Hukuman mati ke atas anggota polis bunuh Along Spoon kekal
2010/11/02
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu. Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya
Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.
Abdull Hamid yang mengumumkan keputusan itu berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah apabila menerima maklumat daripada Mohamed Ya'cob mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan yang membawa kepada penemuan mayat Sabi'ul atau lebih dikenali sebagai Along, di KM28 Jalan Kuala Klawang Genting Peras.
Selain maklumat mengikut Seksyen 27 itu, Abdull Hamid berkata terdapat keterangan mengikut keadaan yang membawa kesimpulan bahawa Mohamed Ya'cob telah membunuh Along.
Beliau berkata, terdapat keterangan menunjukkan bahawa Mohamed Ya'cob adalah orang terakhir bersama dengan si mati.
Malah, katanya, seorang saksi pendakwa, Mohd Fadzil Mohd Yatim, juga telah memberi keterangan bahawa beliau diminta oleh Mohamed Ya'cob untuk meninggalkan mereka (Ya'cob dan Along) di tempat di mana mayat Along ditemui kemudian.
Selain itu, katanya, terdapat keterangan bahawa Mohamed Ya'cob menyoal si mati berkali-kali dengan suara yang keras tentang hubungannya (Along) dengan isterinya (Ya'cob).
Mohamed Ya'cob yang juga pengawal peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 dan ke-11 pada 1999, didakwa membunuh penyanyi berusia 19 tahun itu di KM28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada 1 pagi 26 Disember 1999.
Along yang popular dengan lagu "Rindu Serindu-Rindunya" dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, pada 6 Januari 2000.
Pada 29 Ogos 2008, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamed Ya'cob terhadap sabitan dan hukuman mati yang dihadapinya.
Dalam keputusannya itu, Abdull Hamid tidak bersetuju dengan hujah peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamed Ya'cob bahawa anak guamnya tidak diberikan satu perbicaraan yang adil kerana hakim Mahkamah Tinggi telah mengambil kira-kira lima tahun dan lima bulan untuk menyediakan asas penghakimannya.
Abdull Hamid berkata, bukan semua kelewatan boleh membatalkan semua prosiding mahkamah.
Katanya, Mahkamah Tinggi telah memberikan keputusannya pada 10 April 2002, iaitu sebulan, empat hari selepas selesai mendengar perbicaraan kes itu dan oleh itu tidak boleh mengaitkan isu kelewatan dengan hak Mohamed Ya'cob untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan, Mohamed Ya'cob telah memberitahu Mohd Fadzil bahawa dia mensyaki isterinya ada hubungan dengan si mati.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud. - BERNAMA
NEGARA
Hukuman gantung dikekalkan
PUTRAJAYA - Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.
Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.
Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang
Wanita Jerman hilang dihanyut banjir di Jitra
2010/11/02
ALOR SETAR: Seorang wanita warga Jerman berusia 64 tahun hilang dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Kota Giam, Malau, Jitra dekat sini, malam tadi. Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Erna dikatakan dihanyutkan arus deras ketika hendak keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri bersama anak lelakinya, Yusof Abdullah, 41, dan menantunya, Ashalehah Zain, 40
Pasangan suami isteri itu dikatakan terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat pokok pada kira-kira jam 8 malam tadi, manakala Erna tidak sempat berpaut dan dibawa arus deras apabila kawasan berkenaan dinaiki air sedalam lebih dua meter.
Pasangan terbabit dikatakan terpaksa berada di atas pokok yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka selama lebih tiga jam sebelum ditemui dan diselamatkan pihak berkuasa.
Operasi mencari dan menyelamat warga Jerman itu kini dilakukan dengan kerjasama polis, bomba, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung.
Anak Sosilawati fail saman RM60 juta
2010/11/02
SHAH ALAM: Keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan saman gantirugi bernilai RM60 juta terhadap enam individu yang terbabit dalam pembunuhan wanita itu akhir Ogos lalu. Tuntutan itu difailkan enam anaknya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah
Mereka menamakan enam individu iaitu empat tertuduh kes pembunuhan ibu mereka, bekas peguam, N Pathmanaban, R Kathavarayan, R Mathan dan T Thilaiyagan serta terhadap dua pesalah yang didapati melupuskan mayat Sosilawati serta tiga yang lain, K Sarawanan dan U Suresh.
Peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners memfailkan tuntutan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.
Beliau yang ditemui selepas itu, berkata jumlah tuntutan itu menjadi RM60 juta daripada cadangan awal RM40 juta sebelum ini, selepas pihaknya dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, semua anak-anak Sosilawati tidak hadir atas alasan peribadi
NEGARA
Anak Sosilawati saman RM60 juta
SHAH ALAM – Enam anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memfailkan tuntutan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan lima individu lain kerana didakwa membunuh dan melupuskan mayat ibu mereka akhir Ogos lalu.
Enam anaknya terdiri daripada Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md. Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.45 pagi semalam.
Bagaimanapun, kesemua anak Sosilawati tidak hadir di mahkamah.
Selain Pathmanabhan, mereka juga menamakan K. Kathavarayan, R. Mathan, T. Thilailayagan, J. Sarawanan dan U. Suresh, kesemuanya pekerja ladang milik Pathmanabhan, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, kesemua anak Sosilawati antara lain mendakwa kematian ibu mereka pada usia 47 tahun telah menyebabkan mereka trauma dan mengalami penderitaan yang berterusan
DARI FACEBOOK
Orenji Ren Oren's Photos - Wall Photos
Added 4 hours ago · ·
Ramdzan Jabar hahah- ini sudah mendahului segala negara antah berantah -mah mah mah mah
3 hours ago · ·
No comments:
Post a Comment