Anak Krakatau pula makin aktif
Pegawai Balai Pemuliharaan Alam Sekitar Krakatau, Wawan Setianto, berkata aktiviti itu semakin ketara beberapa hari lalu.
“Jika dulu 20 kali sehari, kini gegaran di gunung berapi itu meningkat kepada 35 kali.
“Debu yang keluar dari puncaknya kelihatan semakin tinggi sehingga satu kilometer dan status kini ditingkatkan kepada berjaga-jaga,” katanya, semalam. - Agensi
Pemuda Jepun bunuh diri secara langsung di Internet
Lelaki berusia 24 tahun itu ditemui mati di apartmennya di Sendai oleh polis tempatan yang menerima laporan daripada pengguna laman web berkenaan.
Lelaki terbabit yang hidup seorang diri dan tidak bekerja kerana cuti sakit sejak Ogos lalu sebelum ini meyuarakan hasratnya untuk membunuh diri dalam laman sembang Internet selepas mengadu mengenai masalah yang dihadapinya di tempat kerja. - Agensi
NEW YORK: Penyanyi Lady Gaga semalam berjaya mendapatkan perintah mahkamah yang melarang seorang peminat mendekatinya.
Penyanyi itu memohon perintah berkenaan selepas seorang peminat wanitanya menulis: “Saya mahu mati bersama anda.” Gaga, 24, menerima ugutan bunuh itu menerusi surat daripada peminat fanatiknya, Anastasia Obukhova, 26.
Pelajar Russia yang menetap di New York itu diarah supaya tidak berada terlalu dekat dengan penyanyi itu.
Antara kandungan surat Anastasia yang diterima oleh pihak pengurusan Gaga berbunyi: “Anda hadir dalam mimpi saya. Saya mahu mati dan ingin mati bersama anda. “Saya bukan Mark Chapman Bukan anda saja yang akan mati. Saya juga akan menembak kepala saya sendiri.” Chapman adalah pembunuh John Lennon, ahli kumpulan Beatles.
Dia menembak penyanyi itu di apartmennya di New York pada 1980. Anastasia semalam mendakwa: “Saya hanya berada satu meter dari Lady Gaga.
“Gaga adalah seorang daripada individu paling bebas di dunia.” Penyanyi lagu ‘Poker Face’ itu menduduki tempat keempat dalam senarai wanita berpendapatan paling tinggi di Hollywood semalam selepas mencatat pendapatan sebanyak RM200 juta tahun lalu. Gaga kini berada di Eropah kerana membuat persembahan konsert. Satu sumber berkata: “Petugas keselamatan mengawal ketat penyanyi itu lebih-lebih lagi ketika dia sibuk dengan konsertnya. “Mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.” - Agensi
Bicara Ariel dikawal ketat
Menurut Ketua Pengadilannya, Joko Siswanti, pihaknya akan berbincang dengan pasukan keselamatan mengenai hal itu dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun, tarikh perbicaraan Ariel yang akan diadakan secara tertutup itu belum ditetapkan. Namun, kata Joko semalam, hakim perbicaraan itu akan diumumkan esok.
Pihak berkuasa kehakiman Bandung menerima dokumen mengenai kes Ariel kelmarin. - Agensi Dalam pada itu, Joko berkata, pihaknya tidak akan membenarkan orang ramai memasuki mahkamah untuk mendengar perbicaraan itu, termasuk ahli keluarga tertuduh. Ariel menghadapi tuduhan merakamkan aksi seks dengan dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi
Pasu dinasti Qianlong RM258j
Pasu porselin zaman dinasti Qianlong setinggi 40 sentimeter itu dijual pusat lelong Bainbridges di London dan dibeli seorang warga China yang tidak dikenali. Selain harga lelongan, pembeli itu juga membayar premium sebanyak 20 peratus daripada harga asal, menjadikan harga keseluruhannya RM258 juta.
Ia mencatat harga paling tinggi untuk barangan hasil seni China di pusat lelongan, sekali gus menjadikan dua adik beradik yang mewarisi pasu itu selepas penemuannya di sebuah kediaman di utara London, jutawan segera.
