Wednesday, November 3, 2010

JANGAN BUAT PERBUATAN DOSA...SEMUA DALAM ILMU ALLAH...AKHIRAT MEMANG TAK BOLEH LEPAS....KAT DUNIA JANGAN BERLAGAK DENGAN KUASA CIPUT TU...MATI TAK DA KUASA LAGI....JAWABLAH KALAU KAKI BUAT DOSA DAN PENIPU

Warga Iran telan dadah mati

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Misteri kematian seorang pelancong warga Iran terbongkar apabila dia didapati menelan bungkusan dadah syabu sejak beberapa hari lalu.
Suspek yang dipercayai menelan berpuluh ketulan kecil dadah syabu dipercayai mengalami sakit perut yang serius sehingga menyebabkan kematiannya di dalam sebuah bilik hotel. Mangsa yang berusia 34 tahun sebelum ini dikesan menginap bersama dua rakan lain di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini selepas memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pelancong asing.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan mati mengejut selepas mengadu sakit perut pada Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Katanya, pegawai perubatan yang melakukan bedah siasat mengesan kewujudan objek aneh di dalam perut mangsa yang dikenal pasti sebagai dua ketulan dadah mampat.

“Hasil siasatan polis mendapati ketulan dadah seberat 19 gram itu adalah dadah jenis syabu yang ditelan mangsa sebagai taktik untuk menyeludup bahan itu ke negara ini. “Bagaimanapun, hasil bedah mendapati mangsa mati kerana sembelit

“Kematian lelaki terbabit bukan berpunca daripada dadah yang ditelannya itu kerana ketulan dadah berkenaan tidak pecah ketika ditemui.

“Berikutan itu, polis menahan dua rakan mangsa berusia 34 dan 35 tahun kerana bersubahat menyeludup serta mengedar dadah berkenaan bersama mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam

Beliau berkata, polis percaya mangsa sudah menelan lebih daripada dua ketul dadah yang ditemui itu.

“Kita (polis) mengesyaki mangsa berjaya mengeluarkan sejumlah ketulan syabu yang lain sejurus tiba di negara ini. Buat masa ini kita sedang menyiasat kepada siapa dadah itu diedarkan termasuk pembabitan dua suspek berkenaan,” katanya.

Kejadian terbaru itu membuktikan sindiket dadah warga Iran semakin aktif menggunakan taktik menelan dadah selepas lapan lelaki Iran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal September lalu.

Semua suspek terbabit yang kebanyakan bekerja sebagai peladang diupah sindiket dadah antarabangsa supaya menelan 500 bungkusan dadah kecil sebesar ibu jari tangan dewasa itu dengan upah AS$20 (RM60) bagi setiap bungkusan yang ditelan.


LAHIR ANAK LUAR NIKAH...PASTU BUANG...ENTAH BERAPA KALI ZINA...DAN BARU MENGANDUNG.....INGAT PEMERINTAH....JANGAN ANGGAP LEPAS DIAKHIRAT NANTI....

Bayi baru lahir berlumuran darah dibuang tepi rumah



MERSING: “Saya terkejut mendapati ada bayi diletakkan di tepi rumah dengan tubuhnya berlumuran darah selain masih bertali pusat,” kata Siti Zaharah Ahmad, 45, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tekukur, Felda Nitar 1 di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.

Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.
“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah.

“Saya membawa bayi itu masuk sebelum membersihkannya,” katanya.

Abd Rahman pula membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing

“Sebelum kejadian, saya melihat kelibat kereta tidak dikenali berlegar di kawasan ini dan mungkin mereka yang menjadi dalang membuang bayi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, sebaik mendapat maklumat sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian

“Bayi seberat 2.4 kilogram itu dipercayai berketurunan Melayu selain baru dilahirkan kurang 24 jam lalu.

“Bayi itu sudah dihantar ke Hospital Mersing dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya


Judi ekor kaut RM4.3j

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SERDANG: Sekumpulan tiga lelaki ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan perjudian ekor tanpa lesen hingga mampu mengaut keuntungan mencecah RM4.3 juta sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, ketiga-tiga suspek terbabit ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Besar, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, kumpulan terbabit dipercayai bergiat aktif sejak tiga tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Dalam operasi kira-kira jam 12 tengah malam itu, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, mengetuk pintu rumah berkenaan sebelum seorang lelaki yang mengaku tuan rumah membukanya. “Polis segera menyerbu rumah itu dan menahan dua lagi lelaki di tingkat dua selain turut merampas pelbagai barangan disyaki digunakan untuk tujuan perjudian. “Ketika serbuan itu, ketiga-tiga lelaki berusia 30-an sedang memasukkan data angka disyaki perjudian ekor,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Seri Kembangan, di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas komputer, komputer riba, telefon bimbit, peranti jalur lebar, kalkulator dan kertas putih tercatat angka dipercayai untuk perjudian ekor.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mampu mengaut keuntungan mencecah hampir RM100, 000 seminggu dan memperoleh kira-kira RM4.3 juta sejak tiga tahun lalu,” katanya

Thaiveegan berkata, semua mereka kini ditahan reman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953

Awan panas: 'Ragam' Gunung Merapi kali ini pelik



SEMALAM hari terakhir saya ditugaskan membuat liputan di kawasan meletusnya Gunung Merapi.
Bagi saya yang pertama kali membuat liputan bencana gunung berapi paling aktif di dunia ini, pengalaman dikutip memang sangat berharga dan menjadi kenangan sepanjang menjadi wartawan.

