BENDA NI HAL DUNIA JANGAN DIRUMITKAN...YANG NAK DIBUAT HAL ISLAM....
Kecewa lagi...
Oleh Rashidi Karim
KECEWA...Shahida bersama bapanya keluar dari Jabatan Pendaftaran Negara Perlis, semalam.
Dia bersama anak keduanya, Shahida dari Wang Kelian, dekat sini, yang hadir ke pejabat JPN Perlis di Wisma Persekutuan, di sini, pagi semalam, terpaksa pulang hampa kerana masalah birokrasi ditimbulkan pihak terbabit yang masih mahu surat pengesahan kelahiran baru dari Thailand.
“Hasrat Shahida untuk melangsungkan perkahwinan pada Januari ini pasti tertangguh untuk kali ketiga kerana tiada pengenalan diri dan saya sudah berputus asa untuk berurusan dengan JPN yang masih berkeras mahu surat pengesahan kelahiran Shahida yang sah.
“Lima tahun lalu, masalah sama ditimbulkan, malah surat dikeluarkan tok neban pada ketika itu ditolak mentah pegawai JPN kerana berlaku kesalahan ejaan yang dianggap kecil pada surat terbabit.
“Saya rasa mereka (JPN) tidak mahu mengeluarkan kad pengenalan atau MyKad untuk anak saya dengan menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
“Biar dia (Shahida) menjadi gadis tanpa negara dan soal jodoh, saya berserah kepada takdir,” katanya ketika ditemui selepas berurusan selama hampir sejam dengan pegawai JPN di sini.
Turut menemani keluarga berkenaan Pegawai Khas kepada Exco Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim, Mohd Yusof Masri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wang Kelian, Razak Daud.
Bagaimanapun, Pengarah JPN Perlis tiada di pejabat dan keluarga berkenaan hanya dilayan seorang pegawai kanan wanita yang enggan memberi sebarang ulasan.
Rabu lalu, Harian Metro melaporkan dilema seorang gadis yang tidak dapat melangsungkan perkahwinan dengan teruna pilihannya kerana tiada pengenalan diri atau MyKad hingga digelar gadis tanpa negara.
Kesilapan berlaku selepas dia dilahirkan di kampung halaman ibunya, Shamsiah Desa, 45, di Thailand.
Shahida sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 15 November lalu, tetapi dilanjutkan sehingga Januari ini selepas bertunang selama dua tahun dengan seorang anggota tentera yang berkhidmat di Kem Majidee, Johor kerana imam enggan meneruskan pernikahan selepas tiada dokumen pengenalan diri.
Dia terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah sama. Manakala kakak dan dua adiknya sudah mempunyai MyKad dan sijil lahir Malaysia. Othman adalah warga Malaysia.
Othman berkata, dia tidak berpuas hati dengan penjelasan JPN yang berkeras mahukan sijil kelahiran yang dialih ke Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk melayakkan Shahida mendapatkan MyKad.
“Saya sudah beberapa kali menyerahkan sijil berkenaan, tetapi ada saja kesilapan perlu diperbetulkan. Jika mereka mahu tolong, sudah tentu tidak timbul masalah,” katanya.
Dia dan Shahida terpaksa ke pejabat Konsul Thailand di Pulau Pinang untuk pengesahan terhadap sijil kelahiran yang ditulis dalam Bahasa Thai untuk dialih ke Bahasa Malaysia dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Razak berkata, dia sudah beberapa kali menemani keluarga terbabit mendapatkan MyKad Shahida, malah pihaknya sudah menghantar pengesahan sijil kelahiran terbabit di Ibu Pejabat JPN di Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.
“Sebagai Pengerusi JKKK, saya amat prihatin dengan masalah mereka dan saya rasa pintu sudah tertutup untuk Shahida mendapatkan Mykad,” katanya.
Batu delima kebas duit
Oleh Ahmad Othman
HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.
Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara ‘tarik duit’.
Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila dipicit.
Menurutnya, dua individu yang juga teman subahat lelaki terbabit pula berlakon sebagai pembeli dan beria-ia mahu membelinya dengan harga RM350,000 daripada mangsa.
