Thursday, November 25, 2010

AKIBAT ILMU FARDU AIN TAK DITUNTUT...PERGAULAN BEBAS...UNDANG2 ALLAH YANG MENAKJUB TAK GUNA PAKAI...ASYIK GUNA PENINGGALAN PENJAJAH...

Isteri mengharap kematian suami



SAYA berusia 40 tahun mempunyai tiga anak berusia 17, 15 dan 14 tahun. Saya sudah bercerai dengan suami pertama dan sekarang berkahwin semula.
Perkahwinan kali kedua ini memasuki usia lima tahun. Suami saya seorang mualaf berbangsa Inggeris berusia 64 tahun.

Tahun pertama perkahwinan kami cukup bahagia, tetapi saya menyedari terdapat beberapa kekurangan suami.

Suami memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan saya. Selepas memeluk Islam dia tidak mengikuti kelas agama Perkim atau badan Islam lain walaupun saya cuba memujuknya dengan alasannya semua agama adalah serupa dan menyembah pada tuhan yang satu

Namun, saya tetap menjelaskan kepadanya perbezaan antara Islam dan agama lain. Bagaimanapun, selepas memeluk Islam dia tidak lagi makan babi, tetapi tetap mengambil minuman keras.

Selain itu, suami menghadapi masalah mati pucuk kritikal. Kami beberapa kali berjumpa pakar perubatan di hospital kerajaan dan tradisional untuk memulihkan masalah berkenaan, tetapi gagal.

Masalah ini membuat jiwa rasa sungguh tertekan dan memberontak. Suami menyedari keadaan itu dan dia memesan alat mainan seks untuk kegunaan saya.

Bagaimanapun, ia masih tetap tidak mampu memenuhi keinginan saya. Akhirnya suami menggunakan jari untuk memuaskan saya tapi saya kesakitan.

Untuk pengetahuan Dr, akibat tekanan masalah seksual itu saya berjauhan dengan suami apatah lagi saya bekerja di negeri lain.

Baru-baru ini, saya ada berkenalan secara tidak sengaja dengan seorang pensyarah pusat pengajian tinggi awam melalui Internet. Kami berjumpa atas dasar hubungan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas pertemuan itu dia menghantar SMS menyatakan dia suka kepada saya dan mahu hubungan kami lebih serius.

Saya tidak pernah memaklumkan status diri saya walaupun dia ada bertanya. Saya cuma berkata saya sudah 'berpisah' dengan suami iaitu duduk berjauhan, tetapi bukan bercerai.

Namun, dia menganggap saya sudah bercerai. Terus terang, saya mulai suka kepada lelaki berkenaan, namun apabila memikirkan perbezaan usia yang jauh saya mengalah. Dia seorang lelaki yang matang walaupun baru berusia 26 tahun.

Berbalik kepada suami, dia seorang yang pemurah, menjaga saya dengan baik cuma masalahnya dia mati pucuk dan kuat cemburu.

Saya juga bergantung kewangan daripadanya. Jiwa saya sangat tertekan dan menderita dan ingin berpisah dengan suami.

Pada masa sama saya takut menghadapi perceraian, seperti perceraian yang pertama dulu.

Kadangkala saya terfikir kenapa suami tidak mati saja supaya tiada sesiapa yang menyalahkan saya lagi apabila ingin memulakan kehidupan baru.

Namun, itu tidak mungkin berlaku kerana faktor genetik sebelah suami mempunyai jangka hayat yang panjang seperti ibu mentua saya yang sekarang berusia 98 tahun.

Bagaimana jalan penyelesaian terbaik Dr?


ISTERI DERITA
Kuala Lumpur



DALAM kehidupan berumah tangga, setiap suami dan isteri ada hak dan tanggungjawab masing-masing yang perlu ditunaikan. Isteri bertanggungjawab untuk melayan suami, manakala suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan seksual antara suami isteri adalah hak dan tanggungjawab bersama. Suami dan isteri mesti menunaikan hak bersama itu.

Jika suami gagal memberi nafkah batin atau kebendaan kepada isteri tanpa sebab yang boleh diterima syarak, isteri boleh memilih untuk berpisah dengan suami melalui perceraian taklik atau fasakh.

