Geng Black tumpas
Oleh Suraya Roslan
BURU...Wan Abdul Bari menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis.
SAKIT...perut Ai Ling yang luka dirodok.
Kedua-dua suspek yang dikenali sebagai Geng Black diburu selepas aktif melakukan 10 kes samun di tepi jalan di sekitar Lembah Klang.
Suspek berusia 25 tahun itu yang juga seorang kelindan lori diberkas di rumahnya di Taman Sri Sentosa, di sini, kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.
Namun, polis masih memburu rakannya yang kini masih aktif meragut dan menyamun mangsa.
Suspek kedua dikenali sebagai Mohd Sufi Usman, 21, dan alamat terakhirnya di Taman Sri Sentosa.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dengan penangkapan Geng Black itu dapat menyelesaikan 10 kes samun di tepi jalan di sekitar Lembah Klang.
“Kami (polis) merampas dua topi keledar dan pisau yang dipercayai digunakan mereka untuk memukul dan merodok perut serta belakang mangsa,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Wan Bari berkata, beliau meminta orang ramai yang mengenali suspek kedua menyalurkan maklumat ke talian 03-22744465.
Pendatang perlekeh penduduk setempat
Lebih menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan penduduk apabila golongan itu menjadikan kawasan rumah kongsi dalam kawasan semak itu sebagai tempat berjudi terutama pada malam minggu apabila kawasan rumah kongsi dikunjungi orang luar seolah-olah satu temasya.
Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat beberapa penempatan rumah kongsi di kawasan perumahan itu. Malah, kedudukan taman perumahan yang agak terpencil turut menjadi antara punca golongan terbabit berani melakukan kegiatan tidak berfaedah dan berkelakuan tidak senonoh.
Malah, penduduk setempat mendakwa golongan itu tanpa segan silu mengakui mereka dilindungi pihak tertentu menyebabkan mereka berani bermaharajalela.
Dianggarkan, terdapat hampir 60 pendatang asing di rumah kongsi sekitar La Cottage dan 30 orang lagi di Nusa Putra.
Peniaga yang dikenali sebagai Amin, 30, mendakwa kehadiran golongan itu di kawasan berkenaan menimbulkan perasaan takut di kalangan penduduk setempat, apatah lagi rumah mereka itu agak terpencil Sebelum ini, akhbar ini melaporkan mengenai pinggang dan belakang seorang gadis dirodok empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Toh Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan serius pada buah pinggangnya.
Sementara itu, Ai Ling ketika ditemui di PPUM menyatakan rasa kesal dengan tindakan suspek.
Kakak bongkar rahsia 2 beradik
Kakak mereka yang berada dalam rumah berkenaan, terlihat suspek menarik dengan ganas tangan adik yang berusia 13 tahun masuk ke dalam bilik.
Apabila lelaki itu menyedari perbuatannya dilihat kakaknya, dia melarikan diri dari rumah sebelum menumpang lori menuju ke Felda Tenggaroh 2.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek kes itu.
Pelajar ditemui mati dalam tandas
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mayat pelajar jurusan Sains Fizikal, Madihah Fauzi, 19, dari Kempas Baru, Johor Bahru, ditemui di dalam tandas berkunci sebelum mereka bertindak memecahkan pintu untuk membantu mangsa mendapatkan bantuan kecemasan.
Bagaimanapun, pemeriksaan anggota paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba tidak lama kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Sebelum itu, mangsa yang gagal hadir kuliah dipercayai mengadu kepada rakan sebiliknya mengalami sakit dalam perut pada malam Isnin lalu dan perkara berkenaan sudah dilalui sejak sekian lama, namun enggan mendapatkan rawatan apabila diminta berbuat demikian.
Seorang kakitangan kolej yang enggan dikenali berkata, dia sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan berhampiran sebelum dikejutkan dengan jeritan beberapa pelajar wanita yang berada tidak jauh dari situ.
Menurutnya, dia juga berasa hairan kerana pelajar terbabit memanggil namanya berulang kali dan meminta datang ke tempat mereka menyebabkan timbul perasaan curiga mungkin berlaku sesuatu yang buruk.
“Kami terus masuk ke dalam bilik air dan dari bawah pintu ternampak badan manusia terbaring, tetapi gagal untuk membuka pintu tandas untuk membawanya keluar disebabkan pintu terkunci dari dalam.
“Dalam keadaan kelam-kabut dengan apa berlaku, saya menyuruh beberapa pelajar memanggil seorang pensyarah kanan bagi memaklumkan perkara itu sebelum mereka memecahkan pintu bilik air berkenaan.