Petugas di Bainbridges, Helen Porter berkata: “Mereka tidak tahu apa yang mereka miliki. Walaupun menaruh harapan tetapi mereka tidak percaya apabila jurulelong menutup pembidaan pada harga yang amat tinggi.” “Seorang daripada mereka terpaksa keluar dari bilik lelongan untuk mendapatkan udara segar selepas terkejut dengan harga itu.” Pasu yang mempunyai dekorasi motif ikan itu sebelum itu dijangka hanya akan dijual pada harga antara RM4 juta hingga RM6 juta. Harganya naik mendadak apabila begitu ramai pelabur China berminat untuk memilikinya. - AFP
Hari perdamaian Zainuddin, Aida Saskia Selasa ini
Pada hari yang ditunggu-tunggu itu, Zainuddin atau lebih terkenal dengan gelaran Dai Sejuta Umat, akan meminta maaf kepada Aida secara terbuka di depan orang ramai.
Perdamaian itu ialah pada Selasa, 9 November 2010 di Hotel Grand Cempaka Mas, Jakarta Pusat. Hari perdamaian itu juga akan dihadiri oleh keluarga Aida.
Aida sebelum ini mendakwa penceramah agama terkenal itu memperkosanya ketika dia berusia 16 tahun. "Yang jelas, Zainuddin sudah bersetuju minta maaf kepada saya.
“Dan saya juga akan meminta maaf. Tetapi bukan kepada Zainuddin, sebaliknya kepada orang ramai dan masyarakat yang mungkin selama ini resah dengan penakuan saya,” kata Aida ketika dihubungi wartawan detikhot, semalam.
Bagaimanapun, menurut Aida, dia tidak pasti Zainudin atau nama sebenarnya Haji Zainuddin Muhammad Zein akan hadir. Namun, menurut penyanyi dangdut berkenaan penceramah terkenal tu sudah menandatangani deraf perdamaian.
“Yang pasti, kedua-dua ibu bapa saya akan hadir. Semua perkara akan dijelaskan di majlis berkenaan,” katanya. - Agensi
Aida tekad lapor polis
Katanya, walaupun dijanjikan untuk bersemuka dengan tokoh bergelar Pendakwah Sejuta Umat itu, Aida, 25, kecewa apabila ia tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, katanya, dia dijanjikan tarikh lain untuk menyempurnakan hajatnya.
“Saya bukan cakap sembarangan. Pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa lalu ditunda, tapi jika memang beliau kesempitan masa, kita tunggu kesempatan lain,” katanya kepada media, semalam.
Dengan kegagalan itu, Aida - penyanyi dangdut yang terkenal dengan lagu Ayam Jago - turut memikirkan tindakan lanjut jika isu dakwaannya dirogol pendakwah itu gagal diselesaikan.
Kata Aida, jika sehingga Isnin ini dia masih tidak diberi peluang bersemuka dengan Zainuddin, penyanyi itu akan mengadu kepada polis.
“Sebelum ini saya pernah berjanji untuk bertindak mengikut undang-undang.
“Justeru, merujuk kes ini kepada polis adalah satu daripada langkah yang diambil,” katanya.
Malah, Aida sendiri mengaku dia tidak tahu kedudukan Zainuddin.
“Saya adalah pihak yang menunggu dan kita lihat sama-sama nanti jika beliau memang berniat baik,” katanya. - Agensi
Pengemis berpusu-pusu ke Makkah
“Ramai pengemis tempatan sudah pergi ke Makkah lebih awal dalam usaha mendapatkan lokasi utama di luar Masjidil Haram,” kata Aisha, seorang pengemis warga Somalia kepada Arab News.
Menurut Aisha, bukan seorang dua saja yang ke Makkah untuk mengemis, malah, ia seperti sudah mejadi perniagaan apabila mereka mensasarkan untuk mengutip sebanyak mungkin wang.
“Tempat paling strategik untuk mengemis ialah di halaman masjid, selain jalan raya berhampiran masjid serta di luar hotel dan pasar,” kata Aisha lagi.