Dalam kes puan, saya berpendapat ia sudah berada di peringkat kritikal apabila suami tidak dapat lagi memberi nafkah batin yang sempurna walaupun pelbagai cara sudah dicuba.

Islam membenarkan puan memilih berpisah dengan suami. Bagaimanapun, ia perlu difikirkan secara sempurna, baik dan buruknya meneruskan perkahwinan atau perceraian.

Pada masa yang sama, puan dinasihatkan tidak meneruskan hubungan dengan lelaki lain ketika dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana ia dilarang agama kerana termasuk dalam perlakuan maksiat kerana berlaku curang kepada suami.

Selain itu, keadaan yang kritikal sekarang dan hubungan yang agak bebas mungkin menyebabkan berlaku dosa zina. Ia perlu dielakkan kerana hukuman zina dalam Islam amat keras, iaitu rejam sampai mati kepada penzina lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.

Al-Quran menegaskan: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang yang beriman." (Surah al-Nur ayat 2).


Tidak rujuk tapi tidur sama



SAYA sudah bercerai dengan suami lebih setahun lalu, tetapi baru-baru ini aduan kemusykilan saya dijawab pakar agama dengan memberitahu saya masih isteri yang sah dan menyuruh membatalkan perceraian dengan mendaftar di mahkamah.
Saya melakukan itu dan sepanjang perbicaraan suami tidak pernah hadir. Untuk pengetahuan Dr, sejak bercerai, kami selalu tidur bersama seperti dulu walaupun suami tidak mengucapkan rujuk tapi dia menyetubuhi saya sehingga sekarang.
Sekarang dia tinggal berasingan dan akan pulang seminggu sekali. Setiap bulan dia memberi nafkah kepada saya.

Kami berbincang dan bersetuju merahsiakan status kami daripada pengetahuan ibu bapanya

Itu disebabkan bapanya tidak pernah menyukai saya selama empat tahun menjadi menantunya. Kami reda dengan jodoh ini walaupun pada mulanya tidak berniat untuk berkahwin.

Masalahnya Dr, suami sekarang seolah-olah tidak mahu ke mahkamah atas alasan sibuk. Saya rasa suami tidak mahu mengahwini saya semula dan cuma ingin melepaskan nafsu saja.

Saya terasa dipermainkan dan sehingga sekarang masih dapat bertahan kerana terlalu cintakan suami malah sanggup mengambil risiko membenarkannya berkahwin lagi jika gagal memberi zuriat.

Baru-baru ini, saya mula syak perubahannya. Apabila saya menghubungi telefon bimbitnya tertera perkataan 'menunggu', bermaksud dia sedang bercakap dengan seseorang.

Ketika balik ke rumah dia akan menyembunyikan telefon atau mematikannya. Pada suatu malam, hati saya terlalu ingin tahu dan mencari telefon itu dan akhirnya saya melihat gambar perempuan di dalamnya.

Apakah perlu saya lakukan untuk melupakan dia? Daripada segi undang-undang Malaysia kami sudah sah bercerai, tetapi dari undang-undang Islam saya tetap isterinya kerana kami sudah rujuk rajie.

Sekarang saya fikir dia tidak perlukan saya lagi. Dia pernah cakap yang saya memaksanya untuk menyayangi saya. Saya terasa diri diperalatkan.


MURNY
Kuala Lumpur



MEMANDANGKAN perceraian anda sudah disabitkan di mahkamah syariah, status rujuk atau hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tidak boleh dirujuk, iaitu setelah habis edah.

Jika masih tidak dilaporkan, mahkamah perlu memastikan perkara itu berlaku. Mahkamah memerlukan kerjasama suami puan untuk mendapat keterangan perkara berkenaan.

Ini kerana tanpa adanya surat rujuk, anda berdua boleh didakwa bersekedudukan tanpa kahwin. Perkara begini perlu dibincangkan dengan suami kerana ada implikasi undang-undang.

Melakukan persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai adalah satu kesalahan. Hukumannya dalam Akta Undang-undang Keluarga Wilayah-Wilayah Persekutuan ialah denda RM500 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Ahmad Ibrahim, 1999: 247).

