Wednesday, November 24, 2010

JADI PENGAJARAN...INGAT MALANG TAK BERBAU....MAKA MATI TAK TAHU BILA...MAKA BERTAKWALAH...DAN SENTIASA BERTAUBAT DAN BERSEDIA UNTUK MATI...JANGAN TERLALU BERANGAN2

'Tak apalah ayah pergi dulu'

REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan,  kelmarin.
REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan, kelmarin.
GEMENCHEH: “Tak apalah ayah ‘pergi’ asalkan kamu selamat,” itu ungkapan terakhir dibisikkan seorang pengurus kilang kayu getah sebelum maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 22, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran kilang batu di Seri Asahan, dekat sini, malam kelmarin.
Anak bongsu mangsa, Wong Seng Yuen, 23, berkata bapanya, Wong Leong Chai, 58, ketika itu tersepit di tempat duduk pemandu depan pacuan empat roda dipandu abangnya.

“Ketika itu, keadaan ayah sudah nazak dan tersepit, namun dia berbisik kepada abang saya, Wong Leou Yuen, 28, yang cedera.
“Tidak lama selepas itu, bapa saya menghembuskan nafas terakhir kerana parah, manakala abang saya yang memandu kenderaan itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, Leong Chai mati di tempat kejadian kerana parah di bahagian dalaman badan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan kemalangan terbabit dijalankan

Menurutnya, pemandu lori yang melanggar kenderaan mangsa kini ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kawan sembang 'makan' kawan



PETALING JAYA: Malang bertimpa-timpa. Niat mahu membantu rakan yang baru dikenali melalui laman sembang membawa padah kepada seorang ahli perniagaan apabila dia kerugian RM75,000 selepas diperdayakan tiga individu dipercayai anggota sindiket penipuan.
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my Mangsa yang berusia 37 tahun pada mulanya mengenali seorang lelaki Julai lalu dalam laman sembang yang mengaku dia anggota polis dan memerlukan wang untuk menguruskan polisi insurans yang didakwa milik bapanya yang baru meninggal dunia bernilai RM1 juta.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa memasukkan wang RM30,000 ke dalam akaun lelaki terbabit yang berjanji akan membayar kembali wangnya selepas segala urusan selesai.
“Bagaimanapun, selepas wang terbabit dimasukkan mangsa tidak menerima sebarang panggilan daripada lelaki terbabit dan ketika dia menanti jawapan itu seorang wanita pula menghubunginya.

“Wanita itu mendakwa dia seorang pegawai daripada syarikat insurans dan memberitahu anggota polis yang dikenali mangsa sudah meninggal dunia, namun dia ada meninggalkan wasiat untuk mangsa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memberitahu mangsa yang dia terpaksa membayar yuran untuk memproses wasiat yang ditinggalkan lelaki terbabit

“Wanita terbabit meminta mangsa memasukkan lagi RM30,000 ke dalam satu akaun dan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memasukkan wang seperti diminta.

“Mangsa memasukkan wang berkenaan beberapa kali ke dalam akaun itu, bagaimanapun selepas beberapa lama menunggu tiada sebarang jawapan daripada wanita terbabit,” katanya.
Katanya, mangsa menghubungi wanita terbabit dan dimaklumkan dia baru lepas bersalin dan meminta mangsa bersabar.

“Tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa kakitangan sebuah bank dan memberitahunya segala proses sudah siap dan cek untuknya sudah dikeluarkan.

“Bagaimanapun, wanita terbabit meminta mangsa memasukkan RM7,000 lagi kononnya untuk pembayaran yuran transaksi dan meminta dia menunggu panggilan selepas segala proses selesai,” katanya.

Arjunaidi berkata, mangsa sekali lagi mengikut arahan diberikan, namun selepas beberapa lama menunggu dia langsung tidak menerima sebarang khabar atau panggilan daripada wanita terbabit.

“Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis, kelmarin selepas dia gagal menghubungi semua suspek. “Berikutan itu, dia mengalami kerugian RM75,000 keseluruhannya dan polis percaya ini sindiket yang merancang untuk menipunya,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan


Padah tuntut RM200

KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki mahu menuntut hutang bertukar tragedi apabila dibelasah sekumpulan lelaki yang mendakwa merosakkan tanaman mereka di Kampung Kemensah, di sini, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 40-an itu pada mulanya pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa dan mengambil wang daripada seorang wanita yang berhutang dengannya berjumlah RM200.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bagaimanapun diejek dan ditertawakan wanita terbabit sebelum dia melarikan diri untuk mengelak daripada membayar hutang itu.
“Mangsa yang berang dengan tindakan itu yang dianggap seolah-olah cuba memperbodohkannya mengejar wanita terbabit, namun gagal.

