Saturday, November 27, 2010

SEDAR2LAH PAKAI TUDUNG TU WAJIB...SUARA TU AURAT...TAK KAN ...TAK FAHAM2

‘Please Forgive Me’ Hadiah Elly Mazlein Buat Peminat

Elly Mazlein kembali dengan album terbaru selepas lima tahun. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Rasanya belum terlambat penyanyi Elly Mazlein, 29, untuk menebus penantian peminat yang setia menyokongnya dalam industri nyanyian.
Setelah lima tahun, baru kini Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi kembali dengan album terbaru. Kemunculan single terbaru, Please Forgive Me bagaikan hadiah buat peminatnya.
Lagu tersebut akan diputarkan di corong radio dalam masa terdekat ini. Malah, Elly telah menyanyikan lagu tersebut di hadapan penonton buat pertama kalinya di majlis ulang tahun Suria FM di Studio V, One Utama, di sini, pada 24 November lalu.
Walaupun judulnya dalam bahasa Inggeris, Elly berkata liriknya dinyanyikan dalam bahasa Melayu.
Lagu yang diterbitkan di bawah Millennium Art, syarikat milik komposer Julfekar ini bagaikan suatu permulaan baru bagi Elly menumpukan kepada nyanyian.
“Pada tahun depan, saya akan fokuskan kepada dua perkara iaitu nyanyian dan lakonan. Sebelum ini, saya lebih banyak berlakon berbanding menyanyi.
“Sebenarnya, saya sudah lama memikirkan tentang album baru tetapi peluang baru muncul setelah mendapat tawaran daripada Julfekar,” katanya kepada mStar Online.
Katanya lagi: “Alhamdulillah, segala yang dirancang telah termakbul dan sekarang saya sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik kepada peminat dalam dua bidang ini.
“Saya mahu giat mempromosikan lagu-lagu dan drama-drama saya. Saya rasa tak sabar menunggu respons peminat.”
Dalam masa yang sama, dia sedang menantikan kemunculan telefilem Gadis Krokkk, drama Seruan Pulau Nami dan filem Awan Dania The Movie.
Bercerita lebih lanjut tentang lagu terbaru, penyanyi lagu Bakawali dan Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan ini akui semuanya berubah dan berlainan daripada lagu-lagu yang pernah dinyanyikan terdahulu.
Jelasnya, lagu baru lebih bersahaja dan sederhana. Selain lagu Please Forgive Me yang bergenre pop, Elly juga akan muncul dengan single kedua berjudul Kata Saja I Love You





Aril Tak Kisah Idea Video ‘Biar Begini’ Bercanggah

Persembahan Aril di showcase 'Kau dan Aku 2' di Plaza Alam Sentral Shah Alam. - Foto oleh Astro
SHAH ALAM: Klip video lagu Biar Begini bukanlah mengikut idea asal yang diinginkan oleh penyanyi Aril.
Biarpun berlaku percanggahan, naib juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini akui tidak kisah dan mengikut sahaja apa yang ditetapkan oleh pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
“Ikutkan, saya nak konsep lain, mungkin elemen yang lebih ganas untuk menunjukkan realiti dalam lagu tersebut.
“Tapi ia tidak diterima oleh pihak AESB kerana dikategorikan sebagai 18 PL. Sebab itu, mereka menggunakan idea yang baru yang lebih menunjukkan jalan cerita dalam lagu itu,” katanya kepada mStar Online.
Selain Aril, klip video tersebut turut menampilkan pelakon Julia Ziegler dan Iqram Dinzly. Dalam video tersebut, Aril merupakan seorang pesakit mental dan berhalusinasi sedang bercinta dengan doktor yang merawatnya.
Tambahnya: “Orang tak jangka yang lelaki ini gila. Saya bersetuju dengan idea tersebut yang kelihatan gempak dan luar daripada jangkaan. Mungkin orang tak tahu bahawa orang gila boleh bermimpi dan berhalusinasi.”
Klip video lagu terbaru Aril ini boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104), Astro @15 (saluran 109) atau laman web YouTube.
Beralih kepada lakonan, Aril semakin menonjol dalam bidang ini setelah muncul dalam drama bersiri Kau dan Aku yang telah memasuki musim kedua.
Dia sendiri mengakui karakter lucu dalam dirinya lebih memudahkan komunikasinya dengan pelakon lain.
“Saya memang suka berjenaka kerana ia boleh menghilangkan stres dan memang meminati watak komedi.
“Tetapi jika berpeluang, saya mahu mencuba watak orang cacat, hantu atau pengganas,” ujarnya.
Penonton boleh menyaksikan Aril dalam drama Kau dan Aku 2 yang sedang disiarkan di Astro Ria pada setiap Selasa, pukul 9 malam.