“Kami terpaksa ambil keputusan memecahkan pintu bilik air selepas gagal membukanya dari luar lalu membawa pelajar itu keluar dari tandas untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Kakitangan itu mendakwa pelajar terbabit sudah meninggal dunia sebaik mangsa dikeluarkan dari tandas berkenaan sementara menanti bantuan kecemasan tiba.
“Kami semua sangkakan dia (mangsa) lemas dalam bilik air sebab pagi tadi dia kata sakit perut dan terus ke bilik air tapi tidak muncul selepas itu hinggalah mayatnya ditemui tadi,” katanya.
Sementara itu, rakan mangsa yang enggan disiarkan namanya, berkata dia ternampak mangsa muntah pada malam Isnin lalu sebelum memaklumkan mungkin mengalami gastrik disebabkan tidak makan.
“Saya tidak pasti apa yang berlaku, dan mungkin apendiknya sudah pecah dalam perut,” katanya.
Dalam pada itu, bapa mangsa, Fauzi Ibrahim, 50-an, ketika ditemui enggan mengulas lanjut sewaktu menuntut jenazah anaknya untuk dibawa ke kampung halamannya di Johor Bahru bagi urusan pengebumian.
Beliau turut meminta jasa baik pihak polis dan kolej agar tidak menghantar jenazah anaknya ke hospital untuk bedah siasat kerana beranggapan arwah meninggal dunia disebabkan takdir.
Tidak tahu mangsa hidap sakit kronik
MASJID TANAH: Pengurusan Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, dekat sini, menyifatkan kematian Madihah Fauzi, 19, sebagai kejadian mengejutkan berikutan pihak berkenaan tidak dimaklumkan mangsa menghidap penyakit dalaman yang kronik.
Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) kolej itu, Khairuddin Norazri, berkata kejadian yang menimpa Exco Majlis Perwakilan Pelajar berkenaan adalah kes kematian biasa dan ia berlaku di luar pengetahuan pihak pengurusan.
“Kami sangat terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum itu, mangsa mengadu sakit perut biasa dan masih boleh mengawal diri sebelum kejadian malang itu berlaku.
“Sebelum itu, rakan sebilik mangsa ada memberitahu kepada saya bahawa mangsa ada bercakap dengannya agar jangan risaukan dirinya (mangsa) kerana akan ke klinik sebelum terus menuju ke bilik air.
“Pihak kolej memang tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar, malah baru-baru ini kami menerima kemasukan pelajar yang menghidap penyakit kronik iaitu kanser bagi meneruskan pengajian sehingga pelajar itu meninggal dunia,” katanya
KUALA LUMPUR: Masih mencari identiti selain terlalu mudah jatuh cinta dilihat sebagai faktor kuat mendorong remaja terutama gadis melarikan diri dari rumah hingga tersenarai dalam statistik orang hilang.
Perunding Psikologi K & A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan berkata, bermula usia 13 tahun, remaja sudah pandai menjalinkan hubungan intim serta ingin mencintai dan dicintai.
Katanya, bagaimanapun, remaja pada usia yang terlalu muda tidak memahami maksud cinta sebenarnya dan terlalu mengikut perasaan mereka yang sensitif, mudah terpengaruh serta dipujuk rayu.
“Ketika usia remaja sudah mula pandai bercinta walaupun tidak tahu nilai cinta dan sanggup berkorban apa saja untuk pasangan hingga diri sendiri terkorban.
“Remaja perempuan lebih mudah tertarik dengan pujukan dan dengan akal pendek sanggup tinggalkan keluarga semata-mata demi cinta yang berdasarkan nafsu,” katanya ketika dihubungi semalam
Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) kolej itu, Khairuddin Norazri, berkata kejadian yang menimpa Exco Majlis Perwakilan Pelajar berkenaan adalah kes kematian biasa dan ia berlaku di luar pengetahuan pihak pengurusan.
“Kami sangat terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum itu, mangsa mengadu sakit perut biasa dan masih boleh mengawal diri sebelum kejadian malang itu berlaku.
“Sebelum itu, rakan sebilik mangsa ada memberitahu kepada saya bahawa mangsa ada bercakap dengannya agar jangan risaukan dirinya (mangsa) kerana akan ke klinik sebelum terus menuju ke bilik air.
“Pihak kolej memang tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar, malah baru-baru ini kami menerima kemasukan pelajar yang menghidap penyakit kronik iaitu kanser bagi meneruskan pengajian sehingga pelajar itu meninggal dunia,” katanya
Gadis lari dijerat cinta
Perunding Psikologi K & A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan berkata, bermula usia 13 tahun, remaja sudah pandai menjalinkan hubungan intim serta ingin mencintai dan dicintai.
