kuasa besar dunia itu diambil sebagai tanda protes terhadap lawatan Presiden Rusia, Dmitry Medvedev ke sebuah pulau yang menjadi rebutan kedua negara sejak sekian lama, Isnin lalu.

Lawatan pemimpin Rusia itu mengejutkan kerajaan Jepun di bawah pimpinan Perdana Menteri Naoto Kan yang sudah pun terlibat dalam pertelingkahan serupa mengenai perebutan pulau dengan China.

Menteri Luar Jepun, Seiji Maehara mengumumkan keputusan Tokyo untuk memanggil pulang wakilnya itu bagi tempoh sementara, Selasa lalu.

Terdahulu, Maehara mengkritik keras lawatan Medvedev ke Pulau Kunashiri, atau juga dikenali sebagai Kunashir dalam bahasa Rusia, yang dianggap Moscow sebagai kepunyaan negara bekas Soviet itu, tapi dalam masa sama dituntut oleh Tokyo.

Medvedev adalah Presiden Rusia pertama yang menjejakkan kaki di salah satu daripada empat pulau di Kepulauan Kuril di utara Hokkaido yang kerap menjadi punca pertelingkahan.

No comments:

Post a Comment