Remaja terbabit yang enggan namanya didedahkan mendakwa dia bersama dua rakan lain berusia 14 dan 15 tahun pernah dicabul sukarelawan lelaki berusia 50-an terbabit yang kerap datang ke pusat itu.
Mangsa yang berusia 17 tahun berkata, pengalaman memalukan itu berlaku pada Jun lalu ketika dia dan rakan lain sedang tidur di pusat jagaan berkenaan selepas bermain komputer di ruang tamu.
“Ketika sedang tidur, lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke dalam bilik sebelum sengaja menarik seluar kami. Dia kemudian menyentuh kemaluan kami.
“Bagaimanapun kami sangat takut dan berpura-pura tidur kerana bimbang sesuatu tidak baik berlaku. Dia akhirnya beredar pergi dengan meninggalkan kami begitu sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, sejak kejadian memalukan itu, dia dan rakan lain hilang rasa hormat terhadap lelaki berkenaan yang sebelum ini dianggap seperti pak cik mereka
Sementara itu, sukarelawan yang dituduh mencabul terbabit sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan selepas dipercayai ada kaitan dengan laporan kes cabul terhadap 10 kanak- kanak sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama di sini.
Suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) petang semalam sebelum diambil keterangan lebih sejam oleh pegawai penyiasat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik keterangan diambil, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, Sabtu lalu, kira-kira 10 kanak-kanak pusat jagaan itu hadir ke IPKKL bersama pengurus pusat jagaan berkenaan untuk memberi keterangan.
'Joki’ larikan kenderaan
Malah dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi kelmarin, pasangan kekasih itu pada awalnya bercadang berhibur di pusat hiburan berhampiran Bukit Bintang.
Menurut sumber, sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa kemudian menyerahkan kenderaan jenis Proton Perdana V6 dipandunya kepada seorang lelaki yang berada di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan berkenaan.
“Tanpa memeriksa identiti suspek, mangsa dengan selamba menyerahkan kunci kenderaan itu sebelum menuju ke salah sebuah restoran makanan segera.
“Bagaimanapun, sekembalinya dari makan malam, pasangan kekasih berkenaan mula panik selepas menyedari keretanya tidak berada di kawasan tempat letak kenderaan itu,” katanya
Mati berpelukan
Dua beradik itu, Sarnotomo, 45, bersama adiknya Widhodo, 30, ditemui pasukan penyelamat ketika operasi mencari dilakukan di kawasan perkampungan mereka yang jaraknya hanya empat kilometer dari Gunung Merapi.
Malah, anak sulung Sarnotomo iaitu Adrianto, 24, turut ditemui mati di luar rumah mereka kira-kira 15 meter dari masjid itu ketika sedang berusaha menyelamatkan bapa dan juga bapa saudaranya yang menunaikan solat Maghrib.
Menurut isteri Sarnotomo, Ngatiyem, 45, biarpun sudah seminggu kejadian berlaku, namun dia masih tidak dapat melupakan detik terakhir bersama suami dan anak lelaki mereka.
“Beberapa jam sebelum kejadian, suami berada di rumah dan dia yang tidak pernah merokok seumur hidup tiba-tiba menghisapnya pada hari itu.
“Walaupun agak pelik dengan kelakuan suami namun saya tidak berani menegur sehinggalah dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib,” katanya
Menurutnya, dia sempat mengajak suami turun ke pusat penempatan sementara namun suaminya enggan dan mahu menunaikan solat terlebih dulu.
“Saya minta anak sulung menghantar saya ke pusat penempatan sementara selepas mendapat arahan agar segera berpindah.
“Malah, saya sempat berpesan kepada anak supaya segera pulang semula ke rumah untuk menjemput suami dan juga adik ipar yang masih berada di masjid,” katanya.
Katanya, dia tidak menyangka pesanan yang diberikan itu adalah kata-kata terakhir kepada anak sulungnya yang ternyata rela berkorban kerana kasihnya kepada bapa.
“Ketika anak pulang semula ke rumah suasana agak kecoh kerana penduduk sekitar lari menyelamatkan diri disebabkan awan panas yang melanda,” katanya.
Menurutnya, selepas sehari menunggu dia akhirnya dikejutkan apabila mendapat berita pasukan penyelamat menemui mayat suami serta adik iparnya yang berpelukan dalam masjid.
Lebih memilukan hati wanita terbabit apabila diberitahu anak sulungnya yang mahu menyelamatkan suami turut ditemui mati di luar rumah mereka. Bagaimanapun, ibu malang terbabit bersyukur kerana anak bongsunya Soleh, 21, selamat kerana sempat melarikan diri
2 minit macam dua jam
Lelaki warga emas terbabit, Marko Utomo, 60, ketika itu hanya mampu berserah serta berdoa dan pengalaman selama dua minit yang dilaluinya itu terasa seperti dua jam baginya.