“Kecewa kerana gagal mendapatkan wanita itu, mangsa berpatah balik dan menuju ke keretanya untuk pulang, namun ketika itu dia ditahan beberapa penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, beberapa penduduk mengepung sebelum membelasahnya kerana mereka mendakwa mangsa merosakkan tanaman mereka ketika mengejar wanita terbabit

“Mangsa ditumbuk hingga menyebabkan kepalanya cedera dan terpaksa menerima tiga jahitan selain cedera di kaki.

“Ketika kejadian, rakannya yang mengikut hanya memerhatikan dia dibelasah kerana khuatir turut menjadi mangsa sekumpulan penduduk berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan polis masih menjalankan siasatan kes itu


Buruh maut ditimbus tanah runtuh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun maut manakala dua lagi rakannya terselamat dalam runtuhan lereng bukit di kawasan tapak pembinaan banglo di Desa Hartamas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa bersama dua lagi rakannya menanggalkan kanvas yang digunakan untuk menghadang tanah di lereng bukit berkenaan selepas selesai membina konkrit longkang di situ.

Rakan mangsa, Suparto Sukiman, 49, berkata, ketika mangsa, Hasib, 27, menarik kanvas berkenaan dia terjatuh sebelum kepalanya terhantuk di konkrit yang siap dibina.
“Belumpun sempat saya membantunya, tanah runtuh dan menimbus Hasib. Saya berlari mendapatkan bantuan sebelum memberitahu kejadian ini kepada pengawal keselamatan.

“Pengawal keselamatan itu menghubungi pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, mangsa tertimbus sedalam dua meter

“Usaha mengeluarkan mangsa dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan dan mengambil masa lebih 10 minit. “Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Wan Abdul Bari berkata, pihaknya percaya runtuhan itu berlaku kerana tanah lembut disebabkan hujan lebat ketika kejadian


Suami mangsa ditahan



JOHOR BAHRU: Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita yang juga isterinya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, tengah hari kelmarin.
“Lelaki terbabit kini suspek utama pembunuhan dan ditahan berhampiran lokasi kejadian tidak lama selepas polis mendapat maklumat berkaitan pembunuhan wanita berkenaan,” katanya, semalam. Dalam kejadian itu, Rohana Hamzah, 26, ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar. Mayat mangsa ditemui pemilik rumah berkenaan dalam keadaan tertiarap dan tangan terkilas ke belakang selepas mengesyaki berlaku perkara buruk di rumah disewa pasangan terbabit sejak beberapa bulan lalu. “Kami memberi jaminan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Motif dan punca kematian belum diketahui dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut,” katanya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Lelaki larang adik ipar tonton televisyen dibelasah



AMPANG: Hanya kerana tidak dibenarkan menonton televisyen, seorang lelaki mengamuk dan membelasah abang iparnya dengan menggunakan paip besi dan lampu kalimantang ketika berada di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Pandan, di sini, Ahad lalu.
Malah, mangsa hampir ditikam dengan pisau oleh adik iparnya itu tetapi bernasib baik kerana senjata itu patah ketika mangsa cuba mempertahankan diri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika mangsa yang berusia 24 tahun berada di rumahnya dan sedang mendengar lagu melalui cakera padat (CD) yang dipasang sebelum didatangi adik ipar yang secara tiba-tiba mahu menonton televisyen. Bagaimanapun, mangsa tidak membenarkan kerana mahu mendengar CD menyebabkan adik iparnya naik angin sebelum menumbuk muka dan mengambil pisau mahu menikam mangsa.
Menurut sumber polis, mangsa bagaimanapun terselamat kerana kejadian itu dilihat rakannya yang kemudian menghalang adik iparnya daripada bertindak di luar kawalan.

“Mangsa kemudian menghalau adik iparnya itu keluar dari rumah namun ketika itu suspek yang masih tidak berpuas hati turun ke tempat parkir dan melepaskan geram dengan merosakkan motosikal mangsa.

“Tidak lama selepas itu, mangsa pula turun dan apabila motosikalnya rosak, dia pergi berjumpa suspek untuk bertanyakan sama ada dia yang merosakkan motosikalnya,” katanya

Menurutnya, belum sempat menjawab soalan itu, adik iparnya terus mengambil sebatang paip besi dan menghayunkan ke kepala mangsa hingga mencederakannya.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu mangsa sempat merampas paip besi itu namun suspek mencapai pula lampu kalimantang sebelum memukulnya ke arah tangan mangsa.
“Tidak cukup dengan itu, suspek cuba menikam mangsa namun pisau digunakan patah ketika cuba mempertahankan diri. Suspek mengambil serpihan pisau itu sebelum menikam kepala mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, kejadian itu dilihat beberapa penduduk yang meleraikan pergaduhan itu sebelum mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian.