Anith Aqilah Rasa Berbaloi Pujuk Ibu

SHAH ALAM: Sebelum ini, pelakon utama Kau dan Aku musim kedua (KDA2), Anith Aqilah, 19, (gambar) akui terpaksa memujuk ibunya, Juriah Ayob untuk berlakon dalam drama tersebut.
Setelah hampir selesai penggambaran dan kini menunggu respons penonton mengenai drama itu, bekas peserta One In A Million berasa berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan.
Oleh sebab mahu berlakon dalam drama yang sedang disiarlkan di Astro Ria (saluran 104), setiap Selasa, pukul 9 malam itu terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) selama setahun sehingga Julai tahun depan.
“Alhamdulillah, saya rasa seronok dan teruja berlakon dalam drama KDA2 walaupun sedikit stres. Dengan publisiti yang diberikan oleh pihak Astro dan media, pastinya drama ini akan dikenali ramai.
“Ikutkan, jarang ada drama yang membuat showcase dan mempunyai lagu runut bunyi seperti yang dilakukan dalam drama ini. Saya rasa bertuah, bersyukur dan beruntung,” ujarnya yang memegang watak Elena.
Elena merupakan seorang yang sentiasa bercita-cita besar dan bersemangat tinggi.
Kelebihannya yang memukau dan sikapnya yang mudah mesra menyebabkan dia disenangi ramai terutama tenaga pengajar.
Namun, situasi ini tidak disenangi oleh sebahagian pelajar yang menganggapnya sebagai ancaman apatah lagi dengan statusnya sebagai pelajar junior.
Tidak dinafikan, Anith pastinya bukan sahaja mendapat pengalaman berlakon dengan pelakon lain malah turut mendapat publisiti dan populariti.
Jadi, jika ada tawaran seperti ini lagi, kenapa tidak dia mencubanya demi mengembangkan bakat dan minatnya dalam bidang lakonan.
Di sebalik kegembiraan itu, ada perkara lain yang menggusarkan Anith iaitu respons penonton yang sebelum ini menganggap dirinya sebagai pesaing Mila.
“Ramai yang memberitahu saya perlu bersedia untuk dikritik kerana ramai yang menganggap saya sebagai pengganti Mila. Kebetulan pula, Mila tidak lagi berlakon dalam drama ini manakala saya pula yang muncul.
“Jadi, saya rasa takut dan gementar kerana saya masih baru dan terus memegang watak utama. Ia bagaikan satu tanggungjawab besar buat saya,” katanya yang menyanyikan dua lagu baru untuk runut bunyi KDA2.
Lagu tersebut adalah Sedar dan Jikalau Aku Masih Ada Di Sini.


DIVA INTERAKTIF


Jimmy dan isteri ke mahkamah


JIMMY (kanan) dan Nursuhaila.



BARU sahaja beberapa minggu lalu, Diva terima khabar gembira tentang bekas pengacara Trek Selebriti yang terkenal dengan ucapan 'yezzaa'nya, siapa lagi kalau bukan Jimmy Shanley yang baru dapat berita bahawa isterinya, sudah berbadan dua.
Macam-macam juga berita si Jimmy yang masuk telinga Diva, belum habis dengan kisah rumah tangganya yang dikatakan bergolak. Isterinya Nursuhaila Shuhaimy pernah lari dari rumah, dua tiga hari lepas keluar pula cerita baru.
Kali ini lebih panas. Sama ada sahih atau tidak sahih, itu Diva tak berani komen, dah sumber yang rapat dengan kaki perisik di mahkamah sendiri yang khabarkan, Diva kongsilah pula kepada semua.
Kata sumber itu, masalah Jimmy dan Suhaila tak tamat lagi. Memanglah isteri Jimmy sedang mengandung tetapi dalam senyap-senyap, mereka sudah sampai ke mahkamah dan berjumpa pakar kaunseling di sana. Keluarga Shuhaila pula dah naik pening dan khabarnya mereka terbang bercuti ke luar negara

DIVA INTERAKTIF


Noh, Nina dah bertunang?


PASANGAN popular, Mizz Nina dan Noh dikhabarkan sudah melangsungkan pertunangan.



MENYIMPAN erat kisah cinta mereka, pasangan kekasih Noh, 26, dan Mizz Nina, 30, akhirnya mengambil kata putus untuk mengumumkan tarikh pertunangan mereka dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur 16 Disember ini.
Begitupun, pada waktu sama, Diva terdengar cerita kononnya kepala kumpulan Hujan itu sudah pun bergelar tunangan kepada Nina dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.
Itu yang Diva dapat tahu daripada sumber terdekat mereka.
Justeru, majlis tanggal 16 November ini adalah untuk mengumumkan mereka sudah bertunang atau memberitahu tarikh pernikahan yang mungkin menyusul tidak lama lagi.
Khabarnya, mereka sengaja merahsiakan majlis pertunangan itu atas alasan tertentu. Alasan keselamatan agaknya.
Diva cukup senang hati tengok Noh dan Nina yang mahu bersatu jadi suami isteri.
Personaliti Noh yang gila-gila manakala Nina yang selalu merendah diri agaknya satu daya tarikan kepada mereka berdua untuk hidup sebagai suami isteri.
Diva sendiri tidak sabar untuk mendengar sendiri daripada mulut Noh dan Nina.
Cuma, kalau tidak betul gosip ini, Diva awal-awal lagi mohon maaf kepada kalian.
ini..artis...kes tassabuh@menyerupai kaum lain...ni dilarang..boleh membawa kepada haram...

No comments:

Post a Comment