“Polis menerima laporan pertama pada 22 April lalu membabitkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa sindiket ini.
“Mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum dihampiri dan ditawarkan batu delima merah yang kononnya diperoleh ketika menggali kubur di Melaka serta didakwa mampu digunakan untuk upacara tarik duit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.
Menurutnya, mangsa yang mendakwa seolah-olah terpukau kemudian pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas isterinya bernilai RM20,000 sebelum diserahkan kepada ketiga-tiga lelaki terbabit.
Pada Isnin lalu, seorang lagi lelaki warga emas, menjadi mangsa membabitkan kerugian RM6,000.
“Mangsa berusia 71 tahun dan suspek utama merendam batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.
“Suspek utama mengatakan dia hanya akan menjualnya kepada mangsa selepas mendapat firasat warga emas berkenaan individu paling sesuai menyimpan batu delima itu,” katanya.
Osman berkata, pada masa sama, seorang lelaki yang dipercayai rakan suspek tiba-tiba muncul dan mengatakan mahu membeli batu delima itu pada harga RM350,000.
Berikutan itu, mangsa terus ke Melaka untuk mengeluarkan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM6,000 sebagai bayaran mendapatkannya
SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.
Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.
Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.
Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.
“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.
Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.
Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.
“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).
“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.
Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.
Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan
Remaja khalwat hisap syabu
Ini berikutan pasangan kekasih ditahan ketika ‘lalok’ menerusi operasi sepasukan polis ke atas sebuah hotel di Bandar Hilir, dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu lalu.
Difahamkan, ujian air kencing terhadap kedua-dua pasangan itu yang membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 21 tahun didapati positif syabu, malah pemeriksaan lanjut polis menemui syabu pada lelaki terbabit.
Remaja perempuan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas reman ke atasnya selesai dan disabitkan dengan kesalahan berkhalwat dengan kekasihnya.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan, pasangan terbabit mendakwa memasuki bilik itu beberapa jam sebelum diserbu polis.
Katanya, ketika ditahan hanya pasangan terbabit berada di dalam bilik berkenaan dan polis menjalankan pemeriksaan terhadap mereka
“Pasangan terbabit berdua-duaan di dalam bilik berkenaan dan dipercayai melakukan maksiat. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan gadis itu diserahkan kepada Jaim hari ini (semalam), manakala lelaki terbabit masih direman,” katanya di sini, semalam.
Rahimin berkata, pasangan terbabit berkenalan sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini gadis terbabit mengakui pernah beberapa kali ke rumah teman lelakinya itu.
Katanya, dia menjadikan bilik di rumah lelaki terbabit sebagai tempat melakukan maksiat, tetapi mereka tidak melakukan lagi di situ kerana beberapa kali diserbu penduduk kampung.
“Ketika ini, pihak Jaim mengambil keterangan gadis itu serta lelaki terbabit selepas dia akan diserahkan nanti.
“Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dengan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya
Anak tidak pulang sejak cari kerja Oktober lalu
KEMAMAN: Seorang ibu, Mezian Hassan, 53, bimbang dengan keselamatan anak gadisnya, Siti Fatimah Ramli, 20, kerana tidak pulang ke pangkuan keluarga sejak keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan pada 31 Oktober lalu.
Katanya, sejak anaknya keluar rumah mencari kerja di Kuantan, Pahang, mereka hanya sempat berhubung beberapa kali termasuk petang hari dia dilaporkan keluar dan keesokannya apabila Siti Fatimah memaklumkan dia sudah mendapat kerja. “Kali terakhir menghubunginya pada 6 November lalu tetapi ketika itu hanya sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum panggilan diputuskan dan sejak itu saya tidak dapat menghubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram Dua, Bandar Ceneh Baru, di sini, semalam. Mezian berkata, dia turut menghubungi dua lagi anaknya, masing-masing di Kedah dan Sarawak untuk mengetahui sama ada anak gadisnya itu ke sana tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Bimbangkan keselamatan Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Mezian membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, 22 November lalu.