Katanya, bagaimanapun, remaja pada usia yang terlalu muda tidak memahami maksud cinta sebenarnya dan terlalu mengikut perasaan mereka yang sensitif, mudah terpengaruh serta dipujuk rayu.
“Ketika usia remaja sudah mula pandai bercinta walaupun tidak tahu nilai cinta dan sanggup berkorban apa saja untuk pasangan hingga diri sendiri terkorban.
“Remaja perempuan lebih mudah tertarik dengan pujukan dan dengan akal pendek sanggup tinggalkan keluarga semata-mata demi cinta yang berdasarkan nafsu,” katanya ketika dihubungi semalam
Tidur beralas tanah basah
Walaupun sedar tanggungjawab sebagai seorang suami ialah menyediakan tempat tinggal selesa kepada isteri dan anak, namun dia tidak mampu melakukannya kerana dibelenggu kemiskinan.
Fauzi dan isterinya, Marita Ismail, 34, terpaksa menjadikan teratak kecil itu sebagai tempat berteduh dihuni bersama empat anak mereka Mohd Zamri, 19, Nur Zulaikha, 8, Mohd Hakim Firdaus, 6, dan Nur Azulaiha, 4.
Kedaifan hidup terpaksa dikongsi bersama dengan ibunya, Embong Idris, 70, yang turut tinggal bersama di bahagian dapur rumah itu selepas mereka keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa di Pekan Wakaf Aik sebelum ini.
Fauzi berkata, dengan pendapatan tidak menentu, dia yang bekerja sebagai buruh sekadar mampu menyediakan makan dan minum untuk keluarganya.
“Kami tiada pilihan kecuali tinggal di rumah dapur ihsan orang kampung sebagai tempat berteduh dari hujan dan panas. Jika hujan lebat, tanah yang menjadi lantai rumah kami akan basah. Begitulah keadaannya sejak lima tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, keadaan dapur yang sempit menyebabkan pasangan itu terpaksa akur untuk hidup secara berhimpit dengan ahli keluarga lain selain beralaskan sebuah katil buruk sebagai tempat tidur.
Menurut Fauzi, setakat ini hanya seorang daripada empat anaknya iaitu Nur Zulaikha yang bersekolah berikutan dia tidak mampu menyediakan kemudahan terbabit untuk anak yang lain.
Katanya, biarpun anak sulungnya sudah bekerja, namun pendapatan diperoleh sekadar untuk menampung dirinya dan tidak mampu untuk membantu keluarga.
“Anak saya juga hanya bekerja sebagai buruh binaan di sekitar kawasan ini dengan pendapatan tidak menentu. Kalau hujan, dia tidak bekerja dan kadangkala terpaksa mengambil upah menanam sayur milik jiran.
“Memang agak sukar bagi kami meneruskan kehidupan setiap hari dan kami hanya mampu menikmati nasi berlauk pucuk ubi dan budu,” katanya.
Fauzi berkata, dia sekeluarga amat mengimpikan sebuah rumah lebih sempurna membesarkan anak-anak.
“Rumah keutamaan saya ketika ini, tambahan pula sekarang musim tengkujuh. Jika kami masih tinggal di bangsal ini bermakna sepanjang malam kami akan tidur beralaskan tanah yang basah dan bumbung bocor,” katanya
Ramai suri rumah dijangkiti HIV
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata peningkatan itu membimbangkan kerana kebanyakan pesakit suri rumah. Hingga tahun lalu katanya, 87,710 orang disahkan menghidap HIV dan wanita yang dijangkiti virus itu pula 8,091 orang. Menurutnya, kebanyakan wanita yang dijangkiti mendapat virus berkenaan daripada pasangan mereka.
“Kes yang diterima mendapati mereka tak tahu diri mereka dijangkiti HIV dan apabila sudah mengetahuinya, ramai daripada penghidap HIV terbabit enggan mendapatkan rawatan akibat kurang pengetahuan mengenai cara rawatan disediakan. “Di samping itu, kami tidak boleh mengandaikan kebanyakan penghidap HIV penagih dadah atau yang mengamalkan seks bebas saja kerana kini semua orang mendapat jangkitannya jika tidak berhati-hati terutama wanita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perbincangan Meja Bulat Epidemik HIV dan Aids di Malaysia 2010 di sini, semalam
No comments:
Post a Comment