Namun, mangsa yang dalam keadaan cedera itu didatangi isterinya yang seolah-olah menyebelahi suspek sambil bertanyakan kepadanya mengapa dia belum meninggal dunia lagi.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, muka dan seluruh anggota badan hanya mampu berdiam diri walaupun kecewa dengan soalan yang dilemparkan isterinya itu.

“Berikutan kecederaan dialaminya, mangsa dihantar ke Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian. “Polis kini memburu suspek yang berusia 20-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya


Tak dapat naik pelamin



KANGAR: “Saya menasihati bakal suami supaya mencari gadis lain jika tidak sanggup menunggu saya mendapat kad pengenalan atau MyKad.
“Saya memahami perasaannya yang lama menunggu, malah kami sudah bertunang sejak dua tahun lalu dan beberapa kali menangguhkan proses perkahwinan kerana ketiadaan MyKad,” kata seorang gadis, Shahida Othman, 22, semalam.

Katanya, dia dan tunangnya, seorang anggota tentera di Kem Majidee, Johor, sepatutnya sudah lama melangsungkan perkahwinan dan rancangan untuk berkahwin pada 15 November lalu, juga terbantut kerana gagal mendapatkan MyKad yang dipohon sejak 12 tahun lalu.
“Ayah, Othman Omar, pula menetapkan tarikh baru iaitu Januari ini untuk pernikahan saya, tetapi jika permohonan mendapat MyKad dalam tempoh berkenaan gagal, saya berserah kepada takdir dan rela dilepaskan daripada ikatan pertunangan seterusnya gagal bergelar seorang isteri.

“Jurunikah di sini enggan melangsungkan perkahwinan kerana status saya yang tidak mempunyai pengenalan diri.

“Lebih malang saya digelar gadis tanpa negara walaupun seorang rakyat tempatan dan dibesarkan di Malaysia,” katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya di Wang Kelian, dekat sini

Shahida yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, kakaknya, Zulzalina, 27, dan dua adiknya berusia 14 dan 10 tahun, mempunyai MyKad dan sijil lahir, cuma dirinya masih tanpa negara selepas ibunya, Shamsiah Desa, 45, melahirkannya di Wang Prachan, Satun, selatan Thailand 22 tahun lalu.

Katanya, dia tidak yakin proses MyKad dapat dikeluarkan pada Januari tahun depan dan berserah kepada Allah yang menetapkan jodoh perkahwinan dan berharap keluarga bakal suaminya terus bersabar.
Shahida berkata, ketiadaan MyKad turut menjejaskan cita-citanya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk ke tingkatan enam serta menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) beberapa tahun lalu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Puan Muda, Padang Besar itu berkata, atas inisiatif guru, dia dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005 dan memperoleh keputusan baik.

“Selepas keputusan SPM dengan memperoleh lima kepujian, saya terus membatalkan hasrat melanjutkan pelajaran kerana setiap calon perlu mempunyai Mykad untuk menduduki STPM.

“Kini masalah sama berulang dan saya bimbang kemungkinan besar menjadi anak dara tua jika gagal mendapatkan MyKad,” katanya yang kini menjadi pembantu kedai makan milik Zulzalina di Wang Kelian.

Shahida hanya bergantung kepada salinan sekeping resit iaitu penerimaan permohonan mendapatkan kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai pengenalan diri dan tidak mampu bergerak jauh kerana bimbang ditahan pihak berkuasa


Pesara tentera maut, anak parah bom ikan meletup



BATU PAHAT: Gara-gara ingin mengebom ikan, seorang pesara tentera maut manakala anaknya yang juga anggota tentera, parah di badan, tangan dan kaki, apabila bahan letupan berkenaan meletup sebelum sempat dilempar ke dalam sungai di Kampung Haji Kasan, Yong Peng di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Mat Tahir Mohamad, 62, maut di tempat kejadian manakala Azair, 24, yang berada di lokasi berhampiran, parah terkena serpihan bahan letupan itu.

Difahamkan, dua beranak itu pergi memancing menggunakan teknik ‘bom ikan’ di pinggir Sungai Bekok terletak kira-kira 200 meter dari kediaman seorang daripada saudara mereka.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, orang ramai yang terdengar letupan itu bergegas ke lokasi namun mendapati Mat Tahir sudah meninggal dunia.

“Azair yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan dan siasatan awal mendapati, Mat Tahir tidak sempat melontar bahan letupan itu dan ia meletup berhampirannya.

“Kami masih menyiasat bahan letupan terbabit sama ada ia buatan sendiri atau sebaliknya. Contoh bom itu sudah dihantar ke jabatan kimia untuk ujian lanjut,” katanya semalam

Ketika kejadian, Azair dikatakan sedang bercuti dan berikutan itu, Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan kerana ia menyalahi undang-undang.

No comments:

Post a Comment