“Saya merayu sesiapa menemui atau melihat Siti Fatimah menghubungi kami di talian 017-9895876 atau 012-6122253 atau balai polis berhampiran,” katanya
Katanya, sejak anaknya keluar rumah mencari kerja di Kuantan, Pahang, mereka hanya sempat berhubung beberapa kali termasuk petang hari dia dilaporkan keluar dan keesokannya apabila Siti Fatimah memaklumkan dia sudah mendapat kerja. “Kali terakhir menghubunginya pada 6 November lalu tetapi ketika itu hanya sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum panggilan diputuskan dan sejak itu saya tidak dapat menghubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram Dua, Bandar Ceneh Baru, di sini, semalam. Mezian berkata, dia turut menghubungi dua lagi anaknya, masing-masing di Kedah dan Sarawak untuk mengetahui sama ada anak gadisnya itu ke sana tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Bimbangkan keselamatan Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Mezian membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, 22 November lalu.
“Saya merayu sesiapa menemui atau melihat Siti Fatimah menghubungi kami di talian 017-9895876 atau 012-6122253 atau balai polis berhampiran,” katanya
Katanya, sejak anaknya keluar rumah mencari kerja di Kuantan, Pahang, mereka hanya sempat berhubung beberapa kali termasuk petang hari dia dilaporkan keluar dan keesokannya apabila Siti Fatimah memaklumkan dia sudah mendapat kerja. “Kali terakhir menghubunginya pada 6 November lalu tetapi ketika itu hanya sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum panggilan diputuskan dan sejak itu saya tidak dapat menghubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram Dua, Bandar Ceneh Baru, di sini, semalam. Mezian berkata, dia turut menghubungi dua lagi anaknya, masing-masing di Kedah dan Sarawak untuk mengetahui sama ada anak gadisnya itu ke sana tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Bimbangkan keselamatan Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Mezian membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, 22 November lalu.
“Saya merayu sesiapa menemui atau melihat Siti Fatimah menghubungi kami di talian 017-9895876 atau 012-6122253 atau balai polis berhampiran,” katanya
Tuntut cerai suami miang
Sadiah Abdul Shukor, 46, yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, membuat permohonan itu terhadap Abdullah Abdul Rahman, 46, yang juga pegawai kanan kerajaan di kaunter pendaftaran Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Tuntutan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).
Berdasarkan penyata tuntutan itu, Sadiah (plaintif) mendakwa dia sudah tidak tahan dengan sikap Abdullah (defendan) yang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita Filipina dan Thailand.
Plaintif mendakwa mempunyai bukti terhadap kecurangan suaminya apabila menjumpai gambar lucah defendan bersama wanita lain selain bukti salinan pasport yang menunjukkan Abdullah berulang-alik ke Thailand setiap bulan.
Defendan juga didakwa mengabaikan nafkah melebihi tiga bulan sehingga menyebabkan plaintif terpaksa menampung perbelanjaannya dan anak.
Pasangan itu bernikah pada 31 Januari 1988 di Johor dan dikurniakan empat anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia 22 hingga empat tahun.
Mahkamah menetapkan 15 Disember ini untuk mendengar kes itu
Diperdaya ejen
Hamidah Abd Ghani, 33, berkata, ini berikutan dia terpaksa membayar kos perubatan anaknya berusia enam tahun berjumlah lebih RM2,500 untuk tiga hari di wad sebuah hospital swasta, dekat sini, disebabkan kad insurans perubatan anaknya sudah tidak aktif.
“Kalau saya tahu kad insurans anak saya tidak aktif lagi, baik saya hantar dia ke hospital kerajaan dan tidak perlu bayar apa-apa jika menggunakan GL (Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai) suami.
“Namun, ejen itu yang menyuruh saya membawa anak (Fais Naim Abdul Malek) ke hospital swasta kerana didaftarkan dalam pelan insurans untuk kad perubatan,” katanya.
Menceritakan kejadian itu, Hamidah berkata, sebelum ini dia mendaftarkan anaknya untuk perlindungan insurans menerusi ejen insurans berkenaan kerana tertarik dengan faedah yang bakal diperoleh.
