Wednesday, November 24, 2010

DALAM JENAYAH ISLAM TETAK...MAKA BALASNYA TETAK JUGA

Tetak bapa kekasih

Oleh Hadzlihady Hassan

AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.
Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.

Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu, tetapi ia tidak diendahkan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu masuk ke rumah dan ketika itu, suspek menyerang dan menetak kepala serta badan mangsa sebelum melarikan diri.

“Anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun dan berada di rumah itu menjerit kerana terkejut dengan tindakan suspek,” katanya.

Menurutnya, dalam kekecohan itu, mangsa terjatuh berlumuran darah sebelum dia dibantu jiran yang keluar melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan meminta tolong.

“Mangsa yang parah dibawa anak saudaranya itu ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya patah akibat ditetak suspek.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina ditahan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek menyerang dan menetak mangsa kerana tidak puas hati selepas hubungan cinta dia dan anak gadis mangsa tidak direstui.

“Mungkin kerana berang tindakan mangsa yang menghalang cinta mereka membuatkan suspek sanggup menyerang dan menetak mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, berikutan laporan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina beberapa jam kemudian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya


Rentung genggam kabel

Oleh Junaidi Ladjana dan Fardy Bungga

HAMPIR PUTUS...sebahagian penebat kabel elektrik terkoyak dipercayai dipotong mangsa.
HAMPIR PUTUS...sebahagian penebat kabel elektrik terkoyak dipercayai dipotong mangsa.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik berhampiran Kondominium Marina Court di sini, ditemui rentung dalam keadaan terlentang dengan tangannya masih menggenggam kabel yang hampir terputus, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 23 tahun itu mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 volt (kV) beberapa hari lalu sebelum ditemui pengawal keselamatan yang terhidu bau busuk di sekitar kawasan itu, kira-kira jam 7.30 pagi.

Sebelum itu, pengawal terbabit memeriksa kawasan berkenaan selepas dimaklumkan mengenai bau busuk oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Ketika memeriksa di satu kawasan parit, pengawal itu terkejut melihat tubuh manusia terlentang dengan berpakaian gelap dipercayai terbakar sebelum memaklumkannya kepada polis

Polis yang tiba beberapa minit kemudian terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat bagi mengeluarkan mayat berikutan keadaan parit yang menyalurkan paip air bawah tanah itu agak sempit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis yang menerima panggilan orang ramai bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba, polis menemui satu mayat rentung dalam keadaan terlentang.

"Oleh kerana kabel elektrik masih berfungsi, polis terpaksa meminta bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mematikan bekalan bagi membolehkan anggota bomba membawa keluar mayat terbabit,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan polis menolak sebarang unsur jenayah.

“Mangsa mati akibat terkena renjatan elektrik berdasarkan keadaan mangsa yang memegang kabel yang hampir terputus.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke di Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat," katanya


Serumah bersama 24 kambing

Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali

SERONOK...Wahid melihat kambing yang dipelihara di rumahnya sejak 10 tahun lalu.
SERONOK...Wahid melihat kambing yang dipelihara di rumahnya sejak 10 tahun lalu.
LEDANG: Walaupun tinggal sebumbung dengan 24 kambing milik mereka di Pekan Rawang di sini, sejak 10 tahun lalu, Wahid Husin, 58, dan isteri, Ijah Jaafar, 40, tidak menganggap bau serta kesesakan di dalam rumah kerana kehadiran ternakan berkenaan mengganggu mereka sebaliknya menambahkan lagi keceriaan.
Mereka yang mendakwa sudah biasa hidup sebumbung dengan haiwan terbabit malah tidak sanggup membiarkan ternakan itu tinggal di luar.

“Ada rakan serta jiran mengesyorkan kami melepaskan kambing itu ke luar rumah tetapi kami bimbang hilang dicuri atau mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya, semalam.

Wahid yang mendakwa tidak cukup modal membina kandang kambing berkata, sudah lama dia merancang membina kandang berkenaan tetapi hasrat sering terbantut kerana ada lagi perkara penting perlu dilakukan dengan wang yang ada

Bagaimanapun, Wahid tetap berharap impiannya untuk mempunyai kandang kambing terlaksana.

Menurut Wahid, pada mulanya dia hanya membela dua kambing sebagai haiwan peliharaan tetapi lama-kelamaan membiak hingga mencecah 24 ekor.

“Semua ini bermula selepas saya mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang perabot berhampiran dan membela kambing bagi mengisi masa lapang.

“Tidak pula saya jangka kambing dulunya hanya dua ekor kini membiak sebanyak sekarang menyebabkan rumah kami sesak,” katanya.

Pasangan yang masih tiada cahaya mata itu amat menyayangi kambing berkenaan sehingga tidak sanggup menjualnya kepada orang ramai

No comments:

Post a Comment