Thursday, November 25, 2010

IBU2 JUGA...JANGAN IBU TUNGGAL TAK TAHU HUKUM HALAL DAN HARAM...NAK SYURGA TAK....NAK SYURGA JANGAN LAWAN ALLAH DAN HUKUMNYA

Enggan ulas isu ibu tunggal

Oleh Ramlah Zainal

pix_middle
MUNGKIN ramai tidak kenal dengan pelakon Adrea Abdullah walaupun sudah 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang lakonan.
Namun, namanya mula meraih perhatian ramai apabila tersenarai dalam kategori Aktres Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFFM23) menerusi filem 2 Alam.
Adrea bersaing dengan Daphne Iking (Belukar), Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau) dan Shasha Arsheela (Pulau Asmara).


Sekalipun tewas kepada Daphne, Adrea mengakui pencalonan dalam FFM23 semakin membakar semangatnya dalam bidang lakonan.

"Saya tidak sangka nama dicalonkan dalam FFM23. Saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dapat peluang berada dalam Top 5 FFM.
"Saya ingin buat yang lebih baik lagi pada tahun depan. Saya harap dapat watak yang lebih mencabar dalam filem supaya dapat membuktikan sejauh mana kebolehan dan kesungguhan saya dalam memperjuangkan bidang seni tanah air," katanya.
Pada masa sama, Adrea mengakui lebih suka bersikap 'low profile' di persada seni tanah air.

Akuinya, ada juga publisiti mengenai dirinya di akhbar, tetapi tidak sebanyak mana.

"Mungkin kerana saya tiada gosip panas dan kontroversi seperti artis lain. Saya juga tidak suka menjaja cerita peribadi saya untuk meraih publisiti dari pihak media. Biarlah orang kenal saya menerusi bakat dan bukan glamor kerana gosip dan kontroversi," katanya.
Ditanya, kenapa dia ingin bekerja dengan penerbit kontroversi seperti Datuk Dr Rozmey Che Din, Adrea berkata, dia menerima tawaran berlakan watak pembantu dalam filem genre seram dan drama 2 Alam arahan Ed Zarith dan Hairie Othman itu kerana menyukai wataknya.

"Saya mahu jadi peneroka dan merasai watak berbeza. Barulah tidak 'stereotaip.' Sebenarnya, kalau Dr Rozmey tidak ada publisiti pun, ramai orang mengenalinya juga.

"Memang nama dia sudah gah sebab dia ahli perniagaan yang sangat disegani ramai. Barisan pelakon filem ini, Aaron Aziz, Yank Kasim, Rosnah Johari dan sebagainya juga ada ramai peminat juga.

"Begitu juga nama salah seorang pelakon filem ini, Suhaila yang cukup dikenali di Singapura," katanya.
Selepas filem 2 Alam, Adrea beraksi lagi dalam filem seterusnya iaitu Abuya yang menampilkan sentuhan Imran Ismail.

Katanya, filem itu cukup mendebarkan kerana pegang watak utama sebagai perempuan Siam dari Pattani.

Ceritanya juga kontroversi.

Set dan wardrobenya menarik.

"Barisan pelakon lain yang turut beraksi ialah Geena Ali, Suhaila Salam, Jue Aziz dan heronya ialah Faizal Hussien. Pengarah filem ini cukup berani memuatkan pelbagai explorasi dengan pendekatannya dalam filem ini. Semua pelakon dan pasukan kami serasi.
"Semua karakter juga sangat berwarna-warni dan tersendiri. Setakat ini, shot yang saya lihat cukup mengagumkan. Tidak sabar hendak tengok keseluruhan filem ini," katanya.
Adrea ditemui di sidang media drama bersiri 13 episod, Pak Kaduk, baru-baru ini.

Adrea bawa watak utama dalam cerita arahan Saian Salimon untuk TV2 itu.

