Buah pinggang mungkin rosak
Oleh Suraya Roslan
BUKTI...Yati menunjukkan kecederaan yang dialami.
Lebih trauma apabila doktor mengesyaki buah pinggang wanita berusia 26 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Yati itu mungkin rosak akibat tendangan lelaki berusia 30-an terbabit.
Semuanya bermula ketika Yati menunggang motosikal untuk ke tempat kerja dan ketika tiba di Jalan Ampang kira-kira jam 10 pagi, kenderaannya bergesel dengan motosikal lelaki terbabit.
“Saya berjaya mengawal motosikal dan tidak terbalik, tetapi saya lihat lelaki berkenaan terjatuh di atas jalan raya menyebabkan saya berpatah balik untuk melihat keadaannya,” katanya kepada Harian Metro
Yati berkata, ketika bertanya keadaannya sejurus tiba di lokasi kejadian, lelaki terbabit terus bangun dan menendang motosikalnya hingga terbalik.
“Akibatnya saya terjatuh bersama motosikal dan lelaki terbabit terus meluru serta menendang saya berkali-kali. Saya berjaya bangun semula dan meminta maaf tetapi dia terus memukul saya terutama di bahagian pinggang,” katanya.
Dia bernasib baik apabila beberapa pengguna jalan raya berhampiran tempat kejadian segera bertindak menenangkan lelaki itu sebelum polis, ambulans tiba dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Saya tahu saya bersalah sebab cuai ketika menunggang motosikal sehingga bergesel dengan motosikal lelaki itu, tetapi kecederaannya hanya sedikit, di bahagian siku saja dan dirawat sebagai pesakit luar di HKL,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman mengesahkan laporan kes itu.
Gudang kereta seludup
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Yusmizal Dolah Aling
LICIK...anggota polis memeriksa susunan kotak bagi mengaburi kegiatan sindiket curi kenderaan.
Kereta berkenaan akan dikumpul di dalam gudang itu sebelum diseludup ke Timur Tengah melalui pelabuhan Dubai dan dipercayai semua urusan penghantaran mempunyai dokumen rasmi yang dipalsukan.
Bagaimanapun, tindakan licik sindiket itu tumpas selepas sepasukan polis yang melakukan intipan sejak beberapa minggu lalu menyerbu gudang berkenaan, kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu.
Lokasi yang terpencil berhampiran pelabuhan itu dikelilingi tembok batu serta pagar zink dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bertujuan mengesan kehadiran polis
Di dalam gudang itu pula, satu kotak kosong disusun rapi hingga ke siling dan di belakang kotak berkenaan disusun pula kenderaan berkenaan yang kebanyakan dari jenis Toyota seperti Rush, Hilux dan Fortuner.
Dalam serbuan itu, polis menemui 13 kenderaan pacuan empat roda yang kebanyakan dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang termasuk beberapa buah yang dimuatkan dalam kontena dipercayai bakal dijual ke pasaran antarabangsa.
Dua individu dipercayai anggota sindiket terbabit turut ditahan. Difahamkan, sindiket itu sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu serta dianggotai individu yang pakar melakukan jenayah curi kenderaan.
Menurut sumber, gudang itu dipercayai dijadikan tempat simpanan kereta curi sejak tiga bulan lalu dan aktivitinya dilakukan secara terancang bermula dari peringkat mencuri hinggalah proses pengeksportan menggunakan kapal.
Beliau berkata, sebaik kereta dicuri, ia akan dibawa ke gudang berkenaan pada waktu malam bagi mengelak dilihat orang ramai dan selepas proses dokumentasi untuk membawa keluar negara siap, kereta akan dimasukkan dalam beberapa kontena.
“Kumpulan ini adalah penjenayah profesional, mereka memasukkan tiga kereta dalam setiap satu kontena.
“Mereka juga dipercayai mempunyai rangkaian dalam agensi perkapalan yang akan membawa keluar serta memasarkan kereta curi berkenaan di luar negara,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan berlaku pergelutan antara polis dengan dua suspek terbabit namun mereka berjaya diberkas.
Hasil soal siasat, mereka menunjukkan lokasi kereta curi berkenaan disembunyikan termasuk dua kereta yang sudah dimuatkan ke dalam satu kontena.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan yang ditemui ketika majlis penyerahan 124 motosikal kepada polis kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, semalam, mengesahkan mengenai kejayaan menumpaskan sindiket terbabit
Sejadah corak babi
Oleh Iskandar Shah Mohamed
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.
“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang
No comments:
Post a Comment