Wednesday, November 24, 2010

PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH KEDUA2NYA MASUK NERAKA.....

NEGARA


Bomoh roboh binaan atas kubur


ZUBER membersihkan kubur bapanya semalam selepas dia meruntuhkan binaan di atas kubur itu pada pagi Ahad lalu.


TUMPAT - "Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa."
Demikian kata-kata seorang bomoh, Zuber Muda, 60, yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan penduduk Kampung Kajang Sebidang dekat sini apabila didakwa menggunakan kubur bapanya yang meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu untuk upacara perubatan dan pemujaan.
Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu.
"Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa.
"Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan.
Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin


DUNIA


380 maut tertindih di Kemboja


SEORANG mangsa yang cedera didukung anggota polis semasa insiden berasak-asak di sebuah jambatan di Pulau Berlian, Kemboja malam kelmarin.


PHNOM PENH, Kemboja - Ramai saudara-mara berkumpul di beberapa tempat menyimpan mayat di sini selepas sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh manakala 750 lagi cedera dalam tragedi rempuhan di sebuah jambatan yang menghubungkan Pulau Berlian dengan tanah besar Kemboja pada malam kelmarin.
Pulau Berlian merupakan destinasi pelancongan popular di Kemboja.
Tragedi rempuhan itu berlaku ketika jutaan penduduk menggunakan jambatan tersebut untuk ke Pulau Berlian yang menempatkan gerai dan konsert bagi meraikan pesta tamat musim hujan di Kemboja.
"Angka kematian dijangka terus meningkat," kata jurucakap kerajaan, Phay Siphan.
Seorang lagi jurucakap kerajaan, Khieu Kanharith berkata, kejadian berlaku disebabkan khabar angin dalam kalangan pengunjung bahawa jambatan itu tidak stabil.
"Justeru, panik berlaku. Jambatan itu terlalu padat menyebabkan mereka (pengunjung) tiada tempat untuk melarikan diri," katanya.
Insiden berlaku ketika orang ramai berasak-rasak meninggalkan Pulau Berlian manakala polis dan orang ramai menyatakan, jambatan kecil itu tidak dapat menampung bilangan orang yang berulang alik ke pulau tersebut. Sebahagian orang terjun dari jambatan semasa insiden berasak-asak untuk menyelamatkan diri.
Kanharith berkata, mangsa-mangsa mati disebabkan sesak nafas dan kecederaan dalaman manakala dua pertiga daripada jumlah yang maut ialah wanita.
Sementara itu, Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan tragedi itu sebagai yang terburuk sejak kezaliman rejim Khmer Rouge di Kemboja dari 1975 hingga 1979. Beliau mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung. - Agensi


DUNIA


Wanita Arab dera amah dipenjara


GAMBAR menunjukkan Sumiati dirawat di Hospital King Fahd, Madinah Arab Saudi pada 17 November lalu.


RIYADH - Seorang wanita Arab Saudi berusia 53 tahun yang mendera amahnya dari Indonesia, Sumiati Salan Musapa telah dipenjarakan selain menjalani penilaian mengenai mentalnya, lapor akhbar Al-Watan semalam.
Sumiati berumur 23 tahun kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital King Fahd di Madinah selepas tubuhnya melecur akibat dipukul dengan batang besi panas oleh majikannya itu.
Dia turut dirawat kerana patah di tangan dan tulang rusuknya.
Beberapa pegawai Arab Saudi dan Indonesia berbincang di Madinah semalam bagi membincangkan kes penderaan itu.
Sebelum ini terdapat laporan bahawa bibirnya digunting tetapi dinafikan oleh bapa saudaranya yang menyatakan ia disebabkan dipukul berulang kali oleh majikannya.
Menurut akhbar Okaz, Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi menawarkan bantuan undang-undang kepada Sumiati dan akan menyokongnya jika kesnya dibicarakan di mahkamah.
Kes Sumiati mendapat liputan meluas di Indonesia selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital selepas didera pada 8 November lalu. - Agensi


DUNIA


Tangkap ikan halibut gergasi di Iceland


GUNTHER HANSEL bergambar
bersama dengan ikan halibut gergasi yang dipancingnya di Fjord Barat,
Iceland baru-baru ini.