Ketika itu, keadaan terlalu gelap disusuli bunyi guruh dan awan hitam namun dia bernasib baik apabila ternampak cahaya lampu seorang penduduk kampung yang menunggang motosikal untuk menyelamatkan diri.
Menurut Marko, sejurus terlihat cahaya itu, dia terus lari keluar dari rumah dan bernasib baik kerana penduduk terbabit ternampak dirinya.
“Hanya ungkapan syukur dapat diucapkan kerana dia menyelamatkan saya yang ketika itu hanya mampu berserah kepada takdir.
“Sehingga hari ini, saya tidak akan lupa mengucapkan terima kasih kepadanya setiap kali kami berjumpa di pusat penempatan sementara di Desa Kedung Brayut ini,” katanya
Awan panas: Kesusahan pengayuh beca cari sesuap nasi
Kebanyakan pengayuh beca yang berusia lingkungan 40 hingga 50-an itu terpaksa menggunakan keringat dan kudrat mereka mengayuh demi mencari sesuap nasi.
Golongan pengayuh beca ini menunggu di depan hotel dan mereka diberikan baju yang tertera nama hotel.
Kemeja-T yang tertera nama hotel itu digunakan untuk menunjukkan hanya mereka yang boleh menunggu di kawasan itu.
Dengan upah hanya Rp50,000 (RM17), pengayuh beca akan membawa pelancong berpusing ke sekeliling Kota Jogja yang mengambil masa hampir sejam.
Namun, untuk memperoleh seorang pelanggan yang mahu berpusing sekeliling kota agak sukar kerana mereka juga terpaksa bersaing dengan pengayuh beca lain
Kebanyakan pengayuh beca berhijrah ke Kota Jogja dan sanggup meninggalkan keluarga dan hanya akan pulang dua minggu sekali itupun bergantung kepada rezeki.
Malah, beca itulah juga yang digunakan sebagai ‘rumah’ untuk menginap
Dengan keadaan beca yang sempit, itu tidak menjadi masalah kepada mereka kerana apa yang lebih utama adalah kesihatan perlu dijaga untuk mengayuh beca setiap hari.
Melihatkan cara hidup mereka mencari sesuap nasi timbul rasa keinsafan di hati saya. -Hadzlihady
‘Saya memang anak derhaka’
Dia merantau selepas tamat sekolah rendah kini bekerja di sebuah perusahaan kayu di Purourougat, di sini, dan tidak pernah pulang ke kampung melawat ibunya sejak itu.
Irmanus, 22, hampir menitiskan air mata ketika menceritakan saat dia mengetahui ibunya terkorban dalam bencana yang melanda kampung halamannya itu.
Ketika ditemui di kampungnya itu, dia masih bersyukur apabila adik dan kakaknya selamat selepas berjaya lari menyelamatkan diri ke bukit belakang rumahnya.
“Saya berasa bersalah kepada ibu saya apabila gagal melihat wajahnya selepas saya hanya tiba di kampung selepas dia dikebumikan.
“Bukan kerana saya tidak mengingatinya, tetapi keadaan sekitar dan cuaca kerap kali membantutkan perjalanan saya,” katanya
Menurut Irmanus, dia hanya mengetahui mengenai bencana itu selepas 12 jam kejadian berlaku itupun melalui laporan di media elektronik.
Katanya, dia tiba ke kampungnya itu pada hari ketiga kejadian selepas semua mangsa yang maut sudah dikebumikan
Katanya, ibu bapa dan enam saudaranya yang lain ketika itu berada di rumah apabila berlaku gegaran dan ketika itu hanya adik dan kakak keduanya sedar mengenai gegaran itu dan berlari ke bukit berdekatan untuk menyelamatkan diri.
Irmanus berkata, ibu bapanya dan adik-beradiknya tidak sempat keluar dari rumah apabila tsunami datang.
“Kini adik dan kakak hanya bergantung harapan kepada saya selepas kematian kedua orang tua kami.
“Saya mungkin terpaksa berhenti bekerja dan mula membina kembali kehidupan kami adik beradik di sini,” katanya.
Jual gadis genit
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
anbia@hmetro.com.my
Kegiatan menyeludup dan menjual gadis hamba abdi warga Indonesia terbabit bagaimanapun dibongkar selepas empat gadis malang berkenaan diselamatkan pegawai imigresen Selangor sebaik tiba di negara ini melalui jalan laut. Hasil siasatan, sindiket pemerdagangan manusia terbabit turut didalangi seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Ibu Riah berpangkalan di Jakarta, Indonesia yang menjalankan aktiviti membekalkan gadis dari negara jiran berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila Imigresen Jeti Pulau Ketam memberkas seorang kapten kapal dan seorang pemandu teksi dalam satu operasi di Pelabuhan Klang bermula jam 7.30 malam hingga 2.30 pagi, kelmarin.
