NEGARA
Wajib ambil insurans kesihatan
PUTRAJAYA - Semua pekerja asing di negara ini akan diwajibkan mempunyai insurans kesihatan bernilai RM120 setahun mulai 1 Januari 2011.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu berikutan tunggakan bil di hospital kerajaan yang tinggi setakat ini iaitu berjumlah RM18 juta.
Beliau berkata, jumlah tersebut dijangka meningkat berikutan jumlah pekerja asing yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Ini melibatkan pekerja asing kerana ekspatriat, mereka bayar. Ada yang bayar separuh, ada yang tidak bayar langsung tetapi kebanyakannya tidak bayar.
"Kita memandang serius perkara ini dan sebab itu kita melaksanakan langkah ini," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam
NEGARA
Awas logo halal bukan milik restoran - Jakim
PETALING JAYA - Sebuah restoran bukan Islam di Jalan Gasing di sini diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah mendapati logo halal pada papan tanda yang dipasang bukan milik restoran tersebut.
Restoran yang sentiasa mendapat sambutan ramai diserbu lapan penguat kuasa Bahagian Hub Halal Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri semalam.
"Serbuan dibuat setelah kami menerima aduan daripada orang ramai yang meragui status halal restoran tersebut..
"Bila ditanya kenapa letak logo halal pada papan tanda, mereka mengatakan logo tersebut adalah milik produk yang menaja papan tanda tersebut," kata Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah
NEGARA
Bekas pemain bola fail nusyuz
KUALA LUMPUR – Bekas pemain bola sepak Kedah, Che Zambil Ahmad memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap isterinya, seorang bekas pelakon, Asdayanti Daut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Che Zambil, 36, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut melalui peguam syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan dan menamakan bekas pelakon itu sebagai defendan.
Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) itu memohon supaya Asdayanti, 36, kembali taat terhadap suaminya dan jika enggan wanita itu boleh disabitkan atas dakwaan nusyuz.
Nur Hafiz berkata, ini merupakan kali kedua anak guamnya memfailkan permohonan nusyuz itu terhadap isterinya.
NEGARA
Curi wang isteri bayar hutang kahwin
MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.
Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.
“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.
“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam
NEGARA
Beli telefon bimbit mainan RM300
Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMEDTANAH MERAH - Seorang mekanik kerugian RM300 apabila terbeli sebuah telefon bimbit mainan yang menggunakan jenama terkenal daripada seorang lelaki di Kampung Bukit Panau di sini kelmarin.
Menurut mangsa, Mohd. Jasmi Jusuh, 35, pada hari kejadian dia dikunjungi seorang lelaki ketika menjalankan kerja di bengkel di hadapan rumahnya pada pukul 10 pagi.
Katanya, seorang lagi lelaki berada di dalam kereta jenis Nissan Sunny yang diletakkan kira-kira 100 meter dari bengkelnya.
"Lelaki terbabit menawarkan sebuah telefon bimbit berjenama terkenal yang berharga ribuan ringgit di pasaran.
"Dia menawarkan telefon bimbit tersebut dengan harga RM300 sahaja tanpa pengecas bateri dengan alasan memerlukan wang segera," katanya ketika ditemui di sini semalam
NEGARA
Pekerja ladang dakwa dipaksa mengaku salah
SHAH ALAM - Seorang pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memfailkan notis usul bagi mengemukakan bukti baru berhubung dakwaan berlaku paksaan untuk dia mengaku salah atas pertuduhan tersebut.
Dalam notis yang difail Rabu lalu menerusi peguam A. S Dhaliwal, K. Sarawanan, 19, mendakwa dia dipukul, disepak pada kemaluan dan diugut sehingga menyebabkan dia berbohong mengaku telah melakukan kesalahan tersebut.
Oleh itu, Sarawanan memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini memanggil dan memeriksa rekod prosiding yang berjalan di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting dekat sini bagi tujuan memastikan kebenaran, kesahihan dan ketepatan sepanjang prosiding tersebut
NEGARA
Saman Adam Kadir ke atas Pos Malaysia pada 23 Disember
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 23 Disember ini untuk pengurusan kes saman Tan Sri Adam Kadir (gambar) terhadap Pos Malaysia Berhad dan dua yang lain berhubung pemecatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu dua tahun lalu.
Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Adam, peguam Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie yang mewakili Pos Malaysia Berhad dan Peguam Persekutuan, Najwa Bistaman yang mewakili Menteri Kewangan dan kerajaan.
NEGARA
Dijel tiga tahun langgar budak
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam menambahkan hukuman penjara terhadap seorang pemandu treler yang didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Salina Saparedi, 7, dalam kemalangan di hadapan sekolahnya lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad mengekalkan denda RM7,000 atau penjara 10 bulan yang diputuskan oleh Majistret Mujib Saroji terhadap tertuduh, Mukiyat Lasiran, 47.
“Hukuman Mahkamah Majistret selama 30 bulan tidak memadai, oleh itu mahkamah mengenepikan keputusan itu dan menetapkan hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini (semalam) dan denda RM7,000 kekal dan jika tidak bayar, denda penjara 10 bulan dikenakan,” kata Siti Mariah ketika membaca keputusan beliau
No comments:
Post a Comment