Tuesday, November 23, 2010

SEPATUTNYA KITA ADA SIKAP DENGAR DAN PATUH

Hukum Binaan Di Atas Kubur?


Telah diharamkan oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah:

Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)

Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154). Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)


Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah:

Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besar as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa:

Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.


Semua fatwa-fatwa tentang larangan tersebut antaranya berdasarkan hadis sahih:

Dari Jabir radhiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya.

Setelah berpandukan hujah-hujah syara dan fatwa Imam as-Syafie, maka Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:

Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.


Imam an-Nawawi rahimahullah dari kalangan ulama besar as-Syafieyah juga telah melanjutkan fatwa Imam as-Syafie yang berkaitan dengan hal ini:

Tidak dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, dilarang meletakkan perut dan dada ke dinding kubur. Abu Ubaidillah al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi.

Jika di kuburan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam dilarang dari bertawaf, merapatkan perut dan dada maka di kubur-kubur lain tentu diharamkan juga.

Wallahu 'alam..

Jika anda fikir note/catatan ini bermanfaat, sila klik share/kongsi. Terima kasih.
Share
  • Lebai Kampung and 12 others like this.
    • Najib Syahmi astagfirullah..
      7 hours ago · 1 personLoading...
    • Ramdzan Jabar masih ramai lagi yang tak faham dengan hukum - muga kita semua memberikan faham kepada yang tak faham
      7 hours ago · 1 personLoading...
    • Illa Nur kat Malaysia ni lain macam umat Melayu .... apa yg dilarang itulah yg dibudayakan.... dah mcm kubur org kafir plak....dah menjadi budaya bila 1 Syawal ramai yg membawa bunga2 ditabur atas kubur....
      6 hours ago · 1 personLoading...
    • Mat Ley trima kasih atas info yg amt brmanfaat kpd kaum muslimin yg lain...
      6 hours ago · 1 personLoading...
    • Roslan Alan روسلن الن tengok kubur orang Islam kat sini pun dah ada yang macam JIRAT cina...nauzubillah...
      6 hours ago
    • Carl Leeds jom pakat di war2kn demi faedah bersama...
      6 hours ago · 1 personLoading...
    • Yie's Black Sama2 share.. moga memberi manfaat untuk semua. Satu cabaran kepada kita untuk mengubah kebiasaan manusia yg merasakan amalan mereka benar, sedangkan ia berdasarkan nafsu/syaitan dan ilmu yg salah.
      2 hours ago
    • Rashidah Rashid Yie's Black...Assalammualaikum. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi yer. Saya minta izin share..
      about an hour ago
    • Mohd Shah Bin Mariman
      Terima kasih saudara YSB. Kerana membukakan isu penting dan besar ini.Jazakallah.. Setahu saya Tuan Mufti Johor telah mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman membena bangunan, kepuk dan sebagainya diatas kuburan. Tetapi saya terlalu ghairah... untuk menyambung (saranan) Tuan Mufti
      Isu ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan agama. jika Tuan Mufti telah mengharamkannya- sepatutnya tuan juga meluluskan suatu undang-undang yang membolehkan suatu tindakan untuk merobohkan segala binaan diatas kuburan ini. (seperti yang dilakukan oleh Saidina Osman RA dahulunya) Jangan lah setakat fatwa sahaja tanpa tindakan- ia tak akan memberi apa-apa faedah..Yakni orang awam tak akan berani menghalang orang lain membuat binaan yang bid'ah ini).
      Pihak Jabatan Agama sepatutnya mengambil suatu langkah yang drastik untuk menangani masalah bid'ah yang berleluasa ini.Untuk itu sebuah Jawatan Kuasa Bertindak boleh ditubuhkan untuk ini..Saya terlalu mengharap jawapan dari pihak Jabatan Agama-yang dianggap sebagai pemegang amanah dalam urusan keagamaan negara..Apa kata Pihak Jabatan Agama?.

No comments:

Post a Comment