Friday, November 26, 2010

BILA NAFSU KITA MENGIKUT KEHENDAK SYAITAN...TAKUT KEPADA ISTERI MENYEBABKAN TAK BERANI BERISTERI LEBIH....WANITA BEKERJA TIDAK DITEMANI MUHRAM....DITAMBAH BUKAN NEGERI SENDIRI...FIKIRLAH DIMANA SALAHNYA.....BAGAIMANA HUKUM ADA SAKSAMA@HUKUM ISLAM ATAU SEBALIKNYA,,,,,

DUNIA


Amah Indonesia diperkosa sampai hilang ingatan


GAMBAR yang disiarkan akhbar Jawa Pos menunjukkan Nina (kanan) yang hilang ingatan akibat diperkosa dua majikannya di Jeddah, Arab Saudi.



KANDARA, Arab Saudi – Seorang pembantu rumah Indonesia hilang ingatan selepas dia berulang kali diseksa dan dirogol dua majikannya di Arab Saudi, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, dia ditemui oleh beberapa amah Indonesia lain dalam keadaan menyedihkan di sebuah jambatan di sini, Jeddah.
Nasib malang yang menimpa pembantu rumah itu dikenali sebagai Nina berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Karawang, Jawa Barat, diceritakan oleh sekumpulan amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan Kandara kepada seorang wartawan akhbar Jawa Pos.
Jambatan tersebut menjadi tempat tinggal amah-amah Indonesia yang senasib dengan Nina.
Menurut seorang amah di jambatan itu, Hani Marsiana, Nina ditemui dua minggu lalu dalam keadaan tidak bermaya dengan tubuhnya mempunyai kesan dipukul.
Hani berkata, Nina ditemui oleh beberapa amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan dan mereka merawatnya sehingga dia kembali waras tapi masih trauma dengan kejadian menimpanya.
Menurutnya, selepas badannya mula bergerak dan mampu duduk, amah-amah Indonesia lain mula bertanya mengenai kisah hidupnya.
Dia berkata, Nina menceritakan pada mulanya dia diperkosa oleh seorang majikan Arab menyebabkannya meninggalkan majikannya itu.
Nani kemudiannya diperkosa oleh seorang oleh warga Mesir selepas terpedaya dengan jaminannya untuk membantunya.
Hani berkata, Nani kemudiannya dibuang oleh warga mesir itu di kawasan Kandara.
“Nina ini diturunkan dari mobil (kereta) Camry oleh orang Mesir itu,” katanya.
“Kasihan sekali amah-amah di sini. Mereka tidak (diberi) gaji selama berbulan-bulan, bahkan ada yang diseksa, diperkosa dan dibuang ke jambatan Kandara,” ujar seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Rokib. – Agensi

DUNIA


Kopi bergula tingkatkan prestasi otak


GAMBAR menunjukkan beberapa orang minum kopi di Cafe de Flore, Saint-Germain-des-Pres pada 16 November lalu di Paris, Perancis.



BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.
Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. - Agensi

DUNIA


Spesis baru ikan tanpa mata ditemui


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan ikan tanpa mata di temui di kawasan timur Papua.



JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.
Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.
"Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua," kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.
Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains. - AFP


DUNIA


Budak 7 tahun belanja RM1,235 main Facebook


MATTHEW dan anaknya, Megan Fox


BIRMINGHAM - Keasyikan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melayari permainan di laman sosial Facebook selama satu jam menyebabkan ibu bapanya menerima bil berjumlah £250 (RM1,235), lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak itu, Megan Fox meminta kebenaran ibu bapanya untuk bermain permainan maya Petville di Facebook yang membolehkan pengguna membeli pakaian dan perabot maya untuk haiwan peliharaan maya mereka.
Ekoran bapanya Matthew, 35, terlupa untuk menutup maklumat akaun pembayaran Paypal di Internetnya, dia telah menerima tuntutan bil akaun melalui e-mel bagi sesi permainan maya Megan.
Matthew dan isterinya, Dawan, 33, bertindak membuat rayuan kepada pihak pengurusan Facebook dan PayPal untuk menuntut semula bayaran tersebut namun gagal.
"Sepanjang dia bermain, kami tidak sedar dia sebenarnya sedang membelanjakan wang," kata Matthew. - Agensi










DUNIA


Penduduk kampung China berketurunan askar Rom


GAMBAR menunjukkan wajah seorang penduduk kampung di Liqian, Cai Junnian yang bermata hijau (kiri) dan patung ketua tentera Rom, Marcus Crassus.



LIQIAN, China - Pakar-pakar sejarah percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk kampung itu menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.
Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.
Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.
Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.
Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China. - Agensi



DUNIA


Ditangkap kerana mahu bunuh Presiden AS

SPARTANBURG, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas anggota polis bandar raya New York yang menetap di sini, negeri Carolina Selatan, telah ditangkap dan didakwa mengancam untuk membunuh Presiden AS, Barack Obama.
Stesen televisyen WYFF-TV melaporkan bahawa kenyataan bersumpah agensi Perkhidmatan Rahsia AS (SS) yang ditugaskan untuk melindungi keselamatan Obama menyatakan, bekas anggota polis itu, Michael Stephen, 78, ditangkap pada awal bulan ini.
Menurut SS, Bowden memberitahu seorang jururawat di sebuah klinik awam di barat daya negeri berkenaan bahawa dia berhasrat untuk membunuh Obama.
Ejen-ejen SS berkata, mereka menemui tiga pucuk pistol dan sepucuk raifal di bawah katil Bowden dengan kira-kira 12 senjata lain ditemui di dalam rumahnya.
Stesen televisyen WYFF melaporkan, Bowden pernah berkhidmat dalam tentera laut AS selama empat tahun dan merupakan seorang bekas anggota polis dan kapten pasukan bomba.
Anak lelakinya, Kerry Bowden pula memberitahu, keluarga mereka tidak tahu menahu mengenai hasrat bapanya pada April lalu itu sehingga beberapa ejen SS menyerbu kediaman mereka pada 16 November lalu. - AP


DUNIA


Pemimpin agama Israel minta hujan


BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.



TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.

GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.



Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.
Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi

No comments:

Post a Comment