NEGARA
BARANG YANG JENIS SUSUT NILAI...BARU SEKEJAP AJE...PASTU KUAR REKABENTUK BARU PULAK...DUNIA NI HANYA TIPU DAYA....
Harga Civic Hybrid turun sebanyak RM21,000
KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan bahawa harga Civic Hybrid kini turun sebanyak RM21,000 daripada harga semasa.
Semakan harga ini dibuat sejajar dengan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh insentif cukai bagi kenderaan hibrid hingga 31 Disember 2011.
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie berkata, melalui pindaan harga ini, para pelanggan kini boleh membeli Civic Hybrid pada harga atas jalan RM108,980 di Semenanjung Malaysia dan RM109,980 di Malaysia Timur.
"Sebagai perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada pasaran Malaysia, kami gembira dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan pengecualian penuh duti import dan duti eksais seperti yang diumumkan dalam Bajet 2011 baru-baru ini," katanya.
Tambah beliau, pengecualian ini sesungguhnya tepat pada masanya kerana Honda sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah barisan kenderaan hibridnya di Malaysia
NEGARA
PELBAGAI CARA NAK KAYA...TAK KIRA LAGI HALAL HARAM....MACAM TAK MATI2...
Datuk Kabi' ditahan polis lagi
KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap seorang lelaki bergelar 'Datuk Kabi' bagi membantu siasatan berhubung kes-kes penipuan cek mencecah jutaan ringgit dalam urusan pembelian hartanah di beberapa buah negeri di negara ini berakhir apabila dia ditahan kelmarin.
Suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada tengah hari berdekatan kawasan rumahnya di Sri Hartamas di sini.
Ketika ditahan, lelaki terbabit bersendirian di premis itu. Polis bagaimanapun tidak membuat sebarang rampasan.
Jurucakap polis berkata, pihaknya melakukan intipan selama sebulan terhadap suspek sebelum menahannya.
Suspek pernah menjadi buruan polis pada 2008 dan ditahan pada 17 Disember tahun yang sama selepas dia tampil menyerah diri di ibu pejabat JSJK Bukit Aman.
Suspek sebelum ini dipercayai terlibat dalam lebih 25 kes penipuan di ibu negara, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah membabitkan pembelian hartanah serta barangan lain menggunakan cek tendang
NEGARA
Budak maut, warga Jerman hilang
ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah sejak Sabtu lalu meragut korban pertama apabila seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditemui mati lemas manakala seorang warga emas berbangsa Jerman hilang dalam kejadian di Padang Terap dan Kubang Pasu semalam.Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, mayat kanak-kanak itu, Mohd. Zaki Amani Shaari ditemui selepas dilaporkan hilang ketika memukat ikan di kawasan bendang bersama abangnya di Kampung Charok Bongor, Kuala Nerang dekat sini kira-kira pukul 5 petang semalam.
Katanya, mayat Mohd. Zaki ditemui kira-kira sejam kemudian di tempat dia dilihat tenggelam oleh penduduk kampung yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam pada itu, seorang wanita warga emas berbangsa Jerman dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Jitra dekat sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, mangsa, Erna Fisher, 64, dilaporkan hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika keluar bersama anak dan menantunya untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka dinaiki air.
Difahamkan, paras banjir di kampung berkenaan mencecah dua meter dan keadaan berbahaya kerana arus deras.
"Anak dan menantunya berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa dihanyutkan. Sehingga pukul 5 petang ini (semalam) mangsa belum ditemui," katanya.
NEGARA
BANYAKNYA TELEFON BIMBIT...SALAH GUNA MAKA JATUHLAH HUKUMNYA HARAM...LEBIH2 DIJADIKAN ALAT HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRAM....AKHIRNYA TERJADINYA ZINA.....
Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan
CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.
"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.
Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.
"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama
DUNIA
KEKUASAAN ALLAH....ALLAH MAMPU BUAT APA SAJA...MALAH BOLEH BUAT YANG LEBIH DAHSYAT DARI INI...MAKA BERTAQWALAH......
Enam letusan Gunung Merapi
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi dijangka meletus selama beberapa bulan, kata seorang ahli vulkanologi pemerintah, Subandrio semalam.
Amaran itu diberikan semasa 50,000 penduduk masih berlindung di pusat perlindungan manakala sejumlah penerbangan ke Yogyakarta dibatalkan.
Semalam, Gunung Merapi itu meletus lagi sebanyak enam kali selepas subuh termasuk mengeluarkan lahar.
Letusan itu menyebabkan orang ramai panik manakala pemerintah memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan untuk mengelak melalui kawasan tengah Pulau Jawa.
Hampir 40 orang terbunuh sejak Gunung Merapi itu meletus pada minggu lalu.
