Thursday, November 25, 2010

TUDUNG SEBAGAI TREND SAJA...NAFSU SAMA SAJE...MEREKA TAK SEGAN PADA MANUSIA DAN TAK TAKUT PADA ALLAH...PENGUATKUASA TAK HAIRAN OLEH MEREKA...SELAGI HUKUM ALLAH TAK DILAKSANAKAN....

Kaedah perkahwinan baru di Yaman

Seperti kebiasaan, mengikut budaya Yaman yang sangat konservatif, Muhammed al-Khouja tidak pernah menemui tunangnya.

Pasangan itu telah bertunang hampir dua tahun dan beberapa kali menetapkan tarikh perkahwinan tetapi setiap kali tarikh itu makin hampir, setiap kali itu lah majlis terpaksa ditangguhkan.

Sebabnya? Muhammed tidak mampu untuk menanggung kos perkahwinan, sama seperti kebanyakan lelaki muda lain di Yaman.

Perkahwinan adalah sesuatu yang mahal di negara Arab itu kerana lelaki perlu membayar kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini mereka.

Hantaran yang akan dibayar bersama oleh pengantin lelaki dan bapanya selalunya bernilai AS$5,000 (RM15,000) dan keluarga pengantin lelaki juga perlu menanggung semua kos berkaitan perkahwinan.

Jika perkahwinan diadakan di ibu negara Yaman, Sana'a, ini bermakna pengantin lelaki perlu menanggung semua bayaran termasuk sewa khemah besar yang dilengkapi dengan kerusi atau kusyen, sewa kumpulan nyanyian tempatan, memenuhi lorong-lorong berdekatan dengan lampu serta memainkan muzik selama tiga hari.

Kebanyakan pengantin lelaki juga perlu membayar kos mengadakan makan tengahari, yang selalunya melibatkan hidangan kambing, dan menyediakan daun qat kepada tetamu, iaitu daun yang kebiasaannya dikunyah pada majlis perkahwinan di Yaman.

Disebabkan Muhammed tidak mampu menanggung kos perkahwinannya, bapa Muhammed menyuruhnya mengurangkan kos perkahwinan dan berkahwin serentak dengan tiga lagi adik beradik lelakinya, salah satu cara perkahwinan yang semakin terkenal di Yaman, negara Arab termiskin.



1,600 pasangan berkahwin serentak


Dan kini, idea untuk mengurangkan kos itu dilihat berkembang ke satu tahap yang luar biasa apabila sejenis majlis perkahwinan baru wujud akibat kesusahan hidup penduduk Yaman - iaitu perkahwinan beramai-ramai membabitkan antara 10 dan 1,500 pasangan.

Bulan lalu, dalam majlis perkahwinan terbesar yang pernah dianjurkan di Yaman, 1,600 pasangan mengikat tali perkahwinan pada majlis yang dibiayai oleh Putera Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz.

Kesemua pengantin lelaki yang terlibat dalam majlis itu memenuhi sebuah dewan sukan dengan memakai pakaian tradisional iaitu jubah panjang yang dihiasi dengan selendang berwarna hitam dan hijau yang dipakai di kepala.

Pengantin lelaki Yaman juga akan membawa sebilah pedang panjang berwarna emas pada hari perkahwinan mereka.

"Semua pengantin lelaki ini adalah anak yatim yang menghadapi kesukaran untuk berkahwin kerana tidak mempunyai sokongan kewangan daripada seorang bapa untuk membayar hantaran," menurut penganjur.

Di Yaman, perkahwinan menjadi majlis yang memisahkan lelaki dan wanita dengan pengantin perempuan akan mengadakan majlis sambutan secara berasingan di rumah mereka.

Kemudian barulah pasangan pengantin baru itu akan bertemu pada malam perkahwinan mereka, dan kebanyakan mereka berjumpa buat pertama kali.

Upacara perkahwinan besar-besaran di Yaman itu diserikan dengan tarian di pagi hari, bacaan sajak dan persembahan drama komedi.

Malah, ulama ulung Yaman, Sheikh Abdul Majeed al-Zindani yang dituduh Amerika Syarikat sebagai 'pengganas' juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan unik itu.

Kesemua pengantin lelaki kemudian menari dengan mengangkat pedang masing-masing mengikuti rentak lagu popular, sebelum bacaan beberapa ayat al-Quran didengarkan.

Perkahwinan beramai-ramai di Yaman seakan menjadi satu kegilaan dalam masyarakat. Ianya wujud kerana kebimbangan penduduk Yaman bahawa lelaki negara itu yang tidak mampu membiayai perkahwinan akan melakukan maksiat.

Ini kerana persahabatan antara lelaki dan wanita di negara itu sebelum berkahwin dianggap memalukan dan ibu bapa yang bimbang dengan keadaan itu akan mengahwinkan anak masing-masing secepat mungkin.



