Monday, November 1, 2010

AURA AGAMA ELOK SANGAT2LAH...KALAU AURA HIBURAN YANG MELALAIKAN NAK BUAT APA.....TAK KAN DOSA PAHALA TAK TAHU....

HAQ ITU JELAS...BATIL JUGA JELAS...JANGAN MATI KITA MENINGGAL MAKSIAT YANG YANG JADI IKUTAN ORANG YANG TERKEMUDIAN...SEKSA KITA DIDALAM KUBUR....

Aura Kak Pah, Ahmad Jais sukar dilawan

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

DENGAN izin Yang Maha Esa, esok akan berang�katlah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan fardu haji. Mudah-mudahan segala urusan ke sana berjalan lancar dalam meraih keberkatan.
Tiga hari sebelum menjejakkan kaki ke sana, Datuk Sharifah Aini yang sinonim dengan gelaran Kak Pah, sempat melunaskan janji kepada peminat.

Kak Pah tampil menghiburkan mereka dalam sebuah persembahan bergelar ‘Malam Juita Ku Sayang’ (MJKS) di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific.

Mungkin segelintir pihak berasa pelik apabila penghibur bersuara lunak merdu ini masih mahu mengadakan persembahan pada saat beliau sibuk membuat persiapan menunaikan haji

Namun andai diamati secara halus segala yang dilakukan Kak Pah adalah tanda komited seseorang penghibur yang ikhlas terhadap kerjayanya dan mengumpul dana bagi anak-anak tahfiz

Namun andai diamati secara halus segala yang dilakukan Kak Pah adalah tanda komited seseorang penghibur yang ikhlas terhadap kerjayanya dan mengumpul dana bagi anak-anak tahfiz.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya masih mahu membuat persembahan sedangkan tiga hari saja lagi saya akan berangkat ke Makkah.

“Tarikh persembahan ini pada mulanya lebih awal lagi namun terpaksa ditukar tarikh dan lokasi atas sebab tertentu. Apabila sudah berpindah tarikh, saya mesti berpegang kepada janji. Saya tidak sampai hati untuk menghampakan peminat yang sudah membeli meja untuk persembahan malam ini.

“Saya mahu lapangkan fikiran apabila menunaikan haji dan tidak perlu fikirkan soal kerja lagi memandangkan saya sudah melunaskan tanggungjawab saya dengan peminat dan promoter,” jelasnya pada sidang media selepas itu.

Kak Pah berkata, persembahan yang dibawakan syarikat�nya, Seri Dewi Productions dan Lime Event Management itu bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah dan Darul Uloom Islamiah.

“Persembahan malam ini bukanlah hiburan semata-mata tapi ada tanggungjawab yang dibawa bersama iaitu kita berhibur sambil beramal. Sebahagian wang akan disalurkan kepada madrasah terbabit untuk membiayai pengajian seramai 40 anak-anak di situ,” jelasnya.

Menyingkap kembali persembahan eksklusif itu, Kak Pah mengalunkan lebih 30 lagu termasuk secara medley.

Tiada apa yang boleh disang�kal mengenai kehebatan vokal beliau yang lunak merdu. Kak Pah tetap bertenaga dan semakin matang dalam nyanyian.

Muncul di pentas kira-kira jam 9.30 malam, Kak Pah dicungkil menerusi pertandingan Bintang RTS di Singapura pada 1968 itu membuka tirai persembahan dengan lagu Malam Denda�ngan Ria diikuti Rahsia Hati dan Terbang Helang.

“Lagu seterusnya sebuah lagu yang sangat lama. Masih saya ingat, masa tu, badan saya separuh daripada ini. Tapi tidak mengapalah, kerana suara saya masih ada.

“Saya mungkin berubah secara fizikal tapi saya masih Kak Pah dan Sharifah Aini yang sama,” katanya sebelum melontarkan vokalnya untuk lagu Sayangku (I Do, I Do, I Do).

Menjadikan persembahan malam itu tambah menarik apabila buat julung kalinya Kak Pah menyampaikan lagu Setulus Cintamu.

“Lagu ini diterbitkan pada 1980. Sebelum ini saya tidak pernah menyanyikannya di atas pentas dan malam ini saya membawakannya atas permintaan peminat. Ia adalah petikan dari filem Bintang Pujaan pada 1981,” ujarnya.

Beliau terus memukau dan memaku penonton apabila memperdengarkan lagu evergreen P Ramlee, Di Manakan Ku Cari Ganti sebelum melagukan pula Di Malam Persandingan.
“Lagu ini dirakamkan pada 1972. Apabila ada majlis pernikahan dan persandingan, ramai yang suka mainkan lagu ini,” katanya yang anggun menggayakan gaun rekaan Ezuwan Ismail.

Persembahan Kak Pah diha�ngatkan lagi dengan lagu-lagu seperti Inikah Balasannya, Penyakit Cinta, Juitaku Sayang, Perigi Biru dan Hey. Manakala Sabar Menanti dan Jatuh Cinta dipersembahkan dengan iri�ngan piano oleh Faizal Uzir yang juga selaku pengarah muzik.

Suasana bertukar menjadi bertambah panas sebaik saja intro muzik lagu-lagu medley 70-an bergema sekali gus membawa penonton mengimbau zaman kegemilangannya yang bakal menghasilkan album ke-99 dan 100 tidak lama lagi.

Kini Hatiku Telah Tertawan, Dari Masa Hingga Masa, Cemburu, Jangan Tinggalkan Daku dan Ingatan Manis Di Bulan September turut melonjakkan keinginan peminat menari bersama.

Seterusnya pemegang rekod artis rakaman paling lama bertahan di bawah naungan EMI selama 38 tahun ini menyampaikan pula selek�si lagu tradisi seperti Empat Dara, Zapin Budi dan Bunga Tanjung selain Oh Di Mana, Kenangan Indah dan Biar Masa Menentukan.

Acara yang berakhir sebelum jam 12.30 malam itu disudahi dengan lagu Renungkanlah yang menyusul selepas Terciptanya Manusia dan Kerana Cinta (Adam & Hawa).

Terdahulu, dua penyanyi undangannya, Datuk Ahmad Jais dan Syazliana, terlebih dulu membuat persembahan.

Mereka juga berkesempatan berduet dengan biduanita itu. Jika Syazliana berduet menerusi lagu Gitar Berbunyi, Kak Pah dan Ahmad Jais pula berpadu suara dalam lagu Joget Mengikat Janji.

Syazliana yang akhir-akhir ini seakan menyepi daripada publisiti media membawakan lagu Hob Kbeer, Kau Indah dan medley yang merangkumkan lagu pernah dipopularkan Fauziah Latiff dan Francisca Peter iaitu Dia, Diriku Terbeleng�gu dan Sekadar Di Pinggiran.

Datuk Ahmad Jais dengan vokal sehebat dulu berjaya mengubat rindu peminat de�ngan lagu popular beliau seperti Gelisah, Cenderawasih, Umpan Jinak Di Air Tenang, Lembaran Terakhir dan Di Ambang Sore.

Dapat dirasakan aura Kak Pah mahupun Ahmad Jais malam itu begitu hebat dan masih sukar dilawan artis-artis masa kin

No comments:

Post a Comment