Thursday, November 25, 2010

KERJAYA INI...TIDAK NAMPAK BERSUNGGUH2 PATUH DARI SEGI HUKUM AURAT JUGA HUKUM ALLAH...BAGAIMANA MEREKA TIADA BATAS PERGAULAN MENGIKUT SYARIAT ALLAH....MUNGKIN DAH KERING GUSI MUFTI MENEGURNYA...ATAU BELUM TEGUR PUN....

ABP13: Datuk Siti Nurhaliza Tarik Diri

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13)tahun depan.
Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu.
Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.
"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.
"Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.
"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam.
Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.
"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya


'Rokok Memantapkan Vokal Saya' - Fiq

Fiq
PETALING JAYA: Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.
Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.
"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.
"Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.
"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.
Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.
"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu.
"Bagi saya, perubahan ini adalah sesuatu yang baik dan bersesuaian dengan genre muzik yang diperjuangkan iaitu rock. Jika sebelum ini, saya mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi tetapi yang peliknya sejak mula merokok keadaan itu jarang berlaku pula," katanya yang popular menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang


Eira Syazira-Azad Jasmin Enggan Heboh Hubungan Cinta

Azad dan Eira melakonkan watak sebagai pasangan kekasih dalam drama Anak Mami Mek Ani di Astro Warna. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Pasangan artis Eira Syazira dan Azad Jasmin pernah mengaku tentang hubungan cinta mereka baru-baru ini.
Namun, cukuplah sekali pengakuan tersebut dilakukan. Bagi mereka, selebihnya tidak perlulah terlalu dihebahkan kepada umum.
“Setakat ini, kami tidak menafikan tentang hubungan kami tapi rasanya tidak perlulah diceritakan lebih lanjut tentang sejauh mana.
“Ini kerana kami mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada hubungan cinta kawan-kawan artis lain. Biarlah kami simpan cerita peribadi ini sendiri. Apabila tiba masanya, kami akan terangkan kepada semua,” kata Eira Syazira atau mesra disapa Eira kepada mStar Online.
Apa yang lebih bagi pasangan ini, menghebahkan tentang kerjaya lebih penting berbanding cinta yang belum menemui noktahnya.
Lebih-lebih lagi, masing-masing merasakan masih baru menempa nama dalam industri hiburan.
Biarpun mereka cuba mengunci mulut tentang cinta, tetapi pasangan ini terpaksa merungkai tentang kisah cinta mereka dalam drama terbaru berjudul Anak Mami Mek Ani.
Drama 13 episod itu disiarkan di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Selasa, 9 malam mulai 30 November 2010.
Anak Mami Mek Ani mengisahkan tentang tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf, keturunan Anak Mami dengan Ani iaitu seorang anak jati Kelantan.
Rauf perlu memenuhi permintaan ibunya, Mami Zee untuk berkahwin dengan Anak Mami sejati jika dia berhasrat untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya.
Malangnya dia mempunyai alahan terhadap wanita cantik dan kemunculan Ani telah meleraikan masalah alahannya namun masalah lain timbul kerana Ani bukan Anak Mami sejati.
“Drama Anak Mami Mek Ani ini bukan merupakan drama pertama kami menjadi pasangan kekasih kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam drama Tanya Sama Hati.
“Keserasian untuk melakonkan watak ini sudah ada cuma saya kurang melakonkan genre komedi. Jadi, Azad banyak bantu saya memandangkan dia memang pak lawak. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain untuk menghidupkan komedi dalam cerita ini,” cerita Eira.
Tambahnya: “Menariknya, dalam cerita ini saya perlu bercakap dalam loghat Kelantan manakala Azad dalam loghat Utara. Jadi pertuturan kami itu sedikit sebanyak menimbulkan suasana komedi.”
Selain berlakon sama-sama, pasangan ini turut bekerja di bawah satu produksi muzik, Family Group Music (FMG). Syarikat tersebut pernah menerbitkan lagu Adam Hamid, Zaiton Sameon dan Dayangku Intan.
Eira bakal muncul dengan album solo pada Januari depan dengan memuatkan lagu-lagu seperti Dihati Ini, Sememangnya, Sisi Duka dan Nour El Ain


TV3 Rungkai Kisah Putera Katak & Pengidap Amnesia
PETALING JAYA: Sepanjang November ini, TV3 menyiarkan dua buah drama berjudul Seribu Kali Cinta dan Putera Katak.
Kamal Adli dan Intan Ladyana dalam drama 'Seribu Kali Cinta'. - Foto TV3
Seribu Kali Cinta telah bersiaran bermula 15 November lalu di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.
Drama cinta romantis ini menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.
Nizam pada asalnya mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.
Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam agar pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat beliau. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.
Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.
Nora Danish sebagai Trisha dalam drama 'Putera Katak'.
Seribu Kali Cinta diterbitkan oleh Rozie Othman daripada SRS Production Sdn Bhd. Drama siri yang mempunyai 24 episod tersebut diarahkan oleh Haris Kadir turut membariskan barisan pelakon handalan tanahair seperti Norkhiriah, Cat Farish, Marsha Milan Londoh, Rozie Othman, Abu Bakar Omar, Aida Haleda, Shaharuddin Thambi, Idris Mat Diah, Sheila Mambo dan Priya Ana.
Sementara itu, slot Lagenda bakal menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.
Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.
Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama 'Putera Katak'.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.
Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.
Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya


Permohonan Bekas Isteri Hattan Ditangguh Januari

PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd Abidin diberi peluang untuk menyelesaikan perjanjian dan syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi sebelum permohonannya untuk menuntut mutaah dan nafkah edah didengar di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Hakim Syarie, Ghazali Ahmad membenarkan kes tersebut ditangguhkan kepada 25 Januari depan bagi membolehkan Arianie yang merupakan seorang pramugari menyelesaikan semua syarat tersebut bagi membolehkan dia melantik peguam syarie.
Arianie, 39, perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi sebelum meneruskan kes ekoran namanya telah disenarai hitamkan.
Bagaimanapun, penangguhan itu terdahulu dibantah oleh peguam syarie Mohd Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan, atas alasan Arianie selaku plaintif telah menggunakan alasan yang sama untuk mendapatkan penangguhan sebelum ini.
"Masa yang diberikan kepada plaintif untuk menyelesaikan perkara tersebut adalah selama tujuh bulan. Namun, sehingga kini ia tidak pernah diselesaikan.
"Ini jelas tidak menunjukkan kesungguhan plaintif untuk menjalankan kes ini. Saya mohon kes dibuang kerana plaintif tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan kes," katanya.
Mohd Roshdan menambah, Hattan juga perlu berhadapan dengan kes mahkamah setiap kali kes ditangguhkan.
Peguam Syarie Hazirah Othman membantah dan mengatakan Arianie tidak akan melantik dirinya jika tidak serius untuk meneruskan kes tersebut.
"Saya sendiri tidak akan bersetuju untuk mewakili seseorang jika pelanggan tidak serius," katanya dan menambah, Arianie sedang dalam proses mencari penjamin yang layak dan komited.
Prosiding mahkamah pada Rabu, hanya diwakili oleh peguam-peguam syarie.
Permohonan mutaah dan nafkah edah difailkan selepas Hattan yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah dan Arianie sah berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.
Semasa itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin, 46, mengesahkan lafaz cerai yang dilafazkan di rumah kediamannya di nombor 29, Tropicana Golf dan Country Resort pada malam 31 Disember 2004.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak, Adam Eiman, 13, yang diletakkan di bawah jagaan Hattan

No comments:

Post a Comment