Katanya, pelan insurans itu dibayar menerusi ansuran bulanan RM100, namun pembayarannya dibuat melalui serahan tangan kepada ejen terbabit
“Saya tidak pernah berhenti membayar untuk insurans anak saya, namun disebabkan masalah tertentu, bayaran bagi Oktober lalu tertunggak. “Bagaimanapun, saya menjelaskan bayaran itu bersama ansuran bulan November berjumlah RM200 pada 9 November lalu dan diberitahu tiada masalah.
“Pada 10 November lalu, saya menghubungi ejen itu memaklumkan anak saya tidak sihat.
“Dia kemudian menyuruh saya membawa anak ke hospital swasta kerana mempunyai kad insurans perubatan,” katanya.
Katanya, pada hari pertama anaknya di tempatkan di wad biasa sebelum dipindahkan ke wad lain yang mempunyai dua katil selepas ejen itu datang untuk menguruskannya.
“Pada keesokannya, kira-kira jam 2.30 petang, saya dimaklumkan pihak hospital kad perubatan anak saya tidak aktif.
“Saya menghubungi ejen itu yang terkejut dan berjanji menyelesaikannya, namun sehingga kini, saya gagal menghubunginya,” katanya.
'Goreng tangan' hantar anak ke universiti
Dia yang sudah 23 tahun menjalankan perniagaan pisang goreng mendakwa tidak pernah berlaku sebarang kecederaan atau luka pada tangannya walaupun sering berbuat demikian.
Mengimbas kali pertama menggoreng menggunakan tangan, dia berkata, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila terdengar satu suara berbisik menyuruh dia menggunakan tangan.
“Tanpa sebarang rasa ragu, saya terus mencelup tangan ke dalam minyak yang panas, malah berasa hairan apabila tangan saya tidak melecur.
“Sejak itu, saya tidak lagi menggunakan sebarang peralatan untuk menggoreng malah pelanggan saya mendakwa pisang goreng saya lebih sedap berbanding biasa,” katanya.
Hartini berkata, hasil daripada jualan pisang goreng yang sudah diusahakan sejak 23 tahun itu, dia mampu menghantar tiga anaknya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
“Dua orang anak saya sudah bekerja, hanya seorang masih belajar, namun saya tetap meneruskan perniagaan ini yang sudah menjadi sumber pendapatan kami sekeluarga sejak dulu,” katanya yang ditemui di gerai Sulawesi di sini, semalam.
Katanya, dia turut berterima kasih kepada kerajaan Sulawesi dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kerana menjemputnya berkongsi kepakaran itu
Banduan ikuti kelas hafazan
Timbalan Komisioner Penjara, Darussalam Budin berkata, idea menubuhkan kelas berkenaan timbul selepas melihat kesungguhan banduan sedia ada mendalami bidang hafazan al-Quran.
“Saya lihat kebanyakan banduan mempunyai kebolehan menghafal al-Quran dengan baik. Sebab itu kelas khas hafazan berkenaan ditubuhkan dan akan mula dibuka kepada banduan tahun depan di Penjara Seremban.
“Langkah menubuhkan kelas ini juga diambil bagi melahirkan penghuni penjara memiliki ilmu keagamaan tinggi,” katanya ketika ditemui di Pertandingan Perujian Hafazan al-Quran dan Pertandingan Nasyid Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2010 di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Beliau berkata, dijangkakan kira-kira 50 banduan bakal mengikuti program berkenaan.
“Kami memberi peluang kepada semua banduan di Malaysia untuk mengikuti kelas berkenaan secara sukarela.
“Jika banduan dari penjara lain berhasrat menyertai program itu, mereka akan dipindahkan ke Penjara Seremban bagi membolehkan kelas hafazan berkenaan dapat diikuti mereka,” katanya.
Katanya, pada masa sama, cadangan untuk menjadikan hafazan Al-Quran sebagai syarat untuk melayakkan seseorang banduan ke sistem parol turut dikaji.
No comments:
Post a Comment