Sekalipun nama Adrea kurang dikenali, tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya.
"Alhamdulillah, setakat ini, banyak tawaran berlakon yang diterima. Saya juga terbabit dalam penggambaran telefilem thriller dengan abang Bade Azmi, Merpati Terbang Malam.
"Saya bawa watak utama sebagai kembar yang agak mencabar wataknya. Abang Bade juga banyak mengajar saya ilmu lakonan dan saya suka sangat skrip Bade itu kerana ia seperti filem," katanya.

Menyusul selepas itu, Adrea terbabit dengan penggambaran dengan Abang Din CJ, telemovie Wira Padang Pasir dan Hotel Mania.
"Ia sebagai artis undangan saja, tetapi saya gembira kerana semua watak berbeza. Saya juga terbabit dengan 'voice over' untuk dokumentari 13 episod, Menyusur Adat.

"Selain itu, saya terbabit dengan penggambaran dengan Din CJ iaitu telemovie Rafael dan ia juga pengalaman yang tidak kurang menariknya.

"Selepas itu, saya terbabit dengan penggambaran filem Siti Suka Ramli Sarip sebagai watak utamaMinah Rockers, tetapi tidak ditayangkan.

Tidak ketinggalan, saya juga buat penggambaran raya untuk Courts Mega Store," katanya.
Terbaru, Adrea sibuk membuat persiapan untuk penggambaran program muzikal Islam sebanyak 13 episod di saluran Al Hijrah berjudul Teman di Al -Hijrah.

"Saya ada menerima tawaran dari pelakon dan pengarah Afdlin Shauki untuk penggambaran filem 3 Hari, tapi tidak dapat beri komitmen kerana sudah ada komitmen lain. Nampaknya, tidak ada rezeki untuk saya bekerja dengannya. Insya-Allah pada masa akan datang.
"Lepas penggambaran nanti, saya ada kertas cadangan untuk menyiapkan skrip filem yang saya sudah siap tulis. Insya-Allah, saya sudah cuba buat yang terbaik mengikut kemampuan. Saya juga dapat tawaran filem baru tahun depan," katanya.

Mengenai perancangan masa depannya pula, Adrea menyimpan impian untuk bekerjasama dengan dengan pengarah hebat tanah air.
"Saya juga bercita-cita mencetuskan satu revolusi baru dalam industri filem tanah air. Saya sudah siapkan draf skrip akhir filem dan saya cuma perlu siapkan cadangan untuk dihantar pada produksi dan juga penaja.

"Jika Afdlin Shauki, Edry Abd Halim dan Shamsul Yusof boleh buat, kenapa tidak saya? Kejayaan mereka dan cinta saya pada bidang seni menjadi inspirasi buat saya lebih berani dan bersemangat tinggi seperti mereka," katanya.

Berkongsi cerita statusnya yang dikatakan ibu tunggal kepada seorang anak, Adrea nampaknya enggan mengulas lanjut.
"Maaflah, saya tidak dapat komen lebih lanjut lagi. Saya berharap, peminat menghormati permintaan saya ini," katanya.

>PROFIL:
NAMA SEBENAR: Nik Adrea Nik Abdullah
NAMA KOMERSIAL: Adrea Abdullah
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1977
AKADEMIK: Ijazah Seni Lukis (Pengiklanan), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
KERJAYA: Pelakon, Pengacara dan penulis skrip
DRAMA BERSIRI/TELEFILEM : Front Page, Dihujung Kemarau, The Promise, Mujahada, Zuriat Terakhir (Dilema Wanita), Duyung (Suara-suara pita), Papan, Phobia, Meniti Senja, CUT, Mama Paparazi, Rendang Perantau, Asmara Kanun, Bougainvilla Di Tepi Jalan
FILEM: 2 Alam (Pelakon Pembantu), Sifu & Tongga, SH3 The Movie, )
PENCAPAIAN: Top 5, Festival Filem Malaysia Ke 23 (Aktres Harapan Wanita)

No comments:

Post a Comment