Katanya, dengan hanya duduk di lokasi strategik ini mereka mampu mengumpulkan 1,000 riyal (RM828) setiap hari atau malam - Agensi
Sami rakam aksi 600 wanita mandi dipenjara 17 tahun
Net Khai, 37, ditahan dan statusnya sebagai sami dilucutkan pada Jun lalu selepas didakwa merakam secara rahsia lebih 600 wanita dan remaja mandi berbogel menggunakan air di kuil dan berkongsi imej berkenaan dengan orang lain.
Sejak perbuatannya terbongkar, seorang demi seorang wanita tampil mengadu kepada media, termasuk dua daripadanya berusia di bawah 18 tahun ketika kejadian berlaku.
Pegawai pendakwa, Plang Sophal, berkata sami itu dipenjara atas kesalahan menghasil dan mengedarkan bahan pornografi membabitkan dua gadis.
Mahkamah sama turut mengarahkan tertuduh membayar ganti rugi RM36,700 kepada kedua-dua mangsa.
Kata Plang, hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak, termasuk sami.
“Orang ramai mesti menjauhkan diri daripada aktiviti seperti itu,” katanya.
Bulan lalu, Net Khai dijatuhi hukuman penjara setahun atas tuduhan sama membabitkan wanita berusia 25 tahun. - Agensi
Guru agama maut ditembak dalam masjid
Kejadian itu berlaku di wilayah Pattani ketika dua lelaki yang berjemaah dalam solat Jumaat mengambil pistol mereka lalu menembak guru agama berusia 32 tahun itu, kata Kolonel Polis Pakdee Changsakul.
Polis mendakwa serangan itu dilakukan anggota kumpulan pemberontak dalam usaha mencetuskan keganasan kaum. Namun, tidak dapat dipastikan mengapa guru itu menjadi sasaran. - Reuters
10 bulan arak mayat
Untuk mengelak bau, wanita terbabit menyimpan mayat berkenaan bersama sekotak serbuk soda.
Jurucakap polis Costa Mesa berkata, mereka menemui mayat wanita tidak dikenali itu pada Selasa lalu selepas mendapat aduan sebuah kenderaan menghalang laluan.
Katanya, apabila anggota polis menyiasat kereta itu, mereka terhidu bau busuk dan ternampak sebelah kaki manusia terkeluar dari sehelai selimut.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, polis masih menyiasat apa peranan dimainkan pemilik kereta itu.
Wanita itu memberitahu polis, dia bertemu wanita merempat itu di kawasan taman berhampiran Fountain Valley dan membenarkannya tidur dalam keretanya.
Jurucakap polis berkata, pemilik kereta berusia 57 tahun itu juga sebenarnya tidak memiliki rumah dan terpaksa menumpang dengan rakannya.
“Dengan kesukaran hidup dialaminya, wanita terbabit bimbang dituduh bertanggungjawab atas kematian kenalannya itu,” katanya. - AP
Moscow buka kubur elit baru
Menurut kerajaan, kubur itu dibuka bagi memastikan kadar kematian yang tinggi di Russia tidak menjejaskan peluang golongan ternama disemadikan di situ.
Sejak Soviet Union runtuh pada 1991, populasi Russia merosot kira-kira 6.8 juta orang dan kadar kematian di negara itu pula 60 peratus lebih tinggi berbanding negara anggota Kesatuan Eropah.
Ketika ini Moscow mempunyai dua tanah perkuburan elit tetapi ruangnya semakin kecil. - Reuters
“Polis kemudian terkejut apabila mendapati ada mayat yang sebahagiannya terawet yang tinggal tulang dan kulit seberat kira-kira 14 kilogram,” katanya, semalam.
Pihak berkuasa menolak kemungkinan ada unsur jenayah berlaku ke atas wanita terbabit apabila meneliti laporan bedah siasat dibuat hospital.
Gadis lari tak tahan dipukul bapa
Polis sebelum ini menerima laporan mengenai kehilangan gadis berusia 15 tahun itu, Rabu lalu, lapan jam selepas dia melarikan diri dari rumah bapanya di kawasan Al-Majed.
Bapanya membuat laporan di balai polis dengan berkata, anaknya masih muda dan mungkin mudah menjadi mangsa jenayah.