REYKJAVIK, Iceland - Seorang pemancing berusia 70 tahun, Gunther Hansel berjaya memancing ikan halibut seberat 219.59 kilogram (kg) di Fjord Barat, Iceland, lapor sebuah akhbar semalam.
Hansel yang berasal dari Jerman kemudiannya menjual ikan itu pada harga £2,500 (RM12,445) apabila kapalnya tiba di pelabuhan, baru-baru ini.
Dia memerlukan bantuan daripada lima orang untuk mengangkat ikan sepanjang 2.49 meter itu ke atas kapal.
Hansel menggunakan joran seberat 30kg semasa memancing ikan itu. - Agensi












NEGARA


Kemukakan bukti ternakan kelisa jejaskan sawah padi

IPOH - Kerajaan negeri Perak mahu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengemukakan bukti secara saintifik bahawa kewujudan kawasan ternakan ikan hiasan di kawasan sawah padi Kerian telah menjejaskan tanaman padi di situ.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pertanian negeri, Datuk Ramly Zahari (gambar) berkata, CAP sewajarnya membuat penyelidikan secara teknikal berhubung kesan projek berkenaan kepada sawah padi sebelum mengemukakan bantahan terhadap kerajaan negeri.
"Kita bukan senang-senang hendak hentikan (projek ternakan), nanti ada pihak marah. Jika mahu (hentikan), kita kena terangkan dan maklumkan dari segi teknikal. Saya harap CAP dapat mengemukakannya," tegas beliau ketika ditemui di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai desakan CAP supaya kerajaan negeri Perak serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghentikan projek ternakan ikan kelisa di kawasan sawah padi Kerian berhampiran Bukit Merah.
Bagaimanapun, Ramly berkata, kerajaan negeri akan terus memantau isu tersebut dan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya jika ia benar-benar memberi kesan negatif kepada pesawah


NEGARA


PM terima gaji RM22,826.65 sebulan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.


NEGARA


Tiga anggota JPJ dibebas SPRM


ENAM individu berjalan keluar dari Mahkamah Seremban 2 selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam.


SEREMBAN - Enam individu termasuk tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang kutipan bagi satu majlis malam mesra JPJ berjumlah RM660,000 dibebaskan semalam.
Jurucakap SPRM negeri berkata, semua mereka dibebaskan dengan jaminan agensi itu selepas tempoh reman mereka tamat semalam.
"Bagaimanapun, siasatan ke atas semua individu terbabit masih diteruskan dan mereka boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk melengkapkan siasatan.
"Semua mereka juga akan didakwa sebaik sahaja kertas siasatan lengkap dibuat dan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam


NEGARA


Tiga maut nahas awal pagi


ORANG ramai melihat keadaan sebuah van yang remuk hingga mengakibatkan tiga terkorban dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan berdekatan dengan Sekolah Menengah Kuen Cheng di Jalan Syed Putra di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, Lee Fong Hoo, 36, Oo Der Heng, 25, dan Raja Nazreen Raja Sulong, 34, masing-masing mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan yang dinaiki mereka.
Fong Hoo yang memandu Honda Civic bersama Der Heng menuju ke pusat bandar dikatakan baru pulang daripada bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Kuchai Lama.
Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu Fong Hoo dikatakan hilang kawalan lalu terbabas hingga memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan van yang dipandu oleh Raja Nazree.
Raja Nazree yang bekerja sendiri memandu dari arah Petaling Jaya.
Sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Siti Aishah Ahmad Shahidan yang mengekori van tersebut bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.
Siti Aishah, 23, yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah bank hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


NEGARA


Dua calon SPM meninggal dunia


PELAJAR Sekolah Menengah Convent, Aishah Nardi yang patah kaki akibat kemalangan terpaksa mengambil peperiksaan SPM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.


KUALA LUMPUR - Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula semalam.
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, seramai 467,970 calon SPM menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan.
Katanya, seramai 53,504 calon pula mengambil STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Sementara itu, dua calon SPM di Johor tidak sempat mengambil peperiksaan berkenaan apabila meninggal dunia dalam dua kejadian berasingan.
Di Muar, seorang pelajar meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum menduduki peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang semalam.
Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, Hazizul Hasah, 17, mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat

No comments:

Post a Comment