Setakat ini, tiada laporan kematian dalam letusan terbaru yang berlaku ketika Indonesia masih bergelut untuk menghantar bekalan kepada mangsa-mangsa tsunami di pedalaman Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.
Kedua-dua bencana itu telah menyebabkan hampir 500 orang terbunuh.
Pegawai-pegawai turut meningkatkan tahap amaran melibatkan sejumlah daripada 129 gunung berapi aktif di Indonesia dengan dua daripadanya diramal meletus dalam tempoh dua minggu manakala 19 yang lain menunjukkan peningkatan aktiviti sebanyak dua kali ganda.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk kampung yang berpindah kini bimbang mengenai keselamatan ternakan mereka selepas mereka terserempak dengan tapak kaki harimau di sekitar cerun Gunung Merapi semalam.
Penemuan tapak kaki itu mencetuskan desas-desus bahawa seekor harimau bintang atau harimau belang merayau-rayau di ladang-ladang ternakan yang ditinggalkan mereka untuk mencari makanan.
Seorang penduduk, Ratmo Supomo berkata, dia dan isterinya melihat tapak harimau sebesar penumbuk ketika memeriksa ternakan mereka di Kampung Boyong, kira-kira lima kilometer dari puncak Gunung Merapi.
Sementara itu, di zon tsunami yang terletak lebih 1,300 kilometer ke barat Gunung Merapi, bantuan kini dihantar ke pulau-pulau terpencil di Kepulauan Mentawai selepas tsunami yang dicetuskan oleh satu gempa bumi kuat berhampiran Sumatera Barat pada minggu lalu telah memusnahkan beratus-ratu rumah, sekolah, gereja dan masjid.
Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia melaporkan, angka kematian bencana tsunami kekal 431 orang.
Sementara itu, Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mengeluarkan gas beracun dan batu semalam.
"Saat ini Gunung Anak Krakatau sudah mengeluarkan muntahan gas beracun, selain mengeluarkan material batu dari dalam perut gunung," kata Ketua Pos Pemantau Gunung Anak Krakatau GAK di Desa Pasauran, Kecamatan Cinangka, Kabupaten Serang, Provinsi Banten, Anton S Pam budi. - Agensi
DUNIA
Banjir besar di selatan Thai
BANGKOK - Thailand semalam bertungkus-lumus untuk menyelamatkan ribuan mangsa yang terperangkap di rumah masing-masing selepas banjir sedalam beberapa meter melanda bandar Hat Yai, di selatan negara itu sekali gus mengakibatkan bekalan elektrik dan komunikasi terputus.
Air membanjiri bandar ini yang didiami 150,000 orang sejak kelmarin ekoran hujan lebat.
Pengarah Serantau Jabatan Pencegahan Bencana, Viroch Phomchai berkata, dia cuba untuk menghubungi hotel-hotel besar di Hat Yai tetapi sistem telekomunikasi terputus.
"Justeru, saya rasa ramai pelancong yang terperangkap," katanya.
Hat Yai cukup popular di kalangan pelancong dari Malaysia dan Singapura.
Pihak berkuasa Thailand menganggarkan hampir enam juta penduduk di seluruh negara terjejas akibat bencana itu sejak tiga minggu lalu apabila rumah ditenggelami air manakala ladang dan ternakan musnah.
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva menyifatkan banjir itu sebagai salah satu bencana alam yang besar.
"Banyak masalah serius berlaku di kawasan selatan kerana semua bentuk komunikasi dan jalan terputus. Paras air sangat tinggi dan tiada tanda-tanda akan surut," kata Abhisit.
Abihisit turut memberitahu kerajaan telah membelanjakan hampir separuh bajet kecemasannya sebanyak AS$1.6 bilion (RM4.94 bilion) sejak beberapa hari lalu untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Kelmarin, sebuah hospital terpaksa memindahkan para pesakitnya.
Semua perkhidmatan keretapi ke Hat Yai turut dibatalkan selepas air setinggi dua meter menenggelamkan landasan dan platform keretapi.
Kerajaan Thailand telah menghantar beberapa buah pesawat untuk menghantar bantuan ke bahagian selatan.
Dua buah kapal turut digunakan untuk menghantar bantuan perubatan dan logistik bagi melancarkan operasi menyelamat.
Sementara itu, Gabenor di Surat Thani, Thirayuth Aiumtrakul mengisytiharkan 16 daerah iaitu Muang, Kanchanadit, Don Sak, Pun Pin, Tha Chang, Chaiya, Tha Chana, Ban Nasarn, Viangsra, Prasaeng, Chai Buri, Khirirat Nilhom, Vibhavadee Rangsit, Phanom, Koh Samui dan Koh Phangan sebagai zon bencana.
Sejak 10 Oktober lalu, seramai 104 orang terbunuh ekoran beberapa kejadian banjir di Thailand. - Agensi
No comments:
Post a Comment