Soal status perkahwinan anda perlu ditetapkan terlebih dahulu. Persetujuan anda berdua untuk merahsiakan masalah rumah tangga daripada pengetahuan keluarga masing-masing menyebabkan status anda menjadi lebih rumit.

Akhirnya anda berasa seperti dipermainkan suami apabila dia menjalin hubungan dengan wanita lain. Saya berpendapat anda perlu menyelesaikan masalah satu persatu bermula dengan kedudukan status perkahwinan seterusnya masalah lain daripada soal hubungan dengan mentua dan kemungkinan suami ingin berkahwin lain atau hanya sekadar berseronok dengan perempuan lain.


Resah selepas laku mukadimah zina



ADAKAH saya dikira berzina jika kepala zakar saya sudah berada di pintu faraj teman wanita saya, tetapi tiada tusukan dilakukan kerana saya berasa takut.
Bagaimana kami ingin berkahwin nanti, adakah seperti biasa atau dengan cara lain?


MAT
Perak
 

PERBUATAN sedemikian dikira sebagai percubaan melakukan zina (mukadimah zina) kerana belum berlaku persetubuhan.

Persetubuhan dikira berlaku apabila kepala zakar (hasyafah) dimasukkan ke dalam faraj. Walaupun begitu perbuatan itu tetap dianggap sebagai perbuatan maksiat dan haram dilakukan.

Hukuman yang boleh dikenakan adalah dalam bentuk takzir (denda) dan bukan hukuman hudud atau had zina, iaitu 100 kali rotan bagi lelaki dan perempuan belum berkahwin.

Sewajarnya anda berdua menghindari berdua-duaan kerana perbuatan sedemikian boleh membawa kepada jenayah perzinaan.

Anda berdua dinasihatkan meneruskan perkahwinan secepat mungkin. Ini kerana perkahwinan saja yang dapat menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.



Gadis terlanjur gusar masa depan



SAYA seorang wanita yang masih belajar. Saya tahu hukum agama namun pada waktu usia muda selalu terikut-ikut ajaran syaitan.
Saya pernah terlanjur, tetapi saya sudah bertaubat.

Saya tidak lagi bersama kekasih. Sekarang saya bersyukur dipisahkan, tetapi takut menghadapi masa depan.

Saya takut hendak menjalinkan hubungan serius dengan lelaki kerana bagi saya hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang dan nama Allah hendaklah dijalinkan dengan ikatan perkahwinan


Saya teringin mencari lelaki beriman yang boleh membimbing saya ke syurga, tetapi berasa diri tidak layak mendapat semua itu.

Saya bimbang bakal suami tidak boleh menerima keadaan diri yang sudah terlanjur.

Saya tidak tahu hendak bercerita kepada siapa kerana tiada siapa yang tahu mengenai diri saya.

Kadangkala saya terfikir untuk terus tidak berkahwin kerana takut untuk berdepan dengan bakal suami jika dia tahu saya pernah bersama orang lain.

Saya buntu, tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

SEDIH
Negeri Sembilan




MASALAH terlanjur berlaku akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bermula dengan suasana persekitaran seperti di rumah, sekolah dan kawan-kawan.
Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berwaspada terhadap pergaulan anak gadis mereka.

Hadis Nabi ada menyatakan (maksud): “Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram.” (Hadis riwayat Bukhari)

Selepas terlanjur, tiada yang boleh dibuat selain bertaubat kepada Allah semata-mata. Dosa zina boleh dihukum sebat 100 kali sekiranya sabit kesalahan.

Bagaimanapun, anda tidak dinasihatkan mendedahkan keaiban diri kepada umum.

Ajaran Islam mengenai kesalahan zina bertujuan menjaga kesucian diri dan masyarakat daripada pergaduhan sesama sendiri dan menyekat wabak penyakit.

Dalam urusan memilih jodoh, anda dinasihatkan supaya menyuarakan keinginan kepada ibu bapa. Mereka tentu mencari jodoh yang baik.

Mencari jodoh sendiri melalui kenalan mungkin membawa fitnah dan maksiat seperti yang pernah berlaku pada diri anda.

No comments:

Post a Comment