Perkahwinan korporat

Kaedah perkahwinan beramai-ramai ini diterima baik masyarakat Yaman sehinggakan syarikat swasta menganjurkan majlis itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Syarikat telekomunikasi Afrika Selatan, MTN yang menyediakan perkhidmatan rangkaian telefon bimbit di Yaman menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara tahunan bagi pekerja di Yaman sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu majlis terbaru, labih 30 rakan sepejabat berkahwin secara serentak.

Seorang pengurus kanan syarikat itu berkata, matlamat utama mengadakan majlis perkahwinan itu adalah bagi memastikan pekerja kekal setia kepada syarikat dan meningkatkan nilai moral masyarakat.

Bagaimanapun, perkahwinan secara beramai-ramai ini bukanlah hanya menjadi fenomena di Yaman.

Pemimpin Iran kerap menganjurkan perkahwinan sama sejak pertengahan 1990-an lagi bagi membantu golongan susah, mengelakkan orang muda berkahwin pada umur lanjut dan bagi mengelakkan maksiat.

Di Korea Selatan pula, pengasas kontroversi Gereja Unification yang menggelar dirinya sebagai 'pesuruh Tuhan', Paderi Sun Myung Moon sudah mengahwinkan puluhan ribu pasangan muda yang datang dari seluruh dunia.

Kumpulan pejuang Hamas di Palestin juga membantu golongan muda negara itu berkahwin dengan menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara percuma.

Mungkin cara ini juga boleh digunakan di Malaysia, terutama di zaman ekonomi meleset ini.

Wanita hina Islam bakal diampun


ISLAMABAD - Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari akan mengampuni seorang wanita Kristian di negara itu yang dijatuhi hukuman mati atas dakwaan menghina agama Islam, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.

Gabenor Punjab, Salman Taseer berkata, Asif menegaskan beliau tidak akan membenarkan wanita itu, Asia Bibi, menjadi mangsa undang-undang kontroversi tersebut.

"Beliau (Asif) adalah seorang pemimpin yang liberal, berfikiran moden dan tidak akan membiarkan wanita malang ini dijadikan sasaran dan dihukum," katanya.

Bibi, 45, yang bekerja di sebuah ladang disabitkan bersalah oleh mahkamah Pakistan atas dakwaan melanggar undang-undang menghina agama di negara itu selepas dilaporkan mengutuk Nabi Muhammad, awal bulan ini.

Wanita itu menjalani hukuman penjara sejak 15 bulan lalu selepas dijatuhi hukuman mati dan telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Pakistan.

Menurut pihak pendakwa raya, Bibi dilaporkan menghina Nabi Muhammad semasa bertengkar dengan rakan sekerjanya yang enggan meminum air daripada bekas yang disentuh Bibi, dakwaan yang disangkal oleh wanita itu.



Orang ramai teruja kunjungi Ekspo Cheng Ho

KOTA BHARU – Ekspo Cheng Ho yang diadakan bermula pada 21 November dan berakhir pada 26 November ini terus menerima sambutan yang menggalakkan.

Orang ramai yang ditemui rata-rata menyatakan keterujaan mereka dapat berkunjung ke ekspo tersebut.

Pengunjung dari Bangi, Selangor, Nurul Aina Azmi, 23, berkata, kedatangan beliau ke sini untuk bercuti tidak dipersia-siakan apabila berpeluang mengunjungi Ekspo Cheng Ho ini.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan ini adalah satu usaha yang baik di mana melalui ekspo ini kita dapat melihat bahawa Islam ini universal dengan adanya pelbagai kaum dan budaya,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, apa yang dipamerkan pada hari ini memberikan banyak maklumat yang berkaitan dengan kemajuan orang Islam di China dan ia cukup menarik.

Rohani Omar, 41, dari Panji berkata, beliau menggunakan peluang tersebut membawa anak-anaknya untuk melihat sendiri keistimewaan yang ada pada negara China itu.

Menurutnya, kalau hendak bawa anak-anak ke negara China memerlukan belanja yang tinggi dan apa yang dipamerkan pada ekspo tersebut sudah cukup membuatkan mereka seperti berada di negara China sendiri.

Begitu juga dengan Muazim Mohd Suhaimi,13, dari Banggu berkata, pada awal ekspo itu diwar-warkan beliau sudah tidak sabar untuk datang.

“Hari ini saya datang bersama-sama dengan sepupu dan ia sangat menyeronokkan kerana sebelum ini hanya dapat melihat melalui televisyen dan pembacaan buku sahaja,’’ katanya.

Sementara itu, Ahmad Firdaus Abdullah, 20, dari Pasir Puteh, berkata, ekspo itu menunjukkan keakraban hubungan yang terjalin di antara Kelantan dan China.

“Sebagai rakyat tempatan, saya sangat bangga kerana ini merupakan kali pertama ekspo seperti ini diadakan di negeri ini dan peluang seperti ini tidak sepatutnya dilepaskan kerana ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang,’’ katanya.