Selama seminggu berada di sini, saya dapat melihat betapa sukarnya kehidupan penduduk di sekitar kawasan Gunung Merapi yang bergantung hidup sebagai penternak dan petani.
Ditambah lagi dengan bencana awan panas yang setakat ini meragut 38 nyawa, mereka bagaikan hilang arah dan kini hanya menumpang hidup di pusat penempatan sementara yang disediakan.

Bagi yang kehilangan ahli keluarga yang terkorban dalam bencana itu, ada antara mereka masih trauma dan mampu berkongsi kisah sedih bersama mangsa lain ketika di pusat penempatan sementara yang disediakan. Apa yang saya kagumi, walaupun hidup mereka dihimpit kemiskinan dan ditimpa musibah, namun penduduk sangat ramah serta tidak sombong dan kuat bekerja meneruskan kelangsungan hidup.

Masih kuat berpegang dengan adat dan budaya, bagi mereka Gunung Merapi kali ini ‘sikap’ nya agak pelik kerana masih terus menerus memuntahkan debu yang menghasilkan awan panas

Menurut penduduk di sini, Gunung Merapi seolah-olah marah dan memuntahkan debu tanpa mengira waktu serta agak sukar difahami.

Sebelum ini, jika berlakunya letusan Gunung Merapi, penduduk mengetahui terlebih dulu kerana haiwan liar yang berada di kawasan hutan berhampiran gunung terbabit mula turun di kawasan perkampungan mereka

Namun, kali ini mereka agak sukar memahami Gunung Merapi yang langsung tidak memberikan tanda awal dan terus memuntahkan debu vulkanik. - Hadzlihady



Tsunami di Mentawai: Hanya masjid terselamat

KEPULAUAN MENTAWAI: Kuasa Allah, itu yang hanya mampu dilafaz apabila sebuah masjid di perkampungan Pasapuat, Pulau Pagai Utara, di sini, masih teguh berdiri meskipun kawasan rumah sekitarnya hancur akibat dilanda tsunami.
Ketika kejadian malam Isnin itu, tiga keluarga berlindung dalam masjid yang gelap selepas bekalan elektrik terputus dan mereka hanya mengalami cedera ringan.

Masjid berkenaan yang sudah berusia 31 tahun tidak dimasuki air seolah-olah air mengelak sebaik tiba di pagar masjid itu sebaliknya hanya melalui tepi kiri dan kanan dindingnya.
Ombak setinggi pokok kelapa ketika tsunami itu juga menghancurkan kawasan perumahan sejauh 100 meter dari pantai berkenaan, namun tidak mengorbankan nyawa 321 penduduk yang menghuni kampung berkenaan.

Tinjauan mendapati semua mereka masih menghuni kawasan dalam masjid itu sementara yang lain menghuni khemah yang dibina di atas bukit berhampiran.

Seorang penduduk, Idris, 35, berkata, ketika kejadian itu mereka merasa gegaran kuat sebelum beberapa bahagian rumah runtuh dan selepas itu mereka mula melarikan diri ke arah bukit


29 peguam pantau pengundi hantu



GUA MUSANG: Pas akan menempatkan 29 peguam mewakili parti itu di semua peti undi pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Galas.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar), berkata peguam terbabit akan bertindak sebagai pemantau bagi memastikan tidak berlaku penipuan atau kewujudan pengundi hantu pada hari pembuangan undi di DUN Galas.

“Penempatan peguam sebagai pemantau bagi pihak Pas sudah dimulakan pada pilihan raya kecil di DUN Manek Urai, Kuala Krai tahun lalu tetapi jumlahnya lebih kecil berbanding di Galas ini.
“Kita ingin pastikan tidak wujud pengundi hantu dalam proses pembuangan undi di DUN Galas ini,” katanya pada sidang media harian di Markas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas di sini, semalam. Beliau berkata, penempatan ramai peguam mewakili parti itu adalah di kawasan peti undi Sungai Terah yang dianggap tempat tumpuan kerana Pas berjaya memperoleh majoriti lebih 500 undi pada Pilihan Raya Umum 2008


Merapi meletup paling kuat berbanding minggu lalu



JAKARTA: Gunung Merapi meletup sekali lagi semalam, paling kuat berbanding minggu lalu, memuntahkan asap panas sehingga sejauh 9.6 kilometer.
Letupan itu menyusuli letupan sebelah pagi yang mengalirkan asap dan batu ke kawasan lereng gunung berkenaan.

Merapi mula meletup 26 Oktober lalu dan kebanyakan 38 kematian berlaku pada hari pertama itu.
Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan letupan semalam.

Pakar gunung berapi Indonesia, Safari Dwiyono berkata, dua letupan semalam mungkin membantu mengurangkan tekanan dalam kawah gunung itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia semalam mengesahkan 428 orang mati akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai di pesisir pantai Sumatera

Jumlah itu berkurangan daripada angka asal selepas perbandingan dibuat antara pihak yang terbabit dalam gerakan menyelamat. - AFP

No comments:

Post a Comment