Dalam serbuan itu, empat wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 35 tahun yang menjadi mangsa diselamatkan sepasukan enam pegawai Jabatan Imigresen diketuai Ketua Pejabat Imigresen Jeti Pulau Ketam, M Chandran, yang melakukan risikan dan intipan sejak beberapa minggu lalu.
Sumber imigresen berkata, kegiatan jenayah terancang itu turut dibantu kapten kapal warga Indonesia selain pemandu teksi rakyat tempatan yang dibayar upah tinggi bagi menjalankan misi memindahkan gadis berkenaan.
“Hasil intipan hampir sebulan itu, pihak imigresen menangkap pemandu teksi itu kerana menyediakan pengangkutan membawa masuk warga Indonesia yang tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan.
“Turut ditahan ialah seorang kapten kapal yang menyeludup masuk dan menyediakan kemudahan khidmat pinjaman wang bagi membantu pendatang haram terbabit masuk ke negara ini,” katanya
Wartawan Harian Metro yang turut menyertai serbuan itu mendapati pihak Jabatan Imigresen turut merampas empat pasport, sebuah teksi dan sejumlah wang dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM) dan rupiah.
Siasatan awal mendapati keempat-empat wanita yang cuba diseludup dan dijual di negara ini menggunakan pasport milik individu lain.
Taktik itu dibongkar selepas siasatan mendapati maklumat dan gambar pada pasport digunakan sindiket terbabit mempunyai maklumat berbeza dengan gadis diselamatkan.
“Mereka memasuki negara ini secara haram dan akan dijual kepada mana-mana sindiket pelacuran tempatan mahupun ejen yang memerlukan perkhidmatan pembantu rumah dan pekerja restoran. Setiap seorang daripada mereka dijual pada harga kira-kira RM10,000 seorang,” katanya
“Sebaik pulang dari kedai, dia mendapati anaknya tidak bermaya dan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka untuk rawatan.
“Dr Eric Henry (pengadu) yang memeriksa si mati mengesahkan dia tidak lagi bernafas dan tiada sebarang denyutan nadi dikesan. Usaha untuk menyelamatkan si mati gagal, dan dia disahkan meninggal dunia pada 13 September 2009, jam 5.02 petang,” katanya
Mohd Asri berkata, pengadu membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah dan bedah siasat dilakukan Dr Mohammad Azaini Ibrahim pada 14 September 2009.
“Didapati punca kematian si mati adalah disebabkan pendarahan dalaman rongga abdomen akibat kecederaan berganda kepada organ abdomen disebabkan objek tumpul.
“Terdapat juga kesan luka lecet yang baru dan lama dikesan pada kepala dan sekitar abdomen si mati selain luka dalaman disebabkan tumbukan atau tendangan,” katanya
Haadyai tenggelam
Bencana itu turut memutuskan bekalan tenaga dan komunikasi.
Sejak banjir mula melanda negara itu 10 Oktober lalu, lebih 100 orang mati.
Dengan keadaan dijangka merebak, terdapat kebimbangan kemungkinan lebih ramai yang akan terkorban.
Banjir mula menenggelamkan Haadyai, bandar di wilayah Songkhla yang didiami 150,000 orang lewat kelmarin selepas hujan lebat selama beberapa hari.
Ia menjejaskan puluhan ribu orang, kemungkinan termasuk pelancong asing
“Saya percaya beribu-ribu penduduk terperangkap di rumah masing-masing.
“Saya cuba menghubungi beberapa hotel besar di Haadyai tetapi gagal kerana kemudahan komunikasi terputus. “Saya percaya ramai pelancong terkandas,” kata Pengarah Serantau, Jabatan Pencegahan Bencana, Viroch Phomchai
Kawasan peranginan itu popular dengan pelancong dari Malaysia dan Singapura.
Gambar yang disiarkan televisyen menunjukkan beberapa bangunan tenggelam sehingga ke paras bumbung di kawasan rendah berhampiran sempadan selatan negara gajah putih itu.
Terdahulu, Datuk Bandar Haadyai, Prai Pattano menganggarkan puluhan ribu penduduk terkandas di rumah mereka akibat banjir yang sedalam antara tiga hingga empat meter di sesetengah kawasan.
Pihak berkuasa menganggarkan enam juta orang di seluruh Thailand terjejas akibat bencana itu sejak tiga minggu lalu dengan rumah tenggelam dan tanah pertanian serta haiwan ternakan musnah.
Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva menyifatkan banjir itu sebagai bencana alam.
“Kerosakan teruk berlaku di selatan dengan semua bentuk komunikasi, termasuk jalan raya terputus,” katanya. — Reuters
No comments:
Post a Comment