BERKORBANLAH JUGA UNTUK ALLAH....NI LEBIH AULA....
Rela mati demi isteri
Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my
hadzlan@hmetro.com.my
Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.
Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.
Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.
Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.
“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.
“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya
Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.
Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.
Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.
Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam
BILA KITA BUAT...BENDA BUKAN SEPATUTNYA....JADIKANLAH PENGAJARAN KEPADA SEMUA...KERANA ZAMAN INI...HIDUP TERLALU BEBAS HINGGA TAK PENDULI HUKUM...
Neraka cinta
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Kejadian berlaku di rumah kongsi tempat tinggal pasangan suami isteri itu, Jalan Pesisir di Nyalau, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, lelaki berusia 33 tahun itu memukul isterin yang setahun lebih tua daripadanya di depan anak tunggal mereka berusia tiga tahun serta beberapa rakan sekerja.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, sebelum kejadian, suspek minum bersama rakan di sebuah gerai dan apabila pulang ke rumah dia melihat isterinya sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi berkenaan.
“Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek dikatakan mengarahkan isterinya beredar, namun wanita berkenaan enggan mengikut arahannya.
“Berang dengan sikap isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu bertindak memukul, menendang selain memijak perut mangsa menyebabkan dia pengsan
“Selepas dibelasah, wanita terbabit dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di rumah kongsi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, polis menerima maklumat orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang selain mengalami lebam di beberapa anggota badan.
“Siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dengan kesan lebam ditemui pada badan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang berasal dari Dalat, Sibu kini direman bagi membantu siasatan dan polis tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan menetap bersama suaminya di rumah kongsi berkenaan selepas mengikutnya bekerja sebagai buruh kasar sejak beberapa bulan lalu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya
JANGAN BERCAKAP BIJAK...PETAH MENASIHAT ORANG....TAPI CAKAP TAK SERUPA BIKIN...BERPURA2 DEMI CARI MAKAN.......
Penyampai radio dicekup khalwat
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.
Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.
Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci.
Katanya, apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan
“Pemeriksaan mendapati ada seorang wanita di dalam rumah itu yang turut berpakaian lengkap dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan mahram atau suami isteri.
“Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya
Sumber itu berkata, penyampai radio itu juga memberi alasan menemani pasangannya menjamu selera kerana wanita itu menyewa seorang diri di rumah berkenaan.
Difahamkan, penyampai radio itu terkenal di kawasan utara Semenanjung menduda sejak beberapa tahun lalu manakala wanita berkenaan masih bujang.
Sumber itu berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan penyampai radio berkenaan kerap bermalam di rumah wanita itu selepas waktu kerja atau pada hari cuti dan hanya pulang keesokan hari.
“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali
No comments:
Post a Comment