Teguk arak sejak umur 14 tahun

DUNGUN – “Saya mula mengambil minuman haram ini sejak umur 14 tahun lagi, tekanan jiwa serta masalah keluarga mendorong saya membuat keputusan itu.

"Bapa dan ibu saya, kedua-duanya penagih dadah, jadi siapa lagi yang akan membimbing saya ke arah jalan yang benar?"

Demikian pengakuan seorang gadis 18 tahun yang dicekup polis ketika berada bersama sekumpulan rakannya yang juga penagih dadah di sebuah rumah di Kampung Cacar Baru, dekat sini, awal bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu yang meluahkan perasaannya kepada wartawan Sinar Harian ketika ditemui di Balai Polis Paka berkata, akibat masalah keluarga, dia hilang arah dan mula terjebak dengan gejala sosial pada umur awal belasan tahun lagi.

Gadis bertubuh genit itu menceritakan, akibat masalah keluarga, dia kemudiannya mencari jalan keluar dengan melakukan aktiviti menyeronokkan bersama rakan sebaya, biarpun menyedari perbuatan itu melanggar batas agama.

“Saya mula mengambil minuman keras sejak umur 14 tahun ketika di sekolah menengah lagi, minuman itu saya beli di kedai berdekatan dan meneguknya di ceruk semak atau ketika berhibur pada malam hari di pusat hiburan berdekatan bersama rakan.

“Kalau ibu bapa saya dapat hidu tembelang saya, mungkin dia marah, tetapi mereka apa kurangnya sebab mereka juga mengambil dadah,” katanya.

Menurutnya yang hanya ingin dikenal sebagai Nadia, dia semakin hilang arah sejak bapanya meninggal dunia hampir setahun lalu, dipercayai dijangkiti HIV.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, seks bebas dan minuman keras serta dadah yang diambilnya sekali-sekala merupakan perkara biasa baginya, apatah lagi kebanyakan rakannya penagih yang mengamalkan gaya hidup serupa.

“Sejak bapa saya meninggal November tahun lalu, ibu saya yang juga bekas Orang Dalam Pengawasan Polis kerana terbabit dengan kesalahan dadah terpaksa menyara keluarga dengan bekerja di pusat karaoke.

“Jika saya ingin kembali ke pangkal jalan, siapa yang akan membimbing saya? Semua memandang rendah pada saya, sebab itu saya makin hanyut," katanya.

Bagaimanapun dia yang pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini dipercayai kerana kesalahan dadah masih belum meninggalkan tabiat buruk itu.

Kali terakhir dia ditahan bersama beberapa lagi rakannya yang lain dalam serbuan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka, dekat sini, ialah petang kelmarin.

Hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methapethamine dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan tangkapan terbabit berkata, pihaknya kini giat memburu individu yang disyaki terlibat dengan pengedaran atau pengambilan dadah.

“Kejayaan tangkapan serta rampasan barang kes berkaitan dadah menggambarkan kita benar-benar serius menguatkuasakan undang-undang menangani gejala yang semakin menular dalam kehidupan masyarakat hari ini,” katanya

Remaja bertudung berkelakuan tidak senonoh

RHU RENDANG – Tidak tahu malu. Demikian fenomena budaya songsang seperti bercium dan bermadu kasih di khalayak umum membabitkan golongan remaja di tempat terbuka di pantai peranginan Kelulut di sini.

Rata-rata pengunjung yang ditemui berang dengan kelakuan sumbang itu. Malah, ada mendakwa pernah terserempak dengan remaja perempuan bertudung asyik bercumbu di atas kerusi batu menghadap ke laut di situ.

Rahman Abdul Aziz, 46, terkedu sewaktu melihat perbuatan itu sedangkan masih ramai pengunjung di situ dan berpendapat penyebab utama remaja perempuan terbabit menjadi liar disebabkan ketiadaan ibu bapa di sisi.

“Remaja yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu dipercayai dari luar daerah termasuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang kebanyakannya berasal dari negeri lain.

“Selain itu, kurang penguatkuasaan di situ menjadi penyebab masalah tersebut berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Rakannnya, Abdullah Rawi, 50, kesal dengan perbuatan terkutuk itu sehinggakan malu untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar di pantai tersebut kerana tempat tumpuan seperti itu kini menjadi sarang pasangan remaja memadu kasih.

Sehubungan itu, mereka berharap pihak berkuasa tempatan khususnya Pejabat Agama Islam daerah sentiasa membuat rondaan untuk menghindarkan kes seperti itu terus berlaku dengan melakukan operasi lebih kerap.

Bagi mendapat kepastian dakwaan Rahman, Sinar Harian membuat tinjauan di pantai peranginan itu semalam, dan mendapati dakwaan mengenai remaja perempuan bertudung yang dikatakan memadu kasih tanpa segan silu adalah benar.

Malah, mereka yang lena dalam dakapan pasangan masing-masing itu langsung tidak mempedulikan kehadiran orang dewasa dan kanak-kanak di sekeliling yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat mereka berada.

No comments:

Post a Comment