Dia juga mendakwa gadis itu mengalami masalah psikologi.
Polis kemudian melancar gerakan besar-besaran mencari gadis yang didakwa hilang itu, termasuk mengedarkan gambarnya ke semua balai polis.
Sepasukan unit polis bagaimanapun melihatnya keluar dari sebuah farmasi di Taif dan mengekorinya hingga dia memasuki ruang wanita sebuah masjid
Polis kemudian bertindak dan menahannya sebelum memaklumkan kepada pasukan pencegah maksiat dan memanggil bapanya untuk proses pengecaman.
Apabila tiba di balai polis, si bapa cuba memukul anaknya di depan anggota polis. Perbuatannya itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh anggota pasukan pencegah maksiat.
Polis kini menahan gadis itu di sebuah pusat perlindungan sehingga hasil siasatan diperoleh.
Keputusan siasatan itu akan menentukan sama ada gadis itu selamat atau tidak jika dihantar pulang ke rumah.
Sementara itu, beberapa jiran keluarga itu mengesahkan, gadis itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga. - Agensi
Rela bunuh anak demi Farmville
Alexandra V Tobias, 22, dari Jacksonville, mengaku menyebabkan kematian Dylan Lee Edmondson, tiga bulan, Januari lalu.
Florida Times-Union melaporkan, Alexandra naik angin kerana suara Edmondson mengganggu tumpuannya.
Alexandra menggoncang Edmondson, berhenti seketika untuk merokok dan menggoncangnya sekali lagi.
“Bayi itu mungkin terhantuk ketika dia digoncang,” lapor akhbar itu. - AFP
Berlusconi anggap dakwaan remaja Maghribi 'sampah'
Beberapa media utama Itali melaporkan, seorang remaja Maghribi berusia 17 tahun - dikenali sebagai Ruby - mengaku menghadiri beberapa parti dianjurkan Berlusconi di Arcore, utara Itali.
Sumber perundangan Milan berkata, seorang pengarah berita dan pengurus televisyen disiasat kerana disyaki menganjur pelacuran.
Ditanya mengenai isu itu dalam sidang medianya yang dibuat bagi menjelaskan isu krisis sampah di Naples, Berlusconi, 74, berkata dia hanya mahu melayan pertanyaan mengenai sampah sebenar.
“Mengenai sampah media, saya serahkan kepada anda semua,” katanya.
Sementara itu, peguam Berlusconi berkata, laporan media mengenai remaja itu ‘tidak berasas sama sekali’. - Reuters
Sheila bahagia tanpa Anji
Pengakuan itu, kata Sheila langsung tidak menambah kebahagian yang dinikmatinya ketika ini.
Ketika ditemui wartawan semalam, Sheila enggan mengulas mengenai pengakuan Anji atau sama ada penyanyi kumpulan Drive itu tahu mengenai keadaan anaknya, Lei- tesha.
“Tak ada komen. Saya hanya mahu berbicara mengenai diri saya dan Leitesha. “Saya tidak mahu berbual mengenai orang lain. Lebih baik jangan tanya langsung,” kata model itu ketika ditemui di Semanggi, Jakarta Selatan.
Sheila dan Anji yang secara kebetulan berada di sebuah pusat beli-belah, kelihatan tidak bertegur sapa.
Sheila berada di pusat berkenaan sebagai tetamu, dilihat keluar bersama-sama ibunya, Maria Joseph.
Anji yang juga datang untuk mengisi acara yang diatur pusat beli-belah itu, keluar dengan tergesa-gesa setengah jam selepas itu.
Sheila memberitahu wartawan, apa yang dilaluinya ketika ini adalah yang terbaik baginya. “Saya sentiasa berdoa setiap hari. Setiap hari saya melangkah, saya akan berdoa.
Katanya, keputusan untuk membesarkan Leitisha seorang diri sudah diputuskan sejak awal lagi.
“Hidup adalah satu pilihan dan sejak awal saya memilih menjadi ibu tunggal,” katanya, yang pernah dipenjarakan berhubung kes dadah pada 2008. - Agensi
No comments:
Post a Comment